BAHASA
NURULAIN NAJWA BINTI AZMI
KONSEP PEMBAKUAN BAHASA
◦ Baku adalah seragam, standard atau piawai iaitu sesuatu yang diterima sebagai yang betul atau yang
sewajarnya.
◦ Bahasa baku ialah bahasa yang dianggap standard, yang mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna
dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata, yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah
(bentuknya, sifatnya) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk yang lain (bukan bahasa, sebutan,
ejaan, dan sebagainya). Bahasa baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi
(kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa), morfologi (kajian tentang pembentukan kata dalam
sesuatu bahasa), sintaksis (susunan kata dalam ayat) dan semantik (kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata).
◦ Pembakuan bahasa merujuk kepada usaha, tindakan, atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar
dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Perkara yang berkaitan dengan usaha, tindakan, atau proses tersebut
ialah penetapan kod dan norma bahasa daripada segala segi, iaitu ejaan, peristilahan, tatabahasa, sebutan dan
laras bahasa (Prof Dr Awang Sariyan, Warna dan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, 2006)
TUJUAN PEMBAKUAN BAHASA
◦ Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi
rasmi.
◦ Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar
dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras
bahasa.
◦ Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya
sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat
sekolah