Anda di halaman 1dari 13

DEFINISI KESIHATAN DAN

KESEJAHTERAAN DIRI
GKK1043

1
Kesihatan
 Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan
yang tidak mengalami sebarang masalah
seperti ada penyakit kencing manis dan mudah
diserang penyakit berjangkit lain.

. 2
Kesejahteraan Diri
Kesejahteraan diri terdiri daripada:
 Kesejahteraan Emosi

 Kesejahteraan Kerjaya

 Kesejahteraan Sosial

 Kesejahteraan Fizikal

 Kesejahteraan Intelektual

 Kesejahteraan Persekitaran

 Kesejahteraan Spiritual

3
 Kesejahteraan merupakan cara hidup ke arah
mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan
diri yang optimum merangkumi fizikal, mental
dan spiritual yang diintegrasikan oleh individu
untuk kehidupan yang berkualiti di dalam
masyarakat

4
Konsep senaman dan aktiviti fizikal

5
Senaman dan aktiviti fizikal
 Konsep senaman sebagai satu ubat sudah
terbukti dari segi sains.
 Banyak kajian menunjukkan senaman mampu
mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit
seperti penyakit jantung, kanser, strok, darah
tinggi, penyakit sekatan pulmonari (COPD)
dan kencing manis.

6
 Dengan senaman, tulang, ligamen dan tendon
menjadi lebih kuat dan ini akan mencegah
masalah reput tulang (osteoporosis) dan reput
sendi (osteoarthritis) selain mencegah masalah
terjatuh akibat lemah otot dan sendi.

7
 Dalam Islam, senaman adalah satu sunah Nabi
Muhammad SAW. Ada hadis Nabi yang
bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih
baik dan lebih dikasih Allah daripada mukmin
lemah. Oleh itu, berpegang teguhlah pada
setiap kebajikan yang akan memberi manfaat.”
 Rasulullah adalah seorang yang aktif secara
fizikal sehingga ke akhir hayatnya.

8
 Baginda menyeru umatnya berusaha
bersungguh-sungguh menjadi umat yang kuat
dan sihat.
 Baginda menggalakkan umat Islam dengan
riadah berkuda, memanah, bergusti, berlumba
lari dan berenang untuk menguatkan tubuh
badan.

9
 Senaman juga bertindak sebagai ejen
antipenuaan dengan cara mengurangkan
tindak balas negatif akibat stres.
 Berat badan yang sesuai akan lebih mudah
dikekalkan dan risiko penyakit jantung
koronari berkurangan dengan bersenam secara
konsisten.
 Orang selalu bersenam akan kelihatan lebih
muda daripada usianya.

10
 Senaman juga akan meningkatkan paras
hormon dalam badan seperti hormon
tumbesaran, testosteron dan thyroid .
Peningkatan paras hormon ini yang membantu
menurunkan berat badan dan membakar
lemak terkumpul.
 Oleh itu senaman menurunkan berat badan
secara tidak langsung dan bukanlah semata-
mata kerana senaman membakar kalori yang
tersimpan. Senaman juga membantu
menurunkan hormon yang menyebabkan
masalah kegemukan.

11
 Senaman menurunkan paras hormon kortisol
yang meningkat disebabkan oleh masalah stres
berpanjangan dan senaman juga akan
menurunkan paras hormon insulin yang
menyebabkan masalah sindrom metabolik.

12
Sekian, Terima kasih

13