Anda di halaman 1dari 26

FITRAH MANUSIA DAN

PERKEMBANGANNYA
Konsep Fitrah Manusia
- Sifat insan yang mempunyai bakat semula
jadi serta perasaan keagamaan.
- Digolong kepada dua kategori:-
• kejasmanian, kebendaan dan keduniaan
• Kerohanian, ketuhanan dan keakhiratan
Konsep Pertumbuhan dan
Perkembangan
Pertumbuhan – perubahan dari segi fizikal
Perkembangan – satu proses yang
berterusan dari peringkat lahir hingga
peringkat kematangan.
Perkembangan manusia dari aspek jasmani,
kognitif, emosi, sosial dan rohani
dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor
persekitaran.
Perbezaan pertumbuhan dan
perkembangan
Aspek Pertumbuhan Perkembangan
Jasmani Pertumbuhan saiz, berat, Kemahiran berjalan,
anggota melihat, mendengar
Mental Bertambah keupayaan Kemahiran memikir,
berfikir menaakul, mengingat
Emosi Perasaan seronok, Kemahiran
gembira, takut mengawal perasaan
Sosial Meluaskan Kemahiran
perhubungan, penyesuaian diri
komunikasi dan dalam pergaulan
pergaulan
Prinsip Pertumbuhan dan
Perkembangan
• Pertumbuhan dalam dua arah atas ke bawah
dan dari tengah ke tepi.
• Berlaku dari umum kepada khusus
• Menunjukkan peningkatan kerumitan
(complexity)
• Berlaku pada kadar yang berbeza
• Mengikut tertib
• Berlaku secara beransur-ansur
• Perkembangan mental bermula dari konkrit
kepada abstrak
• Perkembangan dari egosentrik kepada
menerima pandangan orang lain
• Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan
ditentukan mengikut peringkat berikut:-
- Peringkar pralahir – dalam kandungan
- Peringkat awal kanak-kanak – 0 -2 tahun
- Peringkat kanak-kanak – 6 – 12 tahun
- Peringkat awal remaja – 12 – 15 tahun
- Peringkat akhir remaja – 15 – 21 tahun
- Peringkat dewasa – 21 – 60 tahun
- Peringkat tua – 60 tahun ke atas
Faktor Mempengaruhi
Perkembangan Individu
1. Pengaruh genetik – gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan ciri keturunan
dan sesetengah penyakit ibu bapa.
• Perbezaan fizikal – saiz badan, tinggi-rendah,
berat-ringan, bentuk dan warna organ deria
dan kemahiran fizikal yang unik.
• Perbezaan mental (kognitif) – ibu bapa cerdas
pintar melahirkan anak yang cerdas pintar.
• Perbezaan emosi (afektif) – ibu bapa yang
mempunyai emosi kurang stabil dan bersifat
pemarah melahirkan anak yang agresif dan
autokratik.
2. Pengaruh persekitaran
• Keluarga – suasana rumah, makanan,
asuhan dan status sosio-ekonomi
keluarga.
• Rakan sebaya – pergaulan dan sosialisasi
• Kebudayaan dan kepercayaan –
perbezaan nilai hidup, agama dan budaya
• Sumber teknologi – suratkhabar, majalah,
TV, komputer dan lain-lain
• Guru dan sekolah – guru yang penyayang
dan cekap dan iklim sekolah yang
kondusif.
Teori Perkembangan
1. Teori Perkembangan Kognitif – Jasmani : Jean
Piaget (1896 – 1980)
Perkembangan kognitif kanak-kanak melalui 4
peringkat:-
a. Peringkat deria motor (0 – 2 tahun)
- mula menggunakan kemahiran meniru, ingatan dan
fikiran
- mula mengenal bahawa objek itu tidak hilang jika
disorok
- dari pergerakan refleks ke aktiviti yang bermatlamat
b. Peringkat pra-operasi (2 – 7 tahun)
- Perkembangan bahasa beransur-ansur dan kebolehan
untuk berfikir secara simbolik
c. Peringkat operasi konkrit (7 – 12 tahun)
• Berkebolehan menyelesaikan masalah konkrit
dengan logik
• Memahami hukum pengekalan dan boleh membuat
klasifikasi dan serialisasi
• Memahami proses kebalikan dan songsangan
d. Peringkat operasi formal (selepas 12 tahun)
• Boleh menyelesaikan masalah abstrak secara logik
• Berfikir secara saintifik
• Membantu rasa tanggungjawab ke atas isu sosial
dan identiti.
2. Teori Kematangan Arnold Gesell (1880 – 1961)
- Perkembangan berlaku secara dalaman – dikenali
sebagai teori kematangan biologi.
- Terdapat lima peringkat perkembangan kanak-
kanak:
a. lahir – 1 tahun : menangis dan pergerakan mata
b. 1 – 2 tahun : berjalan/berlari dan penggunaan
perkataan
c. 2 – 3 tahun : berdikari dan membentuk ayat mudah
d. 3 – 4 tahun : permainan dan rutin harian
e. 4 – 5 tahun : hubungan dan interaksi rakan sebaya
3. Teori Perkembangan Havighurst (1953)
Tugas-tugas perkembangan manusia berdasarkan
persekitaran sosiobudaya – dikenali juga
sebagai teori perkembangan tugasan
a. 0 – 6 tahun : belajar makan, berjalan,
bercakap
b. 6 – 12 tahun : belajar kemahiran fizikal dan
sosial
c. 12 – 18 tahun : guna fungsi deria dan badan
dengan berkesan, mempraktik tingkah laku
yang diterima oleh masyarakat
4. Teori Perkembangan Psikososial – Erikson

