PENGAJARAN
PENGAJARAN SIRAH /
AKIDAH AKHLAK
KAEDAH PENGAJARAN AKIDAH
Berkisarkan tentang sejarah, pelajar dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah yang mereka
dengari.
Antara objektif pengajaran sirah ialah :
1. menyedarkan pelajar tentang perjalan hidup dan
perjuangan Rasulullah S.A.W menegakkan agama
Islam.
2. mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku
ke atas umat yang terdahulu.
3. menjadi Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan
yang terbaik.
4. menanamkan semangat dan cintakan islam.
3. Kaedah dan Teknik Pengajaran Aqidah dan Sirah
Ciri-ciri inkuiri
- Berpusatkan murid
- Merangsang minat dan sikap ingin tahu
- Melibatkan proses kognitif, afektif (perasaan dan emosi) dan psikomotor
(pergerakan)
- Kemuka soalan, membuat inferens dan pencarian maklumat
Perbincangan
• Definisi:
- Perbincangan sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa aktiviti seperti perbualan,
mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan saling berkongsi maklumat
mengenai sesuatu topic atau masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian.
• Ciri-ciri
- Melatih pelajar memberikan pendapat mengenai sesuatu topik yang ditetapkan. Guru
boleh berperanan sebagai fasilitator sahaja.
• Kelebihan
- Mengalakkan pertukaran idea secara bebas antara murid.
- Merangsang minat pelajar.
- Membimbing mereka mendapatkan pengetahuan yang baru.
Perbahasan
• Definisi:
- Perbincangan yang formal dan ahli-ahli perbahasan telah membuat persediaan untuk
menentang atau menyebelahi sesuatu isu.
Ciri-ciri perbahasan;
- Terdapat dua atau lebih pasukan yang berbahas dan setiap kumpulan terdapat 2-4 orang.
Kelebihan:
- Berpusatkan murid, meningkatkan sosial dan kemahiran komunikasi.
Kekurangan:
- Jika tidak dikawal emosi boleh berlakukan perbalahan atau ketidak puasan hati antara
ahli kumpulan mahupun dengan kumpulan lain.
Sesi buzz (perbincangan)
• Definisi:
- Merupakan kumpulan kecil terdiri daripada beberapa ahli
• Cara perlaksanaan
- Guru membuat penyampaian
- Setiap kumpulan mempunyai ketua dan setiausaha
- Kumpulan-kumpulan buzz akan memulakan perbincangan
- Setiap ahli akan memberikan idea dan setiap usaha akan mencatit setiap isi yang
dikemukan dan membuat rumusan.
- Setiap kumpulan akan berkumpul semula untuk perbincangan am yang akan
disampaikan oleh guru kepada kelas.
Forum (perbincangan
• Definisi:
- Merupakan satu sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran
dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk yang dijalankan secara formal atau
tidak formal
kelebihan:
- Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan
berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran
menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
Ciri-ciri:
- tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan
kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
- Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
Soal-jawab
• Kelebihan:
- berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
- Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
• Cara-cara:
- guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar
dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
• Objektif:
1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.