Anda di halaman 1dari 32

EDUP2072

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TOPIK 4
FALSAFAH PENDIDIKAN
KANDUNGAN
4.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
4.2 Falsafah Pendidikan Guru
4.3 Falsafah Pendidikan Khas
4.4 Falsafah Pendidikan TVET
4.5 Hala Tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)
dalam Memartabatkan FPK
4.6 Profesionalisme Guru Berlandaskan FPK dalam
Penjajaran Kurikulum
4.7 Peranan Guru dalam Merealisasikan FPK
4.8 Perbandingan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dengan Falsafah Pendidikan Negara-negara Lain
4.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya disebut Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia.
 Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia
mestilah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Idea penggubalan FPK dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan
laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar
Kebangsaan, berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan
ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru
(Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan (1999).
 Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengambil berat tentang
keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.
4.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
UNSUR-UNSUR YANG TERDAPAT DALAM FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN

(1) usaha berterusan


 Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan
sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita
meninggal dunia.
 Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan
penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu
perkara yang tidak dapat dipisahkan.
 Setelah meninggalkan alam persekolahan, seseorang itu akan
terus mencari ilmu dengan menghadiri forum, bengkel,
seminar dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa proses
pendidikan itu terus berlangsung.
UNSUR-UNSUR YANG TERDAPAT DALAM FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(2) potensi individu
 Potensi individu ini dibahagikan kepada 4 iaitu unsur intelek,
jasmani, emosi, dan rohani.
 Melalui pendidikanlah potensi individu boleh
diperkembangkan dan digilap.
 Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan
anggota tubuh badan.
 Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk
kecerdasan mental.
 Unsur emosi mempunyai kaitan dengan jiwa individu yang
mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan
dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna
mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik.
Unsur rohani merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan
penciptanya.
Unsur rohani lebih menjurus kepada amalan keagamaan.
Intelek dikaitkan dengan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai
masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat.
(3) perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
 Merangkumi perkembangan individu yang maksimum pada cara yang tepat bagi membantu
menggilap potensi yang ada pada diri individu tersebut.
(4) insan yang seimbang dan harmonis
 Maksudnya ialah insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan
yakin kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta
matang dari segi emosi dan sosialnya.
Insan yang seimbang dan harmoni ini mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah
dikembangkan secara kritikal dan bersepadu.
Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu yang bertanggungjawab,
menghormati orang lain, mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dan mampu menyelesaikan
masalah yang dihadapi dengan tenang dan cepat.
(5) kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
 Memberi penekanan kepada perkara-perkara penting seperti mengakui
wujudnya Pencipta, mengakui manusi dan alam dijadikan oleh Pencipta,
mengetahui tentang percaturan yang telah dilakukan oleh Tuhan, faham
bahawa manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan
bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan
melakukan kebaikan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang
terakhir sekali ialah sentiasa mengukuhkan kepercayaan beragama.
(6) rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
 Berilmu pengetahuan bermakna pelajar sentiasa bersedia berkongsi ilmu
dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama.
 Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang
mencintai ilmu pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha
berkongsi ilmu dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.
(7) rakyat Malaysia yang berketrampilan
 bermakna rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat
yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang
inovatif.
 Rakyat yang berketrampilan juga merupakan rakyat yang melaksanakan
amanah yang diberikan kepadanya dengan adanya kemahiran yang tepat dan
bersesuaian dengan kehendak.
(8) rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
 bermakna rakyat yang mampu menilai mana satu yang baik dan mana satu
yang buruk.
 Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu
perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri
yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.
(9) bertanggungjawab
 Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan
dengan sempurna
 Undang-undang, perlembagaan negara perlulah dihormati dan dipatuhi agar keamanan
negara, perpaduan kaum dan kemaslahatan masyarakat dapat dijaga dan diteruskan.
(10) kesejahteraan diri
 Berupaya menangani masalah hidup, mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh
badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin perhubungan yang baik dengan
orang lain
(11) dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, dan negara
 Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan membantu
pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai nilai-
nilai murni seperti semangat kerjasama dan perpaduan.
 Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang mampu menguasai teknolongi dan
ilmu-ilmu lain bagi memaksimumkan pembangunan negara kita.
Bincangkan:

Guru berjiwa pendidik: Apakah itu jiwa pendidik?

Apakah hubungan FPK dengan jiwa pendidik?


4.2 Falsafah Pendidikan Guru
4.3 Falsafah Pendidikan Khas
1598457171.webp

4.4 Falsafah Pendidikan TVET


4.4 Falsafah Pendidikan TVET
4.5 Hala Tuju Pendidikan Teknik dan
Vokasional (PTV) dalam Memartabatkan FPK

Sistem PTV di Mlaaysia harus melalui inovasi yang terancang.


