Anda di halaman 1dari 27

GWP1092

WACANA PENULISAN

Topik 3:
Penanda
Wacana
Perkara yang akan dibincangkan
3. Jenis-jenis penanda wacana
  Penanda kronologi
 Penanda organisasi
 Penanda idea
Perbincangan
Apakah Itu Penanda Wacana ?
Pengenalan
1. Penanda wacana berupa kata atau rangkai
kata yang digunakan untuk merangkaikan
ayat dengan ayat yang lain, bagi menunjukkan
wujudnya satu kesatuan ayat yang utuh.
2. Oleh sebab penanda wacana itu
merangkaikan ayat dengan ayat, maka
penanda wacana itu juga dikenal sebagai
perangkai ayat/peranti linguistik.
Pengenalan
3. Penanda wacana ialah perkataan ataupun
rangkaian perkataan yang berfungsi
mempertalikan sesuatu idea, hujah dan
pandangan seseorang semasa menulis
ataupun berucap.
4. Penanda wacana amat penting dalam
sesebuah teks kerana penanda wacana
dapat mewujudkan pertautan atau
kesinambungan antara sebahagian teks
dengan yang lain sehingga membentuk
kesatuan.
Pengenalan
5. Penanda wacana juga merupakan unsur-
unsur bahasa yang mewujudkan kohesi
dan koheran antara satu teks dengan teks
yang lain sehingga membentuk kesatuan.

 
Kepentingan Penanda Wacana

Mengapa kehadiran dianggap signifikan ?

Hal ini demikian kerana, tanpa kehadiran


penanda wacana yang tepat, akan
menyebabkan idea yang diturunkan seolah-
olah tidak mempunyai kesatuan dan pautan
yang lengkap

 
Jenis-Jenis Penanda Wacana

Apakah jenis-jenis penanda wacana?

Jenis-jenis penanda wacana ialah;


1. Penanda Kronologi
2. Penanda Organisasi
3. Penanda Idea
 
Jenis-Jenis Penanda Wacana
1. Penanda Kronologi:

 Memberi pengertian kepada


persoalan berkaitan waktu

 Mengandungi kata kunci: “bila” dan


seumpamanya.

 
Jenis-Jenis Penanda Wacana
1. Penanda Kronologi:
Contoh
a. kini h. pada suatu waktu
b. lantas i. pada hari esoknya
c. mula-mula j. pada zaman dahulu
  d. lepas itu k. dua tahun kemudian
e. sebelum l. beberapa tahun
f. kemudian kemudian
g. semenjak m. dan yang
itu seumpamanya.
Jenis-Jenis Penanda Wacana
1. Penanda Kronologi:

Contoh ayat;
Pada zaman dahulu Kerajaan Melayu
Melaka merupakan sebuah kerajaan
yang kuat.

 
Jenis-Jenis Penanda Wacana
2. Penanda Organisasi
Fungsi: mempertautkan sesuatu bahagian
wacana dengan bahagian yang lain
a. pertama
b. tegasnya
c. contohnya
d. akhir sekali
e. dalam hal ini
f. sebagai kesimpulan
g. dalam hubungan ini
Jenis-Jenis Penanda Wacana
2. Penanda Organisasi

h. untuk merumuskan
i. dengan perkataan lain
j. dapat dinyatakan bahawa
k. untuk menjelaskan lagi
l. akan dinyatakan pada tempat yang lain
m. dalam bahagian ini kita akan
membincangkan
n. dan yang seumpamanya
Jenis-Jenis Penanda Wacana
2. Penanda Organisasi
Contoh ayat:
Penduduk di negara yang dilanda peperangan
hidup dalam kesengsaraan. Mereka bukan sahaja
kehilangan harta benda malahan anggota
keluarga  yang tersayang.  Contohnya, ramai
penduduk Kemboja terpaksa melarikan diri ke
negara jiran semata-semata untuk
menyelamatkan diri daripada menjadi korban
peperangan.
Jenis-Jenis Penanda Wacana
3. Penanda Idea
Fungsi: menghubungkan antara fakta
dengan fakta dan idea dengan idea
yang berfungsi untuk:

a. mengembangkan idea
b. pertentangan idea
c. hubungan idea
Jenis-Jenis Penanda Wacana
3. Penanda Idea
a. Mengembangkan Idea
 malah
 satu lagi
 selain itu
 Seterusnya
 begitu juga
 di samping itu
 lebih-lebih lagi
 tambahan pula
 dan yang seumpamanya
Jenis-Jenis Penanda Wacana
3. Penanda Idea
a. Mengembangkan Idea
Contoh ayat:
Ratusan ribu istilah dalam sesuatu bahasa
tidak membawa erti tanpa istilah-istilah
tersebut digunakan dalam penulisan,
perbincangan, dan penterjemahan.
Tambahan pula, istilah yang secara
abstrak dihasilkan oleh jawatankuasa
istilah belum tentu sesuai bagi sesuatu
bidang.
Jenis-Jenis Penanda Wacana
3. Penanda Idea
b. Pertentangan Idea
 tetapi
 sama ada
 sebenarnya
 sebaliknya
 walaupun
 walau bagaimanapun
 pada masa yang sama
 dan yang seumpamanya.
Jenis-Jenis Penanda Wacana
3. Penanda Idea
b. Pertentangan Idea
 tetapi
 sama ada
 sebenarnya
 sebaliknya
 walaupun
 walau bagaimanapun
 pada masa yang sama
 dan yang seumpamanya.
Jenis-Jenis Penanda Wacana
3. Penanda Idea
b. Pertentangan Idea
Contoh ayat:
Hassan dan keluarganya berpindah ke
bandar pada akhir tahun lalu. Namun,
hatinya masih teringat akan kampung
halamannya.
Jenis-Jenis Penanda Wacana
3. Penanda Idea
c. Hubungan Idea
 jadi
 maka
 kecuali
 oleh itu
 oleh sebab
 oleh hal yang demikian
 untuk tujuan itu
 berikutan dengan itu
Jenis-Jenis Penanda Wacana
3. Penanda Idea
c. Hubungan Idea
Contoh ayat:
Beg itu bukan saya beli, sebaliknya ia
adalah beg percuma.
Perbincangan
Di dalam teks di bawah bebrapa penanda wacana telah digunakan. Cuba
kesan penanda wacana tersebut.

Pembelajaran dengan modul Program Asas TIP RING KONSEP K3 menulis


karangan. Semasa mengaplikasinya, saya menjelaskan makna FORMULA
KONSEP K3 yang mencakupi 3 perkara, iaitu pertama pengamalan, kedua
isi dan ketiga kesimpulan. Setiap karangan mesti memenuhi disiplin 3
komponen tersebut. Komponen pengenalan mempunyai 3 ciri iaitu
pertama isu berdasarkan tajuk, kedua huraian isu dan ketiga arahan atau
respons soalan daripada tajuk. Dalam Komponen Isi, pertama murid saya
perlu menyatakan isi mengikut arahan soalan, kedua menghuraikan isi
dan ketiga mereka memberi contoh yang berkaitan isi. Begitu juga pada
Komponen Kesimpulan, pertama mesti menyimpulkan tajuk berdasarkan
pendapat murid, kedua huraian cadangan terhadap isu dan ketiga
jelaskan harapa kepada isu.
Perbincangan
Berdasarkan petikan teks di atas, terdapat beberapa penanda wacana
yang boleh dikesan dalam ayat-ayat yang digunakan. Antara penanda
wacana yang ditemui ialah seperti ‘semasa’, ‘ pertama’, ‘ kedua’, ‘
ketiga’ , ‘ setiap’, ‘dalam’ dan begitu juga.

Penanda wacana atau perkataan ‘semasa’ yang terdapat di dalam ayat


tersebut membawa maksud atau menunjukkan sesuatu tempoh atau
ketika sesuatu perkara itu dinyatakan. Manakala perkataan atau
penanda wacana ‘pertama’, ‘kedua’ dan ‘ketiga’ pula membawa maksud
urutan masa atau turutan peristiwa atau kronologi sesuatu perkara yang
diterangkan oleh penulis. Manakala penanda wacana ‘begitu juga’ pula
membawa maksud persamaan erti dalam ayat-ayat yang terdahulu.
Sekian
Terima Kasih
Nota ini disediakan oleh;
Norhayati Ayit
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Pulau Pinang
Rujukan
Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana,
dalam Jurnal Dewan Bahasa 24:3, hal.
11-25 dan 24:4, hal. 9-25.
Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran
Wacana. Kuala Lumpur: DBP.
Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online],
[Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh didapati:
http://gurubahasamelayu.blogspot.com/
2009/07/wacana-bahasa-melayu.html

Anda mungkin juga menyukai