Anda di halaman 1dari 21

Bahasa Melayu

Kamarulizra Bin Mat kasirin


KATA KERJA
KATA KERJA
Kata Kerja Transitif Pasif :

a) Tidak menggunakan imbuhan dan


menggunakan kata ganti nama diri pertama
dan kedua sahaja.

b) Berimbuhan di- dan menggunakan kata


sendi oleh serta kata ganti nama diri ketiga.
KATA KERJA
• Ayat yang terbentuk daripada perubahan ayat
aktif menjadi ayat pasif dan tidak
menggunakan imbuhan hanya kata ganti nama
diri pertama dan kedua yang boleh digunakan.
• a) Soalan itu saya faham. (betul )
• b) Soalan itu dia faham. (salah)
• c) Soalan itu beliau faham. (salah)
• d) Soalan itu mereka faham. (salah)
• e) Soalan itu Ammar faham. (salah)
KATA KERJA
• Orang tua itu kami bantu. ( betul )
• Orang tua itu dia bantu. ( salah )
• Orang tua itu mereka bantu. ( salah )
• Orang tua itu Athirah bantu. ( salah )

• Wang ini patut engkau simpan. ( betul )


• Wang ini patut dia simpan. ( salah )
• Wang ini patut mereka simpan. ( salah )
KATA KERJA
• A) Ayat aktif menjadi ayat pasif dengan
berimbuhan di- serta menggunakan kata
sendi oleh, hanya kata ganti nama diri
ketiga yang boleh digunakan.
• Contoh :
• Projek itu disiapkan oleh mereka. (betul)
• Projek itu disiapkan oleh beliau. (betul)
• Projek itu disiapkan oleh Encik Azim.
(betul)
KATA KERJA
• Kata kerja yang berimbuhan meN… kan
tidak boleh diikuti oleh manusia. Mesti
diikuti oleh benda (objek) atau benda
bukan hidup.
• Contoh:
• Puan Norhayati menghadiahkan sebuah
buku kepada anaknya. ( betul )
• Sultan Perak menganugerahkan sebutir
pingat kepada tentera itu. (betul)
KATA KERJA
• Kata kerja berimbuhan meN… i mesti
diikuti oleh manusia atau benda hidup.
• Contoh :
• Encik Ammar menghadiahi anaknya
sebuah basikal. (betul)
• Hakim menjatuhi penjenayah itu hukuman
penjara selama lima tahun. (betul)
KATA GANTI
NAMA DIRI
KATA GANTI NAMA DIRI
1) Aku , awak dan engkau = tidak boleh
digunakan semasa bercakap dengan:

• Orang yang lebih tua


• Orang yang dihormati
• Orang yang belum mesra dengan kita.
• Dalam majlis rasmi dan surat-menyurat.
Contoh :
• “ Aku hendak ke bandar,” kata Nadiah
kepada ibunya. ( salah )
 
• “Saya hendak ke bandar,” kata Nadiah
kepada ibunya. ( betul )
2) Engkau , mu dan nya yang merujuk
kepada Tuhan = huruf awalnya hendaklah
ditulis dengan huruf besar.

• Contoh :
• Ya Allah, kepada engkaulah aku berserah.
(salah)
• Ya Allah, kepada Engkaulah aku berserah.
( betul )
3) Beliau = tidak boleh digunakan
apabila bercakap tentang:
• i) penjahat
• ii) kanak-kanak
• iii) binatang.
4) Ia dan mereka = hanya untuk manusia

Contoh 1:
• i) Minumlah susu kerana ia mengandungi
banyak kalsium. ( salah ) 
• ii) Minumlah susu kerana susu
mengandungi banyak kalsium. ( betul )
Contoh 2 :
• iii) Janganlah dianiaya kucing-kucing itu
kerana mereka juga ingin hidup.( salah ) 
• iv) Janganlah dianiaya kucing-kucing itu
kerana kucing-kucing juga ingin hidup.
( betul )
• 5) Ku dan kau = tidak boleh digunakan

sebagai permulaan ayat.


Contoh :
• i) Ku telah terpedaya dengan janji
manisnya. ( salah )
• ii) Aku telah terpedaya dengan janji
manisnya. ( betul )
KATA GANTI
NAMA TANYA
KATA GANTI NAMA TANYA
• 1) Partikel kah = tidak boleh digunakan
pada kata tanya yang berada pada akhir
ayat.
• Contoh :
• i) Di dalam kotak itu apakah? ( salah )
• ii) Di dalam kotak itu apa? ( betul )
KATA GANTI
NAMA TIDAK TENTU
KATA GANTI NAMA TIDAK
TENTU
Kata Ganti Nama tidak tentu = Apa-apa ,
siapa-siapa , bila-bila dan mana-mana
mempunyai maksud yang berbeza dengan
apa , siapa , bila dan mana.
Contoh :
• i) Apa yang kamu buat saya akan ikut.
(salah) 
• ii) Apa-apa yang kamu buat saya akan
ikut. (betul)
KATA BILANGAN

* Kata Bilangan Tentu – mesti diikuti


penjodoh bilangan.
Cth:* Yusof membeli lima durian di pasar
malam.( salah )
* Yusof membeli lima biji durian di pasar
malam. ( betul )
• Kata Bilangan Himpunan – mesti diikuti
penjodoh bilangan.
Cth: Kedua-dua pemuda itu telah ditangkap oleh
pihak polis. ( salah )

Anda mungkin juga menyukai