Anda di halaman 1dari 15

KECERGASAN KESELURUHAN

Shahizam
Fauzan
Salim
Nurul
DEFINISI KECERGASAN KESELURUHAN

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia atau ‘World


Health Organization’ (WHO) kecergasan adalah
‘kebolehan melakukan sebarang kerja tanpa rasa
penat, serta mempunyai cukup tenaga untuk
berekreasi dan mempunyai lebihan tenaga untuk
melalui peristiwa kecemasan’.
Konsep kecergasan keseluruhan atau
kesejahteraan
Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk
berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran
dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa
lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai
lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.
Kecergasan Mental
Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk
berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan
kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.
Kecergasan Sosial
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk
berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan
perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan
kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan
ini.
Kecergasan Emosi
Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu
menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri
secara membina, proaktif, dan optimistik.
Kecergasan Rohani
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk
membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan
kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan
matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.
Kecergasan Fizikal
• Definisi
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi
secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal
harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di
samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

Komponen kecergasan fizikal


Komponen kecergasan fizikal berdasarkan
kesihatan adalah:
i. Komposisi badan/kandungan lemak
ii. Daya tahan kardiovaskular
iii. Fleksibiliti
iv. Kekuatan otot
v. Daya tahan otot
(i) Komposisi badan/kandungan lemak
Komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak,
tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh.
Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan
lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan
ketinggian.
(ii) Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem
kardio-respiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka
masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja
yang ringan atau sederhana.
(iii) Fleksibiliti
Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendisendi
bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum.
Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi.
(iv) Kekuatan Otot
Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk
mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya
(kerja).
(v) Daya Tahan Otot
Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk
melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang
atau berterusan bagi satu jangkamasa yang
lama dengan intensiti kerja yang ringan atau
sederhana.
Komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan
motor.

(i) Kelajuan (Speed)


Kelajuan adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan
dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak
pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang diberi.
(ii) Ketangkasan (Agility)
Ketangkasan adalah keupayaan untuk mengubah arah
pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat.
(iii) Kuasa (Power)
Kuasa adalah keupayaan untuk memindahkan tenaga
kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada
gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot.
(iv) Imbangan (Balance)
Imbangan adalah keupayaan untuk
mengekalkan kedudukan badan dengan teguh
samada semasa melakukan pergerakan
(dinamik) atau semasa pegun (statik).
(v) Masa reaksi (Reaction Time)
Masa reaksi adalah masa yang diambil oleh
seseorang untuk bertindak setelah menerima
rangsangan untuk berbuat demikian.
(vi) Koordinasi (Coordination)
Koordinasi adalah kebolehan menyelaras dan
menyeragamkan pergerakan anggota badan
untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.
KEPENTINGAN KECERGASAN FIZIKAL
Membina daya tahan kardiovaskular dan otot

Membantu jantung, paru-paru dan sistem peredaran


darah kekal sihat
Menjadikan kita lebih bertenaga contohnya berjalan
laju, berlari2 anak, berbasikal, berenang, bersukan
dan aerobik.
Membina kekuatan dan daya tahan otot
Membantu tulang dan otot kekal kuat
Memperbaiki postur
Mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis
contohnya menaiki tangga, mengangkat dan
membawa barang2, senam tekan tubi dan senaman
bangun tubi
Membina Kelenturan (fleksibiliti)
Membantu pergerakan badan
Merehatkan otot2
Memudahkan pergerakan sendi contoh senaman
regangan, mencuci lantai, taichi dan yoga
Dengan adanya kecergasan fizikal:
- seseorang lebih mudah mencapai
pertumbuhan yang sihat bukan sahaja dari
segi fizikal, bahkan juga dari segi mental,
emosi, rohani, dan sosial.
- cergas berpotensi untuk mencapai prestasi
yang baik dan tidak mudah tercedera.
- Individu yang mempunyai kecergasan fizikal tidak
mempunyai banyak lemak dalam badan, iaitu tidak
gendut. Dengan demikian, dia tidak mudah
menghidap penyakit seperti tekanan darah tingi dan
penyakit kardiovaskular.
Kepentingan Kecergasan Keseluruhan
kecergasan keseluruhan amat penting bagi
menyeimbangkan kehidupan seseorang individu .
Kerajaan Malaysia menyedari hakikat ini apabila
laporan menunjukkan 18% daripada penduduk
malaysia dikategorikan sebagai gemuk.

Anda mungkin juga menyukai