Anda di halaman 1dari 24

BAB 6

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM


Pengenalan
• Kemajuan sesebuah bangsa banyak bergantung pada kemajuan
ilmu dan pendidikan.
• Islam adalah satu-satunya agama yang amat menitikberatkan
kemajuan ilmu dan pendidikan.
• Dalam bahasa Melayu:
-didik yang bermaksud ‘jaga’,`pelihara’
atau ‘ajar’.
Definisi Pendidikan

Pendidikan ialah proses menyerapkan ilmu pengetahuan dalam bentuk


teori serta melakukan latihan bagi membentuk peribadi dan watak serta
mencungkil bakat yang terpendam.

 Dari sudut istilah:


Pendidikan Islam adalah satu proses pembentukan keperibadian manusia
menjadi khalifah Allah yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh
bersumberkan al-Quran dan Sunnah.

 Dalam bahasa Arab:


-`ta’dib’(addaba).
-takrif ini menjelaskan hubungan rapat
antara pendidikan dan adab.
Hadis Nabi Muhammad s.a.w bermaksud:
“Tuhan telah mendidikku dan menjadikan
pendidikanku yang terbaik.”

Pendidikan dalam Islam merujuk kepada pendidikan nabi


dan rasul (adab).
Tujuan adab adalah untuk mendidik manusia yang pelupa
(an-nisyan) mengenal Allah dan menghindar manusia
menjadi zalim dan jahil.
•Pendidikan Islam dalam bahasa Arab:
-`tarbiyyah’ berasal dari perkataan Rabb
(Tuhan) dan murabbi(pendidik).
-`ta’lim’ bermaksud mengajar.
• Pendapat tokoh:
(a) Ibn Jamaah
Sistem yang bertanggungjawab memberikan ilmu pengetahuan;
membolehkan seseorang membentuk keperibadian yang baik;
membersihkan hati dan jiwa.

(b) Dr.Zaki Salleh


Proses yang membawa perubahan kepada
manusia;kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat dan
berdasarkan petunjuk al-Quran dan hadis.

(c) Dr.Hassan Langgulung


Terbahagi kepada 2 definisi:
1. Pengertian yang besar dan luas bermaksud meliputi semua
aktiviti manusia.
2. Pengertian yang kecil iaitu aktiviti manusia untuk memelihara
kelangsungan hidup sebagai individu dan masyarakat.
• Kesimpulan: pendidikan Islam menekankan:
a)pendidikan seumur hidup.
b)pembangunan seluruh potensi manusia.
c)menyampaikan 2 fungsi:
-sebagai hamba Allah
-sebagai khalifah Allah
d)memakmurkan seluruh alam:
-kesepaduan dan kesempurnaan iman
-ilmu dan amal soleh
Falsafah Pendidikan Islam
• Sifatnya adalah bersepadu, menyeluruh dan seimbang.
• Kesempurnaan pendidikan Islam terpancar dari:
-keseimbangan dan intergrasi antara roh, akal dan jasad.
-keserasian antara ilmu, iman dan akal.
-kesaksamaan antara dunia dan akhirat.
• Umumnya falsafah pendidikan Islam:
– Membentuk dan melahirkan insan kamil.
– Melahirkan masyarakat yang sempurna beriman,berakhlak mulia dan
bertanggungjawab kepada Allah, diri, keluarga, masyarakat dan negara.
– Menanamkan semangat sanggup berjihad serta kekuatan jiwa
– Membina keupayaan berdikari.
– Melahirkan insan yang menjadikan Rasullullah s.a.w sebagai role model.
– Memupuk manusia yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh serta rasa cinta
kepada Allah
Tujuan pendidikan Islam
• Tujuan Khas
– Iaitu perubahan melalui proses pendidikan seperti kemahiran,
gabungan pengetahuan
– Ianya dapat dilaksanakan di institusi pendidikan.
• Tujuan Am
- Untuk mendapatkan keredhaan Allah.
- Untuk membentuk akhlak yang mulia.
- Untuk mempersiapkan kehidupan di dunia dan akhirat.
• Tujuan Akhir
– Untuk mewujudkan kesempurnaan diri.
– Selain itu, untuk mengembangkan personaliti dalam aspek
kerohanian, psikologi, intelektual dan jasmani
– Untuk tujuan ini, ianya tidak hanya tertumpu di institusi
pendidikan tetapi juga melalui saluran lain seperti internet, tv,
akhbar dsb.
Kaedah pendidikan Islam
Berasaskan al-Quran.
• Kaedah Penceritaan
-ilmu disampaikan melalui cara bercerita. Cerita umat zaman silam
dalam al-Quran sebagai iktibar atau pengajaran.

• Kaedah perbandingan
-kaedah ini digunakan dalam Al-Quran untuk
menyampaikan risalah.
‫ﮨﮩﮪﮫﮬﮭﮮﮯﮰﮱﯓﯔﯕﯖﯗﯘﯙﯚﯛﯜﯝﯞ‬
“Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan? Dan
keadaan langit, bagaimana ia ditinggikan binaannya.? Dan keadaan gunung-
ganang, bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi, bagaimana ia
dihamparkan?“(al-Ghashiyah: 17-20)
• Kaedah pengasahan bakat dan ketajaman akal
-Allah menjadikan akal sebagai asas penerimaan segala
bentuk pengajaran al-Quran
-Al-Quran sentiasa mendidik akal fikiran manusia untuk
berfikir sendiri dan menyelidik .

‫ﭑﭒﭓﭔﭕﭖﭗﭘﭙﭚﭛﭜﭝﭞﭟﭠﭡﭢﭣﭤﭥﭦﭧﭨﭩﭪﭫ‬
‫ ﭰ ﭱ ﭲ‬5‫ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ‬
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami
dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya,
dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya;
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka
itulah orang yang lalai.”(al-A’araf:179)
Kaedah secara beransur-ansur
- Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 23
tahun.
- ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah meyentuh
ajaran asas dalam Islam dan kisah teladan dari zaman silam.
- ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Madinah menyentuh
soal hukum dan peraturan.

Proses dan Implementasi Pendidikan dalam Islam


• Meniru apa yang dilihat dan didengar.
• Peranan kebiasaan.
• Kekuatan fitrah kejadian manusia(akal dan nafsu).
• Melalui ganjaran dan balasan
Pendidikan Zaman Nabi Muhammad S.A.W
Membina Budaya Keilmuan di Tanah Arab
• Pendidikan rasmi sebelum Islam hampir tidak wujud di Tanah Arab . Ramai
yang masih buta huruf. Hanya 17 org yg boleh membaca & menulis.
• Kelahiran Islam mengubah nilai sosial dlm pendidikan. Kepentingan
pendidikan dpt dilihat berdasarkan ayat 1 surah al-Alaq.
• Penekanan Rasulullah terhadap pendidikan dapat dilihat misalnya - meminta
tawanan perang Badar mengajar 10 kanak-kanak Islam di Madinah sehingga
pandai membaca & menulis sebelum dibebaskan.
• Masjid merupakan institusi pendidikan pertama di zaman nabi Muhammad
s.a.w
Pendidikan tidak formal di zaman Nabi Muhammad S.A.W.
• Peringkat awal penyebaran Islam, nabi berdakwah secara senyap
• Rumah Arqam b Abi Arqam dipilih sebagai tempat orang Islam bertemu,
menimba ilmu dan mempelajari ajaran Islam diturunkan melalui wahyu.
• Faktor menjadikan rumah Arqam (Darul Arqam) ialah:

Faktor Hikmah

Arqam masih muda Musyrikin Quraisy tidak akan menyangka golongan muda
berminat dengan gerakan dakwah.

Arqam adalah dari Musyrikin Quraisy tidak akan mengesyaki sesuatu jika nabi
Bani Makhzum iaitu Muhammad s.a.w bergiat dikawasan musuhnya
musuh kuat Bani
Hasyim
• Pendidikan di zaman Kulafa’ Ar-Rasyidin
a) madrasah-madrasah yang wujud di Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin

Madrasah Wakil / Guru


Madrasah Makkah ● Mu’az bin Jabal
Madrasah Madinah ● ‘Umar bin al-Khattab ● Zaid bin Thabit
● ‘Ali bin Abu Talib ● Abdullah bin ‘Umar
Madrasah Basrah ● Abu Musa al-Asy’ari ● Anas bin Malik
Madrasah Kufah ● Ali bin Abu Talib ● Abdullah bin Mas’ud
Madrasah Damsyik ● Mu’az bin Jabal ● ‘Ubadah Abu Dar’da
Madrasah Fustat ● Abdullah bin ‘Amru

b) Peringkat pendidikan di zaman Khalifah Ar-Rasyidin

Peringkat kuttab Membaca, Menulis, Menbaca dan menghafal al-


Quran dan Asas-asas agama Islam (fardu ain)
Peringkat menengah Tafsir al-Qur’an
Peringkat tinggi Hadis dan Fikah
c) Pendidikan di zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
• Khalifah Abu Bakar berusaha mengumpulkan seluruh ayat al-Quran yang
diturunkan dalam masa 23 tahun pada zaman Rasullullah s.a.w atas
cadangan Saidina ‘Umar al-Khattab
• Kerja-kerja pengumpulan diamanahkan kepada Zaid bin Thabib
• al-Quran yang dikumpul dijadikan sumber pendidikan dan ilmu.
• Masjid dijadikan sebagai pusat pendidikan dan pusat pengajaran

d) Pendidikan di zaman Khalifah ‘Umar Al-Khattab


• Guru-guru disediakan untuk mengajar pelbagai bidang ilmu dan dihantar
di serata tempat dalam wilayah Islam
• Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid dalam wilayah Islam
• Umat Islam diwajibkan menghafal surah tertentu dalam al-Quran
• Golongan yng menghafal diberi ganjaran sebagai galakan kepada mereka
dan umat Islam yang lain
e) Pendidikan di zaman Uthman bin Affan
• Beliau telah mewujudkan sebuah naskah al-Quran yang
standard mengikut bahasa Arab Madinah. Kitab al-Quran
yang tidak sama dengan naskhak yang standard dibakar.
• Tujuan beliau ini – mewujudkan satu sumber perundangan
dan sumber pendidikan yang sama.
• Ini kerana ramai golongan mencatat sendiri kitab al-Quran
mengikut susunan dan gaya bahasa daerah masing-masing
sehingga berlaku kekeliruan
• Zaid bin Thabit telah diarah untuk membuat salinan al-
Quran . Sebanyak 6 salinan telah dibuat dan kemudian
diedarkan.

f) Pendidikan di zaman Khalifah Ali bin Abi Talib


• Beliau dianggap orang yang paling berilmu di kalangan para
sahabat terutama pengetahuan tentang soal hukum.
Pendidikan di zaman Bani Umaiyyah
• Pelbagai institusi pengajian Islam ditubuhkan:
- istana, masjid, kuttab(pondok), rumah dll.
• Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan sering mengundang para cendikiawan
ke istana untuk membincangkan tentang pelbagai ilmu
• Pendidikan di istana dikhususkan kepada putera-putera khalifah
• Mata pelajaran yang diajar ialah sejarah kesusasteraan, ilmu berpidato,
tatasusila dan moral
• Institusi Kuttab untuk orang awam dikenakan yuran pengajian
• Terdapat kuttab dikhususkan untuk kanak-kanak miskin (kuttab as-Sabil)
• Selepas peringkat kuttab terdapat peringkat halaqah (peringkat pendidikan
tinggi)
• Halaqah adalah sistem pendidikan tradisional di mana murid-murid
berkumpul dalam bentuk bulatan mengelilingi guru yang mengajar
Pendidikan di zaman Bani Abbasiyyah
• Penubuhan Bayt al-’Ilm (universiti) di Baghdad
• Terdapat perpustakaan yang agung yang dikenal Bayt al-Hikmah
• Bayt al-Hikmah menjadi perpustakaan pendidikan yang pertama di dunia yang seumpama
dengannya yang berperanan mengumpul, menyimpan dan meminjamkan buku-buku
• Institusi ini turut menjalankan aktiviti penterjemahan buku-buku dalam bahasa asing
seperti Yunani, Parsi, Rumawi dan Hindi ke dalam bahasa Arab

• Institusi pendidikan di zaman Bani Abbasiyyah


a) Perpustakaan
• antara perpustakaan yang dibina perpustakaan Haidari di Najaf, Perpustakaan Ibn Sawwar,
perpustakaan Sharif al-Radi, perpusstakaan Masjid Zaydi dan Dar al-Ilm, perpustakaan
Khizanat Sabur antara terbaik di dunia
b) Kuttab, Madrasah dan maktab
• Zaman Khalifah Harun al-Rashid dan al-Ma’mun sistem pendidikan dilaksanakan di Kuttab,
istana, masjid dan madrasah. Ianya pesat berkembang di Baghdad, Madinah, Kufah,
Kaherah dan Balkh
• Zaman khalifah al-Mustansir sebuah maktab diberi nama al-Mustansiriyah telah dibina di
Baghdad. Antara yang diajar ialah berkenaan 4 mazhab. Guru-guru dibayar gaji . Pelajar
dikecualikan daripada membayar yuran
• Madrasah lain yang wujud – madrasah al-Nasiriyah di Kaherah dan al-Nuriyah di Damsyik

c) Universiti Baghdad
• Universiti Nizamiyah di Baghdad ditubuhkan oleh khalifah al-Makmun (1065M)
• Antara subjek yang diajar – sains, matematik, astronomi, geografi dan perubatan
Pendidikan pada zaman Bani Umaiyyah di Sepanyol
• Semasa kerajaan Andalusia menguasai sebahagian Eropah, sistem
pendidikan Islam telah disemai
• Pelbagai institusi pendidikan didirikan seperti sekolah, maktab,
perpustakaan dan universiti di Cordova, Almeria, Badajoz, Granada, Toledo,
Valencia dan Malaga
• Sebuah sekolah kedoktoran dibina di Barlmo, Itali (yang pertama di Eropah)
• Selepas kejatuhan kerajaan Islam Andalusia ke tangan puak Norman (1091),
tradisi tamadun Islam khususnya sistem pendidikan masih dipertahankan
• Raja-raja Norman spt. Roger I, Roger II, Frederick II telah menubuhkan
institusi pendidikan di Eropah mengikut model pendidikan tamadun Islam
• Frederick II misalnya telah menubuhkan universiti di Naples, Itali. Di sini
karya Ibn Rushd ditemui
• Alphonse VII mendirikan institusi penterjemahan di Toledo mengikut model
Baitul Hikmah di Baghdad. Karya sarjana Islam telah diterjemahkan ke
bahasa Latin
Pendidikan Islam di Alam Melayu

1. Pendidikan tidak formal


– Masyarakat Islam dahulu mendidik anak di rumah dengan memberi ilmu
yang berkaitan dgn pekerjaan harian.
– Anak perempuan diasuh dgn ilmu kraftangan, kesenian dsb.
– Selepas kedatangan Islam, ilmu secara tidak formal meliputi mempelajari
al-Quran, cara solat dan hal-hal yang berkaitan agama di rumah
guru/ustaz.

2. Pendidikan formal
– Sekolah pondok
– Madrasah
– Istana
– Masjid
– Rumah ulama’
• Sekolah Pondok
– Institusi pendidikan formal terawal di Alam Melayu
– Institusi ini dibina khusus untuk pengajian ilmu
– Pelajar tinggal di kawasan sekitar sekolah pondok
– Institusi ini terdapat beberapa bangunan seperti balai, rumah tuan guru,
surau, asrama pelajar
– Sekolah pondok terawal di Alam Melayu ialah dayah di Perak.
– Di Tanah Melayu, sekolah pondok mula berkembang sejak abad 18 di
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Antara yang terkenal – pondok
Kubang Pasu dan Tok Kenali di Kelantan, Pondok Tok Ku Pulau Manis dan
pondok Hj. Wan Abdul Latif di Terengganu, Pondok Pak Ya di Kedah.
– Sekolah pondok juga dikenali dengan pelbagai nama:
Tempat Panggilan
Tanah Melayu & Selatan Thai Pondok
Acheh & Pasai Dayah
Minangkabau Surau
Jawa Pesantren
Sulawesi Pengajian
• Madrasah
– Madrasah pertama didirikan di Tanah Melayu – Madrasah al-
Masriyyah di Bukit Mertajam
– Madrasah lain – madrasah Iqbal al-Islamiyah di Singapura, al-
Ahmadiyah di Riau, al-Muhamadiyah di Kelantan, al-Manshur al-
Islamiyyah di P. Pinang, al-Khairiyyah di Johor, al-’Alawiyyah al-
Madaniyyah di Perlis, Ma’ahad Mahmud di Kedah

• Istana Raja
– Orang yang mahir dalam pendidikan berpeluang menjadi jurutulis,
pengarang, guru dan ulamak di istana. Mereka menjadi guru kepada
golongan istana.
– Tugas pengarang – menulis, mengarang sejarah, mengubah berbagai
jenis kesusasteraan Melayu di samping menyalin dan menterjemah
kesusasteraan asing khususnya dari Bahasa Arab, Parsi ke Bahasa
Melayu. Mereka disediakan bilik khas di istana
– Antara karya yang dihasilkan – Hikayat Amir Hamzah, Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Iskandar Zulkarnain
– Istana juga menjadi tempat pertemuan ulamak.
– Pada masa pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah – pernah
menjadikan istana Melaka sebagai pusat pendidikan keluarga raja.
• Masjid
– Masjid juga merupakan pusat pendidikan.
– Catatan Ibn Batutah menyatakan masjid di Pasai adalah
masjid pertama di Alam Melayu menjadi pusat pengajian.
Sultan Pasai sendiri sering hadir majlis ilmu yang diadakan
di masjid

• Rumah ulamak
– Rumah ulamak sering menjadi tumpuan penduduk untuk
menimba ilmu daripada ulama termasuk sultan.
– Dalam kitab Sejarah Melayu menceritakan Sultan
Mahmud Syah yang pernah berguru di rumah ulamak
Maulana Yusuf.
Latihan

1. Huraikan TIGA (3) faktor penggalak pembudayaan ilmu di


Malaysia.
2. Huraikan TIGA (3) kaedah yang digunapakai dalam sistem
pendidikan Islam.
3. Jelaskan peranan penting yang perlu dimainkan oleh pemerintah
untuk membantu meningkatkan perkembangan sistem pendidikan.
4. Huraikan TIGA (3) peranan istana dalam memperkembangkan ilmu
di Alam Melayu.

Anda mungkin juga menyukai