Anda di halaman 1dari 79

PEMBENTUKAN KATA

BAHASA MELAYU

Oleh:
Pn. Sarimah binti Ahmad
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Perempuan
Melayu, Melaka

1
• Catatkan perkataan-perkataan yang
terdapat dalam lagu ini

2
SEMAK

3
Bentuk Kata

Kata Kata Kata Kata


Tunggal Terbitan Majmuk Ganda

4
PEMBENTUKAN KATA

• PROSES PENGIMBUHAN
• PROSES PEMAJMUKAN
• PROSES PENGGANDAAN
• PROSES PENGAKRONIMAN

5
PROSES PEMAJMUKAN

• proses merangkaikan dua kata dasar


atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna tertentu
• dieja terpisah dan bertindak sebagai satu
unit, iaitu bentuknya tidak boleh
menerima sebarang penyisipan unsur
lain.

6
Jenis Contoh kata majmuk
kelompok
Rangkai kata biru laut merah terima kasih kapal terbang
bebas muda perdana tengah hari program tentatif
menteri naib canselor penolong pendaftar

Istilah khusus garis pusat reka bentuk batu kapur


segi tiga kertas kerja kemas kini
hak milik kanta tangan atur cara

Maksud kiasan buah hati anak emas kaki bangku


makan angin manis mulut buaya darat
ringan tulang bulan madu mata keranjang

7
KATA MAJMUK YANGTELAH MANTAP

antarabangsa beritahu bumiputera


jawatankuasa kakitangan kerjasama
matahari olahraga pesuruhjaya
sukarela setiausaha suruhanjaya
tandatangan tanggungjawab warganegara

* apek bawak bakul, jalan kiri kanan, macam


orang perempuan, suka senyum-senyum, tak
tentu waktu
8
Kekecualiaan
- Terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata yang
majmuk
tergolong dalam kata tertentu tetapi lazimnya dieja
Contoh:
bercantum. (TD ms. 74)
- peribadi, dinihari, peribahasa
- daripada, kepada
- sukacita, dukacita
- apabila, manakala, padahal, barangkali,
darihal,
-
kadangkala, apakala, walhal
bagaimana, kenapa
9
PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja

campur bercampur aduk ambil alih mengambil


aduk alih
temu bual ditemu bual daya serap daya serapan

Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan


campur mencampuradukan ambil alih pengambilalihan
aduk
satu padu menyatupadukan urus niaga diurusniagakan

10
11
PENGGANDAAN

12
PROSES PENGGANDAAN

• penuh
• separa
• berenta
k
13
PENGGANDAAN PENUH
(MENYELURUH)
 kesemua kata dasar itu diulang tanpa
perubahan
 CONTOH:
bunga bunga-bunga rajin rajin-rajin

makan makan-makan ketua Ketua-ketua

14
PENGGANDAAN SEPARA KATA DASAR

• proses menggandakan sebahagian kata dasar


sahaja
• Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau
kata terbitan.
• dilakukan di hadapan atau di belakang kata dasar.
• Penggandaan separa yang berlaku pada kata
dasar
tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku
• kata pertamanya dan letak gandaannya pada
bahagian hadapan kata dasar.
Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami 15
proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet.
Contoh:

laki lalaki lelaki

rambut rarambut rerambut

siku sisiku sesiku

16
PENGGANDAAN SEPARA KATA
BERIMBUHAN
• hanya menggandakan kata dasar
utama dan tidak
• melibatkan imbuhannya sekali
belakang
Bentuk kata dasar
gandaan atau
itu boleh di bahagian
terletak hadapan kata
di bahagian
dasar
• Contoh:
berlari berlari-lari
mencari mencari-cari
bantu bantu-membantu
tolong tolong-menolong
17
PENGGANDAAN BERENTAK

• proses yang menggandakan kata dasar


mengikut
• rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu
Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi
• tertentu diulang atau diubah
Ada tiga jenis penggandaan
i. penggandaan berentak berentak: vokal
pengulangan
ii. pengulangan konsonan
iii. bebas.

18
Jenis Contoh
penggandaan
berentak
pengulangan sayur-mayur kuih-muih lauk-pauk
vokal

pengulangan gunung-ganang bolak-balik kayu-kayan


konsonan

berentak lintang-pukang anak-pinak huru-hara


bebas

19
PENGGANDAAN KATA MAJMUK

• melibatkan penggandaan unsur pertama kata


sahaja.
• Contohnya:
alat tulis alat-alat tulis

kapal terbang kapal-kapal terbang

20
PENGGANDAAN KATA MAJMUK YANG
TELAH MANTAP
• penggandaan melibatkan seluruh kata
• Contohnya:

setiausaha setiausaha-setiausaha

jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa

21
MAKNA KATA GANDA
Makna Contoh
i. penanda jamak meja-meja, ketua-ketua, gunung-ganang

ii. penanda beberapa nama haiwan biri-biri, kura-kura, kunang-kunang

iii. penanda kepelbagaian jenis sayur-mayur, kuih-muih, lauk-pauk

iv. penanda tidak tentu apa-apa, siapa-siapa, mana-mana

v. kesamaan/keserupaan gula-gula, anak-anak, lelangit, sesiku

vi. perbuatan berulang-ulang melambai-lambai, lalu-lalang

vii. perbuatan yang berpanjangan berangan-angan, tergila-gila, termenung-menung

viii. perbuatan bersungguh-sungguh berhati-hati, bertungkus-lumus, bermati-matian

ix. perbuatan saling berbalasan bersalam-salaman, tawar-menawar, bertolak-


tolakan
CUBA FIKIRKAN

• bukit bukau
• sampah sarap

23
• Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti
kata yang bermaksud kumpulan.
Terdapat sebilangan kata dalam bahasa Melayu seperti:
- antara, - gabungan,
- antologi - gerombolan,
- banjaran, - gugusan,
- barisan, - jemaah,
- daftar, - kalangan,
- deretan, - kawan,
- kumpulan, - mesyuarat,
- pelbagai, - perhimpunan,
- persatuan, - persekutuan,
- pertemuan, - rangkaian,
- rentetan, - rombongan
24
KESILAPAN PENGGANDAAN KATA

• Perkataan seperti empat, dua ratus, tiga ribu, semua,


segala, sejumlah, beberapa, sekalian, seluruh,
sebilangan, seperempat, berabad-abad, berkotak-
kotak, masing-masing, setiap, setengah-setengah dan
sebagainya tergolong dalam kata bilangan yang
menunjukkan jamak atau banyak.
• Kesilapan sering dilakukan dalam penggunaan kata
bilangan dalam ayat, iaiatu dengan menggandakan
perkataan yang mengikutinya atau tidak mengeja
sepenuhnya kata bilangan berkenaan sebagai satu
bentuk yang mematuhi sistem morfologi tatabahasa
bahasa Melayu.
25
Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang
mengikuti kata bilangan. Contoh:
• Banyak organisasi-organisasi …
Banyak organisasi … (BETUL)
• Beberapa orang pekerja-pekerja …
Beberapa orang pekerja …
• (BETUL)
Kebanyakan pelajar-pelajar …
• Kebanyakan pelajar … (BETUL)
Keseluruhan calon-calon …
Keseluruhan calon … (BETUL) 26
• Kesemua barang-barang…
Kesemua barang … (BETUL)

• Dua peratus (2%) daripada pemilik-pemilik …


Dua peratus (2%) daripada pemilik … (BETUL)

• Peningkatan jumlah kereta …


Peningkatan jumlah kereta … (BETUL)

• Ramai pengguna-pengguna …
Ramai pengguna … (BETUL)

27
• Segala isu –isu …
Segala isu …
(BETUL)
• Sebahagian daripada peniaga-peniaga …
Sebahagian daripada peniaga … (BETUL)

• Semua buku-buku …
Semua buku …
(BETUL)
• Semua syarat-syarat dan peraturan-peraturan …
Semua syarat dan peraturan … (BETUL)

28
Semua kerja-kerja pembetungan …
Semua kerja pembetungan …
(BETUL)
Sesetengah daripada golongan-golongan doktor …
Sesetengah daripada golongan doktor … (BETUL)

Setiap tugasan-tugasan …
Setiap tugasan …
(BETUL)
Lima orang daripada pegawai-pegawai …
Lima orang daripada pegawai …
(BETUL)
29
• Kesilapan dalam membentuk kata bilangan. Contoh:

Antara kedua tugas …


Antara kedua-dua tugas …
(BETUL)
Berbagai maklumat …
Berbagai-bagai maklumat …
(BETUL)
Di ketiga buah negara …
Di ketiga-tiga buah negara …
(BETUL)

30
Merangkumi berbagai kegiatan …
Merangkumi berbagai-bagai kegiatan … (BETUL)

Para-para guru …
Para guru … (BETUL)

Setengah koperasi …
Sesetengah … (BETUL) atau
koperasi
Setengah-setengah koperasi … (BETUL)

Setiap satu idea/Tiap satu idea …


Setiap idea /Tiap-tiap idea …
(BETUL) 31
- dan senarai yang bermakna ‘kumpulan’ atau ‘banyak’,
iaitu yang melibatkan orang, benda, unsur, perkara dan
sebagainya yang lebih daripada satu. Oleh itu, tidak perlu
menggandakan perkataan yang mengikutinya. Contoh:

Antara masalah-masalah …
Antara masalah …
(BETUL)
Antologi cerpen-cerpen …
Antologi cerpen …
(BETUL)
Barisan pensyarah-pensyarah …
Barisan pensyarah … (BETUL)
32
Daftar pengundi-pengundi …
Daftar pengundi … (BETUL)

Deretan rumah-rumah …
Deretan rumah … (BETUL)

Gabungan persatuan-persatuan …
Gabungan persatuan … (BETUL)

Gerombolan komunis-komunis …
Gerombolan komunis … (BETUL)

dan lain-lain…
33
• Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata
yang berimbuhan se atau berkata bilangan satu yang
bermaksud kumpulan.
Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang
berawalan se- (yang bermakna satu) atau perkataan yang
berangkai dengan kata bilangan satu yang mengandungi
makna kumpulan atau mengandungi unti lebih daripada
satu di Oleh itu, kata yang mengikutinya
dalamnya. tidak perlu
digandakan. Contoh:

Sebahagian daripada peniaga-peniaga …


Sebahagian daripada peniaga … (BETUL)

34
Sebilangan ahli-ahli …
Sebilangan daripada ahli … (BETUL)

Sedikit sahaja daripada komen-komen …


Sedikit sahaja daripada komen …
(BETUL)
Segelintir daripada pemohon-pemohon …
Segelintir pemohon … (BETUL)

Sejambak bunga-bungaan …
Sejambak bunga … (BETUL)

… 35
Sejumlah besar daripada kontraktor-kontraktor …
Sejumlah besar daripada kontraktor … (BETUL)

Sekumpulan pemberita-pemberita …
Sekumpulan pemberita … (BETUL)

Serombongan pelawat-pelawat/Satu rombongan pelawat-


pelawat …
Serombongan pelawat/Satu rombongan pelawat …
(BETUL)

Setimbun kasut-kasut …
Setimbun kasut …
(BETUL)
36
• Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti
perkataan ada yang bermaksud telah tersedia atau telah
terkumpul. Contoh:

Ada pelajar-pelajar yang didapati melanggar peraturan


sekolah.
Ada pelajar yang didapati melanggar peraturan sekolah.
(BETUL)

37
 Kesilapan kerana menggandakan kata nama sebelum kata
kerja berapitan ber- … -an yang menunjukkan jamak.
Contoh:

Kata kerja yang berimbuhan apitan ber- … -an seperti:


- bergantungan, - berguguran,
- berkejaran, - berkibaan,
- bertaburan , - berterbangan,
dan sebagainya maksud perbuatan yang
menunjukkan jumlah yang banyak atau berulang-ulang
membawa
dengan banyaknya. Oleh itu, kata nama yang hadir
sebelumnya tidak perlu digandakan lagi. Contoh:

38
Bendera-bendera yang berwarna-warni berkibaran di
sepanjang jalan.
Bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang
jalan. (BETUL)

Bintang-bintang berkerdipan di langit.


Bintang berkerdipan di langit.
(BETUL)
Burung-burung berterbangan di angkasa.
Burung berterbangan di angkasa.
(BETUL)
Lampu-lampu biru bergantungan di dinding.
Lampu biru bergantungan di dinding.
39
• Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang sudah
mendukung maksud banyak. Contoh:

Ibu bapa-ibu bapa diseru …


Ibu bapa diseru … (BETUL)

Mereka-mereka yang mengambil bahagian …


Mereka yang mengambil bahagian … (BETUL)

Rakyat-rakyat negara ini …


Rakyat negara ini … (BETUL)
40
• Kesilapan kerana menggandakan keseluruhan gabungan
kata atau kata majmuk yang sepatutnya hanya perkataan
yang pertama sahaja yang perlu digandakan. Contoh:

Duta besar-duta besar


Duta-Duta Besar
(BETUL)
Ketua Menteri-Ketua Menteri
Ketua-Ketua Menteri
(BETUL)
Pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan
Pihak berkuasa tempatan (BETUL)

41
PROSES PENGAKRONIMAN

• satu proses pemendekan dan


penggabungan untuk membentuk kata.
• Contohnya:
Bernama – Berita Nasional Malaysia
kugiran - kumpulan gitar rancak

42
CARA PENULISAN KATA AKRONIM
Cara Contoh

Gabungan beberapa LUTH – Lembaga Urusan


huruf awal rangkai Tabung Haji
kata yang MAS - Malaysia
disingkatkan, Airline System
keseluruhannya ditulis ABIM- Angkatan Belia
dengan huruf besar Islam Malaysia
jika kata nama khas.

43
CARA PENULISAN KATA AKRONIM

Cantuman huruf dan suku Proton - Perusahaan


kata sejumlah perkataan. Otomobil Nasional
Kata akronim jenis ini juga Mara - Majlis Amanah
membentuk kata nama Rakyat
khas; oleh itu, ejaannya Intan - Institut
bermula dengan huruf Tadbir
besar Awam
Negar
a

44
CARA PENULISAN KATA AKRONIM

Gabungan huruf awal tabika – taman bimbingan


dan/atau suku kata kanak-kanak
ditulis dengan huruf purata – pukul rata
kecil keseluruhannya, pawagam – panggung
jika bukan kata nama wayang
khas. gambar

45
Catatkan Perkataan Berimbuhan

46
Berita Kepada Kawan

perjalanan ini
terasa sangat menyedihkan
sayang engkau kepada karang
tak duduk di sampingku kawan kepada ombak
banyak cerita kepada matahari
yang semestinya kau saksikan tetapi semua diam
di tanah kering bebatuan tetapi semua bisu
ho ho ho ho tinggal aku sendirian
ho ho ho ho terpaku menantap
tubuhku tergoncang langit barangkali di
dihempas batu jalanan sana ada jawabnya
hati tergetar mengapa di tanahku
menampak kering terjadi bencana
rerumputan mungkin Tuhan
perjalanan ini pun mulai bosan
seperti jadi saksi melihat tingkah kita
gembala kecil yang selalu salah
menangis sedih kawan dan bangga dengan dosa-dosa
cuba dengar apa atau alam mulai enggan
jawabnya ketika ia bersahabat dengan kita
bertanya mengapa cuba kita bertanya
bapak ibunya telah lama mati pada rumput yang bergoyang 47
PROSES PENGIMBUHAN

• AWALAN
• AKHIRAN
• APITAN
• SISIPAN

48
Pengimbuhan Membawa Perubahan
Golongan Kata
Perkataan Golongan Makna Ayat
Kata
enak kata adjektif sedap Gulai masakan ibu sungguh
rasanya enak
seenak kata adjektif sama Gulai Kak Yam tidak seenak
sedapnya gulai masakan ibu.
berenak-enak kata kerja bersenang- Pak Tua sedang berenak-enak
tak transitif senang di tepi pantai
mengenakkan kata kerja menjadikan Ibu memasukkan perencah
transitif enak untuk mengenakkan lauk itu
terenak kata adjektif yang paling Antara masakan Chef Wan,
enak inilah yang terenak.
enak-enak kata nama makanan Juadah yang terhidang enak-
yang sedap enak belaka.
keenakan kata nama kesedapan Keenakan masakannya
n
norliza_munsyi dewan/jpm_i ppmm enyebabkan semua

tetam49u
IMBUHAN AWALAN
imbuhan contoh perkataan
Awalan me- mewarna
ber- berjuang
ter- terbaik
se- sebaik
pe- pelakon
pra- prasejarah
juru- juruterbang
anti- antipengga
pra- nas 50
IMBUHAN AKHIRAN
imbuhan contoh perkataan
Akhiran -i akhiri
-an senyuman
-man budiman
-kan tinggikan
-wan hartawan
-isme nasionalisme
-at hadirat
51
IMBUHAN APITAN
imbuhan contoh perkataan
apitan ke-…-an kemajuan
pe-…-an perasaan
me-…-kan memainkan
di-…-kan dibiarkan
menge-…-kan mengepinkan
me-…-kan memainkan
mem-…-i mempercayai

52
IMBUHAN SISIPAN

imbuhan contoh perkataan


sisipan -er- serabut
-el- telunjuk
-em- semerbak

53
IMBUHAN KATA NAMA

AWALAN AKHIRAN APITAN SISIPAN

peN- -an peN-...-an -el-


pe- pe-...-an -em-
peR- peR-...-an -er-
ke- ke-...-an
juru-

54
IMBUHAN KATA KERJA

AWALAN AKHIRAN APITAN SISIPAN

meN- -kan meN-...-kan -el-


beR- -i beR-...-an -em-
teR- beR-...-an -er-
di- di-…-kan
mempeR- meN-...-i
dipeR- di-…-i
mempeR
-..-kan
mempeR-…-i
ke-…-an
dipeR-…-kan
dipeR-…-i

55
IMBUHAN KATA ADJEKTIF

AWALAN APITAN SISIPAN

ter- ke-...-an -el-


se-
-em-
-er-
-in-

56
Kekeliruan

57
MENCINTAI DAN MENCANGKUL

1. *Oleh sebab Suraya sangat menyintai


suaminya, dia sanggup melakukan apa-
apa sahaja.

2. *Pak Kamal sedang menyangkul tanah di


kebun sayurnya.

58
Huraian

• Berpandukan aturan penerbitan kata kerja dengan


imbuhan meN-..., kata dasar yang bermula dengan
huruf c akan dikekalkan hurufnya
• contohnya, mencantas, mencuba, mencari, dan
mencegah.
• Bagi ayat di atas, kesalahan berlaku apabila huruf c
digantikan dengan ny sehingga menerbitkan bentuk
yang tidak tepat.
• Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Oleh sebab Suraya sangat mencintai suaminya,
dia sanggup melakukan apa-apa sahaja.
2. Pak Kamal sedang mencangkul tanah di kebun
sayurnya.

59
PENGEMBALA ATAU PENGGEMBALA

1. *Pengembala itu sedang melihat kambingnya


meragut rumput.

2. *Budak lelaki itu mengembala lembu di


sebuah ladang.

60
Huraian

 Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf g,


apabila diimbuhkan dengan awalan peN-... dan
meN-... huruf g tersebut tidak digugurkan,
contohnya, pengganas, penggali, menggamit, dan
menggulai.
 Oleh sebab itu, ayat di atas perlu dibetulkan
seperti
ayat di bawah:
1. Penggembala itu sedang melihat kambingnya
meragut rumput.

2. Budak lelaki itu menggembala lembu di sebuah


ladang.
61
MEMBERITAHU DAN
MEMBERITAHUKAN

1.*Gadis itu memberitahu perkara itu kepada ibunya.

2. *Pelajar yang memberitahukan gurunya hal itu


telah dipanggil.

62
 Dalam bahasa Melayu, terdapat kedua-dua perkataan
tersebut, iaitu memberitahu dan memberitahukan.
 Kedua-duanya merupakan kata kerja transitif dan
memerlukan objek atau penyambutnya.
 Ayat-ayat di atas tidak tepat kerana kesalahan objek
yang mengikuti kata kerja transitif tersebut.
 Selepas memberitahu, objeknya mestilah sesuatu
yang bernyawa untuk menjawab persoalan siapa,
manakala selepas memberitahukan, objeknya mestilah
sesuatu perkara yang dapat menjawab persoalan apa.

Ayat-ayat tersebut dapat dibetulkan seperti yang berikut:


1. Gadis itu memberitahukan perkara itu kepada
ibunya.
2. Pelajar yang memberitahu gurunya tentang hal itu
telah dipanggil
63
MENEMUI DAN MENEMUKAN

• *Samad telah menemui kad pengenalannya yang hilang


di dalam bilik tidur.

• *Samad akan menemukan kawan lamanya di pusat


beli-belah.

•*Kad pengenalan Samad yang hilang telah ditemuinya di


dalam bilik tidur.

•*Kawan lama Samad akan ditemukannya di pusat beli-


belah.

64
Huraian:

Ayat-ayat di atas salah kerana kata kerja menemui


bermaksud “bertemu dengan” sementara menemukan
pula bermaksud “berjumpa dengan sesuatu yang dicari”.

• Samad telah menemukan kad pengenalannya yang


hilang di dalam bilik tidur.

• Samad akan menemui kawan lamanya di pusat beli-


belah.

• Kad pengenalan Samad yang hilang telah


ditemukannya di dalam bilik tidur.

• Kawan lama Samad akan ditemuinya di pusat


beli-belah.
65
MEMAGAR, MEMAGARI DAN MEMAGARKAN

Pak Yusuf memagar buluh di sekeliling rumahnya.

Pak Yusuf memagari rumahnya dengan buluh.

Buluh memagarkan rumah Pak Yusuf.

66
• Huraian:
• Ketiga-tiga ayat di atas salah penggunaan
imbuhannya
• memagar bermaksud “memasang pagar”
• memagari bermaksud “berada di
sekeliling sebagai pagar pada”
• memagarkan bermaksud “menggunakan
sesuatu sebagai pagar”.

67
Oleh itu, ayat-ayat di atas boleh diperbetul seperti
yang di bawah:

• Pak Yusuf memagarkan buluh di sekeliling


rumahnya.

• Pak Yusuf memagar rumahnya dengan buluh.

• Buluh memagari rumah Pak Yusuf.


Rumusan:

1. me …i = benda + benda / orang + orang/ orang + binatang


2. di… i = benda
3. di…kan = orang
4. me…kan = + orang / benda
68
MENAMAKAN DAN MENAMAI

Encik Wong menamakan anaknya John.

Encik Wong menamai John kepada anaknya.

69
• Huraian:
• Kedua-dua ayat di atas salah penggunaan
imbuhannya kerana menamakan bermaksud
“memberikan sesuatu nama kepada
seseorang” sementara menamai bermaksud
“memberi seseorang suatu nama”.

• Encik Wong menamai anaknya John.


• Encik Wong menamakan John kepada
anaknya.

70
PeN-…-an atau peR-…-an

KNT ---- peR-…-an --- berasal daripada bentuk kata kerja berawalan beR-

KNT ---- peN- …-an ---berasal daripada bentuk kata kerja berimbuhan
meN-…-i/-kan
Contoh:

perlumbaan ----- berlumba (melumba)


perbualan ----- berbual (membual)
pergaduhan ----- bergaduh (menggaduh)
perhentian ----- berhenti (menghenti)

penarikan ----- menarik (bertarik)


pelaksanaan ----- melaksanakan (berlaksana)
penyampaian ----- menyampaikan (bersampaikan)
pemeriksaan ----- memeriksa (berperiksa)
penantian ----- menanti (bernanti)
pelantikan ----- melantik (berlantik)
pelucutan ----- melucut (berlucut
71
Penglibatan dan Pelibatan
Penglihatan dan Pelihatan

•Penglibatan sukarelawan Malaysia dalam kerja mencari


dan menyelamatkan mangsa gempa bumi di Jawa
Tengah telah mendapat pujian penduduk tempatan.

•Pelibatan kaum belia dalam pembangunan luar bandar


semakin meningkat dari setahun ke setahun.

•Penglihatan datuk saya semakin baik setelah menjalani


pembedahan selaput mata.

• Pada pelihatan saya, beliau merupakan calon yang


paling layak untuk menyandang jawatan itu.

72
Huraian
•Kedua-dua bentuk imbuhan
peN-…-an di atas adalah
betul dari segi tatabahasa
dan boleh digunakan secara
•bertukar ganti“penglibatan”
Perkataan dalam ayat. dan “penglihatan”
merupakan bentuk yang mantap dan digunakan
secara meluas

•Perkataan “pelibatan” dan”pelihatan” dianggap


betul dari segi rumus tatabahasa walaupun
jarang-jarang digunakan.

73
Perlantikan atau Pelantikan

•Encik Muhammad telah menerima surat perlantikan


sebagai pengurus syarikat perabot itu.

•Perletakan batu asas di pusat pelancongan itu telah


disempurnakan oleh YAB Menteri Besar semalam.

•Perlaksanaan program pembangunan luar bandar


telah banyak membantu meningkatkan taraf hidup
penduduk.

•Berita perlucutan jawatan pengerusi syarikat


multinasional itu telah diumumkan tengah hari tadi.

74
Huraian

•Imbuhan beR- akan membentuk kata nama terbitan peR-…-


an. Contohnya, perkataan “bergaduh” boleh menerima
imbuhan peR-…-an menjadi pergaduhan.

•Manakala imbuhan meN- akan membentuk kata nama


terbitan peN-…-an.

•Oleh sebab itu, tidak wujud bentuk kata nama perlantikan,


perletakan, perlaksanaan, dan perlucutan.

• Hal ini demikian kerana tidak terdapat perkataan


“berlantik”, “berletak”, “berlaksana”, dan “berlucut”.

75
PEMBALAKAN ATAU
PEMBALAKKAN
1. Sektor pembalakkan merupakan satu
sektor penting di negara ini.

2. Kebanyakkan ahli sukan di negara ini


kurang menguasai aspek sains sukan.

3. Ibu bapa saya sering mengalakan saya


agar belajar bersungguh-sunguh.

4. Ayah dimasakan oleh ibu rendang daging.

76
Huraian :

• Masalah yang timbul dalam ayat yang dikemukakan di


atas ialah penggunaan k atau kk. Bagi menyelesaikan
masalah tersebut, kita perlu memahami pembentukan
kata terbitannya.
• Dalam ayat 1, pembalakan terhasil apabila apitan peN-
…-an diapitkan dengan kata dasar balak.
• Sementara itu, dalam ayat 2, kata dasar banyak
diapitkan dengan apitan ke-…-an.
• Dalam ayat 3, kata dasar galak menerima apitan meN-
…-kan
• Dalam ayat 4, kata dasar masak menerima apitan di-…-
kan seperti ayat-ayat yang
berikut:

77
• semua kata dasar yang menerima apitan peN-
…-an atau ke-…-an akan membentuk kata
nama terbitan.

• kata dasar yang menerima apitan meN-…-kan


atau di-…-kan akan membentuk kata kerja
terbitan.

• penggunaan pembalakkan dan kebanyakkan


menyalahi ejaan yang tepat.

• Perkataan itu perlu ditukarkan kepada


pembalakan , kebanyakan , menggalakkan
atau dimasakkan.

78
SEKIAN

79