Anda di halaman 1dari 15

RASUL PENYAMPAI WAHYU

SURAH AL-AN’AM : AYAT 50


SURAH AL-AN’AM : AYAT 50
MAKSUD AYAT
SURAH AL-AN’AM : AYAT 50

MAKSUD : KATAKANLAH ( WAHAI MUHAMMAD ) , AKU TIDAK


MENGATAKAN KEPADA KAMU BAHAWA KHAZANAH ALLAH
ADA DI SISIKU , AKU JUGA TIDAK MENGETAHUI PERKARA-
PERKARA GHAIB , DAN AKU TIDAK MENGATAKAN KEPADA
KAMU AKU INI MALAIKAT. AKU TIDAK MENURUT MELAIKAN
APA YANG DIWAHYUKAN KEPADAKU . KATAKANLAH ADAKAH
SAMA ORANG YANG BUTA ( ORG. KAFIR ) DENGAN ORG. YANG
CELIK ( ORG. YG. BERIMAN ). TIDAKKAH KAMU
MEMIKIRKANNYA.
RASUL PENYAMPAI WAHYU

RASUL :
RASUL IALAH MANUSIA LELAKI YANG DIPILIH OLEH
ALLAH UNTUK MENYAMPAIKAN WAHYU-NYA KEPADA
SELURUH UMAT MANUSIA DAN MEMBIMBING MANUSIA
BERIMAN KEPADA ALLAH DEMI KEBAHAGIAAN DI
DUNIA DAN AKHIRAT.
WAHYU :
PERKARA YANG DISAMPAIKAN OLEH ALLAH KEPADA
PARA NABI DAN RASUL MELALUI PERANTARAAN
MALAIKAT JIBRIL.
WAHYU ALLAH TERKANDUNG DALAM AL QURAN.
PERANAN RASUL :

Membetulkan
aqidah
daripada
kesesatan
kepada
beriman
dengan Allah.
• Menjelaskan syariat
dan peraturan
untuk kebahagiaan
hidup manusia
dunia dan akhirat.
• Mengajar dan menunjukkan cara
beribadat yang betul.
• Mendidik manusia supaya berakhlak
mulia.
▪ Mengajar cara hidup bermasyarakat.
▪ Memberitahu berita gembira kepada
orang beriman dan berita azab
kepada orang yang kufur.
PERKARA GHAIB DAN
BAHAGIANNYA :
• Perkara yang hanya diketahui oleh Allah
seperti tarikh kiamat , penentuan rezeki dan
sebagainya.
• Perkara yang telah berlaku seperti kisah nabi
dan umat terdahulu yg dibinasakan Allah.
• Sesuatu yang wujud tetapi tidak boleh dilihat
dengan mata seperti kewujudan malaikat ,
syaitan , syurga dan neraka.
• Perkara yang diketahui oleh manusia melalui
ilmu dan kajian seperti minyak dalam bumi ,
ketulenan emas , proses kejadian manusia.
MANUSIA MEMERLUKAN WAHYU
WALAUPUN TELAH DIANUGERAHKAN
AKAL KERANA :
•Akal manusia terbatas dan hanya
mengetahui perkara yg dapat dilihat sahaja
•Akal manusia tidak mampu menilai perkara
baik dan buruk dengan tepat dan hanya
berdasarkan logik semata-mata.
•Penggunaan akal manusia hanya
berlandaskan nafsu yang sentiasa mengajak
manusia melakukan kejahatan.
MAKSUD PERKATAAN BERDASARKAN
AYAT 50 SURAH AL-AN’AM :

KHAZANAH ALLAH :

SEGALA ILMU DAN PERKARA YANG DIMILIKI OLEH ALLAH.

ORANG BUTA :

ORANG YANG TERTUTUP PINTU HATINYA UNTUK


MENERIMA KEBENARAN DAN TIDAK MAHU BERIMAN
KEPADA ALLAH.

ORANG CELIK :

ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN SENTIASA


MELAKSANAKAN PERINTAH-NYA DAN MENINGGALKAN
LARANGAN-NYA.
KEISTIMEWAAN AL-QURAN

•Merupakan mukjizat Allah yang kekal hingga ke hari ini.


•Kandungannya lengkap untuk kebahagiaan hidup di dunia
dan akhirat.
•Bahasanya indah tiada bandingan dan tidak dapat
ditandingi oleh pakar-pakar bahasa.
•Membatalkan semua hukum yang terdapat dalam kitab
terdahulu.
•Ayat-ayatnya boleh dijadikan penawar terhadap pelbagai
penyakit manusia.
PENGAJARAN AYAT :

• RASUL MERUPAKAN PENYAMPAI WAHYU ALLAH


KEPADA MANUSIA.
• ALLAH TIDAK MEMERLUKAN PEMBANTU UNTUK
MENOLONG-NYA MENJAGA DAN MEMBAHAGIKAN
KHAZANAH-NYA.
• KITA WAJIB MENTAATI RASUL KERANA MEREKA
ADALAH UTUSAN ALLAH.
• ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH TIDAK AKAN
SAMA DARJATNYA DENGAN ORANG YANG KUFUR.
• KITA HENDAKLAH BERFIKIR BERDASARKAN WAHYU
SUPAYA HIDUP SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.

Anda mungkin juga menyukai