Anda di halaman 1dari 9

GPP1063 : IMPLIKASI SOSIOLOGI PENDIDIKAN KEPADA PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH : DR TAI LAY KENG


NAMA : NIVETHA SIVAKUMAR & KIROSHINI MADAVAN
ANGKA GILIRAN : 2020252310039 & 2020252310082
NOMOBOR IC : 020816101356 &
GROUP : KUMPULAN 1
NAMA DAN KOD KURSUS : PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL
TARIKH HANTAR : 22 JANUARI 2021
PENGENALAN SOSIOLOGI

 SOSIOLOGI berasal dari bahasa latin iaitu socius yang bermaksud kawan, manakala logos
bermaksud ilmu pengetahuan.
 Secara umum, sosiologi boleh ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan yang mengkaji tentang
sosial atau masyarakat.
 Istilah ini diperkenalkan dalam buku yang bertajuk "Cours De Philosophie Positive" hasil karya
August Comte (1798-1857). August Comte kemudian dikenali sebagai BAPA SOSIOLOGI
DUNIA.
DEFINISI SOSIOLOGI MENGIKUT PARA CENDAKIAWAN

AUGUST COMTE - Sosiologi ialah satu disiplin ilmu yang bersifat positif iaitu mempelajari gejala-
gejala tentang masyarakat yang berdasarkan pada pemikiran yang bersifat rasional dan ilmiah.

MAX WEBER - Sosiologi adalah ilmu yang dipelajari tentang tindakan sosial atau sifat-sifat
manusia.

EMILE DURKHEIM - Sosiologi adalah ilmu yang menerangkan tentang fakta-fakta sosial iaitu
fakta-fakta atau kenyataan yang mengandungi cara bertindak, cara berfikir dan cara merasakan
sesuatu.
SELO SOEMARDJAN & SOELAEMAN SOEMARDI - Sosiologi atau ilmu masyarakat ialah ilmu yang
mempelajari struktur sosial dan proses-proses sosial, termasuk perubahan-perubahan sosial.

SOERJONO SOEKANTO - Sosiologi ialah ilmu yang berfokuskan perhatian dalam segi-segi
kemasyarakatan yang bersifat umum dan berusaha untuk mendapatkan pola-pola umum kehidupan
masyarakat.

HASSAN SHADILY - Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari tentang hidup bersama dalam masyarakat
dan menyelidikkan silaturahim antara manusia yang menguasai kehidupan dengan mencuba memahami
sifat dan maksud hidup bersama, cara terbentuk dan tumbuh serta perubahannya.
TUJUAN SOSIOLOGI
• SALAH SATU DARI KENYATAAN SOSIOLOGI ADALAH STATUSNYA SEBAGAI ILMU
MURNI SEKALIGUS ILMU TERAPAN. STATUS INI MENEGASKAN TUJUAN
SOSIOLOGI IAITU MELAKUKAN PENCARIAN MAKLUMAT UNTUK MENDAPATKAN
PENGETAHUAN SEDALAM- DALAMNYA TENTANG MASYARAKAT DAN MENCARI
CARA-CARA UNTUK MENYELESAIKAN PELBAGAI MASALAH YANG TERJADI
DALAM KALANGAN MASYARAKAT TERSEBUT.
IMPLIKASI SOSIOLOGI PENDIDIKAN KEPADA PENDIDIKAN

1. Pendekatan sosiologi dapat diseragamkan dengan pendekatan pendidikan.

2. Ahli sosiologi yang menganalisis sesebuah masyarakat akan dapat mewujudkan suatu program
pendidikan yang lebih baik, iaitu sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat.

3. Hasil penyelidikan sosiologi akan menjadi asas kepada objektif dan juga pembentukan sesuatu
kurikulum pendidikan.
4. Sosiologi pendidikan adalah agen kepada perubahan dan kemajuan sesebuah masyarakat.

5. Proses sosial adalah sebahagian daripada proses untuk memikirkan masa keperluan pendidikan.

6. Teknik-teknik yang digunakan dalam penyelidikan sosiologi boleh membantu guru-guru


memperkembangkan ilmu dan kaedah pengajaran.

7. Cara pentadbiran institusi pendidikan juga dipengaruhi oleh kajian-kajian sosiologi.

8. Pendekatan sosiologi boleh membantu guru-guru menjalankan tugas dengan cekap bagi membantu
perkembangan dan dasar-dasar negara.
• RUJUKAN – SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN.

 NOTA TAMBAHAN
 PERSONALITI GURU - SOSIOLOGI PENDIDIKAN
 BAB_1_PENGENALAN_SOSIOLOGI_PENDIDIKAN
 HTTPS://WWW.SLIDESHARE.NET/ZEQUALAARMSTRONG/PSIKOLOGI-PENDIDIKAN-
SOSIOLOGI-PENDIDIKAN
 GPP1063SEM2
SELAMAT MEMBACA!!!!

SEKIAN
TERIMA KASIH !

Anda mungkin juga menyukai