Anda di halaman 1dari 9

ARAS MENGAPLIKASI

Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori,


prinsp, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang
berkaitan

Aplikasi merujuk kepada aras kebolehan untuk memerlukan calon


menyelesaikan masalah dengan kebolehan diri sendiri. Hal ini dikaitkan
dengan individu tersendiri dalam bentuk idea umum, mengimbas
perkara yang telah berlaku dan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan
masalah yang mempunyai unsur persamaan.
CONTOH SOALAN ARAS MENGAPLIKASI

Soalan aras aplikasi memerlukan hala tuju pemikiran murid dirangsang untuk menilai dan
membuat pertimbangan ke atas kandungan teks berasaskan ukuran kriteria dalaman dan
kriteria luaran.

Dalam aspek aplikasi, faktor yang perlu diberi penekanan ialah


pengkaedahan, prinsip, hukum dan teori. Murid dapat memahami dan mengaplikasi aras
pengetahuan dan pemahaman mereka.

Proses mengaplikasi juga mengambilkira penggunaan kaedah, prinsip, hukum dan teori.
Guru seharusnya memahami setiap aras pengetahuan dan pemahaman murid itu. Para
murid perlu memahami, memilih dan menggunakan maklumat dalam situasi baru.
CONTOH SOALAN ARAS MENGAPLIKASI

Contoh soalan: Arun seorang pelajar yang jarang


menguruskan diri dan jadual pembelajarannya. Dia selalu
bergantung kepada orang lain untuk menyiapkan kerja
rumahnya. Jelaskan nilai yang sepatutnya diamalkan oleh
Arun
ARAS MENGANALISIS

Menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan


faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara
satu sama lain.

Aras analisis merangkumi kebolehan untuk membahagikansesuatu


yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada
idea yang menjadipembahagian data.
(Taksonomi Bloom, 1956).
CONTOH SOALAN ARAS MENGANALISIS
Taksonomi Bloom (1956) menegaskan aspek analisis di mana membahagikan soalan aras
analisis sebagai pengucapan di mana perlunya kemahiran berfikir murid dalam
mengemukakan pendapat dan idea serta pandangan secara kritis.

Melalui aspek ini, murid dikehendaki mencari tujuan mengemukakan sebab merumus dan
menguasai kebolehan untuk mencerita serta menyusun perkara-perkara yang dipelajari
mengikut keutamaan. Murid harus membuat kesimpulan, perbandingan atau secara
keseluruhan dengan bukti atau maklumat yang kukuh

Kosa kata yang biasanya digunakan adalah “membezakan”, “membandingkan,


“mengasingkan”, “mentafsirkan”, “membahagikan”, dan “mengklasifikasikan”. Selain itu,
“menghuraikan”, “menaakul”, dan “mencerakinkan” juga adalah kosa kata yang lazim
digunakan.
CONTOH SOALAN ARAS MENGANALISIS

Contoh soalan: Yang manakah pernyataan berikut


TIDAK menerangkan ciri nilai bertanggungjawab
dengan betul?
ARAS MENILAI

Definisi yang dapat diklasifikasikan berkaitan aras penilaian ialah


pengelasan sesuatu yang tertinggi dalam aras perkembangan kognitif.
Aras ini merangkumi kebolehan untuk membuat penilaian dan
mengenalpasti kewajaran atau pengadilan berlandaskan ciri-ciri yang
diberi

Menguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan,


mengkritikkan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu
pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya
CONTOH SOALAN ARAS MENILAI

Soalan aras penilaian memerlukan para murid mempertimbangkan dan


membuat penilaian tentang rasional dan keberkesanan sesuatu perkara itu
serta mentafsir dan mengkritik pendapat dalam satu masa yang sama.

Penggunaan kata kerja yang digunakan dalam soalan terdiri daripada


beberapa perkara, iaitu membuat pilihan, mengemukakan alasan dan
kritikan serta membuktikan sesuatu perkara itu
CONTOH SOALAN ARAS MENILAI

Contoh soalan: Di antara nilai-nilai yang berikut, yang manakah


PALING efektif digunakan untuk mendidik kanak-kanak sifat
kebersihan diri?

Anda mungkin juga menyukai