Anda di halaman 1dari 9

BAHASA MELAYU

TINGKATAN 1
PENULISAN
PERENGGAN PENDAHULUAN
LANGKAH MENULIS PERENGGAN
PENDAHULUAN
Langkah 1 :
-Baca soalan dengan teliti.
Langkah 2 :
-Kenal pasti tema soalan.
Langkah 3 :
-Kenal pasti tugasan atau arahan.

* GUNA AYAT MUDAH


Contoh soalan :
Setiap tahun sekolah anda menganjurkan
pelbagai program motivasi dan anda sering
terlibat dalam program-program tersebut.
Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah
menyertai program motivasi.
TEKNIK MISOP

ISU OLEH
ITU
MASA PERSOALAN
SEBAB
Contoh pendahuluan:

CONTOH 2:
Kebelakangan ini, banyak program
motivasi dianjurkan oleh pihak sekolah
semasa cuti sekolah. Hal ini kerana
program ini sangat membantu murid-
murid dalam proses pembelajaran. Oleh
itu, murid-murid perlu menyertai program
motivasi kerana program ini mempunyai
pelbagai faedah.
TEKNIK AYAT

1. AYAT TEMA :
Jiran merupakan orang yang paling dekat dengan kita selain
keluarga kita sendiri.

2. AYAT RANGSANGAN/HURAIAN :
Jiran penting kepada kita kerana merekalah tempat paling
mudah untuk kita mengadu nasib sekiranya dalam
kesusahan.

3. AYAT ARAHAN :
Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan bagi
mengekalkan keharmonian dalam hidup berjiran.
LATIHAN :
Kemerosotan disiplin murid-murid semakin membimbangkan
semua pihak. Huraikan pendapat anda tentang peranan
pengawas di sekolah untuk menangani masalah ini.

Contoh jawapan :
Pada masa ini, kemerosotan disiplin murid-
murid semakin membimbangkan semua pihak.
Kemerosotan disiplin berlaku kerana pengaruh
rakan sebaya dan pengaruh media sosial. Oleh
itu, pengawas perlu membantu guru untuk
menangani masalah ini terutamanya di sekolah.
Persoalannya, apakah peranan pengawas
dalam menangani masalah ini?
Latihan 1 :
Perlakuan negatif seperti pergaulan
bebas, merokok dan melepak dalam
kalangan remaja semakin
membimbangkan semua pihak.
Huraikan peranan keluarga bagi
menangani masalah ini.

Guna teknik MISOP


Latihan 2 :

Amalan membaca merupakan amalan


murni.
Berikan pendapat anda tentang usaha-
usaha ibu bapa untuk memupuk
budaya membaca dalam diri anak-
anak.

Guna teknik MISOP

Anda mungkin juga menyukai