Anda di halaman 1dari 15

SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

KOD (EDUP2012)

TOPIK 3.0: PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH

Pensyarah : Mdm. Lim Poh Moy

KUMP SR 4 :
1.Fakharuddin bin Othman
2.Wan Noor Shuhadah binti Wan Khalid
3.Wan Siti Nor Adilah binti Wan Othman
4.Mimnajwa Bt Mad Riban
APAKAH
PERANAN
GURU SEBAGAI
AGEN
SOSIOLISASI ?
Topik 3.0 : Peranan Guru Sebagai Agen
Sosiolisasi
GURU
SEBAGAI
AGEN
SOSIOLISASI

Amalan dan
Peribadi Profesion
tingkah laku
Peribadi
• Perwatakan guru memainkan peranan yang amat penting dalam
mempengaruhi murid-murid dan orang sekeliling.
• Peribadi guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-murid sama ada
perwatakan itu baik ataupun tidak.
• Guru seharusnya mempamerkan watak yang baik dan mulia supaya
menjadi ikutan yang berguna.
Ciri-ciri peribadi
Penampilan dari segi pakaian , tutur kata dan interaksi dengan orang lain

Tekun , jujur dan ikhlas dalam laksanakan tugas

Empati

Hargai budaya sendiri dan hormati budaya masyarakat setempat


Dari aspek peribadi

PENERIMAAN DAN STRATEGI


PENGURUSAN BILIK PENGLIBATAN ASPIRASI/JANGKAAN PELBAGAI KAEDAH
LAYANAN YANG PEMBELAJARAN BAHASA
DARJAH MURID GURU PEMBELAJARAN
ADIL YANG SESUAI
PENERIMAAN DAN LAYANAN YANG ADIL
• Guru tidak seharusnya melayan pelajar sebagai satu kelompok individu,
kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai
individu yang mempunyai keunikan.
• Guru hendaklah mengajar tanpa mengira kaum atau status sosial seorang
murid dengan mewujudkan kumpulan pelbagai kategori supaya murid-
murid yang tercicir tidak merasa tersisih
STRATEGI PEMBELAJARAN YANG SESUAI
• Sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak
terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-
masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain.
• memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu
kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan dan akan
memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara
terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan
tanpa sekatan budaya dan masyarakat.
PENGURUSAN BILIK DARJAH
• Pengurusan hal-ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan
penyayang yang ditunjukkan guru dapat menjinakkan mereka, bercakap
bahasa lembut, menegur dan membetul kesilapan dengan cara berhemah, di
samping menggunakan segala sifat akan mempercepat proses kecintaan dan
kesetiaan murid terhadap gurunya.
• Menurut Noriati A Rashid et al mengurus pelajar yang ramai berlainan latar
belakang bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai satu komuniti kecil di
dalam bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan melalui peraturan dan
rutin harian bilik darjah
PENGLIBATAN MURID
• Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti PnP perlulah
dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi
memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti
pembelajaran
ASPIRASI/JANGKAAN GURU
• Latar belakang pelajar adalah faktor yang sering disebut sebagai pengaruh
utama kepada perbezaan dalam pencapaian akademik yang  pelbagai.
• Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya
pembelajaran banyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan menarik
kesungguhan serta usaha untuk mencipta pengalaman-pengalaman
pembelajaran yang pelbagai.
BAHASA
• Guru perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima
oleh semua lapisan murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang
sedikit sebanyak memberikan impak terhadap pembelajaran
• Penggunaan bahasa yang standard memberi peluang kepada semua murid
untuk mengambil bahagian dalam PnP. Kemajuan dan kelemahan setiap murid
perlu dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat penambahbaikan
terhadap mutu PnP 
PELBAGAI KAEDAH PEMBELAJARAN
• Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
mengikut tahap pencapaian murid.
• Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik
murid yang lemah melalui pelbagai kaedah yang sesuai seperti penganjuran
kem-kem motivasi dan sebagainya.
• Masa pengajaran dapat digunakan semaksimumnya untuk melakukan banyak
aktiviti yang merangsangkan minda.
• Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kata-kata bermotivasi dan penuh
dengan senyuman dan jenaka (Sense Humour).
Amalan dan Tingkah Laku

• 1. Suri teladan

• 2. Tutur kata dan bahasa


Amalan &
Tingkahlak • 3. Perlakuan
u
• 4. Budaya

• 5. Aktiviti
Suri teladan
• Seorang guru yang berakhlak mulia akan mudah mendidik
pelajarnya supaya berkelakuan baik (Sofiah, Kamarul & Muhammad
2016).
• Guru sebagai suri teladan atau idola kepada pelajar perlu
membimbing pelajar ke arah perpaduan.
• Guru perlu sentiasa menampilkan diri dengan tingkah laku yang
positif terutamanya bersemangat tinggi dalam penerapan perpaduan
kaum di sekolah.
• Nilai murni yang ditunjukkan oleh guru di sekolah mudah diterapkan
dalam
Tutur jiwadan
kata pelajar
bahasa
• Menjaga tutur kata agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
• Menggunakan bahasa yang baik, santun, dan manis didengar
• guru perlu memaparkan percakapan positif terutamanya di hadapan
pelajarnya.
Perlakuan
• segala perbuatan atau perlakuan yang dilakukan oleh guru mudah diikuti oleh
pelajar di sekolah seterusnya berupaya mempengaruhi sikap dan
pembelajaran pelajar.
• Perlakuan yang negatif terutamanya sikap perkauman perlulah dihindari oleh
guru.
• Perkauman adalah satu ideologi yang menggunakan kaum untuk mengawal
hubungan sosial dan sering menyebabkan prasangka atau sikap negatif,
kepercayaan dan pendapat (Nicholas et al. 2016).
Budaya
• Amalan bersifat kebudayaan kaum seperti pemakaian baju batik ataupun baju
kebangsaan pada hari tertentu, perayaan kaum dan acara perasmian di
sekolah.
• Amalan begini dapat memperkenalkan pakaian tradisional dan kebudayaan
kaum lain kepada pelajar serta mendorong pelajar lebih menghayati
kebudayaan kaum di negara ini.
• Hormati budaya setempat tanpa mengira kaum dan kepercayaan.
Aktiviti
• Mengikuti aktivit anjuran masyarakat setempat
• Melibatkan diri dalam apa jua aktiviti yang
berkaitan agar
• Berusaha mendapat kepercayaan ibubapa murid
Rujukan
• Sofiah Mohamed, Kamarul Azmi Jasmi & Muhammad Azhar Zailaini.
2016. Akhlak Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Islam. Akademika 86(2): 31-42

Anda mungkin juga menyukai