Anda di halaman 1dari 49

SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL ZAMAN KOLONIAL


PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL ZAMAN KOLONIAL

 Boleh dikatakan hampir kesemua negeri di Alam Melayu menerima pengaruh Barat.
 Proses pembaratan sering disamaertikan dengan modenisasi.
 Kedatangan Barat ke Alam Melayu bertujuan membawa matlamat tiga serangkai yang jelas iaitu keagamaan,
kebudayaan dan kemegahan.
 Kedatangan mereka bukan sahaja untuk berniaga malahan untuk menguasai dan mendominasi rantau ini.
 Pada tahun 1511, orang Portugis menakluki Melaka dan berkuasa sehingga Melaka jatuh ke tangan Belanda pada
tahun 1641.
 British pula menguasai Tanah Melayu (Malaysia) bermula dari tahun 1786 hingga 1942.
 Tetapi sebelum itu, Melaka pernah dikuasai oleh Portugis dan Belanda hingga termenterainya Perjanjian Inggeris-
Belanda tahun 1824.
 Tanah Melayu juga pernah dikuasai Jepun selama tiga tahun setengah dari 1942 hingga 1945 sebelum dikuasai

semula oleh British pada tahun 1945 hingga 1957.


 Sementara itu, Sabah dan Sarawak dibebaskan dari cengkaman penjajah British pada tahun 1963 apabila dua buah
negeri tersebut menyertai gagasan pembentukan Persekutuan Malaysia
 Revolusi Industri di Eropah yang memerlukan bahan mentah mendesak Barat untuk menggerakkan industri
perkilangan di negara mereka.
 Antara tempat yang dijadikan tumpuan mereka untuk mendapatkan keperluan ini ialah di Alam Melayu.
 Apabila British datang ke Tanah Melayu, mereka mengamalkan dasar campur tangan dalam sistem politik dan
pemerintahan di negeri-negeri Melayu.
 Antara peluang paling besar yang membuka ruang untuk dasar campur tangan British di negeri-negeri Melayu
ialah perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 .
SURAT PERJANJIAN PANGKOR
 Perjanjian ini memberi kebenaran kepada British untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu bermula dengan
negeri Perak yang menghadapi krisis pentadbiran setelah kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871.
 Apabila Sultan Ali mangkat, Raja Muda iaitu Raja Abdullah sepatutnya dilantik sebagai sultan baru tetapi
disebabkan baginda tidak hadir semasa upacara pengkebumian, maka Raja Bendahara Ismail diangkat dan
ditabalkan sebagai sultan.
 Tambahan pula,baginda mempunyai pengikut yang ramai.
 Ini menyebabkan Raja Abdullah tidak puas hati dan meminta bantuan British.
 Ini merupakan satu kesilapan besar Raja Muda Abdullah kerana bersetuju memberikan peluang kepada British
untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri Perak
Pada masa yang sama, British sebenarnya amat berminat dengan Perak kerana Perak merupakan pengeluar bijih
timah utama di Tanah Melayu.
 Ketika itu, British sudah menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
 Pada masa yang sama, Perang Larut berlaku antara dua kumpulan kongsi gelap iaitu Kongsi Gelap Ghee Hin dan
Kongsi Gelap Hai San untuk merebut lombong bijih dan mengganggu perniagaan bijih timah British.
 Raja Abdullah meminta British campur tangan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut dan meminta supaya
Perak diletakkan di bawah naungan Inggeris.
 Perjanjian Pangkor melibatkan perjanjian antara :
 Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke mewakili British dengan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di

Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar yang menyokong baginda iaitu:


 Bendahara,
 Temenggung,
 Orang Kaya Menteri,
 Syahbandar,
 Raja Mahkota,
 Laksamana dan
 Dato’ Sagor.
 J. W. W. Birch telah dilantik menjadi Residen British yang pertama di Perak.
 Bermulalah campur tangan British di negeri-negeri Melayu di Perak.
 Peluang ini digunakan oleh British untuk membuka lombong bijih timah dan ladang getah di Perak.
 Kemudian, penguasaan British menular ke atas negeri-negeri Melayu yang lain iaitu Negeri Sembilan, Selangor,
Pahang dan kemudian dikenali dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
 Terdapat tiga bentuk pentadbiran Inggeris iaitu :
 1. Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang menerima penasihat British,
 2. Negeri-negeri Selat dan
 3. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
 Negeri-negeri Selat merupakan konsep negeri-negeri yang diwujudkan oleh
 British pada tahun 1826. Negeri-negeri ini berada di bawah takluk British secara
 langsung. Negeri-negeri berkenaan termasuk Pulau Pinang, Melaka, Singapura
 dan Dinding (Manjung) di Perak. Negeri-negeri Selat juga dikenali sebagai
 kawasan Penempatan Selat yang merupakan gabungan kawasan yang dimiliki
 oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Asia Tenggara. Justeru, sesiapa
 yang lahir di Negeri-negeri Selat dianggap sebagai rakyat British dan bukannya rakyat raja.
 Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu merujuk pada negeri-negeri seperti Johor, Kelantan Terengganu, Kedah
dan Perlis. Negerinegeri ini tidak berada di bawah jajahan takluk British.
 Negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu berada di bawah pengaruh Siam.
 Pada tahun 1909, Siam menandatangani Perjanjian Bangkok untuk memindahkan hak mereka terhadap Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis.
 Pihak British memaksa Negeri-negeri Melayu berkenaan untuk menandatangani perjanjian seperti perjanjian
dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
 Pada tahun 1885, Johor juga terpaksa akur dengan Perjanjian Perlindungan dengan British akibat tekanan untuk
menerima Penasihat British pada tahun 1904.
 Kewujudan Penasihat British sebagai penasihat Raja-raja Melayu menunjukkan penguasaan British ke atas negeri-negeri Melayu
 Raja-raja Melayu perlu akur dengan nasihat yang diberi oleh penasihat British.
 Walaupun begitu British tetap menjaga sovereignty (kedaulatan)
 British menghormati kuasa pemutus di tangan raja.
 Cuma, semasa membuat keputusan dalam hal-hal ekonomi, penasihat British tidak meminta perkenan daripada raja kerana
British berpendapat Melayu untuk orang Melayu.
Para sarjana seperti Khoo Kay Kim, Zainal Kling dan sebagainya menyatakan negeri-negeri Melayu tidak dijajah sehingga
Perang Dunia Kedua.
Kerajaan Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dipanggil „Protected Malay State.
Ini memberikan gambaran bahawa British menjaga dan memberikan perlindungan kepada negeri-negeri Melayu.
PEMBENTUKAN MASYARAKAT ZAMAN BRITISH

