Anda di halaman 1dari 9

SPW209: POLITIK PERBANDINGAN

SISTEM POLITIK UNITED KINGDOM


24 APRIL, 2019
Peta UK
SEJARAH RINGKAS
Perjanjian Magna Carta pada tahun 1215.
• Persetujuan antara golongan bangsawan dan raja (King John) untuk membataskan kuasa
raja.
• Terutamanya hak untuk menuntut keadilan.
• Kesan sampai hari ini: Perlembagaan Amerika (1787), Deklarasi Universal HAM PBB
(1948).

Perpecahan antara Katolik dan Protestanisme pada abad ke-16.


• King Henry VIII mahu menceraikan isteri beliau dan berkahwin lain tapi tidak dibenarkan
oleh Pope.
• Menubuhkan gerejanya sendiri yang dipanggil “Church of England” yang mengikut
fahaman Protestanisme.

Perang Saudara pada tahun 1640an.


• Oliver Cromwell dan golongan Parlimen meluaskan kuasa legislatif dan sekaligus
mengurangkan kuasa raja.

Kebangkitan kaum kapitalis pada abad ke-19.


• Bermula dari Revolusi Industri. Kekayaan menjadi sumber kuasa politik baru.
• Kuasa raja mula menjadi sangat terbatas pada abad ini.
• Raja berperlembagaan.
KERAJAAN (1)
Eksekutif
• Perdana Menteri yang dipilih daripada kalangan anggota
Parlimen (konsep “primus inter pares”).
• Biasanya ketua parti politik yang mempunyai kerusi
terbanyak dalam Parlimen.
• Perdana Menteri memilih anggota kabinet.
• Kuasa dan fungsi hampir sama seperti Perdana Menteri di
Malaysia.
• Sesi soal-jawab (PM’s Questions) dalam Parliamen setiap
hari Rabu tengah hari.
• Boleh dipaksa undur diri melalui undi tidak percaya (vote
of no confidence).
• Tiada batas penggal.
KERAJAAN (2)
Legislatif
• Terdiri dari “House of Commons” (bawah) dan “House of
Lords” (atas).
• “House of Commons” adalah seperti Dewan Rakyat di
Malaysia.
• Mempunyai 650 anggota yang dipilih setiap 5 tahun.
• Dibubarkan sebelum pilihan raya.
• Meluluskan undi tak percaya untuk memecat PM.
• “House of Lords” adalah seperti Dewan Negara.
• Mempunyai 782 anggota yang dilantik atau mewarisi posisi.
• Tiada kuasa sebenar. Cuma menjadi cop kepada usulan yang
diluluskan oleh House of Commons.
KERAJAAN (3)
Kehakiman
• 3 sistem kehakiman berbeza: England dan Wales;
Ireland Utara; dan Scotland.
• Mahkamah tertinggi ialah Mahkamah Agung atau
“Supreme Court.”
• Mempunyai 12 hakim yang juga merangkap penasihat
raja/permaisuri (Privy Council).
• Skop kuasa untuk seluruh negara, berbeza dengan
mahkamah lain.
• Masih relatif baru kerana ditubuhkan pada tahun 2009.
PARTI POLITIK
Parti Labour
• Didirikan oleh kesatuan sekerja dan sosialis pada awal abad ke-20 untuk memperjuangkan
hak pekerja.
• Mendominasi politik UK sehingga akhir 1970an bila Margaret Thatcher dari parti Tory
menjadi PM.
• Berubah ideologi pada tahun 90an dan awal 2000 menjadi lebih sentris (haluan tengah)
yang dinamakan “New Labour.”
• Sekarang berubah kembali ke haluan kiri setelah kepimpinan parti diambil alih oleh Jeremy
Corbyn.

Parti Conservative (Tory)


• Parti golongan elit dan aristokrat.
• Ideologi berhaluan kanan dan kanan-tengah.
• Menjadi kerajaan sejak 2010 hingga sekarang.

Parti Liberal Democrat


• Parti berhaluan kiri tapi tidak begitu berpengaruh kerana sistem pilihan raya yang tidak
menguntungkan.

Parti UK Independence Party (UKIP)


• Parti yang konservatif, berhaluan kanan-ekstrim, ultra-nasionalis, anti-asing, anti-Islam.
• Lebih memain peranan di Parlimen Kesatuan Eropah (EU Parliament).
PILIHAN RAYA
Pilihan raya umum
• Setiap 5 tahun
• Sistem “First-Past-The-Post” (FPTP)
• Hukum Duverger: Jenis pilihan raya  Bilangan parti

Pilihan raya Scotland, Ireland Utara dan Wales


• Mempunyai parlimen mereka sendiri.
• Setiap 4 tahun

Pilihan raya Parlimen Kesatuan Eropah (EU)


• Setiap 5 tahun.
• 73 wakil dari 12 daerah pilihan raya.

Pilihan raya tempatan


• Memilih datuk bandar,ahli majlis perbandaran, sherif dan lain-lain.
ISU-ISU SEMASA
Brexit
• UK mahu keluar dari Kesatuan Eropah (EU).
• Referendum pada tahun 2016 (52% mahu keluar).
• Anti-imigran dan anti-EU.
• Masih dalam kemelut Brexit.

Kemerdekaan Scotland
• Dijajah oleh Inggeris dari abad ke-13.
• Usaha untuk memerdekakan diri dari UK.
• Sekarang diberi autonomi untuk mengurus hal negara mereka (semenjak
1999)
• Referendum pada tahun 2014 untuk keluar dari UK tidak berjaya (55%
menolak).

Kebangkitan populisme kanan


• Anti-imigran, anti-pelarian, anti-Islam
• Populariti UKIP dan kelompok nasionalis kulit putih (White nationalism).

Anda mungkin juga menyukai