Anda di halaman 1dari 21

Bina Insan Guru

Sesi Bengkel dan Ceramah.


Pembinaan Insan Guru Seimbang

oleh :-

Prof. Ibn Taib Az-Zuhaily


Pensyarah Fakulti Pendidikan Islam
UIAM
Definisi Pendidik

Menurut al-Ghazali, guru ialah

-murabbi
-mudarris
-mu’addib
1-Murabbi ialah seseorang yang
membawa manusia untuk mendekati
Pencipta
2-Mudarris ialah seseorang yang
membawa kepada ilmu
pengetahuan dunia.
3-Muaddib ialah seseorang yang
mengajar manusia untuk beradab
dan bertatasusila.
Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti
pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi,
pendidik bermaksud orang yang
memelihara dan melatih. Pengajar ialah
seorang yang menjadi petunjuk kepada
orang lain, manakala pengasuh memberi
makna orang yang memelihara, menjaga
dan mendidik.
Ciri Guru

1. Ciri peribadi
2.Ciri mengajar
3.Ciri intelek
Ciri Peribadi

Seorang yang 'bermatlamat' (mission-driven) dan juga


seorang yang 'asyik' dalam pekerjaannya. Kedua , ianya
bersikap positif dan 'real' iaitu yakin dalam apa jua
yang dilakukan di samping sabar menerima 'kenyataan'
biar pun pahit untuk ditelan. Ketiganya ia merupakan
seorang 'guru-pemimpin‘ di samping mengajar ia juga
membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak
didik malah rakan sejawat dan siapa sahaja.
Ciri Mengajar

Seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek


'dengannya' ("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat
atau apa jua yang murid-muridnya mesti buat. Ia juga
mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengan semua
keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya, peraturan
dan undang-undang. Ianya juga memiliki kepakaran
memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Ciri Intelektual

Seorang yang suka 'membaca buku', dan mempunyai


'mental life' yang segar, berkembang dan bersifat
self-actualization dengan minda yang sihat dan terbuka,
melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup
yang luas dan menyeluruh (banyak) di samping
melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di
dalam yang banyak
Tanggungjawab guru

-Allah
-diri
-ilmu
-profesion
-pelajar
-rakan sejawat
-masyarakat dan negara
Tanggungjawab terhadap Allah

1. Seorang guru hendaklah sentiasa memantapkan


keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan
hubungannya yang berterusan denganNya.
2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan
beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian.
3. menghayati rasa khusyuk dan takut kepada Allah.
5. Guru mesti melaksanakan kewajiban agama,
menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala
hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
6. Guru hendaklah bersyukur kepada Allah di samping
selalu berdoa kepadaNya
Tanggungjawab terhadap diri

1. Guru hendaklah memastikan keselamatan diri


sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental
mahupun moral.
2. Prihatin terhadap kebersihan diri,pakaian, perawakan
dan tempat tinggal.
3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh
dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek.
4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat
berkhidmat sebanyak mungkin kepada Allah,
masyarakat dan negara.
5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang
boleh meningkatkan kualiti sebagai seorang guru.
Tanggungjawab terhadap ilmu
1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara
mantap dan mendalam.
2. Beriltizam dengan amanah ilmiah.
3. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan
ilmu yang dipelajari.
4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru
dalam pengajaran ilmu yang berkaitan.
5. Dari semasa ke semasa guru hendaklah menelusuri
sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai
lapangan ilmu pengetahuan.
6. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan
kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat
manusia sejagat.
Tanggungjawab terhadap profesion

1. Dia tidak bertingkah laku yang boleh membawa


kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah
berhubung dengan kewangan.
2. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru
hendaklah menjalankannya dengan jujur.
3. bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha
membentuk tingkah laku para pelajar ke arah yang baik
4. mendidik dan mengambil tindakan secara adil
terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna,
jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal
keluarga, intelek,
Tanggungjawab terhadap pelajar

1. mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar


2. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira
faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi,
sosial, keturunan dan agama.
3. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan
tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik
kepada pelajar.
4. Membimbing seseorang pelajar dalam mata pelajaran
yang diajar tanpa sebarang bayaran.
5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas
melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat

1. mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan


yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan
pelajar atau ibu bapa
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab
dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan
kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya
mereka yang baru dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama
baik profesion perguruan.
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu


ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, ataupun yang boleh
bertentangan dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai
yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk
menjadi warga negara yang taat setia dan
bertanggungjawab dan berguna
3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat
dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian
dalam sebarang kegiatan masyarakat.
Tanggungjawab terhadap ibu bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-


anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa
mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan
anak-anak mereka.
5. Mengelakkan diri daripada dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa.
Guru yang seimbang ialah guru
yang berjaya menguasai lima aspek
ini ketika mereka mengajar dan
berhadapan dengan masyarakat

1-aspek jasmani
2-aspek emosi
3-aspek rohani
4-aspek intelek
5-aspek sosial
Cabaran Dunia Pendidikan
" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
 
berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
 
diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
 
itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
 
watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
 
pendidik yang unggul."
Rumusan

Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang


perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya
faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan
matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak
balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus
mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan
pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh
terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan
kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan
sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.