 Pertengahan abad ke-19, kaum Cina dan India dibawa masuk oleh British ke negeri-negeri Melayu.
 Berlaku perkembangan ekonomi aktiviti perlombongan dan pembukaan ladang yang luas .
 Tanah Melayu merupakan kawasan yang kaya dengan sumber bahan mentah.
 British mengeksploitasi sepenuhnya
 Buruh yang ramai telah dibawa masuk dari China dan India. Berterusan sehingga Perang Dunia Kedua.
 Dasar yang diwujudkan oleh British ini dikenali dengan dasar ‘Pecah dan Perintah’ (Divide and Rule).
 Dasar ini melemahkan penglibatan kaum Melayu dalam pembangunan negeri-negeri
 Penglibatan kaum imigran diberikan pengiktirafan.
 Dasar ini mengubah struktur dan landskap kependudukan masyarakat di Tanah Melayu.
 Kemasukan orang Cina meningkat pada awal abad ke-20
 Pada 1941, kaum Cina merupakan kaum yang terbesar di Tanah Melayu iaitu berjumlah 43 peratus berbanding
dengan orang Melayu 41 peratus sahaja.
 Menjelang tahun 1921, kira-kira 22 peratus daripada jumlah orang Cina telah dilahirkan di Tanah Melayu.
 Selepas Perang Kedua, orang Cina hanya menyumbang pada 37.1 peratus jumlah penduduk di Tanah Melayu.
 Ini kerana sebahagian besar orang Cina di Tanah Melayu balik ke negara asal mereka.
 Kemasukan mereka ke Tanah Melayu ialah melalui;
 sistem tiket kredit, sistem pengambilan personal dan system pengambilan rumah kongsi.
 Sub etnik Cina yang datang termasuklah orang Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.
 Kemasukan orang India ke Tanah Melayu lebih kecil berbanding dengan kemasukan orang Cina .
 Jumlah orang India di Tanah Melayu pada tahun 1911 adalah seramai 267,159 orang.
 Pada tahun 1921, jumlah ini menunjukkan peningkatan seramai 470,099 orang di Tanah Melayu.
 Pada tahun1931, jumlah penduduk India di Tanah Melayu adalah seramai 621,847 orang.
 Pada tahun 1921, lebih kurang 12 peratus daripada jumlah penduduk India dilahirkan di Tanah Melayu dan pada
tahun 1957 lebih kurang 62.1 peratus orang India yang dilahirkan di Tanah Melayu.
 Pada tahun 1957, jumlah bilangan orang India di Tanah Melayu ialah 695,985 iaitu
 Mewakili 11 % daripada jumlah penduduk di Tanah Melayu.
 Kebanyakan orang India datang bekerja dalam sector perladangan dan jabatan kerajaan.
 Mereka masuk melalui sistem Negeri-negeri Melayu yang disediakan oleh British seperti sistem buruh kontrak,
system kangani dan buruh bebas.
 Kebanyakan yang datang berbangsa Tamil dan menyumbang 32 peratus jumlah penduduk kaum India di Tanah
Melayu pada tahun 1931.
 Selain itu, terdapat juga sub etnik India lain seperti Malayali (6 %), Telegu (5 %) dan kelompok India Utara
seperti etnik Punjabi (Sikh), Benggali, Sindhi, Gujerati, Parsis dan Marwaris.
 Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan manakala kelompok Sikh bekerja dalam sector keselamatan seperti
polis
 Masyarakat Tanah Melayu (Malaysia) selepas merdeka dibentuk oleh tiga kaum terbesar iaitu kaum Melayu, Cina
dan India.
 Kaum Melayu sebagai penduduk asal berada di kawasan kampung atau di kawasan pedalaman.
 Mereka membentuk sebahagian besar jumlah penduduk di Tanah Melayu melebihi 50 peratus penduduk dan juga
terdiri daripada pelbagai sub etnik Melayu seperti suku Melayu, Banjar, Bugis, Jawa, Champa, Jambi, Kerinchi,
Mandailing, Aceh, Minang, Riau dan sebagainya
 Niat kaum imigran yang datang untuk mencari nafkah , bertukar dan memilih untuk menetap dan tinggal di sini.
 Melayu, Cina dan India duduk semeja untuk menuntut kemerdekaan negara ini daripada British pada 31 Ogos
1957
 Pada 16 September 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura menganggotai Persekutuan.
 Pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Malaysia.
 Malaysia kekal hingga sekarang merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
 Semenanjung Malaysia terdiri daripada tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asli / peribumi.
 Sabah dan Sarawak pula terdiri daripada masyarakat peribumi seperti Kadazan, Iban, Bidayuh dan sebagainya
KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

 Pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan zaman yang paling zalim .


 Membuka mata penduduk di Tanah Melayu betapa pentingnya bangsa mereka sendiri memerintah dan mentadbir
negeri ini.
 Penjajahan Jepun berlangsung selama tiga tahun setengah iaitu bermula 15 Februari 1942 hingga 12 September
1945.
 Apabila bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945 yang mengorbankan ratusan ribu
penduduk negara Jepun, Jepun mengundurkan diri daripada Tanah Melayu
 Sekembalinya British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua pada September 1945 dan mengambil
langkah untuk menubuhkan sebuah Negara bangsa.
 British cuba menggabungkan negeri-negeri Melayu dengan tanah jajahan British. Negeri-negeri Selat mempunyai
jumlah orang Melayu yang rendah berbanding dengan kaum lain.
 Hal ini merupakan strategi British untuk menggugat ketuanan Melayu.
 British, memperkenalkan British Military Administration (BMA) yang menggabungkan Negeri-negeri
 Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. melalui penubuhan Malayan
Union.
 Malayan Union ditentang oleh orang Melayu kerana Malayan Union bererti kedaulatan raja-raja Melayu
dihapuskan, perlindungan untuk orang Melayu hilang dan masa depan orang Melayu tidak terjamin.
 Oleh itu, Dato’ Onn bin Jaafar bersama Malay Civil Service bersatu dan menentang Malayan Union atas dasar
tujuan untuk mengembalikan ,kedaulatan orang Melayu dan buat pertama kali slogan ‘Hidup Melayu’
 Orang Melayu menentang Malayan Union di Tapah, Perak dan juga di Johor.
 Tentangan ini dapat mengumpulkan seramai 10,000 orang Melayu untuk menunjukkan bantahan terhadap
Malayan Union. Penentangan orang Melayu berlaku di seluruh Tanah Melayu
 British sedar tanpa sokongan orang Melayu, Malayan Union tidak dapat dilaksanakan.
 Malayan Union hanya bertahan selama tiga bulan sahaja iaitu bermula pada 1 April 1946 hingga 1 Julai 1946 Pada
Februari 1948,
 British kemudiannya mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan mengembalikan semula
kedudukan raja-raja Melayu dan ini bermakna kedaulatan Tanah Melayu dipulangkan semula kepada raja-raja
Melayu
 Orang Melayu mula berusaha untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British.
 Sir Malcolm Mac Donald, Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara yang mengutarakan kemerdekaan
memerlukan kerjasama pelbagai kaum.
 Idea Tunku mengekalkan UMNO untuk kaum Melayu dan bergabung dengan parti etnik lain diterima.
 Satu gabungan yang melibatkan tiga etnik terbesar berjaya dibentuk dikenali dengan nama Parti Perikatan untuk
menghadapi pilihan raya pada 1955.
 Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan mendapat kemenangan yang besar iaitu 51 dari 52 buah kerusi yang
dipertandingkan.
 Alasan ini digunakan oleh Tunku untuk menunjukkan pada British bahawa pelbagai kaum di Tanah Melayu sudah
siap sedia untuk mentadbir negara ini dan mahu menuntut kemerdekaan dari British
 Satu rombongan dihantar ke London pada 1956 untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu yang diketuai
oleh Tunku dan pemimpin kaum yang lain.
 Pada 8 Februari 1956, menerusi Perjanjian London, kerajaan British bersetuju memberikan kemerdekaan pada
Persekutuan Tanah Melayu.
 Sekembalinya mereka dari London, sambutan diadakan pada 20 Februari 1956 yang diadakan di Hilir Melaka
iaitu tempat pertama negara ini ditawan oleh penjajah Barat.
 Tarikh kemerdekaan diumumkan pada masa itu iaitu pada 31 Ogos 1957.
 Pada tarikh ini, lahirlah sebuah Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan bendera Union Jack diturunkan.
 Antara peristiwa yang merupakan detik hitam dalam sejarah negara selepas merdeka ialah peristiwa 13 Mei 1969,
12 tahun selepas Merdeka.
 Peristiwa ini merupakan rusuhan kaum yang terbesar berlaku di Tanah Melayu akibat sifat prejudis antara etnik
dan jarak sosio ekonomi yang ketara antara etnik.
 Peristiwa ini mengorbankan 196 orang, 180 cedera akibat senjata api dan 259 cedera akibat senjata lain, 9143
orang ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah.
 6000 orang kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 211 buah kenderaan dan 753 buah bangunan telah
musnah dan rosak.
 Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada parti memerintah bahawa amat penting menguruskan perpaduan
antara etnik.
 Undang-undang darurat telah diisytiharkan,
 Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara ditubuhkan.
 Untuk memantapkan lagi hubungan etnik, kerajaan merangka Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru(DEB)
 Pada tahun 1960, Tunku mengistiharkan untuk bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak.
 Dalam cadangan asal Brunei dimasukkan dalam penggabungan ini, tetapi negara itu menarik diri disebabkan isu
Kekananan Raja dan minyak yang tidak dapat diselesaikan.
 Selain itu, terdapat golongan berhaluan kiri kuat dan menolak sistem pilihan raya.
 Penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak melahirkan sebuah negara yang diberi
nama Malaysia pada 16 September 1963.
 Namun begitu,Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia pada tahun 1965 disebabkan isu ‘Malaysian Malaysia’
yang dibawa oleh People Action Party (PAP) yang diketuai oleh Lee Kuan Yew.
 Kemudian, Singapura berdiri sendiri sebagai entity negara bangsa yang berasingan.
 Selepas Merdeka, Malaysia ditadbir secara bersama melibatkan pelbagai etnik
MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK

 Hubungan etnik di Sabah dan Sarawak adalah aman dan tiada pergeseren yang serius.
 Ia bolehlah dirujuk sebagai satu model perhubungan etnik yang komprehensif di Malaysia
 Setiap kaum menyumbang pada kewujudan hubungan etnik yang harmonis.
 Masyarakatnya walaupun begitu rencam tetapi mereka boleh hidup sebagai sebuah keluarga dengan
mengenepikan buruk sangka dan prejudis dalam masyarakat
PEMBENTUKAN MASYARAKAT SABAH

 Pada tahun 2010, penduduk Sabah berjumlah 3.2 juta orang , terdiri daripada lebih 32 suku etnik yang bertutur
dalam lebih 80 dialek tempatan.
 Masyarakat bumiputera merupakan kaum majoriti diikuti oleh kaum lain seperti Cina dan lain-lain etnik.
 Terdapat juga rakyat asing yang berhijrah dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia.
 Etnik terbesar di Sabah ialah terdiri daripada etnik Kadazan-Dusun, Murut dan Bajau.
 Selain itu, lain-lain kelompok etnik bumiputera seperti Bisaya, Kadayun, Orang Sungai, Suang Latut, Melayu
Brunei
dan lain-lain.
 Bilchar Bala (2007), masyarakat Sabah pada awalnya terdiri daripada beberapa suku etnik peribumi sahaja,
 Migrasi masyarakat telah berubah menjadikannya rencam.
 Pada awal abad ke-10M berlaku migrasi dari negeri China, India, Filipina dan Sulu, kepulauan Cocos dan Maluku,
Indonesia dan lain-lain.
 Terdapat pelbagai suku etnik di Sabah yang dapat dikenali berdasarkan penempatan
KELOMPOK ETNIK DAN KAWASAN PENEMPATAN
( ABD HALIM RAMLI (2009)

 1. Kadazan - Dusun Penampang, Tuaran, Papar, Tamparuli dan Tambunan


 2. Murut - Pensiangan, Keningau dan Nabawan
 3. Lun Dayeh - Magalong dan Long Pasia
 4. Bisaya - Kuala Penyu
 5. Bajau - Kota Belud, Semporna, Tawau dan Sandakan
 6. Kedayan - Sipitang dan Telok Labuan
 7. Orang Sungai - Lamang, Bukit Garam dan Kinabatangan
 8. Melayu - Brunai Bongawan, Papar dan Beaufort
 9. Iranum - Kota Belud dan Bukit Garam
 10. Suluk - Semporna, Tawau dan Sandakan
 Sebelum menyertai gagasan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Sabah dikenali sebagai Borneo Utara di
bawah Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu.
 Semasa Perang Dunia Kedua, Sabah ditadbir oleh tentera Jepun.
 Setelah tamatnya perang, Sabah diserahkan kepada British pada tahun 1946 sehinggalah mendapat kemerdekaan
melalui gagasan pembentukan Malaysia pada tahun 1963
ETNIK CINA DI SABAH

 Kemasukan orang Cina ke Sabah berlaku lebih awal iaitu dalam sekitar 1880an untuk berniaga dan membuka kedai.
 Kemasukan mereka ke Sabah adalah secara sukarela tanpa adanya desakan sesiapa.
 Jumlahnya kecil dan mereka terdiri daripada kaum Hakka yang bertumpu di Kudat dan Sandakan.
 Bermula awal abad ke-20, kedatangan mereka dikaitkan dengan galakan dan dorongan daripada syarikat tembakau
dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara British pada waktu itu.
 Ini kerana ladang tembakau mula dibuka di Sabah menjelang 1980an.
 Perkembangan dalam sector perladangan getah juga mula mendapat tempat di Sabah pada awal abad ke-20.
 Terdapat lebih kurang 30 ladang getah di Sabah pada tahun 1930 dan hamper separuh daripada buruhnya terdiri
daripada orang Cina.
 Subetnik Cina terbesar di Sabah ialah kelompok Hakka dengan peratusan melebihi 50 % diikuti oleh orang Canton
dan lain-lain.
 Orang Canton mewakili satu perlima daripada jumlah penduduk Cina di Sabah.
 Kaum Hakka menjadikan pertanian sebagai aktiviti utama mereka dan dialek Hakka dianggap utama bagi
masyarakat Cina di Sabah.
 Orang Canton menjalankan aktiviti perniagaan bersama-sama orang Hokkien dan Teochew di kawasan bandar
seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Sandakan dan Tawau.
ETNIK INDIA DI SABAH

 Orang India pula ialah kelompok minoriti di Sabah.


 Kebanyakan mereka bekerja dalam sektor seperti pentadbiran, sokongan dan teknikal.
 Etnik India yang terlibat terdiri daripada kelompok etnik Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil.
 Mereka ditempatkan di jabatan kerajaan di bawah pentadbiran Kompeni Berpiagam Borneo Utara British.
 Boleh dikatakan kaum India yang datang ke Sabah terdiri daripada kelompok kelas menengah dan mereka dapat
menguasai bahasa Inggeris dengan baik
 Sektor yang mempunyai jumlah pekerja India teramai ialah sector keselamatan.
 Kelompok etnik India yang menyertai sektor keselamatan terdiri daripada orang Sikh, Punjabi dan Pathan.
Kebanyakan mereka berkhidmat dalam sektor kepolisan di Sabah.
 Sekitar tahun 1880an, terdapat sekitar 50 orang polis di Sabah tetapi jumlah ini terus meningkat pada tahun 1898
kepada 209 orang.
 Menjelang tahun 1909, terdapat 662 orang polis dari India dan 136 terdiri daripada orang Sikh dan selebihnya
Pathan dan Punjabi.
 Orang Sikh dan Pathan mewakili sebahagian besar jumlah penduduk India di Sabah.
KAUM INDONESIA

 Kaum dari Indonesia juga merupakan kaum imigran terbesar di Sabah.


 Kebanyakan mereka datang dari Pulau Jawa.
 Kemasukan mereka yang ramai didorong daripada ikatan perjanjian dengan Belanda untuk mengambil buruh
kontrak dari Indonesia pada tahun 1907 berikutan perkembangan pesat dalam sektor perladangan getah.
 Buruh yang datang dari Indonesia bekerja di sektor perladangan dan selalu berulang alik antara tempat kerja
mereka dan keluarga mereka di Indonesia.
3 KELOMPOK ETNIK – ETNIK DI SABAH

 Bumiputera Melayu-Islam Kaum Melayu, Brunei, Suluk, Bugis, Bisaya, Bajau, Idaham, Banjar, Tidong,
Orang Sungei, Iranum, Kadayan dan Cocos.
 Bumiputera Bukan Islam Kadazan-Dusun, Murut, Kwijau, Lotud,Rungus, Tambanuo, Dumpas,
Maragang,
Paitan, Minokok, Rumanau, Mangka’ak dan juga Sino-Filipina.
 Bukan Bumiputera Kaum Cina, India dan lain-lain.
PEMBENTUKAN MASYARAKAT SARAWAK

 Banci penduduk tahun 2010, penduduk Sarawak berjumlah 2.4 juta orang dan terdiri daripada lebih 27 suku etnik
yang bertutur dengan dialek masing-masing.
 Setiap suku etnik mempunyai dialek, budaya dan cara hidup yang tersendiri.
 Masyarakat utama di Sarawak terdiri daripada Iban, Melanau, Melayu, Bidayuh, Murut, Kayan, Kenyah, Kelabit,
Bisaya, Punan dan suku peribumi yang lain
 Masyarakat peribumi terbesar di Sarawak terdiri daripada Iban, Melayu, Melanau dan diikuti oleh Bidayuh.
 Selain itu, lain-lain bumiputera merujuk pada kelompok etnik seperti Murut, Kayan, Kenyah, Kelabit, Bisaya,
Punan dan suku etnik peribumi yang lain-lain.
 Etnik bukan peribumi ialah etnik Cina yang merupakan etnik terbesar di Sarawak dan sedikit etnik India.
 Penemuan arkeologi di Gua Niah, Sarawak menunjukkan gua tersebut telah didiami oleh manusia sejak 40,000 tahun
yang lampau.
 Pada tahun 600 S.M., sudah ada penemuan aktiviti perdagangan antara Sarawak dengan Negara China.
 Pada abad ke-8M, Sarawak menjadi tempat persinggahan para pedagang dari China dan India dengan penemuan patung
Buddha di barat daya Sarawak bertarikh antara abad ke-8 dan ke-9M.
 Pada abad ke-14, kerajaan Majapahit meletakkan sebahagian dari Sarawak di bawah pengaruhnya.
 Pada abad ke-15M dan abad ke-16M pula, sebahagian dari Sarawak berada di bawah pengaruh kerajaan Johor dan
kemudiannya menjadi sebahagian dari Kesultanan Brunei.
 Setelah kedatangan British, Sarawak diserahkan kepada pemerintahan keluarga Brooke rentetan daripada kelemahan
Kesultanan Brunei.
 Sarawak diperintah oleh keluarga Brooke pada tahun 1841 hingga 1941.
 James Brooke ditabalkan sebagai Raja di Sarawak oleh Kesultanan Brunei pada 24 September 1841 kerana berjaya mengalahkan
pemberontakan di Sarawak.
 Beliau diberikan gelaran raja pada 15 Ogos 1842 dan digelar Raja Brooke.
 Generasi Brooke memerintah Sarawak selama tiga generasi. Kematian Brooke pada Ogos 1868 digantikan dengan anak saudaranya,
Charles Anthony Brooke.
 Beliau memerintah Sarawak selama hampir 50 tahun dan meninggal dunia pada Mei 1917.
 Beliau kemudiannya digantikan dengan anak beliau iaitu Charles Vyner Brooke.
 Semasa kedatangan Jepun ke Sarawak pada 1941, keluarga Brooke masih lagi berkuasa di negeri tersebut.
 Jepun memerintah Sarawak untuk sementara sehinggalah kekalahan dalam Perang Dunia Kedua.
 Selepas itu, Charles Vyner Brooke mengambil keputusan menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
 Sarawak kekal menjadi tanah jajahan British hingga mendapat kemerdekaan dengan menyertai gagasan pembentukan Malaysia pada
1963.
 Pada peringkat awal sebelum kedatangan British, penduduk peribumi Sarawak dikenali dengan nama sungai
tempat mereka tinggal seperti ‘kami Skrang’, ‘kami Undup dan ’kami Saribas’.
 Pengaruh persekitaran seperti bentuk muka bumi (sungai, jeram dan tanah tinggi) memisahkan kelompok etnik
dengan kelompok etnik yang lain.
 Setiap etnik mempunyai identiti budaya yang berbeza., bahasa berbeza
 Terdapat dialek tertentu mewakili setiap suku etnik.
 Masyarakat Sarawak boleh dikategorikan ke dalam rumpun bahasa Austronesia, iaitu mempunyai persamaan
dengan bahasa Melayu asal yang dituturkan oleh masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia.
 Keadaan ini mungkin berlaku ketika penghijrahan penduduk pada suatu masa dahulu
 Iban Kebanyakannya tinggal di Saribas dan lembah Sungai Rejang. Mereka tinggal di kawasan luar bandar,
rumah panjang dan berdekatan dengan sungai.
 Melayu Kebanyakannya tinggal di Kuching, Samarahan dan Sri Aman.
 Melanau Kebanyakannya tinggal di kawasan Muara Sungai Rejang dan Baram.
 Ramai juga etnik Melanau yang tinggal di Sibu, Sarikei dan Bintulu.
 Masyarakat Melanau yang tinggal di kawasan luar Bandar dikenali dengan pengeluar sagu. Kebanyakan etnik
Melanau beragama Islam, tetapi terdapat juga yang beragama Likou (Pagan) dan Kristian.
 Mereka ini mempunyai gerakan politik yang sama dengan orang Melayu.
 Bidayuh Kebanyakannya tertumpu di kawasan hulu iaitu daerah Lundu, Bau, Kuching dan Serian. Kenyah Mempunyai pertalian yang
rapat dengan masyarakat Kayan walaupun bahasa mereka berbeza.
 Mereka berasal dari wilayah Kalimantan, Indonesia dan berhijrah ke Sarawak pada abad ke-19M. Pada peringkat awal, mereka
tertumpu di kawasan Sungai Rejang dan Limbang. Akibat
 bermusuhan dengan masyarakat Iban, mereka berhijrah ke Hulu Rejang, Balui, Baram dan Hulu Kemena.
 Kedayan Masyarakat Kedayan mempunyai pertalian yang rapat dengan orang Brunei dan beragama Islam. Mereka mendiami bahagian
keempat dan kelima Sarawak.
 Murut Mendiami kawasan terusan. Aktif dalam pengeluaran padi.
 Kelabit Mendiami kawasan Sungai Baram. Masyarakat Kelabit dan Murut aktif dalam pengeluaran padi.
 Bisaya Mendiami kawasan Lembah Limbang. Mereka menanam sagu dan padi.
 Penan Berselerak di kawasan pedalaman Hulu Rejang dan Baram. Mereka masih mengamalkan cara hidup tradisi seperti memburu dan
memungut hasil hutan.
ETNIK CINA DI SARAWAL
K

ETNIK CINA DI SARAWAK

 Kedatangan etnik Cina dikaitkan dengan buruh Cina dari Foochow yang sampai ke Sungai Merah di Sibu pada
awal tahun 1900 akibat galakan daripada Kesultanan Brooke dengan pembukaan ladang getah di Sarawak.
 Selain itu, orang Cina juga datang dari Canton, Fukien dan Kwantung.
 Kebanyakan etnik Cina mendominasi aktiviti perniagaan di sekitar Kuching, Sibu, Miri dan Sarikei.
 Sebelum itu, jumlah orang Cina di Sarawak adalah sedikit dan bekerja sebagai pedagang, pelombong emas dan
bercucuk tanam.
ETNIK INDIA DI SARAWAK

 Etnik India juga menyumbang kepada kerencaman etnik di Sarawak.


 Jumlah mereka tidak ramai dan populasi mereka terdiri daripada suku kaum Sikh dan Punjab yang datang untuk
berkhidmat dalam sektor keselamatan di Sarawak.
KESIMPULAN

 Masyarakat plural ialah masyarakat yang dibentuk semasa penjajahan dan dimantapkan lagi selepas penjajahan
namun kekal dengan adat dan budaya mereka.
 Perpaduan dalam kalangan masyarakat ini agak sukar tetapi kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk
memastikan setiap kaum terlibat untuk memajukan negara ini.
 Masyarakat di Sabah dan Sarawak juga rencam
 Terdapat kaum peribumi dan kaum lain yang membentuk landskap masyarakat Sabah dan Sarawak dan
seterusnya landskap Malaysia.
 Kerencaman masyarakat bukan sesuatu yang baharu di Alam Melayu.
 Konsep pluraliti dapat menjelaskan keadaan ini.
 Konsep pluraliti merujuk pada kewujudan masyarakat yang berakulturasi dan berasimilasi dengan masyarakat
setempat berbeza dengan masyarakat plural zaman penjajahan
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai