Anda di halaman 1dari 6

Tajuk:

Usaha-usaha untuk meningkatkan


semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita
 Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti
yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan
urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain, bak kata pepatah
ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka beranggapan bahawa
perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan
menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat
patriotik dan tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita
tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dijalankan. Persoalannya, siapakah yang perlu memainkan peranan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita?
ISI 1: Memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik
dari bangku sekolah

 Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan
penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara
ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu,
melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah boleh memastikan kempen berkaitan
semangat patriotik dijalankan setiap bulan di sekolah. Sekiranya semangat patriotik dapat
dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan
hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat
yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan
nama negara. Jelaslah bahawa ………………………….
ISI 2: Membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat
patriotik ini dalam kurikulum di sekolah

 Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan


memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di
sekolah. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati
semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Guru-guru
perlu memastikan aspek semangat patriotik diterapkan dalam kurikulum di sekolah. Perkara
itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya
diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan
terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan
kerana tak kenal maka tak cinta. Maka, dapatlah dikatakan bahawa………………
ISI 3: Memberikan kesedaran dengan menjalankan aktiviti yang bersesuaian

 Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah memberikan kesedaran dengan


menjalankan aktiviti yang bersesuaian dalam usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan masyarakat. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan
perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan
kampung perlulah digalakkan dengan bersungguh-sungguh, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Di
samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat
patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat
yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat
memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Tegasnya, ……………………………..
 Akhir kalam, semua pihak perlu berusaha bagai aur dengan tebing untuk memupuk semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu
yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. Individu yang memiliki semangat patriotik yang
tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan
dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, semua
pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik
dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai