Anda di halaman 1dari 44

Bab 6

Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan


Hasil Pembelajaran

Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:

i. Memupuk - kefahaman mengenai


kepelbagaian agama di Malaysia.
ii. Memahami - kepercayaan agama utama di
Malaysia.
Iii. Mengamalkan - unsur tolak ansur dalam
konteks kebebasan beragama di Malaysia
PENGENALAN:

 Di Malaysia - agama dan etnik


adalah identiti kelompok yang saling
melengkapi.
 Kelompok etnik - disamakan dengan
kelompok agama.
TAKRIF AGAMA

 Hubungan manusia dan sesuatu kekuasaan


luar biasa - memberikan perlindungan.
 Set peraturan yang mengatur hubungan
manusia dan kuasa ghaib, khasnya dengan
Tuhan.
 Suatu sistem keyakinan yang wujud dan
amalan yang diamalkan oleh suatu kelompok
atau masyarakat.
MENGAPAKAH MANUSIA BERAGAMA?

 Keperluan asasi setiap manusia.


 Sifat sejagat bagi seluruh manusia .
 Warisan kebudayaan, faktor
keselamatan.
 Kesejahteraan, mengukuhkan ikatan
persaudaraan.
Peranan Agama

a. Sumber nilai moral


b. Penyatuan
c. Pendorong dan Pengesahan Program
Pembangunan
d. Menumbuhkan Semangat Kebangsaan
e. Perpaduan Nasional
f. Kewujudan tamadun
g. Fungsi Pemerintahan
h. Mengembangkan Kesenian
Penggolongan Agama

 Agama sebagai unsur kebudayaan


sesuatu masyarakat.
 Agama terbahagi kepada dua, iaitu:

a. agama ciptaan Tuhan.


b. agama ciptaan manusia.
Agama Samawi

 Bersumberkan wahyu Tuhan.


 Diturunkan menerusi tokoh manusia pilihan
Tuhan – rasul-rasul Allah .
 Tidak boleh dianggap sebagai unsur
kebudayaan manusia.
 Bukan hasil pemikiran dan pengalaman
manusia.
 Contohnya: Islam, Kristian dan Yahudi.
Agama Duniawi

 Datang daripada diri manusia.


 Agama alam atau agama budaya.
 Kebudayaan, falsafah masyarakat dan rumusan
ahli fikir masyarakat.
 Gagasan dasar dan peraturan umum.
 Tidak bersandarkan wahyu dan ajaran-ajaran
rasul.
 Pengajaran dan cara-cara umum.
Agama-agama di Malaysia
Agama Islam

 Dianuti oleh sebanyak 60 peratus penduduk


Malaysia.
 Berserah diri dan mengikuti perintah Allah SWT
serta mencontohi Nabi Muhammad SAW.
 Nabi Muhammad SAW - penyampai ajaran Islam
daripada Tuhan.
Ajaran Islam

 Sumber ajaran Islam ialah al-Quran.


 Seluruh teks al-Quran tidak boleh diubah.
 Kepercayaan kepada Allah, semua rasul, kitab suci
yang telah diturunkan oleh Allah, malaikat, hari
kiamat, qada dan qadar.
Ajaran Islam

 Sumber kedua - al-Sunnah yang merangkumi


ucapan, tindakan serta sifat-sifat Rasulullah SAW
dalam bentuk manifestasi ajaran Islam yang juga
dikenali sebagai Hadis.

 Melalui Hadis, seorang Muslim dapat mencontohi


bagaimana cara Nabi Muhammad SAW beribadah
dan menjalani kehidupan seharian.
Ajaran Islam

 Sumber ketiga ialah ijtihad, ijmak, qiyas, syura dan


sebagainya - respons ulama terhadap perubahan
dan kemajuan dalam kehidupan harian.
 Prinsip syariah kepada umat yang
memerlukannya.
 Sebagai contoh prinsip yang perlu diguna pakai
dalam perdagangan saham yang belum wujud
pada zaman awal Islam.
Islam Agama Sejagat

 Berada dalam kelasnya yang tersendiri dari segi


kosmologi, epistemologi, metafizik dan
weltanschauung.
 Penubuhan kerajaan Islam di Madinah (622M),
menandakan pengiktirafan Islam terhadap hak dan
tanggungjawab orang bukan Islam dalam negara
Islam.
 Islam - membuka laluan kepada kesatuan seluruh
bangsa.
Ciri-ciri Utama Islam:
Ekonomi
 Kebebasan kepada umatnya untuk berusaha mencari
kekayaan tetapi dengan cara yang mulia dan bersih.
 Tanggungjawab membasmikan kemiskinan dan
penderitaan masyarakat di tangan orang yang berharta
dan berkuasa.
 Menentang sistem ekonomi berunsur eksploitasi,
penindasan, pemerasan, monopoli dan penipuan.
 Islam mewajibkan zakat pada golongan yang berada serta
menggalakkan umatnya menderma dan berkorban untuk
kebajikan orang lain.
Ciri-ciri Utama Islam:
Politik

 Dasar musyawarah, keadilan dan pemilihan


pemimpin secara adil tanpa membezakan manusia
berdasarkan kelas, keturunan, bangsa, agama
atau warna kulit.
 Ajaran Islam menghormati kebebasan berfikir
selagi tidak memerangi ketuhanan dan merosak
kesejahteraan awam.
 Pencerobohan hak orang lain dan pencabulan
perjanjian - tidak diterima dalam Islam.
Ciri-ciri Utama Islam:
Sosial
 Dasar kehormatan diri manusia.
 Dasar kebersihan diri manusia.
 Mereka bertanggungjawab atas setiap tindak-
tanduk yang dilakukan dan tidak menanggung
dosa orang lain.
 Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab
atas segala keburukan yang berlaku dalam
masyarakatnya.
Ciri-ciri Utama Islam:
Ilmu Pengetahuan

 Menggalakkan perkembangan ilmu dan


menganjurkan supaya menjalankan kajian serta
penyelidikan terhadap rahsia-rahsia alam.
 Mewajibkan setiap orang sama ada lelaki ataupun
perempuan menuntut ilmu.
 Penekanan diberikan dalam al-Quran yang
menyeru agar manusia menyelidik dan berfikir
tentang kejadian-kejadian alam.
Agama Buddha

 Agama kedua terbesar di Malaysia.


 Terdiri daripada etnik Cina yang berpegang
kepada mazhab Buddha Mahayana.
 Buddha Theravada - komuniti Thai yang
kebanyakannya tinggal di utara Semenanjung
Malaysia.
Asal Usul Agama Buddha

 Reaksi terhadap kekerasan dan penindasan oleh


golongan Brahman - golongan lain bangkit
menentang terutama golongan Kshatriya yang
terdiri daripada anak-anak raja dan perajurit.
 Diasaskan oleh Siddhartha Gautama.
 Menafikan Buddha sebagai pelopor agama - tidak
mengikrarkan akidah atau mengasaskan apa-apa
mazhab falsafah.
 Tidak menyeru pengikutnya menganut agama seperti
agama-agama lain.
 Seruannya kepada cara untuk mendapatkan pengalaman
rohani yang tidak dapat diterangkan dengan kata-kata.
 Cerita tentang pengalamannya dan tentang jalan yang
diikutinya.
 Kebenaran itu tidak dapat diketahui dengan pendapat
atau teori, tetapi dengan melalui jalan yang menuju
kepada kebenaran tersebut.
 Mengetepikan perbincangan tentang ketuhanan.
 Berpendapat bahawa manusia bergantung kepada diri
sendiri bukannya Tuhan.
 Ajaran moral Buddha yang terpenting - menghormati
kehidupan, sama ada manusia, tumbuhan ataupun
haiwan.
 Ketenangan rohani dan kasih sayang terhadap semua
yang bernyawa.
 Prinsip yang terpenting - pembasmian kasta.
 Di Malaysia, etnik Cina menganut - berpegang kepada
ajaran agama Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Kristian
dan Islam.
 Ada yang mengamalkan dua atau lebih ajaran
Konfusianisme, Buddha dan Taoisme dalam masa yang
sama.
Agama Hindu
 Dianuti oleh sebahagian besar komuniti India di
negara ini.
 Sekumpulan adat istiadat, budi pekerti dan
gambaran kehidupan orang Hindu.
 Dikenali dengan nama agama Brahma.
 Gelaran terhadap pendeta Hindu yang dipercayai
mempunyai unsur ketuhanan.
 Tidak diketahui siapakah pengasas ini.
 Berevolusi daripada ajaran Veda yang muncul sebelum
penaklukan bangsa Arya ke atas India.
 Isi kandungan agama ini - pelbagai kepercayaan yang
membawanya turun hingga kepada penyembahan batu
dan pokok-pokok dan membawanya naik kepada
perkara-perkara falsafah yang abstrak dan halus.
 Kitab-kitab suci - Veda, Undang-Undang manu,
Mahabharata, Gita, Yoga Vasishtha dan Ramayana.
Memerintah dan Diperintah

 Dalam kalangan Tuhan penganut Hindu -


memerintah dan diperintah.
 Ketua dan yang memerintah - Tuhan segala tuhan
dan dewa segala dewa.
 Brahma, Vishnu dan Siva - tiga dalam satu dan
satu dalam tiga.
 Sistem kasta - empat golongan, iaitu Brahman, Kshatriya,
Vaishya dan Shudra.
 Dalam Peraturan Manu, tugas tiap-tiap golongan ini
diterangkan iaitu:
1. Brahman menjadi ketua agama.
2. Kshatriya menjadi perajurit.
3. Vaishya pula bertani dan berniaga.
4. Shudra memberi khidmat pada ketiga-tiga golongan
yang dianggap mulia.
 Kesan penemuan kesan binaan Hindu lama - di
Lembah Bujang, Kedah.
 Pengaruh agama Hindu sejak kurun ke-7 Masihi.
 Meninggalkan kesan kepada masyarakat Melayu
di Malaysia.
 Senkritisme agama - dalam upacara
perkahwinan, membabitkan persandingan,
pemakaian inai dan upacara menepung tawar.
Agama Kristian
 Mazhab daripada kepercayaan Yahudi yang
menerima Jesus daripada Nazaret sebagai
messiah atau kristus.
 Gereja Roman Katolik, Ortodok Timur ataupun
Gereja Protestan menerima Doktrin Triniti atau
Tritunggal sebagai ajaran utama agama Kristian.
 Jelmaan Tuhan iaitu tuhan yang mengambil rupa
manusia; mempunyai sifat-sifat manusia.
 Jesus meninggal dunia - menyelamatkan manusia
daripada dosa.
 Kitab suci Kristian iaitu Bible mengandungi:
i. Kitab Perjanjian Lama atau;
ii. Kitab Perjanjian Baru

 Kitab tersebut mencatatkan :


i. perkembangan gereja pada peringkat awal dan;
ii. menerangkan pengertian kepercayaan mengikut Jesus.

 Amalan penting dalam Kristian ialah:


i. Pembaptisan ialah upacara untuk meraikan kemasukan
seseorang dalam Kristian.
Agama Sikh

 Kelompok agama minoriti di Malaysia.


 Dianuti oleh sebahagian besar etnik India
berketurunan Punjabi di negara ini.
 Bagi lelaki, biasa menggunakan nama akhir Singh
bermaksud singa.
 Wanita menggunakan Kaur, bermaksud puteri.
 Diasaskan oleh Guru Nanak.
 Pada tahun 1469M.
 Dikembangkan oleh sembilan orang Guru lain.
 Agama Sikh mempercayai satu Tuhan.
 Kitab suci agama Sikh - Sri Guru Granth Sahib Ji.
 Lima simbol utama yang dikenali umum sebagai
5K, iaitu:

a. Kesh (berambut panjang)


b. Kangha (sikat)
c. Kara (gelang besi)
d. Kirpan (pedang kecil)
e. Kachera (seluar pendek khas)
 Upacara amrit sanskar - Persaudaraan Khalsa.
 Larangan tersebut adalah:
a. mereka tidak dibenarkan untuk memotong atau
mencukur sebarang rambut di mana-mana bahagian
badannya,
b. mereka tidak boleh memakan daging kecuali yang
dipotong secara jhatka, yakni sekali pancung,
c. mereka tidak boleh meminum arak, menghisap
tembakau atau dadah
d. mereka tidak boleh mengadakan hubungan seks
selain dengan pasangan masing-masing.
Animisme
 Istilah bagi mana-mana kepercayaan yang melibatkan
pemujaan roh dan semangat alam semula jadi.
 Ringkasnya, animisme percaya bahawa:

a. Objek di dalam dunia ini memiliki jiwa dan hidup


b. Makhluk halus
c. Bintang, matahari dan bulan memiliki jiwa.
d. Roh-roh.
Ajaran Konfucius

 Konfucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang


berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip
hidup yang baik.
 Ajaran Konfucius menekankan perasaan perikemanusiaan
terhadap orang lain dan harga diri.
 Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah,
kerajinan dan sifat baik.”
 Ajaran Konfucius dikumpulkan oleh pengikutnya dalam
bentuk buku berjudul Lun-Yu atau Analekta.
Ajaran Tao
 Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze yang menyarankan
supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari
jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan
duniawi dan upacara yang merugikan.
 Perkara yang ideal bagi pengikut ajaran Tao ialah manusia
seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia.
 Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu
seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak
dan kurang rasional.
Konflik Ajaran
 Secara umumnya agama sentiasa mengajar penganutnya
erti kasih sayang, pengampunan dan perdamaian.
 Agama menganjurkan kedamaian, namun konflik antara
agama tetap berlaku.
 Konflik ini boleh terjadi kerana tafsiran berbeza dalam
memahami ajaran agama.
 Konflik juga boleh berlaku kerana kegagalan seseorang
untuk memahami dan seterusnya menghormati ajaran dan
upacara agama orang lain.
Mencari Titik Pertemuan

 Kefahaman dan tingkah laku beragama boleh memisah atau


membina hubungan sesama penganut dalam sesuatu
agama atau dengan penganut-penganut agama lain.
 Kemampuan agama dalam membina ikatan dan hubungan
merentas individu dan kumpulan agama yang berlainan
adalah potensi yang perlu diteliti dan perhalusi.
 Oleh itu, kepekaan kepada ruang sosial sedia ada amat
diperlukan bagi memungkinkan peluang membawa penganut
pelbagai agama bergerak ke arah persefahaman.
 Dalam konteks perbezaan amalan beragama, masih banyak ruang
nilai kemanusiaan yang boleh dikongsi bersama dan mampu
mengikat individu dan kumpulan yang berbeza agama ini untuk
berhubungan sesama mereka.
 Nilai kesejagatan tersebut yang dikongsi bersama telah membawa
rakyat Malaysia untuk memilih tindakan di atas perkiraan sosial yang
rasional dan dihajati bersama iaitu keharmonian, kedamaian,
kekayaan, kemuliaan dan kebaikan.
KESIMPULAN:
 Kepelbagaian anutan, fahaman dan amalan agama di
Malaysia merupakan suatu model yang sukar
dibandingkan dengan negara luar.
 Jalinan hubungan antara agama yang positif perlu
dipupuk agar keharmonian sosial menjadi lebih segar.
 Persoalan sumbangan agama dalam kehidupan
multietnik sukar dinafikan dengan mengambil kira agama
sebagai elemen penting kepada identifikasi etnik di
negara ini.
 Masyarakat Malaysia mempunyai ruang yang luas dan
terbuka untuk meraikan hubungan etnik dengan
pengukuhan hubungan antara penganut pelbagai agama.
SOALAN SEMINAR

Bincangkan peranan agama dalam memupuk hubungan etnik


yang harmoni di Malaysia.
SUMBER BACAAN
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai