Anda di halaman 1dari 9

LANGKAH-LANGKAH

MENGATASI KEROSAKAN
AQIDAH
Oleh MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN RAMLI
1. Umat islam seharusnya sentiasa kembali mengikuti ajaran Islam
berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah

• Tujuannya adalah untuk memperoleh aqidah shahihah ( ‫ﺤﺻ ﻴﺤﺔ ﻋﻘﻴﺪﻩ‬ )


sebagaimana apa yang telah dibuat oleh para salafus saleh.
• Maknanya, kita perlulah berusaha untuk melaksanakan segala perintahnya dan
menjauhi segala larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagaimana
yang dijelaskan dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.
• Kesannya, keyakinan terhadap kebenaran al-Quran dan as-Sunnah sekaligus
memantapkan keimanan terhadap kebijaksanaan dan kekuasaan Allah Taala.
‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم قَا َل‬ ‫هَّللا‬
َ ِ َ َ ‫َع ْن َمالِك أ‬
‫ل‬ ‫و‬ ‫س‬
ُ ‫ر‬ َّ
‫ن‬ َ

‫ض ُّلوا َما تَ َم َّس ْكتُ ْم بِ ِه َما‬


ِ َ ‫ت‬ ْ
‫ن‬ َ ‫ل‬ ‫ن‬
ِ ْ
‫ي‬ ‫ر‬َ ‫م‬
ْ َ ‫أ‬ ‫م‬
ْ ُ
‫ك‬ ‫ي‬ِ ‫ف‬ ُ
‫ت‬ ْ
‫ك‬ ‫تَ َر‬
‫اب هَّللا ِ َو ُسنَّةَ نَبِيِّ ِه‬
َ َ‫ِكت‬
Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku
tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat
selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah
dan Sunnah Nabi”. (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum
Arabiyyah)
2. Umat Islam perlulah mengkaji aqidah golongan sesat dan mengenal
syubhah-syubhah mereka.
• Bertujuan berusaha untuk mematahkan dan menyangkal ideologi dan ajaran sesat dengan
kebenaran agama Islam yang selaras dengan pemikiran yang logikal sekali gus mendorong
sekalian ummah supaya menolak, kekal serta berusaha memantapkan keyakinan dengan
kebenaran Islam dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
• Sebagai contoh, pada sekitar tahun 1997, pihak JAKIM Terengganu telah membuat kajiam
terhadap ajaran sesat Ayah Pin yang pernah heboh suatu ketika dahulu di negara kita. Hasilnya,
JAKIM berkenaan telah mengisytiharkan ajaran ‘Kerajaan Langit’ bawaan Ayah Pin adalah
bertentangan dengan Islam dan para pengikut ajaran tersebut ditangkap.
• Ini membuktikan bahawa tindakan menyelidik ajaran dan ideologi asing yang muncul dalam
kalangan sesebuah masyarakat adalah amat berguna untuk mencari kebatilannya dan
menyebarkan beberapa informasinya kepada para umat Islam supaya berhati-hati dengan
ajaran-ajaran menyesatkan itu dalam kehidupan seharian.
• Kesannya, pemikiran dan keyakinan ummah kepada kebenaran Islam dapat terperlihara serta
ketidakstabilan negara dan kemusnahan akhlak dapat dibendung.
،‫ك‬ َ ‫ظ‬ْ َ‫ احْ فَ ِظ هللاَ يَحْ ف‬:‫ت‬ ٍ ‫ك َكلِ َما‬ َ ‫ إنِّي أعلِّ ُم‬،‫ "يَا ُغال ُم‬:‫ فَقَا َل‬،ً‫ كنت خلف النَّب ّي صلى هللا عليه وسلم يوما‬:‫ قَا َل‬،‫س رضي هللا عنهما‬ ٍ ‫ابن عبا‬ ِ ‫َع ْن‬
َّ‫ك إال‬َ ‫ك بِ َشي ٍء لَ ْم يَ ْنفَعُو‬ َ ‫أن يَ ْنفَعُو‬
ْ ‫ت َعلَى‬ ْ ‫أن األُ َّمةَ لَ ْو اجْ تَ َم َع‬ َ ‫ وإِ َذا ا ْستَ َع ْن‬،‫ت فَاسأ َ ِل هللا‬
َّ ‫ َوا ْعلَ ْم‬،ِ‫ت فَا ْستَ ِع ْن باهلل‬ َ ‫ إِ َذا َس ْأل‬،‫ك‬َ َ‫احْ فَ ِظ هللاَ تَ ِج ْدهُ تُ َجاه‬
‫حف‬ُ ُّ‫ت الص‬ ِ َّ‫ت األَ ْقالَ ُم َو َجف‬
ِ ‫ ُرفِ َع‬،‫ك‬ َ ‫ك إالَّ بِ َشي ٍء قَ ْد َكتَبَهُ هللاُ َعلَ ْي‬ َ ‫ك بِ َشي ٍء لَ ْم يَضُرُّ و‬ َ ‫أن يَضُرُّ و‬ ْ ‫ َوإِن اجتَ َمعُوا َعلَى‬،‫ك‬ َ َ‫ بِ َشي ٍء قَ ْد َكتَبهُ هللاُ ل‬    

Dari Abdullah bin Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jagalah Allah, niscaya Dia menjagamu; jagalah
Allah, niscaya kamu mendapati-Nya bersamamu; jika kamu mempunyai permintaan, mintalah kepada Allah; jika
kamu membutuhkan pertolongan, minta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah, seandainya seluruh manusia bersatu
untuk memberi manfaat dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang
telah Allah tetapkan untukmu; dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, mereka tidak
akan dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan untukmu. Pena telah diangkat dan
lembaran-lembaran telah mengering" (HR At Turmudzi).
3. Mengambil tindakan yang setimpal untuk membanteras ajaran
sesat dalam kalangan ummah
• Pihak berkuasa dan kerajaan seharusnya memelihara aqidah bagi semua umat Islam dengan
menguatkuasakan undang-undang berlaraskan syariah di seluruh negara.
• Sebagai contoh, di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992
berikut:

Sumber:
https://jksns.ns.gov.my/images/
pdf/memperkasakan-undang-
undang--penguatkuasaan-
ajaran-sesat.pdf
• Selain itu, kerjasama antara pelbagai pihak di negara kita harus diwujudkan
dalam mengambil tindakan ke atas ajaran sesat yang muncul di seluruh negara
kita supaya mengelakkan agenda ajaran tersebut dapat dihapuskan dan dihalang
daripada terus berleluasa.
• Misalnya, pada sekitar tahun 2015, PDRM telah memantau 56 ajaran sesat yang
mampu mengancam keselamatan negara dan telah difatwakan oleh mufti di
samping bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti JAKIM, Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
untuk menghalang ajaran-ajaran sesat itu terus menggugat aqidah umat Islam di
negara kita.
• Dengan ini, usaha golongan ajaran sesat untuk menjalankan kemungkaran di
negara kita dapat dibanteras dengan lebih berkesan dan aqidah umat Islam
dapat diperlihara daripada ajaran tersebut.
• Akhir sekali, pihak masjid perlulah mengadakan majlis ilmu secara mingguan
yang menekankan ilmu aqidah untuk tujuan mempelajari dan memantapkan
aqidah dalam kalangan umat Islam di setiap masjid.
• Pihak masjid juga boleh menjemput pakar-pakar agama Islam untuk berkongsi
ilmu aqidah yang sebenar dalam agama Islam sekiranya ada kemampuan.

Maksudnya: Daripada Abi Sa’id al-Khudri r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah
SAW bersabda: “Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah
dengan tangannya; jika tidak sanggup maka dengan lisannya; dan jika tidak sanggup juga
dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.”
KESIMPULAN
• Akidah adalah tonggak yang amat penting untuk dipertahankan agar kekuatan ummah dapat terbentuk
dalam menghadapi pelbagai cabaran yang menimpa seluruh umat manusia pada ketika ini.
• Kerosakan akidah dalam kalangan ummah mampu membuka ruang kepada musuh-musuh Islam
melancarkan serangan demi serangan semata-mata bagi melemahkan kekuatan roh Islam dan akidah
umat.
• Oleh itu, setiap umat Islam wajiblah sentiasa kembali kepada akidah Islam yang sebenar tanpa
mencedok apa jua cara dan ideologi diimport dari Barat yang jelas melampaui batas yang ditetapkan
oleh Allah SWT serta bertentangan dengan ajaran Islam.
• Hal ini demikian untuk para umat Islam supaya mendapat menjalani kehidupan dunia yang sempurna
dan selaras dengan fitrah manusia dan perintah Allah SWT di dunia sekali gus mendapat keredaan-Nya.
• Sekiranya ummah tidak mengambil langkah yang sebetulnya serta tidak bersungguh dalam menegakkan
akidah Islam yang sebenar, maka munculnya penularan fahaman-fahaman sesat seperti Islam liberal
yang mempu membawa malapetaka dalam kehidupan masyarakat seperti keruntuhan akhlak yang kini
kian meningkat.

Anda mungkin juga menyukai