Anda di halaman 1dari 28

DEBAT

M15: BM KONTEKSTUAL – PENGUCAPAN AWAM


MICHAEL BELEKUM ║JPM IPGKTAR
1. KATA ALU-ALUAN

“Tanggapan pertama” atau “first impression”


Berasa “feel good” atau “senang hati”

TEKNIK PENDEBAT
KATA ALU-ALUAN

Bismillahirrahmannirrahim,
Terima kasih Tuan Yang DiPertua, rakan-
rakan kabinet Kerajaan, pihak Pembangkang
dan seterusnya Ahli-Ahli Yang Berhormat
sekalian.

Assalamualaikum dan selamat bersidang.


Kunci utama kepada rahsia kata
alu-aluan yang berkesan adalah
mudah, ringkas, komprehensif dan
ikhlas.

KATA ALU-ALUAN
Contoh 1 :
Sayangkan anak, tangan-tangankan
Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan
Sayangkan kerajaan, kuberi sokongan
Sayangkan pembangkang, kuhadiahkan bidasan.

Contoh 2 :
Memaku dulang, paku serpih
Mengata orang, kerajaan yang lebih.

PANTUN
Contoh :
Kami akan berhujah serta mencerakinkan satu persatu
ledakan teknologi yang telah merungkai tali nilai murni
yang sepatutnya tersimpul mati dalam sanubari insani.

KOSA KATA (BAHASA), GAYA (KREATIF)


# RETORIK!!

AYAT-AYAT BERITMA
Contoh :
..... dan seterusnya warga dewan yang dimuliakan.
Assalamualaikum dan salam hijau bumi Tuhan.[ Debat
Alam Sekitar ]

Contoh :
..... dan seterusnya sidang dewan yang dimuliakan.
Assalamualaikum dan sambutlah salam “Keranamu
Malaysia”.
[ Debat Kemerdekaan ]

TEMA/ISU
..... dan seterusnya sidang dewan yang
dimuliakan. Assalamualaikum dan selamat
bersidang.

Tuan Yang Di-Pertua, dengan izin, “Sabah


Tatap!”

TEMPAT
1. MUDAH – Senang disebut enak didengar
2. RINGKAS – 15-20 saat
3. SALUTASI – komprehensif
4. IKHLAS – terbit dari hati, mimik berkesan
5. POSITIF – tanggapan pertama

TIPS KATA ALU-


ALUAN
UCAPAN SUBSTANTIF (PM)

Contoh :
 Bertindak selaku Perdana Menteri pada hari ini, mohon izin Tuan Yang DiPertua
untuk menggagaskan satu usul demi kemaslahatan rakyat jelata, usul berbunyi ...

Contoh :
 Tuan Yang Di-Pertua, mohon izin untuk menggagaskan satu usul, iaitu ... Maka,
selaku pihak Kerajaan yang prihatin akan kepentingan rakyat jelata, kami
menyokong penuh gagasan usul yang dikemukakan.

Contoh :
 Tuan Yang Di-Pertua, usul yang dikemukakan cukup menarik. ... Maka, selaku
pihak Kerajaan pada hari ini, kami tampil menyokong penuh gagasan usul yang
telah dibentangkan.
UCAPAN SUBSTANTIF

 Contoh :

Usul : Malaysia Memerlukan Pekerja Asing

Tugas Kerajaan : Menyokong usul


Pendirian : Mendatangkan manfaat kepada kemajuan negara.
Kes Kerajaan : kelebihan-kelebihan yang ada pada pekerja asing
mendatangkan kesan positif kepada kemajuan negara

Hujah 1 : Kos murah -jimatkan perbelanjaan negara.


Hujah 2 : Kepakaran diperlukan - hasil kerja yang bermutu tinggi &
diyakini.
Hujah 3 : Menampung kekurangan tenaga buruh - kurangnya minat
warga tempatan.
UCAPAN SUBSTANTIF

 Tugas Pembangkang : Membangkang usul


Pendirian : Mendatangkan mudarat kepada kemajuan
negara.
Kes Pembangkang : masalah-masalah yang ditimbulkan oleh pekerja
asing mendatangkan impak negatif kepada kemajuan negara

Hujah 1 : Masalah jenayah – semakin meningkat


Hujah 2 : Masalah setinggan – menyusahkan pihak berkuasa
tempatan
Hujah 3 : Mengganggu ketenteraman masyarakat – sikap
samseng
DEFINISI KONSEP
(Komprehensif)

 Contoh :
 Khimat Sistem Pesanan Ringkas Meningkatkan Kualiti Hidup Manusia.

Apakah yang dikatakan sebagai definisi konsep yang komprehensif?


1. Takrifan berdasarkan sumber autoritatif (rujukan sebenar);
1.1 Akta-Akta/Undang-Undang (Perlembagaan Persekutuan)
1.2 Dasar-Dasar atau Program-Program Kerajaan
1.3 Jawatankuasa-Jawatankuasa Kabinet
1.4 Menteri-Menteri atau Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan
1.5 Laporan-Laporan Rasmi Kerajaan
1.6 Individu-Individu yang dikenali dalam bidang berkaitan
DEFINISI KONSEP
(Mudah)

 1. Takrifan berdasarkan jawapan kepada mana-mana 6 soalan


biasa.
1.1 Who – Siapa? Siapa yang terlibat dalam bidang yang dibincangkan
menerusi usul?
Contoh :
 Khidmat Sistem Pesanan Ringkas – pihak yang terlibat Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi,
syarikat-syarikat telekomunikasi (Celcom, Digi, Maxis), pengguna.

1.2 What – Apa? Apakah yang dimaksudkan dengan frasa-frasa di dalam usul?

 Contoh :
 Meningkatkan – meninggikan atau menjadikan lebih bertambah.
…sambungan

 1.3 Where* – Di mana? Di manakah lokasi perkara tersebut


 Contoh : Negara Malaysia.

 1.4 When* – Bila? Sejak bila dilaksanakan perkara tersebut?


Contoh : Sejak pengenalan Akta Komunikasi dan Multimedia 2002.

 1.5 Why – Mengapa? Mengapa perkara tersebut boleh berlaku?


1.6 How – Bagaimana? Bagaimana perkara tersebut dilaksanakan?
(*: opsyenal,
 tidak semestinya ditanya, perlu melihat kepada kesesuaian)
Berikut merupakan contoh definisi konsep yang
komprehensif, mudah dan relevan;

 ‘Khidmat Sistem Pesanan Ringkas’


 ditakrifkan menurut Akta _________________________
sebagai teknologi penyampaian maklumat teks secara
mudah, cepat dan ringkas menerusi penggunaan telefon
bimbit; turut dikenali sebagai SMS, khidmat ini hanya
melibatkan penghantaran teks yang menggunakan huruf,
angka dan simbol sahaja dan bukannya fail-fail gambar
atau bunyi.
CONTOH DEFINISI
KOMPREHENSIF

‘Meningkatkan Kualiti Hidup Manusia’


 menurut Prof. Datuk Dr. ___________________, wujud tiga
keadaan untuk menggambarkan senario ‘meningkatkan
kualiti hidup manusia’.
Pertama, apabila hubungan sesama manusia dapat
dieratkan;
Kedua, tidak membebankan pengguna dari segi kos sara
hidup;
Dan ketiga, tahap keselamatan serta kesihatan dapat
ditingkatkan.
CONTOH UCAPAN PM

 Sebelum diteruskan kepada arena penghujahan, elok


kiranya saya memberikan pendefinisian secara konsep
berkenaan usul kita pada hari ini.
Tuan Yang Di-Pertua, kita mulakan dengan frasa .....
Selesai pendefinisian konsep, kita beralih pula kepada
pendirian kami di pihak Kerajaan.
KETUA PEMBANGKANG

 3 hak secara pilihan yang diberikan kepada Ketua Pembangkang


dalam membincangkan definisi konsep Kerajaan. Ini termasuklah sama
ada untuk;

i. bersetuju dan menerima secara keseluruhan
definisi konsep Kerajaan (berlawan secara
bersemuka), atau
ii. tidak bersetuju dan menolak secara keseluruhan
definisi konsep Kerajaan serta mengemukakan
definisi konsep yang baru, atau
iii. menerima definisi konsep Kerajaan dengan sedikit
pindaan terhadap frasa-frasa tertentu.
KETUA PEMBANGKANG

 i. Bersetuju dan menerima secara keseluruhan


definisi konsep Kerajaan.
Perdana Menteri telah memberikan definisi
konsep yang lengkap, jelas dan tepat dengan
maksud usul.
 Ketua Pembangkang boleh bersetuju dan menerima secara
keseluruhan definisi konsep tersebut, dengan syarat definisi
konsep itu tidak bercanggah dengan hujah-hujah
Pembangkang nanti.
KETUA PEMBANGKANG

 ii. Tidak bersetuju dan menolak secara keseluruhan definisi


konsep Kerajaan.
a. Definisi pihak kerajaan tidak mempunyai kaitan yang
kuat dengan maksud sebenar usul.

Contoh : Pengguna Mampu Membendung Kenaikan Harga Barang.

Definisi Konsep ‘Pengguna’


 individu yang menggunakan sesuatu untuk memenuhi keperluannya.
 (definisi yang cukup longgar diberikan kerana tidak memberikan gambaran
jelas siapakah itu pengguna)
KETUA PEMBANGKANG

 b. Definisi kerajaan adalah ‘truistik’ ; iaitu


tidak boleh dibangkang dengan
hujah rasional dan akal yang waras.
 Contoh :
Setiap manusia pasti akan mati.
Matahari terbit dari timur.
KETUA PEMBANGKANG

 iii. Menerima definisi konsep Kerajaan dengan sedikit


pindaan.

 Ketua Pembangkang akan menerima sebahagian daripada definisi


konsep yang dikemukakan oleh Perdana Menteri dan menolak
sebahagian yang lain. Namun begitu, penolakan sebahagian definisi
ini adalah berbeza dengan opsyen kedua kerana Ketua Pembangkang
hanya perlu meminda sebahagian definisi tersebut.

 Contoh : Pengguna Mampu Membendung Kenaikan Harga


Barang.
SITUASI 1

 Tuan Yang Di-Pertua, kita mulakan dengan definisi


konsep pihak Kerajaan.

Situasi 1 – Terima sepenuhnya


Kami bersetuju dan menerima sepenuhnya definisi
konsep yang telah dikemukakan oleh Y.A.B Perdana
Menteri. Maka, kami akan berhujah secara
bersemuka berdasarkan definisi konsep tersebut.
SITUASI 2

 Situasi 2 –
 Tolak sepenuhnya. Kami tidak bersetuju dan
menolak sepenuhnya definisi konsep yang telah
dikemukakan oleh Y.A.B Perdana Menteri kerana
tidak bertepatan dengan usul yang digagaskan.
Maka, kami tampil dengan definisi konsep yang
baru.

 Tuan Yang Di-Pertua .....


SITUASI 3

 Situasi 3 –
 Terima dengan sedikit pindaan
Kami menerima definisi konsep yang telah
dikemukakan oleh Y.A.B Perdana Menteri
dengan sedikit pindaan terhadap frasa .....

Tuan Yang Di-Pertua, sebenarnya .....
Dalam sesebuah pertandingan bahas atau
debat, asas kepada pembinaan kes
sokongan atau bangkangan oleh kedua-
dua pihak perlu bersandarkan kepada
definisi konsep yang kukuh
Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai