Anda di halaman 1dari 17

PERALATAN

PERLINDUNGAN
DIRI ( P P E )
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
Peralatan perlindungan diri (personel protective equipment
-PPE) adalah penting untuk mengelakan berlaku kecederaan
kepada anggota tubuh dan kesihatan pekerja sewaktu
bekerja.
Definasi

PPE adalah termasuk segala bentuk pakaian dan peralatan


tambahan/aksesori yang direkacipta untuk memberi
perlindungan daripada hazad atau bahaya di tempat kerja.
Pemakaiannya adalah bertujuan untuk melindung
pemakainya dari bahaya atau bahaya-bahaya pekerjaan yang
boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan.

Contohnya ; Topi keselamatan, sarung tangan, kasut


keselamatan dsbg.
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )

Penggunaan PPE yang sesuai dan betul adalah mustahak.


Disamping penggunaan yang betul kita juga perlu tahu
bagaimana untuk menyelenggara dan memastikan PPE di
dalam keadaan yang baik dan bersih

Pemilihan PPE yang tepat dan sesuai dengan tugas dan


pekerjaan adalah penting. Majikan dan pekerja haruslah
memahami tujuan, kegunaan dan had perlindungan PPE.

Peralatan tersebut mestilah tidak diubahsuai atau


ditanggalkan walaupun ianya mungkin tidak selesa dipakai
(kadangkala peralatan perlindungan diri tidak selesa dipakai,
mungkin kerana cara pemakaian yang tidak betul)
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
PERUNTUKAN DAN PENGGUNAAN PPE

 PPE mestilah disediakan dan digunakan sewaktu bekerja


di tempat yang terdapat bahaya kepada kesihatan dan
keselamatan yang mana bahaya-bahaya tersebut tidak
dapat dikawal sepenuhnya dengan kaedah-kaedah
pengawalan yang lain.

 Majikan mestilah memastikan PPE yang dibekalkan


adalah cukup dan sesuai digunakan untuk bekerja. PPE
yang dibekalkan kepada pekerja adalah secara percuma.
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
PENILAIAN DAN PERKIRAAN PPE
 Adakah ianya sesuai dengan bahaya atau risiko yang terlibat dan
keadaan tempat kerja dimana terdapat bahaya tersebut?

 Adakah ianya boleh mencegah atau mengawal secukupnya risiko yg


terlibat dengan pekerjaan?

 Adakah ianya boleh dilaraskan atau kemas untuk dipakai?

 Adakah keadaan kesihatan pemakainya telah diambil kira?

 Apakah kehendak pekerjaan dan keperluan memakainya?

 Jika terdapat lebih dari satu jenis PPE yang perlu dipakai adakah
ianya bersesuaian diantara satu sama lain?
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
LATIHAN PENGGUNAAN DAN PEMAKAIAN PPE
Latihan tersebut adalah penting untuk memastikan bahawa pengguna
atau pemakai PPE tahu dan sedar berkenaan PPE yang diperlukan,
bilakah ianya mesti dipakai, diperbaiki, diganti dan had penggunaanya.

Perkara-perkara penting sewaktu menjalankan latihan PPE

 Bilakah PPE diperlukan?

 Apakah PPE yang sesuai?

 Bagaimanakah cara pemakaian yang betul dan kemas?

 Apakah had-had penggunaan PPE?

 Bagaimanakah cara penjagaan yang betul, senggaraan, tempoh hayat


PPE dan waktu lupusnya?
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
PENYELENGGARAAN PPE
PPE mestilah ;

 di dalam keadaan baik

 bersih

 disimpan dengan betul selepas menggunakannya dan


sebaik-baiknya disimpan ditempat berkunci.

 PPE gantian mestilah sentiasa disediakan untuk


mengelakkan pembaziran masa yang tidak sepatutnya
disebabkan proses pembelian PPE gantian.
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
PEMAKAIAN PPE YANG BERKESAN

Pemakaian PPE akan menjadi berkesan jika pemilihannya


dibuat bertepatan dengan keperluan penggunaannya,
pengguna diberi latihan penggunaannya dan PPE tersebut
telah diuji serta diselenggara dengan baik.
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
JENIS-JENIS PPE

 Perlindungan Kepala
 Perlindungan Muka
 Perlindungan Mata
 Perlindungan Pendengaran
 Perlindungan Pernafasan
 Perlindungan Tubuh
 Perlindungan Tangan
 Perlindungan Kaki
 Perlindungan Jatuh
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
Perlindungan Kepala
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
Perlindungan Muka
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
Perlindungan Mata
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
Perlindungan Pendengaran
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
Perlindungan Pernafasan
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
Perlindungan Tubuh
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
Perlindungan Tangan
PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI ( P P E )
Perlindungan Kaki

Anda mungkin juga menyukai