Anda di halaman 1dari 13

KEJATUHAN MELAKA

2. KESULTANAN MELAYU MELAKA

SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU


SEHINGGA ABAD KE 20
FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN MELAKA

Faktor Dalaman
 Melaka mencapai puncak pemerintahan
pada zaman pemerintahan Sultan Mansur
Syah (1449-1477) dan Bendahara Paduka Raja
Tun Perak (1456-1498).
Namun keagungan dan kegemilangan
Melaka mula merosot selepas kematian Tun
Perak.
 Emapayar Melaka telah runtuh
pada tahun 1511 semasa
pemerintahan Sultan Mahumud
Syah (1488-1511) dan Bendahara
Paduka Tuan (1510-1511) apabila
Melaka diserang oleh pihak
Portugis.
• Pemerintahan Sultan Mahmud Syah yang
lemah 
 Baginda tidak mengambil berat tentang
pentadbiran negeri dan gagal mengawal
tindak-tanduk para pembesar.
 Amalan rasuah dan gejala fitnah memfitnah
berlaku secara berleluasa dalam pentadbiran
negeri sehingga menimbulkan pepercahan
dalam kalangan pembesar dan rakyat.
• Pentadbiran negeri yang kucar-kacir
 Selepas kematian Bendahara Tun Perak,
penggantinya bukan sahaja gagal menjalankan
pentadbiran yang cekap, malah mereka lebih
mementingkan diri sendiri.
 Tun Puteh dan Paduka Tuan sudah terlalu tua
dan uzur untuk mentadbir, manakala Tun
Mutahir pula, terlalu mengamalkan pilih kasih
dalam pentadbirann
• Berlaku permusuhan antara orang Melayu
dengan India-Muslim
 Sikap Tun Mutahir yang lebih mementingkan
kaum India- Muslim telah menimbulkan
perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang
Melayu.
 Akibatnya, berlaku konflik dan perpecahan
dalam kalangan rakyat, terutamanya dalam
kalangan orang Melayu dan India-Muslim.
• Kegiatan perdagangan yang semakin merosot
 Keadaan ini berlaku kerana amalan rasuah dan
sikap pilih kasih yang semakin berleluasa.
 Para pembesar lebih mementingkan suku
sakatnya sahaja.
 Tindakan Sultan Mahmud Syah dan Tun
Mutahir mengenakan cukai yang tinggi telah
mendorong pedagang beralih ke tempat lain
untuk berdagang
• Orang laut tidak membantu Melaka semasa
diserang Portugis
 Bendahara Melaka selepas Tun Perak tidak
lagi mengambil berat terhadap orang laut yang
bertindak sebagai benteng pertahanan Melaka
sehingga menjadikan mereka semakin
tersisish.
 Ketiadaan bentang pertahanan yang kuat
memudahkan pihak Portugis untuk melakukan
serangan ke atas Melaka.
FAKTOR LUARAN
• Penemuan jalan perdagangan baharu
 Pada tahun 1488, Bartholomew Diaz telah
menemukan jalan laut melalui Tanjung
Pengharapan di benua Afrika yang
memendekkan lagi jarak perjalanan antara Barat
denga Timur.
 Penemuan ini telah membuka jalan kepada
orang Portugis untuk membina petempatan di
Timur.
• Sikap tidak jujur para pedagang

 Para pedagang asing datang ke Melaka untuk berniaga tidak


memberi ketaatan kepada kerajaan Melaka.

 Malahan para pedagang China dan India turut membantu


Portugis semasa serangan dilancarkan ke atas Melaka.
• Penaklukan Melaka oleh orang Portugis pada
tahun 1511
 Tentera Portugis yang diketuai oleh Alfonso
De Albuquerque telah berjaya menakluki
Melaka pada 25 Ogos 1511. Sultan Mahmud
Syah terpaksa melarikan diri ke Muar, Pahang
dan akhirnya ke Bentan.