Antara strategi yang perlu diambil:
(i) menambahkan lagi enrolmen atau pengambilan pelajar dalam
bidang vokasional dan kemahiran.
(ii) memperkenalkan Sekolah Asas Kemahiran
(iii) memperkasakan Kurikulum PTV
(iv) peningkatan hubungan industri dan badan professional
(v) memkerpaksakan School Enterprise
Hala tuju PTV akan datang: Kurikulum baharu dalam PTV
4.6 Profesionalisme Guru Berlandaskan
FPK dalam Penjajaran Kurikulum

Bincangkan.
4.7 PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(1) Mengembangkan diri dan murid secara holistik.
 Matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk mengembangkan
potensi indivindu secara menyeluruh yakni merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek.
 Jasmani murid boleh diperkembang melalui penglibatan aktif dalam aktiviti
kokurikulum. Manakala emosi, rohani, dan intelek pula boleh diperkaya dengan
melibatkan murid dalam setiap aktiviti pengajaran dan program-program ilmiah seperti
forum, pidato atau debat.
 Di sini, guru harus menggerakkan murid dengan memberi rangsangan, tunjuk ajar dan
pengukuhan supaya murid akan sentiasa bersemangat untuk terlibat dalam sebarang
aktiviti kokurikulum .
 Ini secara tidak langsung dapat membantu murid berfikiran terbuka, berfikiran cerdas
dan tergolong dalam golongan kelas minda pertama.
(2) Memupuk cinta murid terhadap ilmu dan peribadi mulia.
Untuk melahirkan murid yang berilmu, guru perlu menanamkan minat
murid terhadap ilmu. Guru harus menekankan kepentingan ilmu
kepada murid. Pengajaran dANpembelajaran guru harus berjalan
dalam suasana yang menyeronokkan, murid akan teruja dan
cenderung untuk terus menimba ilmu.

(3) Menyemai rasa cinta terhadap diri, masyarakat dan negara.


 Guru itu tugasnya bukanlah terhad di dalam kelas kerana dia perlu
mengajar, mendidik dan memimpin.
 Tugas mengajar itu agak terbatas dan perlu disempurnakan di dalam
kelas, tetapi tugas mendidik dan memimpin sentiasa berterusan
walaupun murid tidak berada di kawasan sekolah.
(4) Guru perlu menunjukkan sifat pekerti yang mulia.
Guru yang akan ditugaskan untuk mendidik dan membimbing anak bangsa
hendaklah disemai dengan sifat-sifat yang mulia.
Untuk membentuk murid yang berakhlak mulia seperti yang diinginkan dalam
falsafah kebangsaan, para guru perlulah menunjukkan sikap yang baik supaya
dapat dicontohi oleh para pelajar.
5) Guru perlu berpandangan progresif dan saintifik.
Guru yang berpandangan futuristik akan sentiasa menokok tambah ilmunya
dengan membaca dan menghadiri seminar dan bengkel.
Dengan itu, dia sentiasa menyedari perkembangan baharu dalam arena
pendidikan dan dapat memainkan peranan sebagai seorang inovator.
Hal ini amat penting kerana untuk membentuk pelajar yang mempunyai ilmu
pengetahuan, para guru perlulah mempersiap diri dengan ilmu yang
secukupnya.
(6) Guru perlulah melahirkan suatu masyarakat yang progresif.
Dalam pengajaran guru, kaedah inkuiri (penemuan) dan pengajaran abad ke-21
hendaklah ditekankan.
Ini perlu untuk memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta .
Sifat-sifat ini adalah sesuai dengan hasrat mengembangkan anggota-anggota
masyarakat yang berpotensi tinggi dan seimbang dari segi intelek.
(7) Guru perlu melahirkan suatu masyarakat yang berdisiplin
Unsur disiplin memang sentiasa dititkberatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Kegiatan-kegiatan bilik darjah tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa disiplin.
Walau bagaimanapun, guru hendaklah menitikberatkan nilai-nilai seperti
ketepatan masa dalam kalangan pelajarnya.
Amalan ini membolehkan pelajar membesar menjadi ahli-ahli masyarakat yang
bersifat penyayang dan berdisiplin.
4.8 Perbandingan antara Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan Falsafah Pendidikan Negara-
negara Lain

Cuba bandingkan FPK dengan falsafah-falsafah


pendidikan di negara-negara lain.

Anda mungkin juga menyukai