Anda di halaman 1dari 28

HASIL PEMELAJARAN

Pelajar dapat:

membedakan pengetahuan indera, pengetahuan


hasil pemikiran, dan pengetahuan ilmu

menyimpulkan makna falsafah dan cabang falsafah


ILMU PENGETAHUAN DAN FALSAFAH

> Pengetahuan dapat dibahagikan kepada tiga kategori:


i. Pengetahuan Indera: Pengetahuan pertama, umum dan menjadi asas pengetahuan manusia.
Pengalaman pancaindera melalui induksi menjadi pengetahuan umum yang bersifat asas.Contoh:

- Kita mengetahui setiap pagi matahari terbit di ufuk timur dan tenggelam di ufuk barat;
- Hubungan kekerabatan lebih mesra daripada hubungan di luar kekerabatan;
- Cermat dan rajin bekerja pangkal kaya;
- Makin tinggi taraf pendidikan, makin tinggilah kedudukan seseorang;
- Orang selalunya tertarik pada keindahan dan kecantikan;
- Pada hari tua, orang lebih tertarik pada agama;
- Apabila menghadapi kesusahan, orang kerap teringat pada Tuhan;
- Apabila bahagia orang lupa akan Tuhan…

> Semua itu dibentuk daripada pengalaman hidup yang ditempuh sehari-hari, iaitu pengalaman yang penuh
pancaroba dan pancarona
PENGETAHUAN HASIL PEMIKIRAN

 Abraham Maslow, bapa psikologi humanisme mengatakan bahawa hasil pemikiran


manusia berasaskan lima hierarki terancang yang mendominasikan nafsu manusia, dan
kemudiannya hilang apabila kepuasan diperoleh:

i. Keperluan makan dan minum


ii. Keperluan keselamatan, seperti penjagaan
iii. Keperluan sosial, seperti kasih sayang dan belaian perasaan
iv. Keperluan penghormatan, seperti status diri, pangkat dan penghargaan
v. Keperluan pewujudan diri, iaitu keperluan untuk memenuhi segala-gala yang
mampu dilaksanakan

> Bagi Maslow, keperluan (v) merupakan kesepaduan segala potensi yang ada pada
manusia yang dapat mewujudkan dirinya yang sebenar. Hasil pemikiran merupakan
manifestasi daripada keperluan diri tersebut. Maslow menafikan manusia sebagai insan
yang mempunyai roh, kalbu, nafsu akal, dan jasad yang wujud secara bersepadu. Yang
difokuskan hanyalah tingkah laku luaran yang terjelma melalui psikologi, persekitaran
atau sifat dalaman insan.
PENGETAHUAN HASIL PEMIKIRAN

 Ibnu Sina menganggap bahawa pengetahuan hasil pemikiran berasaskan tiga jiwa utama, iaitu jiwa
sensitif, jiwa rasional dan agen cendekia. Setiap jiwa mempunyai fungsi dan keperluan tersendiri,
serta bertindak secara sepadu

> Jiwa sensitif terbahagi tiga, iaitu:


* Deria luaran yang membolehkan seseorang itu menghidu, merasa, menyentuh,
mendengar dan melihat, serta dapat memberikan rangsangan terhadap persekitaran
* Deria dalaman yang terdiri daripada akal budi, daya ingatan, imaginasi keinsanan, imaginasi
kehaiwanan, anggapan, memori dan mengingat semula
* Nafsu, iaitu tempat diri merasakan keenakan atau kesengsaraan, suka, seronok, duka atau
benci…

 Jiwa rasional terbahagi dua, iaitu:


* Cendekia praktikal yang dapat mencerap dan memperhatikan fenomena secara empirikal
dan pengalaman amali
* Cendekia berfikir yang mencerap fenomena dalam minda secara konseptual

> Agen cendekia ialah agen yang dapat memberikan makna kepada ilmu (intuitif)
PENGETAHUAN ILMU

• Ilmu yang diperoleh langsung daripada Allah swt kepada para anbia (nabi) melalui
wahyu dan para aulia (wali) melalui ilham

• Ilmu yang diperturunkan daripada nabi dan para sahabat, seperti ilmu al-Quran, hadis,
fiqah dan ilmu agama yang lain

• Ilmu akal atau ilmu sains the rational science.


science Ilmu ini ialah ilmu hasil daripada
pengalaman dan pemikiran. Pengalaman dan pemikiran itu digunakan secara sistematik
dan radikal, diarah dan dikawal oleh hukum berfikir (logika). Yang difikirkan itu ialah
fakta atau data hasil penyelidikan dan eksperimen

• Semua ilmu sains mempunyai falsafahnya sendiri kerana perkembangan ilmu berpangkal
daripada falsafah. Itulah sebabnya falsafah dikenali sebagai induk semua ilmu
pengetahuan
FALSAFAH

 Kata falsafah (Melayu), philosophie (Belanda), philosophie (Jerman), philosophy (Inggeris),


philosophie (Perancis) berasal daripada kata bahasa Yunani, iaitu: Philien: mencintai,
Sophia: kearifan, kebijaksanaan, hikmat, kebenaran…
 Falsafah ialah perihal mencintai kearifan, kebijaksanaan, hikmat, kebenaran…melalui
pemikiran yang mendalam. Berfalsafah merupakan puncak ketuntasan berfikir, iaitu
dengan belajar dan menyelidik
 Falsafah ialah kebijaksanaan atau hikmat dalam penggunaan fikiran untuk mencari
kebenaran hakiki. Kebenaran ialah perkara tertinggi yang dapat dicapai melalui akal atau
kaedah berfikir
 Dalam Islam, berfikir amat penting untuk mencapai hakikat. Nabi Muhammad saw pernah
bersabda, bahawa berfikir satu saat itu lebih tinggi nilainya daripada satu sembahyang
malam
 Falsafah ialah satu disiplin yang serius dari segi cendekia dan sejarah. Perkembangannya
bermula dari zaman Griekenland ke Iskandariah, ke Romawi, ke tanah Arab, ke zaman
pembaharuan di Eropah hinggalah zaman IT dan globalisasi kini.
MAKNA FALSAFAH

• Berdasarkan pendapat Plato, Aristotle, Marcus Tullius Cicera, Al-Farabi,


Immanuael Kant, W.P. Montague, J.A. Leighton, Harold, H. Titus, D.C. Mulder,
Fuad Hassan, N. Drijarkara…, bolehlah dirumuskan bahawa falsafah itu ialah:

> Ilmu yang menyelidik segala sesuatu dengan terperinci dan


mendalam tentang sebab terjadinya sesuatu peristiwa sehingga sebab
terakhir dan mutlak ditemukan

> Fokusnya tentang ketuhanan, alam semester dan diri manusia.


Semuanya diberikan gambaran sebagai suatu keseluruhan yang mencakup
pengetahuan biasa, warisan budaya dan hasil ilmu khusus yang lain
CABANG FALSAFAH

Cabang falsafah dapat dirumuskan seperti yang berikut:

* Metafizika
* Logika
* Etika
* Estetika
* Epistemologi
* Falsafah Khusus
METAFIZIKA

• Inggeris: metaphysics, Latin: metaphysica dari Yunani meta ta physica


(sesudah fizika); daripada meta (setelah, melebihi) dan physikos
(menyangkut alam) atau physis (alam)
• Falsafah tentang hakikat yang ada di sebalik fizika. Hakikat yang bersifat
abstrak dan di luar jangkauan pengalaman manusia. Tegasnya tentang realiti
kehidupan di alam ini: Alam ini wujud atau tidak? Siapakah kita?
Apakah peranan kita dalam kehidupan ini?…
• Kajian tentang sesuatu yang bersifat rohani dan yang tidak dapat
diterangkan dengan kaedah penjelasan yang ditemukan dalam ilmu yang lain
• Kajian kritis terhadap andaian dasar yang digunakan oleh sistem
pengetahuan kita dalam pernyataannya tentang apa-apa yang nyata
LOGIKA

• Inggeris: logic, Latin: logica, Yunani: logike atau logikos (ujaran yang dapat difahami
atau akal budi yang berfungsi dengan baik, teratur dan sistematik)

• Falsafah tentang fikiran / pendapat yang betul dan yang salah mengikut norma tertentu
dalam kehidupan manusia, iaitu tentang penaakulan

• Logika mengkaji peraturan membuat kesimpulan yang membolehkan kita


mengemukakan cadangan dan hujah atas landasan yang betul dan boleh dipercayai
serta tidak bercanggah dengan pemikiran rasional. Logik dapat dilihat dari dua segi:

> logik deduktif: membuat kesimpulan daripada penyataan am hingga


penyataan yang khusus

> logik induktif: membuat kesimpulan daripada penyataan khusus hingga


penyataan am yang tentatif
ETIKA

• Dari Yunani ethikos, ethos (adat, kebiasaan, praktik). Etika mencakup idea
karakter dan kecondongan (disposisi) dan berhubungan dengan kegiatan
praktis
• Etika berkaitan tingkah laku yang baik dan yang buruk, iaitu tentang nilai-nilai
moral dan peraturan kelakuan yang dipersetujui oleh masyarakat dunia
• Etika menjadi kiblat kepada idea kewajipan dan tugas, pernyataan prinsip
perilaku, bukannya penelusuran konsep
• Kebaikan dan kebenaran dapat dilihat sebagai objektif (padanan faktor realiti
dan hal tertentu) atau subjektif. Keadaan ini melahirkan objektivisme etika
atau subjektivisme etika
• Etika pada emosi menyatakan sikap sepakat dan penolakan atau pencelaan, di
samping menentukan makna dan daya nilai kehidupan
ESTETIKA

• Estetika sebagai cabang falsafah juga dikenali sebagai falsafah keindahan.


Estetika berasal daripada bahasa Yunani aisthetika yang bermaksud hal-hal
yang dapat dicerap dengan indera atau aisthesis yang bermaksud cerapan
indera
• Estetika digambarkan sebagai kajian falsafah tentang keindahan dan
kejelekan. Estetika juga berkaitan dengan nilai bukan moral. Ini demikian
kerana estetika mengkaji nilai kecantikan dan kesenian dalam pelbagai
objek yang ditemukan dalam alam ini
• Antara persoalan estetika:
- Apakah keindahan itu?
- Keindahan bersifat objektif atau subjektif?
- Apakah ukuran keindahan?
- Apakah peranan keindahan dalam kehidupan?
- Bagaimanakah hubungan antara keindahan dengan kebenaran?
EPISTEMOLOGI

• Epistemologi berasal daripada kata bahasa Yunani episteme (pengetahuan,


ilmu pengetahuan), dan logos (pengetahuan, maklumat), iaitu ilmu
pengetahuan tentang pengetahuan. Epistemologi juga dikenali sebagai teori
pengetahuan
• Epistemologi ialah falsafah tentang ilmu pengetahuan, iaitu perihal
mengetahui sesuatu yang tidak diketahui, seperti apakah sumber
pengetahuan? Apakah yang benar? Apakah yang murni?…
• Hakikat kebenaran ialah apa-apa yang ada pada tanggapan indera. Tidak
ada hakikat kebenaran yang hakiki, yang bebas daripada keadaan seseorang
dan suasananya
• Oleh itu, tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ketidakbenaran mutlak.
Benar pada individu tertentu, tidak benar pada individu lain, walaupun
objek sasarannya satu. Boleh juga benar pada satu masa, dan tidak benar
pada masa yang lain bagi orang yang sama. Jadi, pengetahuan yang benar
ialah pengetahuan yang sesuai dengan objeknya
FALSAFAH KHUSUS

• Falsafah yang perkembangannya paling pesat ialah falsafah ilmu pengetahuan.


Disiplin ini mengandung perbedaan antara falsafah ilmu alam dengan falsafah
ilmu sosial, seperti falsafah sejarah, falsafah pendidikan, falsafah agama,
falsafah hukum, falsafah kejuruteraan, falsafah politik, falsafah kebudayaan
dan falsafah bahasa
• Falsafah yang berasaskan disiplin ilmu itulah yang dinamakan falsafah khusus.
Falsafah jenis ini merupakan dasar daripada sebab penelitian ilmiahnya dalam
bidang khusus tersebut
• Ini juga merupakan titik tolak bagaimana ilmu itu mencapai objektifnya, iaitu
kebenaran. Sebenarnya setiap ilmu ditujukan untuk mencapai kebenaran serta
pengabdiannya kepada umat manusia, hanya cara atau jalannya yang berbeda
FALSAFAH KHUSUS

• Setiap ilmu mempunyai objek formal atau objek bendanya. Dalam objek
benda, beberapa ilmu mungkin mempunyai objek yang sama, tetapi untuk
maksud penjelasan pemisahan ilmu, maka objek formalnya berbeda

• Objek formal ini merupakan pandangan khusus ilmu masing-masing


berdasarkan apa-apa yang dianggap benar, terutama menurut norma dan
ukuran masyarakat pada masa itu. Oleh itu setiap falsafah ilmu tersebut,
memperlihatkan falsafah masyarakatnya, di samping memperlihatkan
peningkatan dari segi perkembangan ilmu berkenaan

• Cabang falsafah dirumuskan menerusi aliran monisme, dualisme, pluralisme,


idealisme, materialisme, mekanisme, teologisme, determinisme,
indeterminisme, naturalisme, hedonisme, utilitarisme, vitalisme,
rasionalisme, empirisme, kritisisme, realisme, eksistensialisme,
pragmatisme/eksperimentalisme, fenomenologisme, positivisme, aliran
falsafah hidup…
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH

• Monisme: Unsur pokok terhadap sesuatu ialah esa atau satu. Yang lain
hanyalah ilusi. Golongan materialis menganggap benda
ialah dasar dunia, golongan idealis menganggap idea ialah
dasar dunia
• Dualisme: Unsur pokok terhadap sesuatu ialah dua, iaitu roh dan benda
jasmani dan rohani, dunia inderawi dan dunia cendekiaan,
realiti dan kemungkinan
• Pluralisme: Realiti asas bersifat jamak
• Idealisme: Hakikat itu bersifat roh. Semua realiti bersifat kerohanian.
Jirim tidak benar dan alam semester harus dianggap sebagai
sari pemikiran. Tiada pengetahuan lain, selain proses mental
• Materialisme: Hakikat bersifat kebendaan. Sesuatu yang tidak nyata
adalah tidak benar. Penekanan terhadap faktor kebendaan
yang spiritual dalam metafizika, nilai, fisiologi dan
epistemologi
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH

• Mekanisme: Kejadian berlaku sendiri berdasarkan hukum sebab akibat.


Penekanan terhadap keupayaan memberikan penjelasan
mekanis bagi struktur internal benda alam dan seluruh
alam
• Teologi: Sesuatu kejadian berhubung dengan kejadian yang lain,
iaitu semata-mata mempunyai tujuan yang sama.
Hubungan dunia ilahi (ideal kekal dan tak berubah) dengan
dunia fizikal
• Determinisme: Kemahuan manusia dibelenggu, iaitu sudah dipastikan lebih
dahulu, dan semua kejadian mempunyai sebab
• Metafizika: Dikenali juga dengan nama Indeterminisme, iaitu kemahuan
manusia bebas sebebas-bebasnya. Beberapa kejadian tidak
mempunyai sebab, dan kejadian juga tidak dapat
diramalkan kerana elemen kemungkinan, ketidakpastian,
keterbukaan…
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH

• Naturalisme: Kebahagiaan manusia boleh didapati menerusi panggilan


fitrah (nature) kejadian manusia itu sendiri. Sifat manusia sebagai satu
peluasan daripada peraturan biologi semata-mata mengikut prinsip alam

• Hedonisme: perlakuan susila ialah perbuatan yang menimbulkan


kenikmatan dan kelazatan. Konsep moral yang menyamakan kebaikan
dengan kesenangan. Kebaikan dan kesenangan ini merupakan tujuan
kehidupan

• Utilitarianisme: Buruk dan baik perlakuan manusia dinilai daripada banyak


atau sedikitnya manfaat bagi manusia. Dikenali juga sebagai teori
kebahagiaan terbesar, Asasnya ialah kebaikan terbesar bagi jumlah terbesar

• Vitalisme: Penilaian baik atau tidak perlakuan manusia berasaskan daya


maksimum seseorang melakukan sesuatu tindakan. Aliran ini juga dikenali
sebagai teori ilmiah tentang konstitusi batin makhluk hidup
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH

• Rasionalisme: Dikenali juga sebagai intelektualisme, iaitu sumber


pengetahuan manusia ialah fikiran, rasio dan jiwa manusia, dan bebas
daripada pengamatan inderawi. Kebenaran tidak dapat diuji dengan
prosedur, tetapi dapat diuji dengan kriteria tertentu
• Empirisisme: Pengetahuan manusia berasal daripada pengalaman manusia,
iaitu dari dunia luar yang ditanggap oleh pancaindera. Semua idea merupakan
abstraksi yang dibentuk menerusi penggabungan apa-apa yang dialami
• Kritisisme: Pengetahuan manusia berasal daripada dunia luar, dan
berasal daripada jiwa atau fikiran manusia
• Realisme: Pengetahuan manusia ialah gambar yang baik dan tepat
daripada kebenaran, kerana gambar yang baik akan memancarkan kebenaran.
Manifestasi daripada kebenaran ialah menerima apa-apa yang ada walaupun
tidak menyenangkan
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH

• Eksistensialisme: Falsafah yang bertitik tolak pada manusia, yang eksistensi


(konkrit), iaitu cara manusia berada dalam bentuk maujud, dan mendahului emosi.
Oleh sebab pusat pemerhatiannya ialah manusia, maka aliran ini bersifat
kemanusiaan
• Pragmatisme: Benar atau tidaknya ujaran, dalil atau teori bergantung pada
manfaat ujaran, dalil atau teori itu. Kebenaran ptraktis berasaskan kepentingan
subjektif setiap individu
• Fenomenologi: Hasrat sebenar akan tercapai jika kita cuba mengamati fenomena
realiti yang sering terjadi di sekeliling kita. Aliran ini berpusat pada analisis gejala
kesedaran manusia terhadap diri dan alam sekeliling
• Positivisme: Peristiwa yang dialami oleh manusia dilihat dari perspektif yang
positif berasaskan fakta pengetahuan. Ilmu alam merupakan sumber pengetahuan
yang benar, dan menolak nilai kognitif
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH

• Epistemologi: Dikenali juga sebagai Teori Pengetahuan, iaitu pengetahuan tentang


pengetahuan. Hal ini terlihat jelas dalam aliran Realisme dan Idealisme
• Logika: Falsafah yang menekankan ujaran yang dapat difahami atau akal budi yang
berfungsi dengan baik, dan sistematik. Asasnya ialah pernyataan premis ke suatu
pernyataan selanjutnya, iaitu kesimpulan. Logika juga dikenali dengan nama
Instrumen Ilmu
• Aliran Falsafah Hidup: Falsafah yang baik wujud jika akal dipadukan dengan
keperibadian atau seluruh kehidupan
• Cabang falsafah yang menjadi sumber paling penting dalam aliran pemikiran dan
kebahasaan ialah metafizika, logika dan epistemologi. Cabang falsafah ini
dijelmakan melalui tiga cara atau gaya, iaitu falsafah Spekulatif, falsafah
Preskriptif, dan falsafah Analisis
FALSAFAH SPEKULATIF

• Cara pemikiran yang sistematik tentang sesuatu yang wujud, iaitu berdasarkan
hakikat bahawa memang menjadi fitrah manusia berkeinginan untuk melihat
sesuatu secara keseluruhan yang bermakna. Misalnya apabila kita melihat
pemandangan yang indah, fikiran kita biasanya tidak tertumpu pada keindahan itu
semata-mata, tetapi akan menjelajah ke perkara lain yang lebih khusus, yang
mewujudkan keindahan itu

Berdiri di tepi Bengawan Solo, terlihatlah kebesaran Kerajaan Mataram yang silam,
tertegun di tepi kali Brantas, terlihatlah Patih Gajah Mada dan Hayam Wuruk, berdiri di
pinggir Musi, terlihatlah Sang Nila Utama dan Deman Lebar Daun, berdiri di bukit Siguntang,
terpandanglah Wan Empuk dan Wan Malini… Naik kapal terbang menuju Eropah, sampai di
Afrika, kelihatan flora dan fauna yang hijau tanda kesuburan, di tanah Arab kelihatan gunung
batu granit hitam, tiba di pergunungan Alpen, kelihatan gunung putih bersih diselaputi salji.

Falsafah Spekulatif berusaha untuk mencari satu persepaduan dan pertalian bagi
semua pemikiran dan pengalaman
FALSAFAH PRESKRIPTIF

• Falsafah ini berusaha untuk menentukan nilai atau standard, perlakuan dan
seni. Nilai etika dan nilai estetika diberikan garis panduan dengan
menentukan nilai itu wujud semula jadi atau projeksi fikiran kita semata-
mata

• Dalam etika dan agama, tindakan moral ditentukan oleh sumber yang
berautoriti, iaitu Tuhan. Sebarang penentangan dianggap tindakan moral
yang negatif

• Dalam ilmu pengetahuan, status preskriptif bermaksud sesuatu hukum


menjadi prinsip yang utuh, dan memastikan bahawa benda terjadi seperti
yang sepatutnya berasaskan prinsip yang ditentukan
FALSAFAH ANALISIS

• Falsafah ini memberikan tumpuan terhadap makna dan perkataan. Yang dikaji
ialah perkara seperti sebab musabab, fikiran, kebebasan, peluang yang sama,
agar makna perkataan itu dapat dikaji dalam pelbagai konteks

• Makna perkataan itu mungkin bercanggah jika digunakan dalam konteks yang
berlainan. Cara inilah yang mendasari falsafah bahasa

Falsafah Spekulatif, falsafah Preskriptif, dan falsafah Analisis tidak semestinya


berpisah, malah dalam pelaksanaannya, ketiga-tiga falsafah itu cenderung
untuk bergabung
FALSAFAH BAHASA

• Ilmu yang menyelidiki bahasa dengan terperinci dan mendalam, iaitu bahasa
sebagai alat dalam mengungkapkan soal ketuhanan, alam semester dan diri
manusia sebagai insan yang hidup

Falsafah Bahasa (Philosophy of Language): Falsafah bahasa bermakna


percubaan atau pendirian dalam menganalisis ciri bahasa seperti sistem dan
strukturnya, makna atau pengertian, lakuan bahasa… Falsafah bahasa tidak
lari daripada asas pemikiran dalam kaedah penganalisisan bahasa

Falsafah Kebahasaan (Linguistic Philosophy): Falsafah kebahasaan bermakna


percubaan atau usaha untuk menjelaskan atau menghuraikan masalah
falsafah dengan cara menganalisis makna perkataan, frasa atau ayat, dan
dengan cara menganalisis perkaitan logik antara perkataan, frasa dan ayat
dalam bahasa tabii
KESIMPULAN

• Pengetahuan ilmu diperoleh daripada pengalaman hidup


sehari-hari
• Pengetahuan hasil pemikiran berasaskan sensitif, rasional dan
agen cendekia
• Pengetahuan ilmu diperoleh secara langsung daripada tuhan,
ilmu yang diperturunkan melalui rasul, nabi, dan ilmu akal
• Falsafah ialah induk ilmu pengetahuan yang dapat digarap
melalui metafizika, logika, etika, estetika, epistimologi dan
falsafah khusus
KATA BIJAK PANDAI

• UNTUK MENGERTI APA YANG TERJADI KINI,


DAN APA YANG AKAN TERJADI ESOK,
BELAJARLAH DARI MASA LALU

Anda mungkin juga menyukai