Anda di halaman 1dari 49

SENJATA

TRADISIONAL

MASYARAKA
T MELAYU
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD SHAHRUL SYAFIQ
MOHAMMAD IZZAT
NUR ZALINDA
NUR JANNATUL NAIMAH
Senjata tradisional amat berkait rapat
dengan sejarah Melayu yang
diwarisi oleh orang Melayu sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka
lagi.
Persejarahan senjata di Malaysia amat
rapat dengan unsur-unsur seni
mempertahankan diri seperti silat.
Peranan senjata amatlah penting
dalam hidup manusia, selain dari
digunakan sebagai alat berperang
atau mempertahankan diri serta
hiasan ianya juga dikaitkan dengan
unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah
mereka mempercayai sesuatu senjata
itu mempunyai kuasa dalaman yang
dapat membantu mempertingkatkan
ilmu kebatinan kepada si pemiliknya.
Corak-corak yang dibentuk pada senjata
melambangkan nilai-nilai estetika
yang tersendiri dalam
menggambarkan daya
imaginasi kemelayuan sejak zaman-
berzaman dengan teliti dan kreatif.
Dengan pelbagai bentuk senjata
tradisional yang kebanyakannya berasal-
usul dari luar yang diwarisi oleh nenek
moyang mereka yang melambangkan
ketinggian daya pemikiran dalam
mengungkapkan segala makna yang
tersurat dan tersirat.
KERIS
 Sejenis senjata pendek Melayu yang
digunakan sejak melebihi 600 tahun
dahulu.

 Bolehdidapati di kawasan
berpenduduk Melayu seperti Malaysia,
Indonesia, Singapura, Thailand
Selatan, Filipina Selatan (Mindanao),
dan Brunei.
 Digunakan untuk mempertahankan diri
(misalnya sewaktu bersilat).

 Sebagai alat kebesaran diraja.

 Lambang kedaulatan orang Melayu.

 Kerisyang paling masyhur ialah keris


Taming Sari yang merupakan
senjata Hang Tuah.
TUMBUK LADA
 Matanya melengkung bongkok udang,
tajam sebelah dan meruncing di
hujung, lebar di atas.

 Diperbuat daripada besi campuran.

 Berukuran lebih kecil daripada keris


lazimnya dihiasi ukiran yang halus dan
disaluti perak.
 Hulunya sering diukir penuh dengan
bentuk tumbuh-tumbuhan.

 Adaukiran tebuk tembus yang


berbentuk bulat pipih di pangkal
bahagian belakang sarungnya.

 Ukiranyang terdapat pada tumbuk


lada ialah antara yang paling
indah dan halus dalam seni rupa
Melayu.
BADIK
 Bentuknyahampir sama dengan
bentuk tumbuk lada.

 Matanya
lebih tegak, hulunya
membongkok ke bawah.

 Mempunyai mata yang lurus dan


berkeluk seperti keris dan tebal
dibahagian belakangnya dan
meruncing dihujungnya.
 Panjang matanya diantara 18 - 20sm.
dan lebar 2sm.

 Huludan sarungnya diperbuat


daripada kayu, tanduk dan gading
serta dihias dengan motif awan larat.
KERAMBIT
 Kerambit
atau kurambi juga dikenali
sebagai lawi ayam, kuku ayam
atau rambai ayam.

 Senjata kecil yang berupa seperti


sehelai bulu ayam jantan yang
terdapat pada ekornya.

 Berkeadaan melentik dan tirus


dihujungnya.
 Nama senjata ini juga dipercayai
mengambil nama dari taji atau lawi ayam
kerana bentuk dan cara digunakan juga
hampir serupa.

 Kebiasaannya kelambit berhulukan kayu


atau tanduk, yang terdapat lubang
sebesar jari tangan.

 Dibahagian pangkalnya diikatkan dengan


rotan atau logam, agar mengukuhkan
lagi ikatan hulu tersebut.
 Saizhulu adalah sepanjang 8sm. dan
mata diantara 6sm. hingga 8sm.

 Cara menggunakannya adalah dengan


memasukkan jari telunjuk ke dalam
gelang yang terdapat pada hulunya, dan
bahagian matanya yang tajam meruncing
itu akan terkeluar dari gengaman di
bahagian kelingking.

 Tikaman dibuat dengan mengaritkan


mata pada objek secara tumbukan yang
tepat ke sasarannya, atau secara rautan.
LEMBING
 Batangnya diperbuat dari kayu lurus
berukuran sedepa, mata lembing
dimasukkan ke dalam batang dan
diperkuat dengan ikatan rotan atau
logam.

 Mata
lembing lazimnya dibentuk
seperti pisau.

 LembingMelayu lebih pendek, ringan


dan tajam dihujungnya.
 Terdapatpelbagai jenis lembing
kebanyakannya bermata tajam
diperbuat dari kayu atau buluh.

 Lembing bermata logam yang pada


asalnya diperbuat daripada tembaga
atau gangsa dan kemudian digantikan
dengan besi atau besi waja, telah
digunakan sejak berkurun dahulu.
 Padamasa sekarang lembing yang
bermata lebar seakan daun sirih
digunakan untuk upacara rasmi sahaja.

 Lembing yang digunakan untuk merejam


musuh adalah dari mata yang lebar
serta tangkai yang panjang dan ringan.

 Manakalalembing digunakan untuk


pertempuran adalah dari jenis yang
berabung pada matanya serta tangkai
yang pendek sedikit serta lebih
kukuh.
COKMAR
 Merupakan alat yang dimajukan
dengan penggunaan bahan logam
bagi menggantikan kayu dan
lebih tajam bagi menjadikannya
lebih berbahaya.

 Kebiasaannya cokmar berbentuk


besar dan biasanya bersegi dan tajam
pada satu hujung, sementara kecil di
hujung yang bertentangan.
 Dipegang pada bahagian kecil,
sementara bahagian yang besar dan
berat pula digunakan untuk
memukul musuh.

 Kepalacokmar yang berat dan tajam


mampu menembusi baju besi
kesateria ketika berperang.
KAPA
K
 Sejenis peralatan pertukangan kayu
yang digunakan sejak zaman dahulu
kala lagi, dan wujud dalam setiap
tamadun manusia.

 Digunakanuntuk membelah kayu,


memotong kayu, menebang pokok-
pokok dan kayu balak.

 Kapak juga digunakan sebagai senjata


perang dan senjata pertahanan diri.
 Kapak juga digunakan sebagai alat
dalam istiadat keagamaan dan
upacara adat dan dijadikan sebagai
simbol lambang heraldic.

 Mempunyai pelbagai bentuk tetapi


bentuk asasnya tidak banyak berbeza,
iaitu kepala kapak yang dihubungkan
kepada satu pemegang.
LADING
 Dari kategori parang.

 Sinonim di negeri Kedah.

 Senjatarasmi aliran Silat Cekak yang


berasal dari Kedah.

 Dibuat
mengikut ukuran anggota
pemakai.
 Mata tajamnya hanya terdapat sekitar
2 atau 3 inci di hujungnya manakala
keseluruhan bilahnya adalah tumpul
dan digunakan untuk menangkis
senjata lawan.

 Digunakan sebagai senjata jarak


dekat, tidak seperti parang yang boleh
digunakan pada jarak sederhana
kerana ia dihunus terbalik dengan
bilahnya dipegang supaya ia selari
dengan lengan dan mata tajamnya
terletak di tepi siku.
PARANG ILLANG
 Dikenalisebagai Malat/Mandau oleh
orang Kayan, atau Mandau, Baieng
oleh orang Kenyah.

 Merupakan salah satu senjata


tradisional pahlawan Iban.

 Digunakansebagai senjata dalam


amalan warisan memburu kepala
musuh yang menjadi tradisi
masyarakat pribumi itu.
 Mempunyai satu mata lurus dengan
mata bilah semakin melebar dan
runcing di bahagian hujung.

 Matabilah mempunyai lekuk dan


melengkung sedikit pada bahagian
mata.

 Diukirindah dengan pola menarik dan


dihiasi dengan lubang dan tembaga
terbenam yang dikenali sebagai
Lantak Paku.
 Senjatatradisional warisan turun
temurun yang memiliki nilai estetika
yang tinggi dan berkait rapat dengan
elemen pertempuran, pertahanan dan
keselamatan, selain dikaitkan
dengan unsur mistik.

 Hulunya biasanya diperbuat daripada


tanduk rusa atau kayu, terukir indah
dengan muka menakutkan atau hiasan
dengan bulu kambing diwarna.
 Sarungnya diperbuat daripada dua
keping kayu dilekatkan bersama dan
dihiasi dengan ukiran menarik dan
diikat dengan rotan dalam pola
menarik.

 Sarung parang illang biasanya


mempunyai poket bagi menyimpan
pisau kecil: yang dikenali sebagai Pue
yang menyerupai Pisau Raut bagi
ukiran kayu kecil dan meraut rotan.
PEDANG
 Senjatatajam yang memiliki bilah
panjang.

 Memiliki dua sisi tajam atau hanya satu


sisi tajam saja.

 Dalam beberapa kebudayaan, jika


dibandingkan senjata lainnya, pedang
biasanya memiliki prestij yang lebih atau
paling tinggi.

 Bilah
pedang biasanya dibuat daripada
logam keras seperti besi atau baja.
 Meskipun begitu terdapat pedang
daripada emas yang digunakan sebagai
hiasan sahaja.

 Untuklatihan biasanya pedang kayu


yang digunakan, meskipun pedang
daripada kayu keras masih berbahaya.

 Senjataserupa pedang dan tombak yang


menggunakan bilah obsidian digunakan
oleh suku-suku asli Amerika Tengah dan
Selatan yang pada saat kolonisasi
Eropah belum mengenali logam.
RENCONG
 Senjata
tradisional dan utama bagi
orang Aceh yang menyerupai
keris.

 Direka bentuk menyerupai huruf L,


dan bila dilihat lebih dekat menyerupai
kaligrafi kata Arab bismi-Llah
("dengan nama Allah").
SABIT
 Sejenis
alatan tangan yang digunakan
dalam aktiviti-aktiviti pertanian,
termasuklah memotong rumput atau
menuai tanam-tanaman.

 Alatanini digantikan secara besar-


besaran oleh traktor dan mesin-mesin
yang lain, namun masih terus
digunakan dalam sesetengah
kawasan di Eropah dan Asia.
SUNDANG
 Terdapat dua jenis sundang yang
dikenal pasti iaitu sundang lipas
berbentuk pedang dua mata dan
sundang berbentuk keris besar.

 Senjataini lebih sesuai untuk


melibas.

 Sejenissenjata tradisi yang digunakan


oleh orang-orang Bugis dan Sulu.

 Tidak sesuai untuk menikam.


TEKPI
 Bentuk asas senjata ini adalah
bercabang tiga dengan cabang utama
lebih panjang daripada cabang di kiri dan
kanannya.

 Cabang utama berbentuk lurus manakala


cabang di kiri dan kanan membentuk
huruf U atau seperti tanduk kerbau.

 Masyarakat Melayu menamakan cabang


utama tersebut sebagai batang tekpi
manakala cabang di kiri dan kanannya
sebagai sampir.
 Hujunghulunya pula dikenali sebagai
mata lalat atau bunga lawang.

 Cabang utama biasanya adalah


sepanjang 15 inci sehingga 20 inci dan
diukur mengikut kesesuaian tuan
punya senjata.
 Tekpi
dipercayai berasal daripada
Indonesia sebelum tersebar ke
Malaysia, India, China, Indo-China dan
Okinawa, Jepun.

 DiIndonesia ia dikenali dengan nama


Tjabang dan dipercayai diambil hasil
dari Trisula, India, manakala di
Okinawa dalam bahasa Jepun ia
dikenali sebagai Sai ( ).
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai