Anda di halaman 1dari 5

KISAH KAUM BANI ISRA’IL

DISESATKAN DI PADANG
PASIR TIH SELAMA 40 TAHUN
Pembentang : Annur Nissak binti Jalalus Sayuti
Pensyarah : Dr Rizalman bin Muhammad
• Kisah Bani Isra’il yang disesatkan selama empat puluh tahun telah dijelaskan oleh Allah
Ta`ala dalam Surah Al-Maidah, ayat 26:
‫س َعلَى ۡالقَ ۡو ِم ۡال ٰف ِسقِ ۡي َن‬
َ ‫ض ؕ فَاَل تَ ۡا‬
​ِ ‫​ قَا َل فَاِنَّهَا ُم َح َّر َمةٌ َعلَ ۡي ِه​مۡ اَ ۡربَ ِع ۡي َن َسنَة​ً​  ۚ يَتِ ۡيه ُۡو َن فِى ااۡل َ ۡر‬
Maksudnya: “Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama
empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang
tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang
fasik itu".
• Menurut Abu Shuhbah, telah diriwayatkan tentang sebuah kisah Padang Pasir Tih iaitu kisah
yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dengan sanadnya daripada Rabi` telah berkata: “Apabila
kaum Nabi Musa berkata kepadanya dan Nabi Musa mendoakan agar mereka dikenakan
azab, maka Allah Ta`ala telah mewahyukan kepada Nabi Musa dengan ayat tersebut.
• Allah telah menjadikan mereka sebagai orang-orang yang fasiq disebabkan
keingkaran mereka. Mereka telah tinggal selama 40 tahun atau lebih daripada itu.
Mereka telah berusaha untuk keluar daripada kawasan itu tetapi mendapati diri
mereka masih di tempat mula mereka berjalan tadi.
• Setelah mereka disesatkan, mereka mengadu kepada Nabi Musa tentang musibah
yang menimpa mereka. Lalu Allah menurunkan kepada mereka alManna wa al-
Salwa. Mereka diberikan pakaian untuk menutup tubuh mereka daripada cuaca.
• Nabi Musa memohon kepada Allah agar diberikan minum, lalu Allah Ta`ala
mendatangkan batu putih, kemudian dipukul oleh Nabi Musa dengan tongkatnya
dan terpancarlah dua belas mata air. Terdapat unsur isra’iliyyat tentang batu yang
dipukul oleh Nabi Musa dalam kisah tersebut.
• Antara pendapat yang dikatakan oleh Bani Isra’il tentang batu tersebut ialah:
• Batu tersebut datangnya daripada syurga dan bukanlah daripada bumi.
• Batu itu berbentuk kepala manusia dan berbentuk kepala kambing.
• Ada yang berpendapat bahawa panjangnya adalah sepuluh hasta dan
mempunyai dua cabang yang menyala pada waktu gelap dan pelbagai
penambahan lagi yang dilakukan oleh Bani Isra’il.
• Sesungguhnya di dalam al-Quran tidak menjelaskan ciri-ciri batu tersebut, dan
sekiranya maksud batu adalah umum sebarang batu adalah menunjukkan kepada
kekuasaan Allah untuk menjelaskan mukjizat Nabi Musa dengan memukul mana-
mana batu.
• Kisah tentang batu yang dipukul oleh Nabi Musa semasa disesatkan Bani Isra’il
tersebut adalah unsur-unsur isra’iliyyat yang diklasifikasikan sebagai mawquf dan
tiada manfaat untuk diketahui.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai