Anda di halaman 1dari 17

GKK 1043

Kesihatan dan
Kecergasan
Diri

PPISMP BI 2016

VICKNESWARAN NAKAR SALAPAN


DEFINISI DAN DIMENSI
KECERGASAN

NSV 2
1.1 DEFINISI KECERGASAN DIRI
• Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk
menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan
menggunakan masa lapang dengan lebih efektif.

• Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu


untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa
kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan
menghadapi kecemasan.

• Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai


tanpa senaman yang berterusan.
NSV 3
KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL

• Komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan adalah:

i. Daya tahan kardiovaskular

ii. Kekuatan otot

iii. Daya tahan otot

iv. Fleksibiliti

v. Komposisi tubuh

NSV 4
Daya Tahan Kardiovaskular
 Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan
sistem kardio-respiratori untuk melakukan
kerja bagi satu jangka masa yang lama dan
berterusan dengan intensiti kerja yang ringan
atau sederhana.

 Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan daya


tahan kardiovaskular ialah lompat tali,
berenang, berbasikal, berjoging dan
senamrobik.

NSV 5
Kekuatan otot
• Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi
rintangan bagi menghasilkan daya(kerja).

• Aktiviti kekuatan otot perlu dilakukan secara sistematik dan


berterusan.

• Latihan kekuatan otot perlu dilakukan sekurang-kurannya tiga


kali seminggu.

• Antara faedah latihan kekuatan otot adalah :


i. Otot-otot yang digunakan membesar dan bertambah kuat.
ii. Memperlahankan tahap kelesuan pada otot.
iii. Bentuk badan kelihatan lebih menarik.

NSV 6
Daya Tahan Otot
• Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk
melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau
berterusan bagi satu jangka masa yang lama
dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

• Daya tahan otot dapat ditingkatkan melalui latihan


bebanan, latihan litar dan latihan jeda.

• Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk daya


tahan otot ialah angkat tumit, tekan tubi, dan
naik turun bangku yang menggunakan berat badan
sendiri sebagai beban.
NSV 7
• Antara faedah daya tahan otot ialah :

i. Otot mampu malakukan aktiviti dalam satu


jangka masa yang lama.

ii. Otot rangka dan otot jantung menjadi lebih


kuat.

iii. Lemak dalam tisu otot dapat dikurangkan.

iv. Pengaliran darah keseluruh badan menjadi lebih


efisien.

NSV 8
Fleksibiliti /Kelembutan

• Fleksibiliti bermaksud keupayaan otot, ligamen,


dan tendon membenarkan anggota badan bergerak
bebas pada julat pergerakan yang maksimum.

• Fleksibiliti dapat dibina melalui regangan yang


perlu dilakukan dalam jangka masa 10 hingga 30
saat.

• Contoh aktiviti ialah jangkauan melunjur, regangan


bahu, regangan pinggang, regangan hamstring dan
kilas pinggang.

NSV 9
Komposisi Tubuh
• Komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak,
tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh.

• Isi kandungan badan (peratusan (%) lemak badan


berbanding dengan isi lain).

• Lebihan peratusan lemak menimbulkan masalah


kegemukan (obesity).

• Individu yang cergas mempunyai peratus


kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan
berat badan dan ketinggian.

NSV 10
1.3 KONSEP KECERGASAN MENYELURUH

• Kecergasan keseluruhan ataupun total fitness


boleh digambarkan sebagai keupayaan menjalani
kehidupan yang sempurna dan keupayaan
memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang
terbaik.

• Kecergasan meliputi aspek fisiologikal, psikologikal,


dan sosiologikal.

• Kecergasan ini adalah meliputi aspek fizikal,


emosi, rohani, mental dan sosial.
NSV 11
Kecergasan Fizikal

• Kecergasan fizikal ialah keupayaan


individu untuk menghadapi cabaran
dalam kerja fizikal harian dan
menggunakan masa lapang dengan
lebih efektif.

NSV 12
Kecergasan Emosi

• Kecergasan emosi adalah


keupayaan individu menangani
kehidupan seharian serta
perasaan kendiri secara
membina, proaktif, dan optimisk.
NSV 13
Kecergasan Rohani

• Kecergasan rohani adalah keupayaan


individu untuk membentuk satu sistem
nilai dan bertindak berlandaskan
kepercayaan seta menetapkan dan
melaksanakan matlamat kehidupan yang
bermakna dan konstruktif.

NSV 14
Kecergasan Mental

• Kecergasan mental adalah keupayaan


individu untuk berfikir dan
menggunakan maklumat untuk
meningkatkan kualiti hidup seharian
dan berfungsi seceara optimal.

NSV 15
Kecergasan Sosial

• Kecergasan sosial adalah keupayaan idividu untuk


berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan
perhubungan yang bermakna supaya dapat
meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang
terlibat dalam perhubungan ini.

NSV 16
Sekian,Terima Kasih
Thank You

NSV 17

Anda mungkin juga menyukai