Anda di halaman 1dari 15

Langkah-Langkah Pemeliharaan Dan

Langkah-Langkah
Pemuliharaan Warisan Sejarah
Pemeliharaan Dan
Pemuliharaan Warisan
Sejarah
Warisan sejarah amat penting untuk generasi akan datang. Walaupun sejarah agak membosankan bagi sesetengah orang,
adalah amat penting untuk kita mengekalkan warisan sejarah tersebut. Usaha pengekalan warisan sejarah boleh dilakukan
dengan memelihara dan memulihara bahan-bahan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan sejarah. Pemeliharaan dan
pemuliharaan warisan sejarah adalah amat penting kerana melalui kaedah ini, warisan sejarah akan dapat dikekalkan dan
dijadikan bahan pengajaran untuk generasi akan datang sekiranya mereka berusaha untuk memahami dan mendalami
sejarah. Sesungguhnya, kita tahu pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah adalah amat penting tetapi, apakah
langkah-langkah yang sesuai untuk memelihara dan memulihara warisan sejarah tersebut?

Langkah perdana bagi memelihara dan memulihara warisan sejarah adalah dengan menjadikan mata pelajaran sejarah
sebagai mata pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar akan dapat belajar serta lebih
memahami apa yang telah berlaku pada negara kita, Malaysia. Selain itu, kaedah ini juga mampu menyedarkan masyarakat
Malaysia terutamanya dari kalangan pelajar tentang kepentingan sejarah untuk terus diingati oleh semua lapisan
masyarakat. Beberapa pengajaran boleh didapati melalui mata pelajaran sejarah. Antara pengajaran-pengajaran tersebut
adalah seperti berhati-hati dengan kuasa asing sebagaimana yang berlaku pada tanah air kita beberapa tahun lalu yang
telah berjaya dikuasai oleh kuasa asing kerana pihak negara kita yang kurang berwaspada dengan kuasa asing pada ketika
itu. Selain itu, sejarah juga mengajar masyarakat Malaysia untuk tidak bersikap individualistik sebaliknya lebih bersikap
bagai aur dengan tebing. Hal yang demikian membuktikan betapa pentingnya sejarah untuk dipelajari dan dikekalkan untuk
generasi akan datang.
Selain itu, sejarah juga boleh dipulihara dan dipelihara melalui kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan yang
bersejarah seperti Fort Cornwalis di Pulau Pinang, A Famosa dan Dutch Square di Melaka. Bangunan tersebut merupakan
bangunan peninggalan bagi penjajahan Inggeris, Portugis dan Belanda di Malaysia yang berlangsung selama lebih dari
300 tahun. Bangunan-bangunan bersejarah seperti yang tersebut dapat memberikan bukti visual tentang sejarah silam
negara. Bangunan-bangunan bersejarah tersebut juga boleh membezakan negara kita dengan negara lain kerana
bangunan-bangunan tersebut boleh membekalkan ciri-ciri fizikal yang berbeza daripada negara-negara lain.
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah ini juga mampu meningkatkan bilangan pelancong
yang datang ke negara kita. Di sini, boleh kita simpulkan bahawa sejarah bukan sahaja penting untuk generasi akan
datang malah sejarah juga penting untuk membangunkan dan memajukan negara dari pelbagai bidang seperti bidang
pelancongan.

Seterusnya, menggalakkan penyelidikan tentang cara terbaik untuk menjaga dan memulihara khazanah bersejarah
negara dengan mengadakan peruntukan khas. Contohnya negeri Kelantan telah menerima anugerah “The Best Tourism
City” daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1990-an. Anugerah seperti ini mampu
menggalakkan masyarakat yang agak bersifat ‘materialistik’ untuk terus memelihara dan memulihara harta bersejarah
negara. Begitu juga di Pulau Pinang. Terdapat beberapa khazanah yang bersejarah seperti Bangunan Cheong Fatt Tze
yang telah dianugerahi Pingat Unesco Heritage 2000 Award kerana usaha pemeliharaannya. Sebagaimana yang dapat
dilihat masyarakat pada hari ini agak mementingkan kebendaan walaupun sedikit. Dengan mengadakan peruntukkan
khas, pastinya banyak khazanah dan harta bersejarah negara dapat dipulihara dan dipelihara. Kaedah ini tidak
memungkin kerugian negara kerana melalui kaedah ini khazanah bersejarah yang penting dapat dijaga dan dipulihara.
Sejarah juga boleh dikekalkan dengan mengadakan hari ‘Sejarah Sedunia’ bagi setiap beberpapa tahun. Hari Sejarah
Sedunia perlulah diobjektifkan sebagai hari mengingati sejarah. Sejarah juga tidak perlulah dijadikan membosankan. Antara
kaedah untuk menjadikan sejarah lebih menarik adalah dengan mengadakan lakonan semula seperti mengadakan filem
atau lain-lain lagi. Filem tersebut perlulah dijadikan menarik dan tidak terlalu mengikut fakta sejarah. Fakta sejarah
memanglah agak penting, tetapi filem yang terlalu mengikut fakta sejarah kadang-kadang boleh menjadikan filem tersebut
agak membosankan untuk ditonton. Oleh hal yang demikian, penerbit filem perlulah lebih peka dengan minat semua
lapisan masyarakat. Terdapat beberapa lapisan masyarakat yang lebih berminat dengan cerita-cerita aksi ganas,
mendebarkan, suspen dan lain-lain lagi. Melalui kaedah ini bukan sahaja sejarah yang akan diingati semula malah
perfileman negara juga mampu dibaikpulih. Kaedah ini ibarat menyelam sambil minum kerana dua kerja dapat dilakukan
dalam satu perkara.

Intihanya, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk memelihara dan memulihara warisan sejarah. Beberapa
pihak juga perlulah berganding bahu dan mengembeling tenaga dalam usaha mengekalkan peninggalan nenek moyang
untuk ghenerasi akan datang. Sejarah negara amat penting untuk generasi akan datang memandangkan terdapat beberapa
faedah bagi mereka jika mereka memahami dan mengetahui sejarah negara. Antara faedah tersebut adalah seperti generasi
akan datang akan mengenali asal usul negara, memahami pengajaran tentang sejarah negara dan lebih mengetahui
kepentingan-kepentingan sejarah. Oleh itu, bersama-samalah kita berusaha untuk mengekalkan warisan sejarah negara.
Usaha ini bukan sahaja mendatangkan faedah kepada kita malah kepada generasi akan datang. Tambahan pula usaha
tangga kejayaan, sekiranya kita sama-sama berusaha pastinya kejayaan akan dicapai dan matlamat negara untuk
mengekalkan sejarah negara kepada generasi akan datang akan turut dicapai.
USAHA-USAHA
MEMELIHARA DAN
MEMULIHARA
BANGUNAN
BERSEJARAH
ISU - BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA

Tugasan - usaha-usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di Malaysia

Idea
-kerajaan perlu mendapatkan lebih banyak pengiktirafan daripada badan dunia untuk mewartakan bangunan-bangunan

bersejarah sebagai Warisan Dunia

-kerajaan perlu mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah walaupun tempat tersebut mempunyai nilai komersial untuk
pembangunan

-kerajaan perlu mengekalkan tajuk mengenai bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia dalam buku teks untuk menjadi
rujukan kepada murid-murid sekolah

-Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu menjaga struktur binaan bangunan-bangunan bersejarah
supaya keunikan seni binaannya dapat dikekalkan

-Kementerian Pelancongan perlu memasukkan lebih banyak bangunan bersejarah dalam pakej pelancongan untuk
dipromosikan kepada masyarakat antarabangsa

-kerajaan perlu mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di
Malaysia kepada masyarakat
-pihak sekolah perlu melukis bangunan-bangunan bersejarah di dinding sekolah untuk memupuk perasaan sayang dan
bangga akan bangunan bersejarah dalam kalangan murid-murid

-pihak sekolah perlu mengadakan pertandingan menulis esei mengenai usaha-usaha menjaga bangunan bersejarah kepada
murid-murid sempena menyambut bulan kemerdekaan negara di peringkat sekolah

-kelab dan persatuan di sekolah perlu merancang program lawatan ke tempat-tempat bersejarah yang terdapat di negara kita
untuk memberi peluang kepada murid-murid mengenali bangunan-bangunan bersejarah dengan lebih dekat

-ibu bapa perlu membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah ke tempat-tempat yang menarik termasuk melawat
bangunan bersejarah agar anak-anak dapat melihat keunikan binaannya seterusnya mampu memupuk semangat patriotik
dalam diri mereka

-ibu bapa perlu menceritakan sejarah mengenai bangunan-bangunan bersejarah kepada anak-anak supaya anak-anak dapat
menghargainya

-media massa sama ada media cetak dan media elektronik perlu membuat dokumentari mengenai bangunan-bangunan
bersejarah sebagai tatapan generasi akan datang
Warisan Budaya ,
Dilupa Jangan
MALAYSIA (ketika itu digelar Tanah Melayu), mempunyai latar belakang zaman silam yang menarik, sekali gus merupakan
laluan dagangan antarabangsa suatu ketika dahulu, yang mempunyai pelbagai budaya di dalamnya. Ia memaparkan
keunikan warisan budaya masyarakatnya yang mempunyai pelbagai pengaruh, tidak salah jika Malaysia digelar sebagai
‘kampus’ warisan budaya.

Warisan budaya harus dikekalkan kerana ia melambangkan dan mencerminkan identiti sesebuah negara dan bangsa.
Tamadun sesuatu bangsa biasanya dapat dilihat pada warisan seni budayanya, yang mencakupi amalan dan cara hidup
pelbagai kaum di negara, seperti pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya.

Warisan budaya juga perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun. Melalui warisan budaya, kita akan mengetahui asal
usul kita. Jatuh bangun susur galur kita yang terdahulu dapat dijadikan pengajaran untuk masyarakat pada masa kini.
Misalnya, tarian Portugis yang dipersembahkan di tempat-tempat pelancongan, mengingatkan kita bahawa negara kita
pernah ditakluki oleh Portugis. Selain itu, persembahan teater tradisional yang sering memainkan cerita-cerita bangsawan
yang berlatarkan tentang Kesultanan Melayu Melaka dan kejatuhannya, memberikan banyak pengajaran kepada
masyarakat.

Amalan warisan budaya melambangkan sikap majmuk masyarakatnya, misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang
unik dan berwarna-warni. Pemakainya juga tidak merujuk kepada sesuatu bangsa sahaja. Tiga kaum utama, iaitu Melayu,
Cina dan India, bebas memakai pakaian tradisional bangsa lain. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat di Malaysia
bersatu hati dan sangat menghormati cara, pemikiran, budaya, dan agama sesama mereka.
Melalui warisan budaya juga, ia dapat memupuk perpaduan antara rakyat. Rakyat majmuk di Malaysia kaya dengan nilai-
nilai murni, contohnya, mereka saling hormat-menghormati, bersopan santun, saling kunjung-mengunjungi dan sebagainya.
Jika dilihat pada hari perayaan, tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam, masyarakat majmuk Malaysia pasti
akan bersama-sama berkumpul untuk meraikannya. Mereka saling kunjung-mengunjungi, bertukar juadah, juga saling
menerima dan memberi. Hal ini mendedahkan mereka dengan budaya serta adat-adat masyarakat serumpun. Secara tidak
langsung, semangat kekitaan dapat dipupuk dan mengeratkan lagi perhubungan silaturahim.

Makanan tradisi juga mampu mengetengahkan warisan budaya Malaysia melalui pelbagai jenis makanan, seperti nasi
lemak, lemang, kuih-muih tradisional, roti canai, muruku, putu mayam, kuih bakul, zong zi, kuih bulan dan bermacam-
macam lagi. Tanpa kita sedar, kepelbagaian masakan dan makanan ini, mampu menyatukan masyarakat dan mencerminkan
kebudayaan setiap bangsa.

Selain itu, sektor pelancongan juga mampu mengembangkan warisan budaya di mata dunia. Terdapat agensi-agensi yang
sentiasa berusaha ke arah memartabatkan warisan budaya agar ia dikenali oleh orang luar. Contohnya, persembahan
tradisional, seperti tarian, teater, persembahan kesenian, sering diadakan bagi memperkenalkan Malaysia. Selain itu,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sering mengadakan aktiviti Semarak Bangsawan yang dijadualkan pada minggu
kedua setiap bulan. Pelbagai kisah dijadikan ‘pelaris’ warisan budaya. Sewaktu pementasan dijalankan, pelbagai jenis
kostum, budaya, pemikiran, adegan, nyanyian dan sebagainya ditonjolkan bagi memperlihatkan keunikan sesuatu budaya
itu. Pihak berwajib bijak memainkan peranan bagi mengimbangi warisan budaya negara, seiring arus pemodenan masa kini.

Dalam mengekalkan warisan budaya untuk menonjolkan variasi dalam kalangan masyarakat, kedatangan pelancong asing
juga mampu menjadikan ekonomi Malaysia semakin meningkat iaitu melalui pertukaran wang asing. Perkara ini
diumpamakan, sambil menyelam minum air, kerana di samping mengekalkan warisan budaya bangsa, kita juga dapat
membantu meningkatkan ekonomi negara.
Pelancong luar juga sering mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan negara. Ada juga
yang tinggal di perkampungan budaya untuk mempelajari dengan lebih dekat akan warisan budaya tempatan. Maka, tidak
hairanlah jika ada bangsa asing yang boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih. Malah, ada juga yang mampu bertutur
mengikut dialek negeri tertentu dan membina keluarga bersama-sama orang tempatan. Di sini, jelas diperlihatkan bahawa
pelancongan merupakan satu cara untuk mengembangkan warisan budaya.

Kesimpulannya, budaya warisan seharusnya dikekalkan bagi mengelakkan warisan budaya sesebuah bangsa itu pupus
ditelan zaman. Hal ini demikian kerana budaya ini merupakan warisan daripada nenek moyang kita yang harus dijaga
sebaik-baiknya agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Semua pihak haruslah memainkan peranan penting dalam
menjaga dan menjadikan warisan budaya sebagai satu identiti kaum, negara dan maruah bangsa.
KENALI WARISAN BUDAYA
MALAYSIA
KAUM-KAUM DI MALAYSIA

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di
Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air
kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya,
Kadazandusun dan Iban.

Orang Melayu
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu
Orang Cina
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..

Orang India
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam
Baba dan Nyonya
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini
sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka
adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-
pendatang Cina yang baru dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk.
Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada
warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.Penyesuaian dan resapan budaya mereka
terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di
antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka
sebagai "Baba".

Anda mungkin juga menyukai