Anda di halaman 1dari 21

PUISI MELAYU

TRADISIONAL
DISEDIAKAN OLEH : NOR ANIZA BINTI ISMAIL
: NURULAIN NAJWA BINTI AZMI
MANTERA
LATAR BELAKANG MANTERA
• Istilah mantera berasal daripada kata mantra, mantr, atau matar, dalam Bahasa Sanskrit yang
bermaksud nyanyian memuja tuhan atau pemujaan penyebutan kata-kata tertentu bagi
memperolehi sesuatu yang dihajatkan yang mempunyai kesamaan dengan jampi serapah, tawar,
sembuh, cuca, puja, dan takal.
• Keakraban masyarakat Melayu silam dengan alam sekitar mendorong kepada timbulnya
kepercayaan-kepercayaan bahawa alam sekitar mempunyai pengaruh dan kuasa yang menentukan
sesuatu perkara dalam kehidupan mereka.
• Kepercayaan ini berkait rapat dengan pengaruh animisme yang diwarisi secara turun-temurun dan
dari situ timbullah unsur-unsur kuasa magis seperti semangat dan roh yang dianggap sebagai
memberi kesan kepada sesuatu perkara yang dihajati secara langsung kepada unsur-unsur magis
tersebut.
• Pawang atau bomoh adalah ahli-ahli penting yang menguasai dan mengamalkan mantera. Mereka
membaca mantera dengan nada, irama, dan tekanan suara yang tertentu sesuai dengan tujuan
perbomohan atau sesuatu perkara yang dihajati.
JENIS MANTERA

Mantera dapat dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan mantera tersebut iaitu :
1. Perubatan
• Mantera untuk perubatan berfungsi untuk menyembuhkan penyakit.
2. Pakaian diri
• Mantera pakaian diri ataupun pendinding berfungsi untuk melindungi khalayaknya daripada
sebarang unsur jahat atau berfungsi untuk memberi keluarbiasaan dan keistimewaan kepada
pengamal dan khalayaknya.
3. Pekerjaan
• Mantera pekerjaan pula digunakan dalam pekerjaan supaya setiap usaha yang dilakukan dapat
menghasilkan sesuatu yang lumayan.
4. Adat istiadat
• Mantera adat istiadat digunakan dalam upacara yang tertentu sesuai dengan genre mantera itu
sendiri yang bercorak sacral dan penuh dengan pantang larang.
BENTUK MANTERA

• Dari segi bentuk, mantera merupakan jenis puisi bebas yang tidak terikat sama ada dari segi
rangkap, baris dan jumlah perkataan dalam sebaris atau urutan rimanya.
• i. Bentuk bebas atau tidak terikat
• ii. Jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas / tidak tetap
• iii. Jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas.
• iv. Rima akhir baris adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu.
DARI SEGI ISI
• i. Mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian dengan tujuan
membawa keuntungan dan menjauhkan bencana.
• ii. Mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis yang digunakan dalam upacara-
upacara tertentu serta bersifat kudus atau menyelami soal-soal kebatinan
DARI SEGI BAHASA
• i. Mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan gambaran (imej) yang tertentu
seperti gambaran alam semulajadi, benda-benda, tingkah laku atau perbuatan, perasaan
atau sentuhan, bunyi atau pendengaran
• ii. Kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata perulangan, kata-kata kiasan atau
kiasan bahasa dan metafora.
PEMIKIRAN MANTERA

• Mantera biasanya dicipta oleh pawang atau bomoh yang kemudiannya diturunkan kepada orang
yang diercayai dan orang yang akan menggantikan mereka dalam bidang pepawangan atau
perbomohan.
• Pawang atau bomoh ini merupakan orang perantaraan antara manusia dengan juasa ghaib yang
dipercayai dapat memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat.
FUNGSI MANTERA
• a. Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai mengganggu
sesuatu tempat atau yang mengganggu kehidupan seseorang dan masyarakat.
• b. Dijadikan sebagai pemanis, pengasih dan pembenci
• c. Mantera digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat.
IRAMA MANTERA

• Pengarangan sesebuah mantera itu dibuat mengutamakan lenggok bahasa yang dipercayai mampu
memberi kekuatan kepada isi mantera yang dikelumatkan; penggunaan bunyi dilihat lebih penting
daripada makna.
• Mantra berbentuk bait dengan keberadaan rima yang tidak menentu.
• Mantera lebih mengutamakan irama dibandingkan rima.
CONTOH MANTERA ULIT MAYANG
Aku tahu asal usulmu
Seri bersila nama asalmu
Seri berdiri nama batangmu
Seri hidup asal usulmu
Seri menempak nama daunmu
Seri guntir nama bungamu
Seri guntir nama buahmu
Aku tahu asal usulmu
Umbut mayang diumbut
Umbut dengan jala jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan tuan puteri
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
• Lagu Ulek Mayang yang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadi identiti
Terengganu kerana menjadi amalan masyarakat Melayu lama sejak beratus tahun lalu.
• Namun amalan itu dikatakan amalan khurafat kerana menggunakan khidmat makhluk
halus atau pun jin dalam mengubati seseorang pesakit.
• Sekarang Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional
yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir
Panjang, Kuala Terengganu.
• Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang.
Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat.
• Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh
rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat
bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi
persembahan ini.
NAZAM
LATAR BELAKANG NAZAM
• Nazam merupakan sebuah puisi klasik Melayu pengaruh Arab.
• Pada zaman dahulu, pedagang -pedagang dari Asia Barat atau Timur Tengah iaitu
Arab dan Parsi telah datang ke Melaka untuk berdagang. Selain berniaga. mereka
juga mengajar agama Islam kepada penduduk tempatan. Selain kitab suci AI-Quran.
kitab-kitab Hadis. Kitab Tauhid, Fekah, Tasauf dan Tajwid juga diperkenalkan.
• Selain itu, mereka juga memperkenalkan Kitab Berzanji yang di dalamnya
mengandungi pelbagai puisi Arab seperti Ratib. Berzanji. Syair, Burdah, Qasidah,
Nasyid. Thamsil, Rubai. Kithah, Masnawi, Marhaban, Ghazal, Bayt dan Nazam.
• Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang telah wujud lebih 100 tahun yang
lalu.
• Nazam yang seakan-akan menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara
perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita ketika
menganyam tikar, membuat ketupat, menidurkan anak dan sebagainya.
CIRI-CIRI DARI SEGI BENTUK DAN ISI
• Bentuk terikat iaitu dari segi bilangan baris serangkap iaitu terdiri dua baris serangkap
• Skema rimanya ialah a-a atau a-b, c-b, d-b dan seterusnya; dan kadang-kadang a-a, b-b,
c-c dan seterusnya
• Jumlah perkataan sebaris dan suku kata di dalam tidak tetap
• Keseluruhan rangkap adalah idea yang hendak disampaikan.
• Isinya mengandungi nasihat dan pengajaran agama yang membawa kepada kebaikan
dan mengajak manusia ke arah mengingati ajaran-ajaran agama (Cth. Nazam Ajal)
• Isinya juga menyentuh rukun iman dan huraian terperinci tentang syarat dan maknanya
( cth. Nazam Rukun Iman)
• Isinya tidak sempurna dalam dua baris dan memerlukan rangkap-rangkap yang lain untuk
menjadi kesatuan idea.
• Boleh dibawa secara berlagu seperti nasyid dan qasidah.
FUNGSI NAZAM

Menyampaikan pengajaran
Menyampaikan nasihat
agama seperti ilmu tauhid,
dan pengajaran .
Contohnya : (nazam rukun
contohnya : (nazam ajal)
iman)
BENTUK NAZAM
• Tergolong dalam puisi berbentuk terikat
• Mengandungi 7 rangkap. Bilangan baris serangkap adalah tetap iaitu 2 baris serangkap.
• Keseluruhan rangkap adalah idea yang hendak disampaikan. Hubungan antara setiap
rangkap amat erat dan saling berhubungan.
• Rima akhir bagi nazam Ajal adalah tidak tetap iaitu
Rangkap 1 mati (a), hati (a) - a:a
Rangkap 2 - a:a
Rangkap 3 - a:a
Rangkap 4 - a:a
Rangkap 5 - a:a
Rangkap 6 - a:b
Rangkap 7 - a:a
TEMA NAZAM
• Kebanyakan lagu nazam bertemakan keagamaan seperti memuji kebesaran Allah,
menceritakan syurga dan neraka, amal ibadat, nabi, malaikat, dan kadangkala berbentuk
nasihat.
• Nazam dilagukan dalam majlis keagamaan di masjid, sekolah, rumah, dan sebagainya.
• Nazam ialah satu genre puisi klasik Melayu yang berasal daripada puisi Arab.
• Pada awal abad kedua puluh, nazam amat popular sebagai nyanyian masyarakat
kampung dalam majlis-majlis tertentu.
• Pada masa ini nazam sudah hampir luput dari alam puisi Melayu, alam tradisi lisan
bahkan dari alam budaya Melayu. Pahadal nazam amat mudah difaham, amat sedap
didengar apabila dinyanyikan, dan tidak sukar pula untuk mengarangnya.
• Nazam juga mestilah dimulakan dengan salam, selawat dan basmalah. Zaman dahulu,
nazam menjadi satu cara untuk menghidupkan surau dan madarasah.
• Kuliah yang disampaikan dalam bentuk ceramah mungkin ada menarik satu pihak sahaja
tetapi, apabila disampaikan dalam bentuk nazam (perbandingan sekarang nasyid)
kesannya berbeza kepada pihak yang lain.
• Lihat sahaja bagaimana anak-anak yang didedahkan dengan nasyid "Raihan" begitu
mudah menghafal nama-nama Rasul, mudah selawat dan mengucap. Ungkapan yang
amat fasih pada lidahnya.
• Demikian halnya dengan nazam. Nazam Sifat 20 misalnya, memudahkan seseorang
menghafal makna Sifat-Sifat Allah ataupun Nazam Rukun Islam.
CONTOH NAZAM
Nazam Mukadimah
(Risalah Ahmad Mufki)

Kami nama nazam ini mukadimah,


Bagi yang baru belajar ilmu Allah,
Kami harap bagi Allah Tuhan Esa,
Mana salah faham kami ampun dosa,
Ya Rabbana kami harap akan rahmat,
Dari dunia sampai kami ke akhirat,
Ya Rabbana bila sampai mati kami,
Dengan iman supaya kami tidak rugi,
Oleh itu mari kita sama-sama,
Buat amal jangan leka jangan lena,
Sampai sini nazam kami akhir kata,
Mana salah faham kami ampun dosa.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai