Anda di halaman 1dari 10

MPU3122

Hubungan Etnik
Pembentang :
1. Jacklin Ramli
2. Juana Jampong
3. Nomie Unting
4. Moreen Bisang
5. Orshilla Simba
Segregasi

Amalgamasi Akomodasi

Tahap
Hubungan
Etnik

Asimilasi Akulturasi
Tahap hubungan Etnik di Malaysia
 Tahap perhubungan etnik di boleh diukur sejak zaman
penjajahan lagi.
 Perkembangan hubungan etnik di Malaysia bermula dari tahap
yang tahap rendah hinggalah ke tahap yang tinggi.
 Konsep-konsep hubungan bermula segregasi, akomodasi,
akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.
a. SEGREGASI
 Ia tahap perhubungan antara kaum atau etnik di Tanah
Melayu yang bersifat terpisah. Pemisahan ini dapat
dilihat melalui tempat tinggal, system pendidikan,
pekerjaan dan pergaulan.
 Keadaan ini ketara dapat dilihat semasa pendudukan
British di Tanah Melayu.
 Formula bagi konsep segregasi ini ialah A/B/C yang
memperlihatkan adanya tembok pemisah antara etnik-
etnik.
b. AKOMODASI
 Proses di mana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan
nilai yang dimiliki oleh etnik-etnik lain tetapi mereka tetap
mempertahankan budaya dan nilai hidup masing-masing.
 Masyarakat Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain tetap
mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup masing-
masing.
 Formula bagi konsep akomodasi ialah A+B+C=A+B+C
c. AKULTURASI
 Suatu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan
individu atau kelompok dari budaya yang lain.
 Walaupun sesuatu kelompok budaya itu menerima unsur-
unsur budaya etnik lain, ia tidak menyebabkan kehilangan
identiti asal kaum atau etnik yang menerimanya.
 Contoh yang berlaku di Malaysia ialah pemberian duit raya
oleh orang Melayu semasa hari raya (Budaya pemberian ang
pau ialah budaya masyarkat Cina)
d. ASIMILASI
 Proses percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan
identity yang sama.
 Proses ini bermakna kumpulan budaya sesuatu kaum atau
etnik minority menerima budaya kumpulan etnik yang
dominan.
 Dengan kata lain proses asimilasi akan berlaku apabila
adanya,
 Etnik yang mempunyai budaya yang berbeza
 Etnik-etnik tersebut sentiasa berinteraksi
 Interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama
e. AMALGAMASI

 Proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan


mewujudkan budaya dan ras yang baharu.
 Ia biasanya berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik
atau kaum.
 Ada juga yang mengaitkan anak hasil perkahwinan campur
mempunyai IQ yang tinggi, cerdik, berpenampilan menarik
dan sebagainya.
Rumusan
 Negara memerlukan bangsa Malaysia yang bersatu padu,
berkongsi masa depan yang sama, hidup dalam keadaan
yang harmoni dan wujud perkongsian dengan cara yang
sebenar dan adil
 Apa pun situasinya, penghayatan terhadap konsep dan nilai
integrasi dan perpaduan serta keupayaan setiap individu
dalam kumpulan etnik tertentu untuk mengadaptasi diri
dengan kepelbagaian etnik dan budaya.

Anda mungkin juga menyukai