Anda di halaman 1dari 10

PENDEKATAN

PENGAJARAN MUZIK
Penulisan Laporan Oleh:
Chen Yee Teng
870316495396001
Pengenalan:
■ Pendekatan Dalcroze dalam pengajaran muzik adalah satu cara bagaimana guru muzik
dapat meningkatkan kefahaman para pelajar dengan menggunakan aktiviti pergerakan
badan.

■ Pendekatan Orff pula ialah guru-guru muzik dapat meningkatkan kemahiran pelajar-
pelajar dalam melakukan aktiviti ‘hands-on’ menggunakan peralatan perkusi berpic dan
tidak berpic.

■ Pendekatan Kodaly akan membantu guru muzik dalam pengajaran nyanyian iaitu para
pelajar akan dapat mempelajari pelbagai cara meningkatkan kemahiran nyanyian yang
lebih menyeronokkan.
Falsafah Utama Pendekatan:
Pendekatan Dalcroze

Dalcroze percaya bahawa di dalam diri setiap individu


mempunyai muzikaliti. Iaitu gaya berjalan, irama badan, gerak-
geri serta pernafasan menjadi sumber asas sebagai tindak balas
terhadap ransangan muzik. Latihan pendengaran adalah penting
dalam kaedah ini. Hal ini kerana, melalui ‘inner hearing’ iaitu
latihan nyanyian mampu meningkatkan kemampuan pelajar
mendengar muzik secara mental semasa membaca skor muzik.
Falsafah Utama Pendekatan:
Pendekatan Orff

Pengajaran Orff bermula dengan menggunakan ritma sebagai


elemen muzik asas, menyanyi dan pengucapan yang
digabungkan sebagai satu bahasa dalam pengajaran muzik
kepada kanak-kanak. Pendekatan ini percaya bahawa kaedah
mudah untuk mengajar muzik adalah dengan memperlihatkan
hubungan antara ritma dan melodi secara semula jadi. Antara
elemen penting dalam pendekatan ini ialah eksplorasi, imitasi,
improvisasi dan penciptaan.
Falsafah Utama Pendekatan:
Pendekatan Kodaly

Muzik adalah untuk semu orang. Ianya turut menekankan


perkembangan kemahiran muzikal secara menyeluruh dan
berurutan. Kodaly juga percaya bahawa semua kanak-kanak
mempunyai potensi untuk celik muzik sekiranya diberi peluang
untuk mengembangkan diri. Suara merupakan alat muzik
semulajadi dan fokus kepada nyanyian kerana bagi Kodaly
nyanyian merupakan asas bagi semua kemahiran muzik yang
lain.
Perbandingan dan Perbezaan Pendekatan:
Dalcroze Orrf Kodaly
• Eurhythmics- pergerakan • Eksplorasi- penekanan • Pengajaran konsep irama dan
yang melibatkan seluruh kepada penerokaan ruang konsep melodi disusun secara
anggota badan dengan melalui aktiviti pergerakan berurutan dan sistematik
iringan atau tanpa muzik. seperti berjalan, berlari dan mengikut tahap kebolehan
Tubuh badan sebagai alat sebagainya mengikut irama perkembangan kanak-kanak.
muzik utama. atau melodi.
• Solfege- latihan pendengaran • Eksplorasi- penerokaan • Nyanyian sebagai aktiviti
yang boleh meningkatkan bunyi berdasarkan bunyi asas yang terbaik dalam
kesedaran pic, perbezaan ton yang biasa didengar seperti perkembangan dan
dan perbezaan kualiti ton bunyi kereta dll. kemahiran muzik
Perbandingan dan Perbezaan Pendekatan:
Dalcroze Orrf Kodaly
• ‘Internal Hearing’ membantu • Imitasi- kanak-kanak mudah • Mempelajari muzik dengan
memupuk kemahiran murid mempelajari sesuatu cara penghafalan melalui
dalam mendengar muzik kemahiran melalui proses teknik bermain seperti
secara mental sewaktu imitasi seperti murid meniru penggunaan skel pentatonik.
membaca skor muzik. tepukan irama guru.
• Aktiviti ‘Internal Hearing’ • Improvisasi- guru memberi • Menggunakan teknik
lebih kepada untuk kebebasan kepada murid improvisasi seperti
meningkatkan kemahiran untuk mencipta irama dan permainan baling tepuk.
solfege. tarian.
• Solfege dan eurythmics • Menggalakkan murid untuk • Teknik/ komponen kaedah
saling bersaing dalam melakukan penciptaan Kodaly terbahagi kepada tiga
pendidikan muzik untuk dengan menggunakan bahasa iaitu teknik Solfa, isyarat
melatih pendengaran, ritma asas. tangan dan symbol notasi lidi
dan pic dan sebutan.
Perbandingan dan Perbezaan Pendekatan:
Dalcroze Orrf Kodaly

• Improvisasi ialah cantuman • Eksplorasi- penerokaan • ‘Inner hearing’ dan ‘inner


eurythmic atau prinsip irama bentuk untuk mengenal singing’ digunakan untuk
dengan solfege. Contohnya bentuk atau corak dalam menguji semua elemen muzik
apabila guru memainkan satu pergerakan dan bunyi. kanak-kanak.
irama, murid dapat
memainkan irama tersebut
melalui aktiviti eurythmic dan
solfege.
KESIMPULAN
Setiap pendekatan yang dibincangkan adalah sesuai untuk
digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik di
sekolah. Justeru, sebagai seorang guru, kita seharusnya berusaha
untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran atau pendekatan dalam
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lebih berkesan dan bermakna kepada murid-murid. Ini
amat penting untuk memartabatkan profesion guru muzik di
sekolah dan juga bagi melahirkan murid-murid yang mempunyai
pengetahuan dalam muzik serta mampu menggilap bakat-bakat
baharu samada dalam nyanyian, bermain alat muzik, penciptaan
lagu dan sebagainya pada masa akan datang.
Rujukan:

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Pendidikan Prasekolah: Dokumen Standard


Kurikulum Dan Pentaksiran. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Modul Pendekatan Pengajaran Muzik


(MZU3111): Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah Mod Kursus Dalam Cuti.
Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru.