Anda di halaman 1dari 22

Implikasi model

pengajaran terhadap PdP

Disediakan oleh
ChinChi En SN1
Model Pemprosesan
Model Behaviorisme
Maklumat
1. Membantu murid untuk lebih mengenali 1. Guru harus berpegang kepada prinsip
dunia mereka, fokus diberikan kepada cara rangsangan-gerak balas.
mereka memperoleh maklumat, 2. Jikalau inginkan tingkah laku yang positif dalam
menguruskan data, merangka masalah dan kalangan murid-murid, maka tumpuan diberikan
menjana penyelesaian. kepada pengukuhan positif.
2. Bahan pembelajaran (input) harus disusun 3. Sebelum meneruskan kepada unit baru, guru
atur dengan baik. haruslah menjalankan tafsiran atau penilaian bagi
3. Idea dan konsep baharu harus bermakna memastikan penguasaan murid-murid.
kepada pelajar. 4. Guru harus merancang dan mempelbagaikan
4. Menambah konsep-konsep baharu ke dalam kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya
struktur kognitif sedia ada akan memudahkan pembelajaran pelajar yang berbeza.
ingatan kembali konsep-konsep tersebut.
Model Sosial Model Personal

1. Pelajar meniru tingkah laku positif secara tidak 1. Guru perlu membantu murid-murid
langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak memaksimumkan potensi serta mempunyai
dalam main peranan dan simulasi. kawalan ke atas hidup masing-masing.
2. Peranan guru sebagai role model harus 2. Guru sebagai fasilitator perlu mendorong
memastikan dan mempunyai tingkah laku serta murid-murid untuk memainkan peranan aktif
perwatakan yang positif supaya pelajar dapat dalam menentukan matlamat dan hala tuju
menirunya. pendidikan masing-masing.
3. Guru menasihati pelajar tentang program yang
sesuai ditonton di televisyen dan filem yang tidak
sesuai ditonton oleh mereka.
4. Pola interaksi yang positif akan membawa kepada
peningkatan murid-murid daripada aspek
akademik, sikap, dan konsep kendiri.
Pendekatan
pengajaran
Disediakan oleh
ChinChi En SN1
01.
Pendekatan
induktif
Kaedah pengajaran yang bermula dengan memberi contoh-contoh
khusus seterusnya membuat kesimpulan untuk membentuk konsep
(spesifik ke umum).
Prinsip pengajaran secara induktif
Seseorang guru membantu murid menguasai konsep/generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh
yang diperoleh.
➢ Contoh diberikan perlu relevan, sesuai dan dipelbagaikan. Guru boleh menggalakkan murid
mengemukakan contoh. Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang
cuba disampaikan oleh guru.
➢ Guru membimbing murid untuk membentuk kesimpulan dengan menyediakan soalan berkaitan.
➢ Murid diberi peluang memerhati dan menganalisis contoh supaya menghasilkan generalisasi.
➢ Untuk lebih memudahkan murid menguasai peraturan-peraturan umum yang diperoleh daripada
fakta/contoh khusus, guru perlulah merancang aktiviti berkisar daripada contoh yang telah
diberikan.
➢ Menekankan pengajaran berbentuk konkrit. Penggunaan gambar, video/hasil karya semasa
penyampaian maklumat. Pengurusan grafik ini boleh dijadikan sebagai kesimpulan ringkas
membantu murid memfokuskan pelajaran dengan jelas.

Secara umumnya, jenis pendekatan induktif digunakan bergantung pada hasil pembelajaran yang
diinginkan.
02.
Pendekatan
deduktif
Kaedah pengajaran yang bermula daripada
umum ke spesifik.
Prinsip penggunaan pendekatan deduktif
Sesuatu konsep/hukum dikemukakan dengan penerangan definisi dan diikuti dengan contoh untuk
memperjelas kefahaman. Murid perlu membuat pertimbangan dan penilaian untuk mendapatkan
contoh tertentu daripada peraturan umum.

➢ Generalisasi dikemukakan secara tepat dan jelas.


➢ Penggunaan contoh untuk menerangkan generalisasi.
➢ Peningkatan pemahaman murid terhadap isi pelajaran boleh dilakukan dengan
mempelbagaikan aktiviti dan latihan.
➢ Membuat kesimpulan berdasarkan bukti yang ada selepas memahami konsep dan
contoh yang dinyatakan.
➢ Pemahaman konsep boleh dinilai dengan mengaplikasikannya dalam senario baru
yang seumpama.
Kaedah menggabungkan ciri-ciri baik daripada dua
atau lebih pendekatan dalam satu pengajaran dan
pembelajaran.
03.
Pendekatan
eklektik
Gabungan pendekatan induktif dan deduktif

❏ Untuk menyesuaikan murid pelbagai kebolehan.


❏ Kaedah induktif lebih sesuai digunakan untuk segelintir murid manakala ada
pula murid yang akan memahami dengan jelas melalui kaedah deduktif.
04.
Pendekatan bersepadu
Kaedah ini mementingkan kurikulum yang seimbang.
Pelbagai latihan dan aktiviti pembelajaran yang berbeza
digunakan.
Prinsip penggunaan pendekatan bersepadu

❖ Tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan murid.


❖ Penggunaan pembelajaran aktif, di mana teknik koperatif diintergrasikan untuk
memberikan pelajar peluang mengaplikasi maklumat yang dipelajari secara teori
kepada situasi dalam kehidupan seharian dan lebih menekankan perkembangan
kemahiran berbanding dengan penyampaian maklumat semata-mata.
❖ Peranan guru sebagai fasilitator.
❖ Peluang untuk kerja berpasukan.
Langkah pendekatan ini berdasarkan fasa Taba:
Fasa I: menggalakkan murid huraikan ciri sesuatu aspek yang dikaji.

Fasa II: membuat bandingan antara perkara yang dikaji serta mengenal pasti persamaan dan
perbezaan.

Fasa III: membuat penerangan yang terperinci tentang ciri perkara dikaji berdasarkan
pemerhatian.

Fasa IV: membentuk hipotesis.

Fasa V: membuat rumusan tentang maklumat yang dikumpulkan dan membentuk


generalisasi.
Kelebihan Pendekatan Bersepadu:
➔ Mencapai hasil pembelajaran dengan bermakna.
➔ Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu proses
pembelajaran kanak-kanak.
➔ Mempunyai semangat saling bergantung untuk mencapai prestasi yang
cemerlang.
05.
Pendekatan
tematik
Pengajaran disampaikan melalui konsep yang besar
dipecahkan kepada beberapa komponen kecil.
Prinsip pendekatan tematik:
● Tema dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman murid.
● Tema harus berkait rapat dengan kehidupan harian murid.
● Tema mempunyai skop yang luas dan meliputi pelbagai bidang.
● Sekuen sesuatu tema amat penting agar murid dapat mengikuti perkembangan
topik dengan lancar.
● Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema harus merangkumi
pelbagai bidang kurikulum. bagi menyumbang kepada aspek intelek, jasmani,
sosial dan emosi.
● Pengajaran dan pengembangan tematik memerlukan pelbagai pencetusan idea.
Guru perlu kreatif dan inovatif untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang
kondusif.
Cara pelaksanaan
● Pilih satu tema
○ Tema perlu cukup luas untuk memuatkan maklumat daripada banyak bidang bagi sesuatu
mata pelajaran
● Bina jaringan perancangan
○ Membuat sumbang saran untuk membina carta atau peta sistematik yang meneroka pelbagai
contoh timbulnya tema.
○ Membuat jaringan bersama rakan untuk menghasilkan pemikiran divergen.
● Pilih bahan
○ Perancangan bertujuan menyediakan bahan yang banyak. Contoh bahan seni, sastera,
masyarakat, dan teknologi.
● Rancang aktiviti
○ Memilih dan mereka bentuk aktiviti yang sesuai dengan tema.
○ Menggunakan bahan-bahan yang banyak dan menggalakkan peningkatan prestasi murid ke
arah pencapaian matlamat pembelajaran.
Kebaikan pendekatan tematik
● Membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasi
pengetahuan.

● Meningkatkan kecekapan taraf pemikiran murid.

● Motivasi murid dapat ditingkatkan dan diperbaiki.

● Seluruh kegiatan lebih bermakna bagi murid sehingga hasil pembelajaran


dapat bertahan lebih lama.
TERIMA KASIH
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo
, including icons by Flaticon, and infographics & images by
Freepik

Anda mungkin juga menyukai