Anda di halaman 1dari 23

1.

0 KONSEP

PENDIDIKAN NEGARA BANGSA


MALAYSIA
1.1 KONSEP PEMBINAAN
INSAN
 Definisi
Insan – makhluk yang unik dan istimewa.
a.insan diberi tanggungjawab yang besar
* tunduk dan beribadat kepada Tuhan
* bertanggungjawab untuk beribadat
memakmurkan bumi.
b.manusia dipilih untuk menjadi
pemimpin/khalifah. (Surah Al-Baqarah,
Ayat 30)
 Manusia dicipta dengan anggota tubuh fizikal
(jasmani) dan rohani (batin)dan dianugerah
dengan akal supaya manusia boleh berfikir,
mencipta dan menguruskan seluruh kehidupan.
 Manusia juga dianugerahkan Allah S.W.T
dengan iman dan agama sebagai obor
memimpin akidah manusia dengan akidah
tauhid yang sebenar.
 Insan boleh memelihara diri sendiri, membentuk
keluarga, melahirkan masyarakat madaniah dan
melaksanakan urus tadbir negara dengan
bijaksana.
Pembinaan Insan

 Pembinaan insan yang seimbang


daripada segi keilmuan, kerohanian dan
kemahiran.
 3 aspek pembinaan insan;
* Konteks keilmuan
* Konteks kerohanian
* Konteks kemahiran
Konteks Keilmuan
 Keperluan ilmu pengetahuan.
 Pencarian ilmu - dilengkapi dalam aspek ruh,
akal dan fizikal.

a. Pengisian ruh
- sumber wahyu, bermula dari rahim ibu, selepas
dilahirkan hingga kepada baligh.
- doa, ibadat khusus, membaca Al-Quran,
bertafakur dan lain amalan kebajikan.
Konteks Keilmuan

b. Pengisian akal
Memberikan kebebasan kepada
manusia menggunakan daya fikir dan
segala usaha dalam meneroka alam
yang di dalamnya mengandungi
keagungan dan kerahsiaan penciptaNya.
c. Pengisian fizikal
Manusia perlu membina kesihatan diri
dan kekuatan fizikal.
Konteks Kerohanian
 Membentuk insan berakhlak mulia, menerima serta
melaksanakan amanah dan tanggungjawab, berguna
kepada agama, bangsa dan negara.
 Melakukan kebaikan bagi kesejahteraan sejagat.
 Insan yang soleh – mendekati kesempurnaan dan
bertaqwa kepada Allah (Surah Al-Dhariyat, Ayat 51-56)
 Insan yang soleh merupakan manusia yang penuh
keimanan dan taqwa, sentiasa berhubung dengan Allah,
mengadap kepadaNya dalam segala keadaan senang
atau susah.
 Insan yang soleh mengutamakan harga diri,
berperikemanusiaan, suci hati, berkasih sayang, kuat
jasmani dan rohani, menguasai diri, dinamis dan
bertanggungjawab.
 Pembinaan sahsiah yang mulia akan mewujudkan insan
yang akan bertingkahlaku dengan baik.
Konteks Kemahiran
 Kemahiran sosial perlu dikuasai oleh para
guru terutama kemahiran interpersonal
seperti:

 kemahiran berkomunikasi
 kemahiran pengurusan emosi diri

 kemahiran empati

 pengurusan masa
Pembangunan Modal Insan
 Pembangunan modal insan bermindakan
kelas pertama perlu diberi keutamaan dalam
usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju beridentiti sendiri.
 Modal insan negara perlu terus digilap kerana
ia merupakan elemen terpenting dalam
memastikan negara terus berdaya saing dan
berdaya tahan, lebih-lebih lagi dalam zaman
ekonomi sejagat yang amat mencabar;
ekonomi yang berlandaskan pengetahuan
serta bertunjangkan sains dan teknologi.
-Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji
Ahmad badawi
Pembangunan modal insan
 Rakyat sebagai modal insan pula perlu terus
memperkasakan diri dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran serta
membudayakan semangat pendidikan
sepanjang hayat.
 Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti
yang berterusan juga akan memastikan modal
insan negara kekal relevan dengan kehendak
industri dan pasaran semasa serta mampu
berdepan dengan cabaran dan suasana
persaingan antarabangsa yang kian
meningkat.
Pembangunan modal insan
 Pembangunan modal insan akan menjadi
teras utama pembangunan dalam tempoh
RMK 9.
 Pembangunan modal insan akan dilaksanakan
secara holistik merangkumi pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran atau modal
intelek termasuk keupayaan keusahawanan
dan pengetahuan sains dan teknologi, serta
memiliki sikap, nilai dan etika positif melalui
pendidikan, latihan dan pembelajaran
sepanjang hayat.
Pembangunan modal insan
 Bina upaya akan diperkukuh untuk membina
modal insan yang berpengetahuan,
berkemahiran dan inovatif bagi memacu
ekonomi berasaskan pengetahuan.
 Penekanan turut diberikan kepada
pembangunan modal insan yang mempunyai
sikap dan pemikiran progresif serta memiliki
etika dan nilai universal yang kukuh seperti
digariskan dalam Islam Hadhari.
1.2 PEMBINAAN WARGA

 Definisi:
Warga yang peka kepada tuntutan-
tuntutan semangat kebangsaan,
patriotisme dan ideologi negara yang
mencintai tanah air, berdisiplin,
menyahut seruan dan menyokong dan
cita-cita negara.
Konsep Warga
 Rasa cintakan negara yang utuh, bersemangat
kekitaan, berdisiplin, berwawasan dan produktif,
konsep perpaduan dan integrasi nasional perlu
difahami dan diterapkan dengan bersungguh ke
dalam diri setiap individu.
 Pemahaman dan penghayatan tentang
pentingnya aspek kerjasama, tolak ansur,
toleransi dan rasa saling hormat menghormati
merupakan elemen penting bagi melahirkan
bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri dan
berpadu baik.
Ciri-ciri warganegara yang baik
 Sentiasa bangga dengan negara sendiri walau
di mana mereka berada.
 Sentiasa patuh kepada undang-undang dan
disiplin
 Perasaan cintakan negara yang kukuh untuk
menangkis serangan anasir luar.
 Berfikiran matang, senang menerima gagasan
perpaduan, penyemaian nilai-nilai murni dan
menyokong dasar kerajaan.
1.3 PEMBINAAN NEGARA BANGSA
MALAYSIA

• Definisi
Satu proses pembinaan semangat
kenegaraan bagi mewujudkan satu
bangsa yang bersatu padu dan memberi
tumpuan taat setia yang tidak berbelah
bahagi, sedia memberi sumbangan dan
berkorban untuk negara.
Konsep Negara Bangsa

 3 Komponen utama:
i) negara
ii) individu
iii) bangsa
Negara
 Wilayah kewujudan kelompok manusia.
 Negara (state) adalah satu unit politik
yang mempunyai kedaulatan,
bertanggungjawab dan kuasa
menjalankan hal ehwal pentadbiran
sendiri.
 Sesebuah negara menurut undang-
undang antarabangsa haruslah
mempunyai elemen-elemen berikut;
Elemen-elemen negara

 Penduduk (rakyat atau populasi)

 Wilayah (sempadan)

 Kerajaan

 Kedaulatan
Bangsa
 Merupakan suatu kesatuan manusia yang
hidup dalam sesebuah negara.
 Bangsa ialah suatu kumpulan besar yang
ahli-ahlinya mempunyai kepercayaan
bahawa mereka semua terikat atas asas
perkongsian identiti sebagai suatu kumpulan
manusia atau masyarakat.
 Umumnya mempunyai beberapa objektif
kumpulan iaitu daripada sudut pemilikan
wilayah leluhur, bahasa, agama dan
bermatlamatkan pemerintahan sendiri oleh
mereka.
Individu
 Individu atau manusia adalah tenaga
penggerak kepada terbinanya bangsa dan
seterusnya negara.
 Hubungan sesama individu akan
menggerakkan individu lain dan seterusnya
membentuk kumpulan yang berkongsi ciri-ciri
persamaan dan kepentingan.
 Kumpulan ataupun kelompok ini kemudiannya
membentuk bangsa yang motif kewujudannya
ialah pemerintahan sendiri dan mewujudkan
nagara.
Ciri-ciri Sebuah Negara Bangsa
 Masyarakat hidup aman damai tanpa dipisahkan
oleh elemen-elemen sempit seperti etnik,
kedaerahan, kebudayaan dan kepercayaan.
 Sebilangan besar ahli masyarakat berpegang
kepada ideologi politik yang sama.Contohnya,
sistem ideologi Malaysia adalah demokrasi
berpelembagaan.
 Kepercayaan kepada sistem pemerintahan dan
undang-undang negara.
RUMUSAN
 Pembinaan insan, pembinaan warga dan
pembinaan negara bangsa menjadi asas
kepada pembinaan watak rakyat dan tamadun
bangsa.
 Pembinaan negara bangsa yang mantap
memerlukan penyertaan menyeluruh daripada
setiap anggota masyarakat dan jentera
kerajaan.
 Faktor-faktor seperti integrasi, nasionalisme,
patrotisme dan demokrasi perlu difahami,
dihayati dan diaplikasikan bagi mengukuhkan
usaha pembinaan negara bangsa.

Anda mungkin juga menyukai