Anda di halaman 1dari 18

PENDAHULUAN

● Tulisan jawi ini sangat sinonim dengan orang melayu dan sudah dianggap sebagai identiti orang melayu
selain bahasa melayu itu sendiri. Tulisan jawi ini juga, telah dibaikpulih dari semasa ke semasa
sehinggalah terjadinya jawi yang telah disempurnakan.

● Walaubagaimanapun, zaman dulu tidaklah sama dengan zaman sekarang. Tulisan jawi pada masa kini
kian dilupakan sedikit demi sedikit. Oleh sebab itulah kementerian pelajaran malaysia mewujudkan
pelajaran jawi dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) di sekolah.

● Guru pendidikan islam perlu menitik beratkan tentang matapelajaran jawi ini kerana Kebolehan membaca dan
menulis jawi akan membantu pelajar menguasai content ilmu dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dengan
baik.

● Permainan Jawi telah dilaksanakan bagi meninjau sejauh mana keberkesanan pendekatan bermain dalam
menghasilkan pengajaran jawi yang berkesan. Namun, terdapat penambahbaikan yang kami ingin lakukan iaitu
Teknik Permainan Jawi diperkemaskan dengan menyusun menyusun permainan tersebut mengikut aras
kesukaran daripada mudah kepada yang lebih susah. Selain itu, Teknik Permainan Jawi ini sesuai untuk semua
peringkat umur.
PERNYATAAN MASALAH
● Tulisan Jawi merupakan salah satu khazanah negara yang perlu dikekalkan agar
tidak lapuk ditelan zaman.

● Tulisan Jawi menjadi lambang identiti orang Melayu kerana ia berkait rapat dengan
penggunaan tulisan dalam al-Quran.

● Terdapat satu kaedah untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah dengan
permainan. Permainan ini adalah suatu perkara yang sangat digemari oleh kanak-
kanak.
● Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu memenuhi tuntutan Pembelajaran Abad
ke-21 yang menekankan aspek 4K (komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan
kreatif). Kaedah yang digunakan juga perlu ada penambahbaikan bagi memenuhi
tuntutan semasa.
● Terapi permainan melalui konsep didik hibur penting untuk kesihatan mental, fizikal
serta kesejahteraan sosial dan emosi.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian:

i- Untuk memastikan murid-murid mengetahui semua aksara dalam tulisan Jawi serta
mengenal pasti kaedah penyambungan huruf Jawi dan ejaannya yang betul.

ii- Untuk mengenalpasti kesesuaian Teknik Permainan Jawi untuk diaplikasikan dalam sesi
Pengajaran dan Pembelajaran Jawi dalam kalangan murid.

iii- Untuk mengenalpasti persepsi guru Pendidikan Islam terhadap aplikasi Teknik Permainan
Jawi dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas.

iv- Untuk mengenalpasti keberkesanan aplikasi Teknik Permainan Jawi dalam sesi
Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas.
METODOLOGI KAJIAN

Instrumen kajian

● Kaedah pemerhatian
Dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung
● Kaedah temu bual
bertemu dengan 20 orang pelajar tahap satu dan beberapa orang guru Pendidikan Islam
di dua buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru.
METODOLOGI KAJIAN
Rekabentuk kajian

● Kualitatif
Bersandarkan kepada kualiti sesuatu konteks yang menjadi fokus utama penyelidikan dan
juga merupakan kajian kes kerana melibatkan kelompok murid yang terpilih sebagai
peserta kajian.
METODOLOGI KAJIAN

Populasi dan persampelan

● Populasi
Terdiri daripada dua buah sekolah rendah di daerah Johor Bahru.
● Persampelan
Sebahagian pelajar tahap satu daripada dua buah sekolah tersebut dan bentuk
persampelan adalah berdasarkan kaedah rawak
PROSEDUR TEKNIK PERMAINAN JAWI

1) Permainan Roda Jawi (Tahap sangat mudah)


Objektif: mengenalpasti padanan huruf jawi dengan huruf rumi

● Dalam roda tersebut, terdiri daripada semua abjad dalam rumi.

● Murid perlu memusingkan roda tersebut, lalu memadankan huruf rumi dengan huruf
jawi.
PROSEDUR TEKNIK PERMAINAN JAWI

2) Permainan Bola Tiga Lubang (Tahap mudah)


Objektif: mengenal huruf-huruf jawi yang boleh bersambung sebelum dan selepas, tidak boleh
bersambung sebelum dan selepas serta yang hanya boleh bersambung selepas.

● Dalam aktiviti ini, murid haruslah memilih sebuah bola ping pong yang bertulis abjad
jawi secara rawak.
● Lalu, memasukkan bola tersebut ke dalam kotak yang terdiri daripada tiga lubang.
● Lubang pertama adalah bagi huruf yang boleh bersambung sebelum dan selepas,
lubang kedua pula hanya boleh bersambung selepas manakala lubang ketiga bagi
huruf yang tidak boleh bersambung sebelum dan juga selepas.
● Seterusnya, murid perlu mengetahui kategori huruf yang dipilih dan menggerakkan
kotak sehingga bola ping pong tersebut masuk ke dalam lubang yang terdapat di
kotak mengikut kategori masing-masing.
PROSEDUR TEKNIK PERMAINAN JAWI

3) Permainan Bongkah Kayu (Tahap sederhana)


Objektif: menukar perkataan rumi kepada jawi dan menyambungkan huruf jawi.

● Permainan ini melibatkan dua hingga empat orang pemain.


● Murid perlu mengeluarkan salah satu bongkah kayu yang telah dibina.
● Setiap bongkah kayu mempunyai perkataan dalam huruf rumi. Oleh itu, murid perlu menukar
perkataan rumi kepada jawi lalu menyambungkan setiap huruf tersebut.
● Setiap huruf yang berjaya ditukar dan disambungkan, mendapat markah.
● Markah dikira sehingga blok bongkah kayu itu runtuh.
● Markah murid yang tertinggi dikira sebagai pemenang.
PROSEDUR TEKNIK PERMAINAN JAWI

4) Permainan Sahibba Jawi (Tahap sukar)


Objektif: membentuk sebuah perkataan dan dapat membentuk ayat.

● Permainan ini dimainkan dua hingga empat orang murid.


● Setiap murid perlu membentuk perkataan secara silang kata dengan menggunakan jubin
yang berhuruf jawi.
● Seterusnya, murid hendaklah mengaturkan jubin tersebut di atas papan permainan.
● Setelah itu, murid perlu membentuk sebuah ayat berdasarkan perkataan-perkataan yang
dibina di atas jubin.
● Murid yang paling awal berjaya membina ayat dikira sebagai pemenang bagi permainan ini.
Dapatan kajian
Kategori Penguasaan Murid Terhadap Tulisan Jawi

Jadual 1 : Analisis penguasaan 20 orang murid tahap satu di dua buah sekolah di Johor
Bahru terhadap tulisan jawi sebelum kaedah pembelajaran menggunakan teknik permainan
jawi dilakukan.

Bil Aspek yang dikuasai Jumlah Murid

1. Aksara dalam tulisan jawi


12/20

2. Kaedah penyambungan huruf jawi


5/20

3. Ejaan jawi yang tepat 3/20

4. Minat terhadap tulisan jawi


13/20

Sebelum
Dapatan kajian
Jadual 2 : Analisis penguasaan 20 orang murid tahap satu di dua buah sekolah di Johor
Bahru terhadap tulisan jawi selepas kaedah pembelajaran menggunakan teknik permainan
jawi dilakukan.
Bil Aspek yang dikuasai Jumlah Murid

1. Aksara dalam tulisan jawi


20/20

2. Kaedah penyambungan huruf


jawi 13/20

3. Ejaan jawi yang tepat 10/20

4. Minat terhadap tulisan jawi


20/20

Selepas
Dapatan kajian
Kesesuaian Teknik Permainan Jawi dalam Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Murid
Tahap Satu.

Jadual 3 : Analisis tingkah laku murid sebelum dan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan teknik permainan Jawi
Dapatan kajian
Analisis Temu Bual Persepsi Guru Pendidikan Islam dan Peserta Kajian Terhadap
Teknik Permainan Jawi

Jadual 4 : Analisis temu bual persepsi guru Pendidikan Islam dan murid

Peserta Kajian Aspek

Merangsang pemikiran Memberi Mudah Tindak balas Positif

keberkesanan dilaksanakan

Guru Pendidikan Islam √ √ √ √

Murid √ √ √ √
● Tulisan Jawi telah muncul sejak sekian lama lagi dan
kewujudan tulisan ini perlu diperkasakan kerana ia
merupakah khazanah negara yang sangat bernilai.

● Kita perlu terus mengekalkan warisan negara ini kerana


tulisan Jawi telah memberi saham yang besar dalam
mengekalkan kebudayaan dan ketamadunan Melayu
sehingga kini.
KESIMPULAN

● Apakah usaha yang mampu dilakukan sebagai


seseorang guru untuk memastikan tulisan ini kekal
terpelihara?

● Semestinya dengan mencurahkan segala ilmu


pengetahuan berkaitan tulisan Jawi kepada golongan
muda iaitu bermula dari murid-murid di sekolah.
● Guru Pendidikan Islam seharusnya mengambil peranan
untuk menyemai semangat suka akan tulisan Jawi dalam
diri murid-murid dengan mempelbagaikan dan
memvariasikan teknik mengajar agar murid-murid tidak
mudah bosan di dalam bilik darjah.

● Guru Pendidikan Islam perlu mempunyai strategi


pengajaran untuk menyampaikan ilmu berkaitan tulisan
jawi kepada murid-murid dengan cara yang paling
KESIMPULAN berkesan.

● Antara usaha untuk mendapatkan pengajaran yang


berkesan dan menarik adalah dengan mempelbagaikan
cara dan teknik mengajar seperti memasukkan elemen
permainan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas.

● Hal ini akan menjadikan murid lebih bersemangat dan


teruja untuk mengetahui lebih mendalam tentang
permainan tersebut di samping dapat memenuhi tujuan
utama pengajaran iaitu murid mendapat dan menerima
ilmu yang ingin guru sampaikan.
● Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan
terhadap kajian kami ialah agar penyelidikan akan
KESIMPULAN datang permainan ini boleh dikomersialkan dan dibuat
secara meluas.
Sekian,
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai