Anda di halaman 1dari 48

TEORI ADLER

Selvaraj Grapragasem
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Sarawak

1
Pengenalan
Alfred Adler
~Dilahirkan di Vienna pada tahun 1870.
~Anak ketiga drpd 6 orang adik-beradik.
~Zaman kanak-kanaknya penuh dengan kesedihan. Hampir
maut semasa usia 4 thn akibat pneumonia.
~Hubungan Adler lebih rapat dengan bapa berbanding ibunya.

Menurut Adler:
~Manusia mempunyai kebebasan untuk membentuk
persekitaran & tidak dikawal oleh desakan alam bawah sedar.
~Manusia adalah unik dan berusaha mencapai kesempurnaan,
berpotensi untuk mengikut kecenderungan masyarakat. Di
samping dipengaruhi oleh pengalaman semasa kanak-kanak,
turutan kelahiran, interaksi dengan ibu bapa.
2
Elemen Teori Adler
Bertumpuan kepada hubungan antara sesama adik beradik.
Apabila seseorang dalam sesebuah keluarga merasakan
bahawa adik beradik lain mempunyai kelebihan daripadanya,
akan merasa diri serba kekurangan.

Manusia mempunyai minat sosial yang penting untuk diberi


perhatian oleh seorang kaunselor untuk mencipta suasana
kaunseling yang bertindak balas daripada individu sekeliling.

Menurut Adler minat sosial seseorang klien dipengaruhi oleh


kedudukan dalam keluarganya dan ia adalah satu perkara
penting untuk mencapai empati dalam sesi kaunseling.

Memberi penekanan kepada pandangan individu secara


subjektif terhadap dunianya dan juga sokongan kepada nilai
etnik & persepsi yang wujud dalam persekitarannya.
3
Kaunselor Adler pula menekankan tingkah laku kliennya,
samada yang bersifat pengarahan, kebergantungan,
kedudukan dalam susunan kelahirannya, mimpi siang dan
mimpi malamnya, dan juga tingkah laku yang tidak elok
semasa di zaman kanak-kanak. Kesemua ini membantu
mencari perasaan rendah diri yang menggambarkan corak
hidupnya.

Kaunselor yang menggunakan pendekatan teori ini


menekankan kepada matlamat- matlamat dan cara hidup
yang membolehkan kaunselor memahami penglibatan
secara dinamik dalam tingkah laku kanak-kanak dalam
masyarakatnya, samada keluarganya mahupun rakannya.

4
1. Kehendak mendapatkan perhatian
Seseorang itu akan membuat sesuatu utk menarik perhatian orang di
sekeliling walaupun tindakan tersebut tidak wajar dilakukan.

2. Kehendak mendapatkan kuasa


Kuasa bermakna seseorang itu mempunyai pengaruh yang kuat ke atas orang
lain. Namun kuasa ini merujuk kpd cara seseorang mencapai kepuasan diri
tanpa mementingkan pandangan orang lain terhadapnya.

3. Kehendak meluahkan dendam


~Seseorang individu mungkin menyimpan dendam bagi mencapai
matlamatnya. Namun begitu mangsa peluahan rasa dendam biasanya tiada
kaitan dengan dendam tersebut.
~Dendam ini berpunca dari rasa tidak puas hati sesama adik beradik yang blh
mendatangkan kekusutan pemikiran & emosi yang tidak sihat.

4. Wujudnya rasa serba kekurangan


Akibat kekurangan ini menimbulkan perasaan yang merosakkan dirinya di
samping wujudnya kebimbangan kepada individu lain. Klien merasa terasing
akibat tidak diberi perhatian dan juga tidak dihargai.
5
MATLAMAT TERAPI ADLER
 Meroka matlmat yang salah pada diri klien tersebut.

 Mengenalpasti segala andaian salah yang wujud dalam pemikiran tidak


rasional klien.

 Memberikan galakan & peneguhan kendiri kpd klien supaya memupuk


keyakinan diri.

 Mewujudkan perasaan klien yang lebih rasional dan dapat menikmati


hidupnya setaraf dengan orang lain / masyarakat di sekeliling.

 Menggalakkan klien agar lebih merasa bertanggungjawab ke atas


dirinya sendiri.

 Menggalakkan klien agar sentiasa berfikir positif terhadap dirinya


sendiri.

6
MATLAMAT TERAPI ADLER
Terapi Alderian menggunakan Teknik-teknik
Ingatan Awalan.

~ Dari ingatan-ingatan awal, kaunselor dapat


menyelami matlamat klien serta perkara-perkara
& nilai yang memberangsangkan klien.

~ Teknik dalam proses perhubungan dalam terapi


ini memberi fokus kepada perhubungan
kolaboratif antara kaunselor dan klien.

7
CONTOH KES
Nama : Ramli bin Hussin (Anak bongsu)
Umur : 22 tahun
Bapa : Dato’ Fikri Bin Hussin
60 tahun, seorang perokok & bekas penagih arak.
Bekas Wakil Rakyat dan Bekas Exco
Ibu Kandung: Manisah
Telah bercerai dengan bapa ketika penama
berusia 5 tahun. Hilangkan diri.
Ibu Tiri :Datin Naemah bt Rashid, bekas Wakil Rakyat.
Status Adik-Beradik:
Seramai 7 orang (5 lelaki & 2 perempuan). Penama anak
bongsu dan masih di bawah tanggungan keluarga. Yang lain
sudah berumahtangga dan ada kehidupan sendiri. Ada seorang
adik lelaki kepunyaan ibu tiri .
8
Ramli
 Anak bongsu
 Ibu bapa bercerai
 Ibu hilangkan diri------rasa malu
 Kecacatan warna kulit -------rasa rendah diri
 Diabai oleh bapa dan abang kakaknya yang sibuk
 Sikap bapa keras dan auditorian
 Bapa suka bandingkan pencapaian Ramli dengan adik lain
 Hanya sayang akan anak ibu tiri yang baru lahir
 Kebebasan tanpa kawalan
 Mengalami sosialisasi luaran negatif
 Takut menghadapi masyarakat
 Bapa rasa malu atas penagihan Ramli dan enggan terimanya sebagai
anak
 Saudara rasa sangsi dan tidak membantu Ramli
 Ramli hampa atas sikap keluarganya lalu menagih semula

9
Masalah Utama Klien
Perasaan : Inferiority

Kecacatan kulit- merasakan rupa diri menakutkan orang


lain. Malu, perasaan takut berhadapan dgn masyarakat,tidak
mampu kawal diri, kurang kemahiran mengatasi tekanan
perasaan.

Parental Style : Neglecting


~Bapa dan ibu tiri tdk menunjukkan kasih sayang.
Tambahan pula tidak mendapat kasih sayang ibu kandung
sejak kecil.
~Kesannya, tidak mempunyai kebolehan untuk membina
hubungan yang rapat dengan orang lain dan mempunyai
perasaan bahawa tiada seorangpun mengambil berat
terhadap dirinya.
10
Rejecting

~Bapa, ibu kandung & ibu tiri telah menanggap klien sebagai beban
akibat daripada penceraian. Ini menyebabkan klien melihat diri
sebagai dipinggirkan dan tidak bernilai. Ini menunjukkan tidak wujud
sense of belonging dlm diri klien.

Menurut Adler, tinglahlaku “addictive” menunjukkan perasaan


Inferiority, seperti malu, suka bersendirian, terlalu sensatif, anxiety,
depression. Perasaan Inferiority, mengawal kehidupan mantal dan
boleh dikenalpasti dgn jelas ia adalah disebabkan oleh
ketidaklengkapan Incompleteness dan Unfulfillment.

Kaunselor perlu mengenalpasti perasaan Inferiority dan memandu


klien ke jalan penyelesaian yang berkesan.

11
Striving for significance
Klien menggunakan usaha ilusi / kepercayaan palsu dgn
mengambil dadah untuk mengatasi perasaan Inferiority.
Sepatutnya klien perlu berusaha ke arah usaha yang tulen untuk
mengatasi perasaan Inferioritynya.
Kaunselor bekerjasama dgn klien untuk mengatasi perasaan
Inferiority dgn usaha yang tulen:
~Kaunselor konfrontasi “Perbandingan cara penyelesaian, kebaikan dan
keburukan mengambil dadah”
~As If- meminta klien membuat bayangan diri di mana klien
mengaktifkan diri dalam sesuatu persatuan dn mendapat tumpuan
orang ramai atas dedikasinya.
~Meminta klien membuat perbandingan jalan penyelesaian.

12
Style of life
Menurut Adler, penagih dadah menagih utk melarikan diri
drpd tanggung jawab & mahu jalan penyelesaian yang
mudah.

Didapati, klien juga menagih untuk mengatasi


kebimbangan dan ketakutan yang memburunya. Jadi jalan
penyelesian klien adalah klein akan mengambil dadah utk
mengatasi perasaan tersebut.

Meminta klien bertanggung jawab ke atas diri sendiri dan


membina displin diri.
13
Private Logic
Kecacatan warna kulit- klien berpendapat ia menakutkan
orang lain. Ini menyebabkan klien rasa rendah diri dan malu
berhadapan dgn masyarakat. Jadi klien hisap ganja dan
dadah untuk atasi perasaan tersebut.

Klien berpendapat bahawa dgn menghisap ganja barulah


dirinya diterima oleh kumpulan kawan, menunjukkan diri
sebagai seorang yang sudah dewasa , berjaya , hebat , berani
dan tidak takut kepada cabaran. Jadi klien terdorong untuk
mengambil ganja dan ini menunjukkan klien lari dari realiti.

Meminta klien untuk menerima kelebihan dan kekurangan


diri dan menyedarkan klien bahawa kecacatannya boleh
diatasi.
14
Social Context
Menurut Adler, konteks sosial membentuk tingkah laku
manusia. Konteks sosial meliputi Family Constellation dan
juga hubungan dengan orang lain.

Hubungan keluarga dengan klien adalah tidak mesra dan


klien tidak mempunyai didikan keluarga yang sepatutnya.
Ini menyebabkan klien lebih banyak menghabiskan masa
dgn kawan dan pergaulannya bebas sehingga klien
terjebak dalam aktiviti mengambil ganja.

Konfrantasi- “Adakah klien mengambil apa-apa inisiatif


untuk mendekatkan diri dgn keluarga klien”?

15
PERINGKAT-PERINGKAT
KAUNSELING
 FASA 1 - MEMBINA HUBUNGAN

 FASA 2
1) MENDEFINISI/MENGENALPASTI MASALAH
2) MENGANALISIS MASALAH
3) MENEROKA ALTERNATIF/PERANCANGAN
4) PELAKSANAAN/TINDAKAN
5) PENGORIENTASIAN SEMULA/MENILAI
ALTERNATIF DAN MAKLUMBALAS
6) PENAMATAN

16
FASA 1
MEMBINA HUBUNGAN
Kaunselor cuba mendekatkan diri dengan klien dengan
mewujudkan suasana yang selesa, mesra dan kepercayaan
dalam diri klien.
 - Rapport

Contonnya: Bertanya khabar klien

17
FASA 2
1)MENDEFINISI/MENGENALPASTI
MASALAH
Teroka: Perasaan, motif, kepercayaan & matlamat.
Tujuan: Memahami gaya hidup klien dalam
kehidupannya.
Gaya hidup: Pekerjaan, masyarakat-minat sosial dan
kasih sayang.
Kes:
1) Kurang kasih sayang
2) Rasa rendah diri
3) Kurang perhatian
4) Kurang kemahiran atasi masalah
18
2) MENGANALISIS MASALAH
Kemahiran: Cabaran, Sokong, konfrantasi & kemukakan
soalan-soalan terbuka
Tujuan: menggalakkan celik akal klien
1) Tingkahlaku tidak sesuai
- Memberontak
2) Matlamat yang tidak kena
- Tidak mempunyai jati diri yang kuat.
- Mengatasi perasaan dengan mengambil dadah.
3) Gaya hidup yang tidak wajar
- Budaya Hippih, merokok, pengaulan bebas, mengambil ganja,
Herion, Morfin, meniru gaya barat.

19
3) MENEROKA ALTERNATIF
 Kaunselor mengkonfrantasi klien tentang agama tetapi klien
mengamalkan hidup barat.
 Kaunselor mencabar keupayaan klien yang mengatakan dirinya
kekurangan sedangkan dia juga mempunyai kelebihan.
 Kaunselor memberi sokongan dengan membawa perubahan
positif kepada klien dengan:
~meneroka peluang-peluang apabila meneruskan pelajaran &
berhenti menjadi penagih
~cuba sama-sama memikirkan jalan mencari ibunya yang telah
terpisah.
 Kaunselor mencabar klien berhenti menagih dadah kerana klien
pernah berfikir cara untuk berhenti menagih dadah.
 Kaunselor & klien cuba berbanding cara-cara untuk berhenti
menagih dadah berpandukan alternatif yang boleh dilaksanakan
oleh klien.
20
4) PELAKSANAAN/
TINDAKAN

Tindakan klien:
Komited untuk berubah
Sanggup melakukan sesuatu untuk mengubah diri –
menyelesaikan masalah berdasarkan celik akal.
Bergantung kepada diri klien sama ada mahu berubah
atau tidak.

21
5) MENILAI ALTERNATIF/
PENGORIENTASIAAN SEMULA &
MAKLUMBALAS

Tindakan yang dilaksanakan dinilai dari semasa ke semasa


melalui sesi susulan sehingga mencapai:-

- Matlamat, tingkahlaku & gaya hidup yang sesuai.


Berhenti menagih dadah & meneruskan pengajian
sebagaimana pelajar lain serta cuba mencari ibu yang
lama terpisah.

22
PENAMATAN

Pencapaian dirumuskan.
Matlamat yang tidak tercapai dikenalpasti puncanya.
Klien diminta untuk merumuskan apa yang dilaluinya dan
kaunselor buat rumusan.
Klien buat keputusan / merasa dirinya telah dapat
menyelesaikan masalah-masalah berlaku.

23
Aplikasi Terapeutik, teknik dan Prosedur

Kaunseling Adlerian dibentuk berasaskan 4 fasa dalam


proses terapeutik.
~Fasa-fasa ini tidak linear & tidak berkembang secara rigid
tetapi ia adalah sesuatu yang berkait.

Fasa-fasanya adalah:-
Mewujudkan hubungan terapeutik yang sepatutnya
Menjelajah dinamik psikologi yang ada pada klien
(suatu penilaian)
Mendorong perkembangan (self understanding)
Membantu klien membuat pilihan yang baru (orientasi
semula dan pendidikan semula)

24
Fasa 1 :
Mewujudkan hubungan (Establishing the Relationship)

Bekerjasama dengan klien dan perhubungan adalah


berasakan kasih sayang, penglibatan & persahabatan.

Mengutamakan 'person-to-person contact' dengan klien


daripada memulakan dengan masalah (the problem).

Sekiranya klien yakin bahawa orang memberi perhatian,


maka klien lebih senang untuk memfokus dalam terapi &
seterusnya dapat mencapai matlamat.

25
Fasa 2 : Meneroka Dinamik Individu

Kaunselor akan mendengar dan mencari 'clues' untuk


melihat cara klien menghadapi & menilai kehidupannya.

Mengekstrak corak dlm hidup klien, membentuk hipotesis


ttg apa yg sesuai untuk klien & menentukan apakah yang
merisaukan klien dalam hidupnya.

Adler mengatakan bahawa penilaian cara hidup bermula


dengan menyoal selidik tentang pattern keluarga dan
sejarah awal zaman kanak-kanak.

Kaunselor juga menginterpretasi ingatan awal klien untuk


memahami klien secara menyeluruh dalam proses
perkembangan dari zaman kanak-kanak dalam aspek sosial.
26
Fasa 3 : Mendorong pemahaman diri & celik akal
(self understanding)

Adlerian percaya bahawa kesemua yang ada dalam kehidupan


manusia adalah kerana sebabnya tersendiri.
Adlerian menganggap celik akal adalah sejenis kesedaran yang
istimewa untuk memudahkan suatu pemahaman yang bermakna
dalam suatu hubungan terapeutik dan bertindak sebagai asas bagi
perubahan.
Pendedahan dan interpretasi yang tepat pada masa yang sesuai
merupakan teknik yang memudahkan proses untuk meperoleh
celik akal.
Pendedahan dan interpretasi ini adalah untuk mewujudkan
kesedaran tentang hala tuju hidup, tujuan dan matlamat dalam
hidup, logik peribadi sesorang dan bagaimana ia berfungsi dan
kelakuan kini seseorang.

27
Fasa 4 :
Membantu dalam Orientasi Semula

Fasa ini memfokus dlm membantu klien untuk menemui


alternatif yg baru & lebih baik.
Klien didorong & dicabar untuk mengembangkan keberanian utk
ambil lebih banyak risiko & melakukan perubahan dlm hidup.
Selalunya seseorang hanya perlu diorientasikan kepada bahagian
hidup yang berguna.
~Bahagian hidup yang berguna:
perasaan disayangi & dinilai, berminat terhadap kebajikan orang lain,
keberanian, diterima walaupun ada kekurangan, yakin, periang,
keinginan untuk menyumbang & beramah mesra.
~Bahagian yang tidak berguna:
penyerapan diri (self absorption), penarikan diri drpd tugasan hidup,
melindungi diri-sendiri / bertindak menentang orang lain.
(individu akan menjadi kurang peranannya & lebih cenderung kepada
psychopathology.)

28
Dorongan
Prosedur Adlerian yang paling penting & merupakan sentral
bagi semua fasa kaunseling dan terapi.(amat penting bagi
seseorang yang ingin perubahan dalam hidup.)

Adlerian menggunakan setiap peluang yang diberi oleh klien


untuk memberi dorongan.

Sebahagian drpd proses dorongan, Adlerian menggunakan


pelbagai teknik kognitif, teknik kelakuan dan teknik
pengalaman untuk membantu klien supaya mengenalpasti dan
mencabar kognisi yang melemahkan diri (self-defeating
cognitions) menghasilkan persepsi alternatif & menggunakan
aset, kekuatan dan sumber.

29
Dalam fasa hubungan, dorongan terhasil drpd sikap hormat-
menghormati antara satu sama lain yang cuba diutamakan
oleh kaunselor.

Dalam penilaian fasa yang sebahagiannya direka untuk


mempertingkatkan kekuatan seseorang, klien didorong untuk
mempertingkatkan kekuatan diri sendiri & mengenalpasti
bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan
mampu membuat pilihan berbeza berdasarkan pemahaman
baru.

Semasa orientasi semula, dorongan berlaku apabila


kemungkinan baru terbentuk dan orang diiktiraf kerana
mengambil langkah positif untuk mengubah hidup untuk
kebaikan.

30
Perubahan & pencarian untuk kemungkinan
yang baru.
Semasa fasa orientasi semula, klien membuat keputusan &
mengubah matlamat.

 Mereka didorong untuk berlakon seolah-olah mereka


adalah orang yang mereka ingin jadi, di mana boleh
mencabar tanggapan tentang had kemampuan mereka.

Klien & kaunselor meneliti alternatif yang mungkin dan


akibatnya, menilai bagaimana alternatif -alternatif ini dapat
mencapai matlamat klien, dan memutuskan seuatu
tindakan yang spesifik.

Alternatif dan kemungkinan baru yang terbaik adalah yang


dibina oleh klien itu sendiri dan kaunselor seharusnya
memberi sokongan dan dorongan dalam proses ini.
31
Membuat Perubahan

Kaunselor Alderian cuba untuk membuat


perbezaan dalam hidup klien.Perbezaan tersebut
mungkin boleh merangkumi perubahan dari segi
persepsi atau kelakuan.

32
Teknik psiko-teraputik (Psychotherapeutic Techniques)

Teknik & Strategi untuk membantu klien:


 Menyatakan semula : menyatakan semula penyataan klien untuk
menunjukkan pemahaman
Restating : Restating the client’s words to form clarity and convey
understanding.
 Refleksi : menyatakan semula penyataan klien untuk memberi maksud yang
lebih mendalam mengenai perasaan yang terpendam.
Reflection: Restating the client’s words to give deeper meaning regarding the
underlying feeling.
 Tekaan, gerak hati, hipotesis : membuat penyataan untuk menjelaskan apa
yang berlaku.
Guesses, Hunches, Hypotheses: Making statements to explain what is
happening.
 Penyoalan : untuk mendapat pemahaman yang lebih jelas dan merangka
semula simptom yang ada kepada klien.
Questioning: To get a better understanding but also reframe the symptoms for
the client.

33
 Interpretasi : tekaan, gerak hati, dan hipotesis ke satu tahap yang
lebih tinggi. Fokus ke atas persoalan “kenapa” tingkah laku itu
berlaku.
Interpretation: Takes guesses, hunches and hypotheses one step
further. Focuses on the “whys” of behavior.
 Tingkah laku nonverbal : membawa tingkah laku nonverbal klien
kepada pemerhatian klien dan membuat interpretasi.
Nonverbal Behavior: Adlerians bring the client’s nonverbal behavior to
the attention of the client and interpret it.
 Here and now : fokus kepada apa yang berlaku disini dan pada masa
sekarang. Immediacy : fokus on here and now.
 Perancangan aktif : mencadangkan alternatif untuk dinilai untuk
membantu mengatasi masalah yang dihadapi.
Active Wondering: Proposes an alternative to the presenting problem.
 Konfrontasi : konfront perkara percanggahan antara apa yang
dikatakan dan apa yang klien buat.
Confrontation: Pointing out discrepancies between what the client
says and what the client does.

34
 Niat paradox : meletakkan klien dalam situasi dimana klien berasa serba
salah atas atas tingkah laku negatifnya.
Paradoxical Intention: Asking the client to amplify target behavior to show the
client how ridiculous it is.

 Mewujudkan imej : meminta klien untuk membayangkan situasi dimana


beliau berada dalam situasi yang membahayakan.
Creating Images: Asks the client to imagine a ridiculous scene as he or she
enters into a threatening situation.

 Soalan yang penting : jika masalah penagihan dadah saudara hilang


sekarang juga, bagaimana ia akan membawa perubahan kepada saudara?
Asking “The Question”: “If your problem were to disappear overnight, how
would things be different?”

 Catching Oneself : klien digalak untuk mengenal-pasti dengan sendiri


perlakuan yang tidak rasional.
Having the client catch himself or herself when engaging in irrational behavior.

 Acting As If : klien melakonkan watak yang klien rasa mustahil.


Acting out a role that the client thought impossible.

35
 Spitting in the Soup: mengurangkan perasaan leganya apabila mengambil
dadah dengan menunjukkan kepada klien motif sebenar atau tujuan tingkah
laku. Spoiling the game of the client.

 Dorongan : meningkatkan kesedaran diri. Tunjukkan kepada klien bahawa


beliau tidak bermasalah, hanya tidak mendapat dorongan yang sepatutnya.
Memfokus kepada kemampuan klien, penilaian dalaman, usaha dan peningkatan
serta sumbangannya adalah lebih daripada pencapaiannya.
Encouragement: Promotes client self-awareness. Client’s aren’t sick but only
discouraged.

 Menggembirakan seseorang : klien disuruh untuk bersemuka dgn masyarakat


& buat sesuatu yang baik kepada seseorang. Ini membantu klien berasa yakin
untuk bersemuka dengan masyarakat.
Pleasing Someone: Helps put the client back into society. The client is instructed
to go out and do something nice for someone else.

 Teknik menekan butang – klien digalakkan untuk membayangkan situasi yang


menyenangkan & melihat bagaimana perasaannya. Kemudian, ia harus
membayangkan situasi yg tidak menyenangkan & nilai perasaannya. Teknik ini
adalah untuk menunjukkan bahawa klien dapat mengawal perasaannya melalui
pemikirannya dan perasaan.

36
 Role-Play : klien dapat merasai pengalaman yang tidak pernah
dialami & boleh mencuba kelakuan barunya dan gaya hidup yang baru
ini di hadapan kaunselor dgn berani.

 Natural Consequences : Akibat / pengalaman peristiwa akan


mengajar klien tentang tanggungjawab dgn membiarkan klien melalui
pengalaman tersebut di dalam persekitaran yang mempunyai suasana
kepercayaan dan hormat.

 Logical Consequences : Akibat logical drpd pengalaman mengajar


klien keperluan utk mematuhi peraturan & undang-undang demi
kebajikan dirinya dan di dalam persekitaran yang mempunyai suasana
kepercayaan dan hormat.

 Terapi kelompok : Setting kelompok adalah lebih efektif dalam


memberi sokongan kepada klien. Ahli kelompok yang melalui masalah
yang sama boleh memainkan peranan sebagai pengganti adik-beradik /
ibubapa. Ini akan memberi kebaikan bersama kerana ahli kelompok
juga akan turut mendapat celik akal serta akan rasa dihargai kerana ia
turut menyumbang dalam perkembangan ahli kelompok yang lain.

37
Kaunselor Kenalpasti Kehendak Klien

Kecacatan Fizikal Klien


Kaunselor- Konfrantasi
“Ada kemungkinan tak sekirannya awak berjumpa dgn pakar kulit
awak akan dapat mengatasi masalah kulit?”
“Apa yang saya dengar tadi awak berpeluang utk melanjutkan
pelajaran ke IPT, bukan kah ini menunjukkan anda seorang yg
berkebolehan?”
Klien
mengharapkan tumpuan dr keluarga & masyarakat.
Kaunselor
Peneguhan positif – Kelebihan diri klien
Token ekonomi - Pengucapan sprt Syabas, Tahniah.

38
Klien
Dinamik keluarga
Kaunselor
Art Therapy, lukisan Family Tree minta klien gambarkan
kedudukan klien dlm keluarga dan minta penjelasan drpd
klien.
Kaunselor sbg pentafsir
Drpd lukisan klien, kaunselor dapati bhw klien rasa dirinya
tdk dihargai dlm keluarga. “Apa yg saya dengar tadi anda rasa
bhw diri anda tdk diterima dlm keluarga? Sepi sejenak….Apa
yang awak fikirkan sebentar tadi?”…peluahan perasaan klien
Teknik Kerusi Kosong
Peluahan Perasaan oleh klien

39
40
Fasal 1 :
Membina Hubungan
Contoh Dialog :
Kaunselor : Selamat sejahtera, silakan duduk.
Bagaimana hari ni?
Klien : Selamat sejahtera. Saya ok-ok je.
Kaunselor : Baiklah, En Ramli.Apa yang ingin En
Ramli kongsikan dengan saya hari ini?
Silakan.
Klien : Em..er..boleh ke saya cakap ni…
Kaunselor : (senyum dengan yakin) Jangan risau,
segala apa yang diceritakan akan saya
rahsiakan. Apa isu yang En Ramli nak
kongsikan?
Klien : Em..sebenarnya..saya telah lama
mengambil dadah.Tapi…tak tahu macam
mana nak hentikannya
41
Fasa 2 : Meneroka dinamik individu
Contoh Dialog:
Kaunselor : Cuba Ramli ingat kembali peristiwa
yang paling awal yang buat Ramli
tak dapat lupakan.
Klien : Sejak umur saya 5 tahun, ibu bercerai
dengan ayah. Saya dibesarkan di bawah
jagaan ibu tiri yang busuk hati. Ayah pula
langsung tak pedulikan saya, asyik cari
kesalahan saya sahaja.Tapi dengan anak
barunya semua betul, semua baik. Apa –
apa yang saya suarakan selalu aje tak
betul. Ini seolah-olah saya tak punya sesiapa dan
hidup
berdikari sendirian.
42
Fasa 3 : Mendorong pemahaman diri dan celik
akal
Contoh Dialog:
Klien : saya seringkali tidak dapat bersama kawan-
kawan kerana kurang kemahiran dalam mengatasi
tekanan perasaan, saya sering merasa rendah diri, malu
dan sebagainya.
Kaunselor : Tidakkah Ramli sedar setiap manusia
mempunyai keunikan yang tersendiri.
Setiap manusia ada kekurangan dan
kebolehannya sendiri. Cuba Ramli fikirkan
apa pencapaian terbaik yang pernah Ramli
capai sepanjang dalam hidup Ramli.
Klien : (Termenung).Oh ya, walau pun keadaan fizikal saya
tidak sempurna seperti orang lain tapi saya
berjaya melanjutkan pelajaran ke Uitm dan
mendapat top ten di sekolah saya bagi pencapaian
terbaik.
43
Fasa 4 :
Membantu dalam orientasi semula
Contoh Dialog:
Klien : saya sebenarnya ingin tinggalkan najis dadah ni tapi tabiat ini
tak dapat saya kikis sebab sebelum ni saya memang hidup
dengan dadah. Sebelum pergi kelas atau buat apa sahaja saya
perlu mengambil dadah, boleh dikatakan sebelum apa sahaja
aktiviti yang akan saya lakukan saya perlukannya.
Kuanselor: Di sini saya lihat Ramli ada kekuatan untuk
berubah. Ada kemungkinan tak Ramli mencari
inisiatif lain untuk meneruskan kehidupan tanpa
dadah?
Klien : Mungkin saya boleh mengisi masa-masa yang ada
dengan perkara lain seperti berolah raga, menghabiskan masa
dengan kawan-kawan yan baik, mungkin saya juga boleh
menyertai persatuan kebajikan, dengan ini boleh
membantu saya mengurangkan tekanan dalam diri dan meluaskan
pergaulan saya dengan oran lain

