Anda di halaman 1dari 18

PENULISAN BERITA

DR NURUL JAMILAH ROSLY


DEFINISI
• Berita merupakan jenis penulisan yang biasa kita temui dalam
pelbagai majalah dan akhbar. Secara umumnya, berita bolehlah
dijelaskan sebagai perkara yang dikhabarkan melalui media cetak
atau media elektronik.

• Berita terdiri daripada fakta-fakta tetapi bukan setiap fakta boleh


dianggap berita. Berita biasanya perihal tentang manusia,
peristiwa dan hal. Berita merupakan apa-apa sahaja yang berlaku
dalam dunia ini.
• Merupakan karangan berformat.

• Karangan ini ditulis dengan tujuan untuk memberikan maklumat, serta


pengetahuan tentang peristiwa semasa kepada pembaca.

• Untuk menulis karangan jenis berita yang baik, anda harus FIKIRKAN lima
persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, dan mengapa.

• Susunlah isi berita dengan baik. Isi yang utama perlulah didahulukan manakala isi
yang kurang penting dikemudiankan.
• Sertakanlah huraian dan contoh-contoh agar berita yang ditulis
lebih terperinci dan diyakini.

• Sedutan ucapan atau pendapat seseorang bolehlah dimasukkan.

• Gunakanlah bahasa yang ringkas tetapi padat dan tepat supaya


maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pembaca.
Jenis-jenis berita

Straight News
• merupakan berita langsung dan ditulis secara pendek. Secara umumnya,
sebahagian besar bahagian halaman surat khabar diisi dengan berita jenis ini.

• Terdapat dua jenis berita langsung iaitu hard news dan soft news.

• Hard news merupakan berita pendukung, berita yang paling penting untuk di
sampaikan kepada masyarakat.

• Berita soft news pula adalah berita yang dari segi struktur penulisan relatif
mudah disesuaikan, dan dari segi isi tidak terlalu berat.
depth news
• yang merupakan berita yang mendalam, dan dikembangkan secara
mendalam yang bertujuan untuk lebih mengangkat suatu
permasalahan secara lebih mendalam.

investigation news
• merupakan berita yang dikembangkan berdasarkan penelitian
ataupun penyelidikan yang dilakukan daripada pelbagai sumber.
interpretative news
• merupakan berita yang dikembangkan dengan pendapat ataupun
melalui penelitian yang dilakukan oleh penulisnya.

Opinion news
• merupakan berita tentang pendapat seseorang, misalnya pendapat
mahasiswa.
KRITERIA DALAM BERITA

Sengketa
Pembaca Kesan

Kriteria Dekat
Mashyur

Luar
Baharu biasa
•FORMAT PENULISAN BERITA
• Pengenalan

• Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan


padat. elakan daripada menggunakan ayat yang panjang-panjang.

• Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan


menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda
koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang
sebelum memulakan perenggan pertama.

• Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh


dikumpul melalui pembacaan, pemerhatian dan wawancara.
• Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu

• 1. Apa ?
• - Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.
• - Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.

• 2. Bila ?
• - Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.
• - Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.
• - Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.

• 3. Di mana ?
• - Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa.
• - Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah
ditulis dengan penuh.
• 4. Siapa ?
• - Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis
dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada.
• - Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis.
• - Adakalanya umur juga perlu ditulis .

• 5. Mengapa ?
• - mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku
• - sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau
‘belum ada bukti’.

• 6. Bagaimana?
• - menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa.
Sebagai pemberita di Media Prima, anda telah diminta ke lokasi
kejadian berkaitan dengan kejadian pembunuhan seorang wanita di
sebuah kondominium mewah di Cyberjaya. Laporkan berita tersebut
selengkapnya.

Anda mungkin juga menyukai