Anda di halaman 1dari 23

ETIKA PROFESIONAL

MPU 2223

DISEDIAKAN OLEH:
CIK NORFADHILAH BINTI SALAMA @ SALAMAT
PEMANTAUAN TINGKAH LAKU GOLONGAN
PROFESIONAL

BAB 11
PENGUATKUASAAN PERATURAN
SENDIRI
1. KEMASUKAN MENJADI AHLI PROFESIONAL
• Berasaskan kompetensi dan nilai masyarakat.
• Tidak melanggar peraturan dan undang-undang.
• Dianggap sebagai satu keistimewaan.
2. DISIPLIN
• Melupakan atau kurang mengambil kira sikap beretika.
• Hukuman dikenakan terhadap profesional yang
melanggar peraturan.
• Kepentingan profesional dan masyarakat umum tidak
selari.
• Mengekalkan nilai-nilai etika.
AUTONOMI PROFESIONAL

AUTONOMI PROFESIONAL

PENGUATKUASAKAN NORMA- PENGURUSAN AKTIVITI


NORMA PROFESIONAL PROFESIONAL
3 SEBAB UTAMA PFOFESIONAL DI
BERIKAN AUTONOMI

1. Hanya profesional sahaja yang


mempunyai kepakaran dalam
mengendalikan.
2. Penilaian yang dibuat oleh profesional
perlu bebas daripada pengaruh luar
demi memastikan kepentingan klien
dapat dipenuhi.
3. Autonomi diperlukan untuk
memastikan kerahsiaan hubungan
profesional – klien dipelihara.
KOD ETIKA
• Kod etika adalah dokumen rasmi yang
menyatakan nilai-nilai utama sesebuah
organisasi dan peraturan-peraturan etika
yang diharapkan untuk dipatuhi oleh
semua ahli dalam organisasi tersebut.
• Erti kata lain, kod etika bagaikan sumber
inspirasi dan rangsangan positif kepada
obligasit terhadap norma-norma
profesional.
• Kod etika menekankan perkara-perkara
seperti berikut :
 Norma-norma profesional yang perlu
dipatuhi.
 Akauntabiliti dan tanggungjawab
profesional.
 Bentuk-bentuk penyelewengan yang perlu
dihindarkan.
 Bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan.
 Norma-norma profesional yang
diterjemahkan dalam tingkahlaku yang
khusus.
INSPIRASI DAN TUNJUK AJAR
• Menyediakan satu rangsangan yang
positif terhadap pelaksanaan
tingkah laku yang beretika, tunjuk
ajar dan nasihat baik tentang
peranan utama seorang profesional.
• Asas-asas panduan masih berguna
walaupun ianya merupakan
dokumen yang pendek dan ringkas.
SOKONGAN
• Memberi sokongan positif kepada mereka yang
ingin berkelakuan secara beretika.
• Keputusan beretika selalu disandarkan kepada
kata-kata,

“Saya berbuat demikian sebagaimana yang


tedapat dalam kod etika profesion saya
yang mengatakan bahawa…..”

• Secara tidak langsung, seseorang profesional


mendapat ‘group backing’ dalam menangani
sebarang isu etika.
HALANGAN DAN DISIPLIN
• Boleh dijadikan asas yang formal untuk
menyiasat sebarang perlakuan tidak
beretika di kalangan profesional.
• Motif untuk melakukan perlakuan tidak
beretika dapat dihalang kerana adanya
asas penyiasatan seperti itu.
PENDIDIKAN DAN KEFAHAMAN
• Boleh digunakan dalam bilik-bilik kuliah
dan di mana-mana untuk mebantu
perbincangan tentang isu-isu etika.
• Ia juga dapat mewujudkan kefahaman yang
dikongsi bersama di kalangan profesional,
orang awam dan organisasi tentang
tanggungjawab profesional.
SUMBANGAN KEPADA IMEJ PROFESION
• Menampilkan imej positif golongan
profesional yang beretika kepada
masyarakat yang juga dapat membantu
profesional untuk terus berkhidmat kepada
masyarakat dengan lebih berdedikasi dan
berkesan.
MEMPERTAHANKAN STATUS
• Menentukan peraturan etika yang membantu dalam
mempromosikan satu peringkat persetujuan yang minimum
terhadap perlakuan etika.
• Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian untuk menjamin
keberkesanan kod etika tersebut :
1. Isi kandungan kod etika hendaklah disebarkan dengan
meluas kepada semua ahli profesional – mereka yang baru
menceburi bidang profesion berkenaan.
2. Butiran dalam kod etika hendaklah jelas, khusus dan
terperinci dalam semua aspek nillai.
3. Kod etika dapat menangani isu-isu pokok dengan tepat.
4. Kod etika hendaklah dikuatkuasakan dengan bersungguh-
sungguh – apabila menjatuhkan hukuman tertentu.
5. Kod etika perlu disemak semula dari semasa ke semasa
sesuai dengan keperluan dan perubahan masyarakat
industri.
BATASAN KOD ETIKA
• Mempunyai batasan tertentu.
• Wujud berikutan fungsi kod etika yang dianggap sebagai
panduan umum tentang tingkah laku etika.
• Antara batasan yang mudah dikenal pasti ialah,
1. Kata-kata yang digunakan terlalu umum dan kadang-
kadang sangat kabur. Ini tidak memungkinkan kod etika
diaplikasikan dalam semua situasi yang berbeza dan
berubah diri semasa ke semasa. Ia selari dengan
perubahan yang ketara dalam masyarakat moden
( struktur, cara pemikiran, nilai berikutan perkembangan
pesat dalam sains dan teknologi )
2. Kadang-kadang ada peruntukan kod etika berkonflik
antara satu sama lain. Contoh dalam Seksyen 1 dan
Seksyen 2.
3. Kod etika tidak boleh berperanan sebagai autoriti
etika yang mutlak untuk mengawal tingkah laku
golongan profesional kerana nilai dan tafsirannya
yang diterapkan dalam kod etika (nilai umum
yang tidak mutlak dalam masyarakat)

4. Kewujudan terlalu banyak kod etika menjelaskan


keberkesanan kod-kod etika tersebut. Keadaan ini
memberikan gambaran dan persepsi bahawa
tingkah laku etika itu adalah sesuatu yang
bersifat relatif. Hal ini sudah menimbulkan
kesukaran untuk meyakinkan masyarakat umum
dalam menentukan kod etika yang “baik” dan
“betul”.
PENDEKATAN BARU
 Memandangkan peraturan-peraturan sendiri kurang
berkesan dalam menghalang atau menghukum perbuatan
salah laku, alternatif lain perlu dicari, tiga pendekatan
diketengahkan untuk dipertimbangkan.

PENGLIBATAN ORANG BIASA


 Orang biasa mempunyai kemampuan untuk menilai tingkah
laku profesional. Pada masa yang sama penilaian awam
menunjukkan perspektif masyarakat dalam pembentukan
norma yang nampaknya kurang berjaya melalui sistem
peraturan sendiri.
 Ada pendapat yang mengatakan bahawa profesional
sepatutnya dinilai oleh profesional lain, iaitu rakan
profesional. Dakwaan ini kurang tepat kerana meletakkan
kedudukan profesional melebihi orang lain dalam
masyarakat.
 Bukti menunjukkan bahawa orang awam
telah melibatkan diri dalam menguatkuasa
norma-norma profesional (dengan jayanya).
 ‘Di Canada, misalnya orang biasa
berkhidmat dalam kumpulan-kumpulan
badan profesional yang terdiri daripada
jurutera dan peguam.
PENGUATKUASAAN YANG BERKESAN
 Asas kepada disiplin profesional itu sendiri. Asas
untuk tindakan disiplin hendaklah diperluaskan
untuk meliputi semua bentuk salah laku
profesional. Kriterianya mestilah lebih jelas dan
menyeluruh.
 Setiap profesional sepatutnya melaporkan salah
laku profesional lain kepada pihak tertentu.
Bergantung semata-mata kepada aduan yang
dibuat oleh klien adalah kurang tepat kerana
kebanyakkannya berkaitan dengan
ketidakpuashatian dalam obligasi terhadap klien.
 Perlunya penyiasatan yang menyeluruh terhadap tuduhan
salah laku profesional. Siasatan tidak semestinya
berdasarkan aduan klien semata-mata kerana dalam kes-kes
tertentu profesional dan klien bersubahat.

 Proses dan prosedur untuk melaksanakan tindakan disiplin


terhadap profesional yang ternyata melakukan perbuatan
tidak beretika. Hukuman yang setimpal dengan kesalahan
dan selaras dengan peraturan perlu dikenakan seperti
menarik lesen profesional berkenaan.

 Patut diingat bahawa pemberian lesen untuk menjadi


pengamal persendirian kepada profesional adalah satu
keistimewaan untuk melindungi orang awam.
 Kelemahan tindakan tatatertib di kalangan
profesional
– Hukuman tidak dapat dijalankan dengan
segera kerana terpaksa melalui beberapa proses
yang memakan masa yang panjang.
– Berkaitan bidang kuasa yang berlainan dan
berbagai-bagai
– Masalah tentang kerahsiaan proses yang
dijalankan. Misalnya nama-nama profesional
yang dituduh melakukan salah laku tidak
didedahkan kepada umum.
Motivasi kepatuhan
 Kepatuhan terhadap norma-norma profesional hasil pendidikan
berterusan yang menekankan tentang kesedaran dan
komitmen. Langkah-langkah berikut sepatutnya diberikan
perhatian:
i. Kaedah penyerapan. Semua pertimbangan etika sepatutnya
diserapkan dalam semua bidang pendidikan.
ii. Kursus etika profesional. Tujuan kursus ini adalah untuk
memberikan peluang kepada peserta agar dapat memahami
konsep-konsep etika diharapkan untuk memupuk sifat
kejujuran, amanah, kesetiaan dan lain-lain.
iii. Pendidikan klinikal. Ini bertujuan untuk memahami isu-isu
etika dalam keadaan sebenarnya. Pengajian bidang perubatan
sangat menekankan pendekatan ini. Profesion guaman,
kejuruteraan dan perakaunan didapati kurang menekankan
pengalaman seperti ini.
PEMANTAUAN TINGKAH LAKU
GOLONGAN PROFESIONAL
• Walaupun profesional dikehendaki
bertanggungjawab dalam mengamalkan
profesionnya tetapi bagaimana hendak
memastikan setiap profesional mematuhi segala
tanggungjawab yang telah diamanahkan itu.
• Tegasnya bagaimana mengelakkan perbuatan
salah laku dan pelanggaran norma-norma
profesional daripada berlaku.
• Secara umumnya, semua profesion mempunyai
peraturan yang dikuatkuasakan sendiri.
• Norma-norma tersebut telah dikenal pasti dan
dikuatkuasakan oleh profesion masing-masing.
• Ini dilakukan melalui penubuhan persatuan
pengamal profesion seperti MMA, MIA.
• Semua profesional mendapat ijazah, tidak secara
automatis boleh menjadi pengamal dalam bidang
profesion masing-masing.
• Mereka perlu menjadi ahli dalam badan profsional
masing-masing untuk mendapatkan lesen (tauliah)
sebelum menjadi pengamal yang diiktiraf.
• Matlamat utama memberikan lesen.

Anda mungkin juga menyukai