44
Limitasi teori adler
 Toeri ini menganggap diri klien sebagai locus untuk berubah dan
bertanggungjawab. Andaian ini mungkin susah diterima oleh klien
yang mempunyai budaya yang berbeza.

 Klien mungkin berasa marah dan diancam akibat kaunselor


meneroka isu-isu seperti ingatan & pengalaman zaman kanak-kanak,
hubungan dengan keluarga

 Kadangkala interpretasi sukar dilakukan, terutamanya tentang


mimpi.

 Teori ini berkesan terhadap klien yang berintelligent & highly verbal,
tetapi mungkin mengabaikan klien yang tidak mencapai kategori ini.

 Masa yang diperlukan agak panjang.

45
Kesimpulan
Kebebasan kreatif yang dipelopori oleh Adler memerlukan
kepelbagaian strategi yang sesuai dengan keunikan setiap
klien.

Apabila klien belajar perkara baru / cuba kelakuan baru yang


dipelajarinya, kaunselor boleh memberi sokongan, galakkan
serta maklum balas yang bakal diterimanya dalam
kehidupan sebenar. (sama dengan peranan yang dimainkan
oleh ibubapa apabila melihat kanak-kanak mencuba-cuba
peranan dan situasi yang baru dalam proses membesar)

Klien harus dilayan dengan lembut dan pada masa yang


sama harus diberi cabaran yang boleh meningkatkan
keyakinan.

46
Sumber rujukan
Azlina Abu Bakar @ Mohd. (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.
Gerald Corey. (2001). Theory and Practice of Counseling and
Psychotherapy, 6th ed. USA: Brooks/ Cole, Thomson Learning.
Ivey, A. E., D’Andrea, M., Ivey, M. B. and Morgan, L. S. (2002). Theories
of counseling and psychotherapy: A multicultural perspective, 5th ed.
Boston, MA.: Allyn & Bacon.
James, R. K. & Gilliland, B. E. (2003). Theories and strategies in
counseling and psychotherapy, 5th ed. Boston, MA: Allyn & Bacon.
Kottler, J. A. (2002). Theories in counseling and therapy: An
experiential approach. Boston, MA: Allyn & Bacon.
Schuckit, M.A (2001) Drug and Alcohol Abuse: A clinical guide to
Disgnosis and treament. 5th ed. Kluwer Academic Publishers.

47
TUGASAN KUMPULAN

PILIH SATU KES (MASALAH MURID) DI SEKOLAH


DAN CUBA GUNAKAN KAEDAH KAUNSELING
TERAPI ADLER DAN JELASKAN PROSES
PENYELESAIAN KES TERSEBUT

48