Anda di halaman 1dari 23

Pedagogi Berkesan dalam Matematik

Pembelajaran Matematik Melalui


Kecerdasan Pelbagai

Ahli kumpulan: Chee Kar Fei


Leow Hui Shi
Veronica Tan Teck Wei
Pengasas Teori Kecerdasan Pelbagai

Nama Penuh : Howard Earl Gardner


Tarikh lahir : 11 Julai 1943
Tempat lahir : Scranton Pennsylvania
Kewarganegaraan : Warganegara Amerika
 Menurut Gardner (1983), kecerdasan pelbagai adalah
kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai
kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani
masalah sesuai dengan masa dan tempat untuk
menghasilkan output yang efektif.

 Menurut Howard Gardner, setiap manusia mempunyai 9


kecerdasan pelbagai. Beliau juga menyatakan setiap
individu mempunyai cara belajar yang berbeza mengikut
kecerdasan masing-masing.
9) Eksistensialisme
1) Verbal-Linguistik
 Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam
lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat
maklumat.

 Mereka mempunyai kebolehan memanipulasikan ayat, gaya


bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.
Cara Pembelajaran :
 Menggunakan stesen pembelajaran (Gallery Walk)
serta penerangan lisan dalam membuat cara
pengiraan Matematik.
2) Logik Matematik
 Kebolehan menggunakan nombor, menaakul,
mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan
akibat (logik).

 Melibatkan penikiran saintifik, termasuk pemikiran


secara heuristic, induktif dan deduktif, membuat
inferens, mengkategori, generalisasi dan perhitungan,
Cara Pembelajaran :
 Contohnya : Menyelesaikan pelbagai masalah yang
mempunyai berkaitan dengan nombor.
3) Kecerdasan Visual-Ruang

 Kebolehan mengesan dan mempunyai daya


imaginasi yang tinggi seperti kebolehan
mempersembahkan idea visual dan ruang secara
grafik.
Cara Pembelajaran :
 Menggunakan gambar rajah, video dan tunjuk cara
4) Kecerdasan Naturalis
 Kebolehan mengenal serta mengklasifikasikan dan
menghargai alam semulajadi.

 Individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu


melihat perhubungan dan pola rapat antara alam
tumbuhan dan kehidupan haiwan.
Cara Pembelajaran :
 Guru meminta murid untuk mengumpul daun kering
di sekitar alam sekolah sehinggan 10 keping setiap
kumpulan.

 Menulis nombor pada pasir, membentuk nombor


menggunakan tanah liat
5) Kecerdasan Muzik
 Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi.
 Individu yang mempunyai kecerdasan ini sensitif
kepada bunyi.
Cara Pembelajaran :
 Murid mencipta lirik lagu yang berkaitan dengan
Matematik supaya murid mudah memahami.
Video yang berkaitan dengan nombor
6) Kecerdasan Kinestetik
 Kebolehan menggunakan anggota badan untuk
menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan
masalah.
 Individu seperti ini berkemahiran dalam memanipulasi
objek dan aktiviti yang melibatkan motor halus dan
kasar.
Cara Pembelajaran :
Melalui perbuatan seperti permainan.

Topik : Masa
Guru menyediakan gambar Jam sebagai latar belakang dan
pelajar menggunakan tangan atau kaki sebagai jarum jam
untuk tunjuk masa yang disebut oleh guru.

Topik : Geometri
Guru membimbing pelajar untuk membentukkan bentuk
geometri seperti bulatan, segi empat dan sebagainya untuk
menggunakan bahagian badan mereka.
7) Intrapersonal
 Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan,
kelemahan, hasrat dan keinginan.

 Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi


dan boleh memahami perasaan orang lain termasuk
kemahiran bagaimana seseorang itu sama atau
berbeza dengan orang lain,
Cara Pembelajaran :
 Aktiviti membuat refleksi seperti melahirkan perasaan
selepas sesuatu aktiviti pembelajaran selesai
dijalankan.

membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid


dan ini akan menjadi satu motivasi kendiri dalam diri
murid)
8) Interpersonal
 Pelajar yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang
tinggi adalah seseorang yang peka terhadap perasaan
dan ingin orang lain. Dengan itu, pelajar dapat faham dan
berinteraksi secara berkesan dengan orang lain.
Cara pembelajaran:
 Guru Matematik memberi projek berkumpulan atau
soalan Matematik yang bertahap KBAT terhadap
para pelajar
memberi peluang kepada pelajar untuk mengajar
rakan sebaya dan melatih kemahiran berkomunikasi
yang berkesan
9) Eksistensialisme
 Cenderung bersikap untuk bertanya mengenai
segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan,
mengapa manusia mengalami kematian dan juga
realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup
 Menelaah sesuatu dengan lebih mandalam

Cara Pembelajaran:
 Guru bersabar dan berusaha menjawab dengan
segala persoalan dan pertanyaan murid
Sekian,Terima
Kasih.

Anda mungkin juga menyukai