Erickson kenalpasti lapan peringkat


perkembangan emosi manusia daripada bayi
kepada peringkat tua.
Setiap peringkat timbul tingkah laku positif dan
negatif yang membawa masalah penyesuaian
psikososial kerana konflik emosinya.
Setiap peringkat juga ada matlamat,
kebimbangan, perkembangan, pencapaian dan
bahayanya yang tersendiri.
1. Peringkat kepercayaan lawan ketidakpercayaan
0 – 18 bulan : rasa kepercayaan dibina dalam tahun
pertama, membina rasa kepercayaan secara
berperingkat, membina rasa ketidakpercayaan jika
keperluannya tidak dipenuhi, ketidakpercayaan
akan membentuk tingkah laku negatif.
2. Peringkat autonomi lawan malu/keraguan
18 bulan – 3 tahun : keinginan memiliki kuasa,
membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri,
merasa malu jika tidak diberi kuasa, malu di depan
orang dan merasa takut melakukan kesalahan.
3. Peringkat inisiatif lawan serba salah
3 tahun – 6 tahun : kanak-kanak lebih mendesak
dan berinisiatif tetapi kemungkinan
keterlaluan. Belajar cepat, bergerak cepat,
peka kepada betul dan yang salah, merasa
serba salah jika diketawa dan membina sikap
negatif jika merasa serba salah.
4. Peringkat ketekunan lawan rasa rendah diri
6 tahun – 12 tahun : pembelajaran kemahiran
baru atau menghadapi risiko perasaan rendah
diri, kegagalan dan tidak cekap. Keinginan
menguasai sesuatu, keinginan berjaya,
menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial,
memerlukan peneguhan positif dan merasa
kompleks rendah diri jika dikritik.
5. Peringkat identiti lawan kekeliruan identiti
12 tahun – 18 tahun : cuba memahami diri,
menghadapi krisis identiti, sensitif kepada
perubahan badan dan imej kendiri, membentuk
konsep kendiri positif dan juga negatif.
Perkembangan emosi berlandaskan emosi dari
peringkat-peringkat dahulu.
6. Peringkat kerapatan lawan pengasingan
18 tahun – 35 tahun : dewasa, membina hubungan rapat
atau merasa terasing.

7. Peringkat generativiti lawan pemusatan kendiri


35 tahun – 60 tahun : setiap dewasa mencari jalan untuk
memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang.

8. Peringkat kesepaduan lawan putus asa


60 tahun – akhir hayat : kemuncak ialah perasaan
diterima oleh masyarakat dan perasaan kepuasan.
5. Teori Penaakulan Moral Lawrence Kohlbrg
Seseorang individu biasanya mengalami tiga tahap
perkembangan moral yang utama iaitu moraliti
prakonvensional, moraliti konvensional dan
moraliti pos konvensional.
Tahap 1 : Penaakulan Moral Prakonvensional –
awal kanak-kanak. Pertimbangan berdasarkan
keperluan individu dan peraturan orang lain.
Peringkat 1 : orientasi hukuman – patuh untuk elak
hukuman
Peringkat 2 : orientasi ganjaran – patuh untuk
dapat ganjaran atau balasan
Tahap 2 : Penaakulan Moral Konvensional –
masa kanak-kanak. Pertimbangan adalah
berdasarkan persetujuan orang lain, harapan
keluarga, nilai tradisional, undang-undang
masyarakat dan kesetiaan kepada negara.
Peringkat 3 – orientasi kanak-kanak baik :
mematuhi peraturan mengikut
kebenaran/persetujuan orang lain.
Peringkat 4 – orientasi aktoriti/mengekal
susunan sosial : mematuhi peraturan dan
undang-undang demi mengelak hukuman.
Tahap 3 : penaakulan moral pos konvensional –
masa remaja.
Peringkat 5 : orientasi kontrak sosial : mematuhi
undang-undang kerana keperluan
ketenteraman sosial.
Peringkat 6 : orientasi prinsip etika universal :
mematuhi prinsip keadilan dan kesamaan,
kebaikan dan betul adalah perkara-perkara
yang melibatkan hati nurani.
IMPLIKASI TEORI-TEORI
PERKEMBANGAN DALAM P & P
1. Perkembangan Jasmani
• Mengurus pendidikan jasmani/permainan
dan kerja praktik ikut perkembangan fizikal
• Elak ajar aktiviti jasmani/permainan dan
kerja praktik seperti aktiviti kemahiran hidup
yang komplek jika perkembangan murid
belum cukup matang
2. Perkembangan kognitif
• Rancang aktiviti p & p yang menarik dan
bermakna
• Sediakan pelbagai BBM
• Isi pelajaran dirancang dan disusun mengikut
pemeringkatan:-
- Mudah kepada susah
- Umum kepada khusus
- Konkrit kepada abstrak
- Pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan baru
- Persekitaran dekat kepada persekitaran jauh
3. Perkembangan emosi dan rohani
• Memupuk emosi dan rohani murid yang sihat
• Cegah tingkah laku murid dan perkembangan
yang tidak diingini
• Bersifat penyayang dan membantu murid
kawal emosi dan rohani
• Memahami peringkat perkembangan emosi
dan rohani murid serta membimbing
selesaikan masalah.
4. Perkembangan Sosial
• Menggunakan strategi pengajaran kumpulan
untuk memupuk perkembangan sosial
• Mengunakan aktiviti projek, perbincangan dan
permainan secara kumpulan berdasarkan
peringkat perkembangan sosial murid
• Aturkan aktiviti kumpulan supaya murid dapat
bekerjasama menyelesaikan masalah bersama.
SOALAN PEPERIKSAAN
Teori perkembangan kognitif Jean Piaget merupakan
sesuatu yang perlu diambil kira oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
a. Nyatakan empat peringkat perkembangan
mengikut teori kognitif Jean Piaget. (4 markah)
b. Nyatakan tiga implikasi teori Piaget untuk
meningkatkan perkembangan aspek kognitif di
kalangan murid sekolah rendah. (6 markah)
2. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan
bahawa pertumbuhan dan perkembangan
individu adalah dipengaruhi oleh faktor baka
dan faktor persekitaran.
a. Huraikan dua ciri perkembangan sosial kanak-
kanak pada peringkat sekolah rendah mengikut
Erik Erickson.
b. Nyatakan tiga cara bagaimana guru dapat
meningkatkan perkembangan psikososial
murid secara optimum.

Anda mungkin juga menyukai