Anda di halaman 1dari 25

KAUNSELING SILANG BUDAYA

(PBK3163)
NAMA PENSYARAH : ENCIK SHERIDEAN BIN ZAKARIA

NAMA AHLI KUMPULAN :


1. KAMARUL HARIFF BIN MOHD SUKOR
2. MUHAMMAH ERWIN BIN JAMAL

PISMP BIMBINGAN DAN KAUNSELING AMBILAN JUN 2014


ALIRAN KOGNITIF
TINGKAH LAKU

AMALAN KOGNITIF – TINGKAH LAKU DALAM


KAUNSELING
Teori Tingkah Laku
Dipelopori oleh B.F. Skinner dan Ivan Pavlov.
Pandangan Terhadap Manusia
• Dilahirkan neutral – mempunyai potensi yang
sama menjadi baik/jahat, rasional/tidak
rasional
• Mampu memberi respon terhadap ransangan
yang sesuai & apa yang telah mereka pelajari
sahaja
• Adalah hasil pelaziman, iaitu ransangan gerak-
balas. Reaksi terhadap satu-satu ransangan
bergantung kepada pengalaman
• Tingkah laku manusia adalah hasil daripada
pembelajaran
• Mempelajari, dan menyimpan pola-pola tingkah
laku, dan seterusnya mengulang pola-pola
tersebut pada masa hadapan sekiranya perlu
• Manusia mempengaruhi dan dipengaruhi oleh
persekitaran
Tujuan Terapi
• Untuk menghapis tingkah laku tidak sesuai
dan belajar tingkah laku yang berkesan
• Untuk memberi fokus kepada faktor yang
mempengaruhi tingkah laku dan mencari jalan
menangani tingah laku bermasalah
Peranan Kaunseling / Hubungan Teraputik
• Berorientasikan tindakan
• Klien akan bertindak secara aktif:
– Memantau tingkah laku yang kurang wajar
– Mempelajari dan mencuba perlakuan baru
– Mengamalkan kemahiran mengurus tingkah laku tersebut
– Menyempurnakan tugasan yang diberikan
• Kaunselor akan merancang untuk mengukuhkan
tingkah laku yang wajar, sambil menghapuskan
tingkah laku yang tidak wajar, atau tidak boleh
diterima.
• Hubungan kaunselor-klien yang baik adalah penting
Proses Kaunseling
Tujuh langkah dalam proses teori behavioris:
 
1.Kaunselor perlu membina hubungan yang positif dengan
klien
 
2.Kaunselor memberikan motivasi kepada klein semasa
sesi
 
3.Dari segi sahsiah, kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri
mesra, ingin memahami, sedia menolong dan ikhlas.
 
4.Klien akan dilibatkan bersama dalam menganalisis,
merancang, memproses dan menilai program
pengurusan tingkahlaku dirinya.

5.Kaunselor akan cuba melupus bermacam-macam


tingkahlaku yang maladaptif
 
6.Klien diajar mempelajari tingkahlaku adaptif yang
akan berterusan sebagaimana dirancang
 
7.Kaunselor perlu menggalak dan membantu
kliennya membuat perubahan.
Teknik/ Strategi untuk membantu Klien

Katogeri Operan :
1. Kontrak Kontingensi
– Proses :
i. Kenal pasti masalah
ii. Kumpul data baseline
iii.Tentukan matlamat
iv. Bentuk pelan kontingensi
v. Menilai pelan kontingensi (Berkean atau tidak
berkesan)
vi. Bentuk pelan penyelenggaraan
2. Pembentukan (Shaping)
– Proses ‘successive approximations’ :
i. Mengenal pasti tingkah laku yang diingini
ii. Menunggu sehingga kelihatan tingkah laku tersebut
iii. Memberi peneguhan yang wajar (ekstrinsik &
intrinsik)
3. Modelling
– Individu menjadi model yang mendemonstrasi
ciri-ciri tingkah laku tertentu
4. Ekonomi Token
– Serupa dengan ganjaran ekstrinsik
5. Main Peranan
– Klien diberi peluang melihat tingkah laku mereka
seperti mana yang dilihat oleh orang lain,
– Memperoleh maklum balas mengenai tingkah
laku tersebut
– Kaunselor (main peranan)
6. Latihan Asertif
– Klien dilatih bersikap asertif dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi
Katogeri Klasikal :
7. Desensitasi Bersistematik
– Teknik yang diutarakan oleh Wolpe
– Menghapuskan kebimbangan dan ketakutan yang
sedang dialami oleh klien
8. Pelaziman Aversif
– Penggunaan ransangan berbentuk aversif
terhadap satu-satu tingkah laku
– Boleh digabungkan dengan ekonomi token
sekiranya klien bertingkah laku baik
Limitasi & Sumbangan
Limitasi
• Klien diajar perlakuan baru, namun ahli keluarga
lain mungkin tidak menyokong perlakuan baru
klien
Sumbangan
• Penekanan kepada tingkah laku, dan bukan kepada
perasaan sesuai dengan kebanyakan budaya
• Proses yang berfokus kepada mengajar klien
adalah kekuatan pendekatan ini
ALIRAN KOGNITIF
TINGKAH LAKU

AMALAN KOGNITIF – TINGKAH LAKU DALAM


PENDEKATAN PELBAGAI BUDAYA
Kes : Kes Pelajar Merokok
Terapi : Terapi Behavioris
• Ramanan merupakan pelajar Tingkatan 5 di salah sebuah sekolah
menengah dan bakal menduduki peperiksaan SPM. Dia telah dilantik
menjadi ketua tingkatan sejak dari Tingkatan 4 kerana ciri kepimpinan
yang ada padanya. Dia mempunyai pencapaian akademik yang sederhana
dan merupakan pelajar yang mempunyai sikap yang baik. Dia sangat aktif
dalam aktiviti luar kelas. Sebagai contoh, dia sering kali terpilih untuk
mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz, perbahasan dan sukan. Oleh
itu, dia sangat dikenali dalam kalangan guru-guru di sekolahnya. Namun
dia mempunyai tabiat suka merokok.
• Namun demikian, dia sendiri merasa bimbang akan keadaan dirinya
yang semakin hari semakin susut dan sering diserang penyakit akibat
merokok. Oleh itu, beliau berkeinginan untuk berhenti merokok bagi
memastikan kesihatannya terjamin dan dia dapat menduduki peperiksaan
SPM yang akan menjelma tidak lama lagi dalam keadaan yang sihat.
PANDANGAN ASAS TERHADAP KLIEN
Klien mempunyai probabiliti yang tinggi untuk berhenti merokok.
Hal ini kerana itu ialah kehendak klien itu sendiri.
Klien sedar akan masalah yang dihadapinya tetapi tidak tahu
bagaimana untuk mengatasinya. Dia menjadi letih, lemah dan
lesu jika tidak merokok.
MATLAMAT TERAPI
Membantu klien dan mengatasi tabiat merokoknya.
PROSEDUR TERAPEUTIK
Menerima klien tanpa syarat. Tanpa mengira status atau
kedudukan klien.
Membina persekitaran yang terapeutik sebelum menjalankan
sesi kaunseling. Persekitaran yang kondusif.
PROSES TERAPEUTIK
1) Membina hubungan mesra antara klien dan kaunselor
Meminta klien memperkenalkan diri. Panggil klien dengan nama yang dia
suka. Rasa dihormati.
2) Penerokaan masalah
Meminta klien menceritakan masalah yang sedang dialami.
Contoh dialog: Awak ada apa-apa yang ingin dikongsi dengan saya?
Menunjukkan rasa berminat untuk membantu klien. Supaya klien rasa
dihargai dan lebih selesa untuk menceritakan masalahnya.Menunjukkan
bentuk kemahiran yang boleh membuatkan klien rasa kaunselor
berminat untuk membantunya menyelesaikan masalah.
Contoh kemahiran: mendengar, mengangguk dan menyoal apabila
perlu.
Meneroka gaya keibubapaan keluarga klien
3) Kenalpasti masalah
– Klien ingin berubah tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya.
• Klien merasakan fikirannya lebih tenang dan selesa jika merokok.
Jika tidak merokok klien akan berasa runsing.
• Klien menjadi lebih mudah merokok apabila dia tidak melakukan
apa-apa aktiviti.
• Latar belakang keluarga yang sangat bersosial, tidak kisah perihal
anak-anak dan kurang penjagaan disiplin daripada ibu bapa sendiri
• Persekitaran sosial keluarga yang agak kasar
4) Membina matlamat
– Membina matlamat utama yang ingin dicapai bersama klien.
• Sebelum pembinaan matlamat, pastikan klien sanggup menghadapi
risiko dan kesan jangka pendek yang akan dia alami jika dia berhenti
merokok. Antara kesan yang di akan alami,: mengantuk dan letih.
5) Teknik contohan atau modelling
– Klien disuruh melihat gambar-gambar yang menakutkan dan
menyakitkan. Contoh gambar seperti gambar paru-paru hitam, kanser
mulut dan batuk yang keterlaluan akibat merokok.
6)Terapi implosif
– Klien disuruh untuk membayangkan sebuah situasi yang menakutkan
dan merisaukan.
• Sebagai contoh, klien diminta untuk membayangkan yang dia
sekarang berada di hospital dalam keadaa yang lemah dan sukar
untuk bernafas.
– Kaunselor akan menjadikan situasi itu lebih dahsyat, lebih menakutkan
dan lebih merisaukan.
7) Penamatan
– Sesi ini akan diakhiri dengan tandatangan kontrak antara klien dan
kaunselor. Klien berjanji untuk tidak merokok lagi. Jika dia melanggar
perjanjian tersebut, maka dia akan dikenakan hukuman.
PROCESS COMMENTARY/ KESIMPULAN
Kesimpulannya, Ramanan sendiri yang ingin
mengubah diri daripada seorang yang kuat
merokok kepada tidak merokok.
Hal ini pasti memudahkan lagi sesi kaunseling ini
mencapai matlamatnya.
Secara berperingkat, Ramalan pasti dapat
berhenti merokok melalui perubahan tingkah
lakunya yang positif.
ALIRAN KOGNITIF
TINGKAH LAKU

Kesan kepada Budaya Masyarakat di


Malaysia
Kesan kepada Budaya Masyarakat di
Malaysia
• Pengaruh budaya sememangnya wujud dalam
hubungan dan proses kaunseling, sama ada
kaunselor mahu iktirafnya atau tidak
• Budaya merangkumi; aspek etnik, usia, jantina, latar
belakang ekonomi, peranan sosial
• Faktor yang mempengaruhi hubungan dan proses
kaunseling ialah budaya klien, budaya kaunselor,
budaya persekitaran yang menimbulkan masalah,
budaya persekitaran di mana kaunseling dijalankan.
• Kaunselor bertanggungjawab memberi perkhidmatan
kaunseling berdasarkan teori yang dipelajari dan
diamalkan
• Kaunselor perlu peka dalam penggunaan teori terhadap
klien dalam kelompok masyarakat Malaysia kerana
kebanyakan teori kaunseling dan psikoterapi diasaskan
kepada hipotesis budaya lain dari budaya Malaysia
• Kaunselor mesti mahir dengan setiap teori kaunseling
dan psikoterapi yang wujud pada masa kini
(supaya boleh membuat adaptasi dan pemilihan)
• Dapat mengubah tingkah laku masyarakat ke arah yang
lebih baik.
Rujukan
Ahmad Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1997). Psikologi Pendidikan 1.
Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn Bhd.
Amia Salleh, Zuria Mahmud, Salleh ahmad. (2006). Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr. Zainal Abidin Ahmad (OUM), & Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad.
(Jun 2009). HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling Open University Malaysia. Sri
Kembangan, Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Eee Ah Meng.(1997) Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling. Shah Alam : Fajar
Bakti Sdn Bhd.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. (2003). Pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling Di
Sekolah. Shah Alam : Cerdik Publication Sdn. Bhd.
Mohd Ismail bin Othman. (2006) Menangani Disiplin di Sekolah. Cheras: Utusan
Publication Sdn.Bhd
Mook Soon Sang. (Jun 2008). Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran
Pembelajaran. Ipoh, Perak: Multimedia Sdn. Bhd.
Novandri Hassan Basri. (2000). MASALAH DISIPLIN PELAJAR SATU PENDEKATAN
DAN PENYELESAIAN. Reaksi : Dewan Budaya.
LIONG LIAN TAI. (2006). MASALAH DISIPLIN MURID DI SALAH SEBUAH SEKOLAH
RENDAH LUAR BANDAR DI DAERAH SARIKEI. Sarekei, Sarawak : Institut Perguruan
Rajang Bintagor.

Anda mungkin juga menyukai