Anda di halaman 1dari 38

ELEMEN-ELEMEN

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

Oleh;
AZIJAH BINTI JAANG
NUSRAH BINTI KAMALUDIN
NUR SYAZWANI BINTI SANUSI
NAZIFA BINTI MOHD HANIPAH
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab,

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara." 


ELEMEN-ELEMEN FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1. Pendidikan suatu usaha
berterusan
1. Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan
pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni.
2. Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara
berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat.
3. Pendidkan awal kanak-kanak amat penting untuk
membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam
lingkungan umur antara satu hingga enam tahun.
4. Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang
tempoh persekolahan.
5. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus
meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka.
6. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu
menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.
2. Perkembangan potensi
individu
1. Setiap individu mempunyai bakat, potensi dan
kebolehan yang mungkin terpendam.
2. Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya
dicungkil, dipupuk dan dikembangkan dan
dipertingkatkan.
3. Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma
melalui interaksi sosial dengan orang lain dan
alam sekeliling.
4. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu
untuk mengembangkan bakat, potensi dan
kebolehan mereka.
3. Perkembangan individu secara
menyeluruh dan bersepadu
1. Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh
dikembangkan secara berasingan, sebaliknya
dihubungkait atau diselaraskan bagi
mengelakkan pertentangan antara satu sama
lain.
2. Perkembangan dan peningkatan seelok-
eloknya merangkumi 4 aspek, iaitu intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
4. Insan yang seimbang dan
harmonis
1. Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek),
sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta
mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri
yang baik (jasmani).
2. Keseimbangan antara kee,pat-empat aspek di atas akan
menghasilkan individu yang mampu hidup secara
harmonis dengan diri dan orang lain.

3. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk


menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup
berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.
5. Unsur intelek
1. Mempunyai kemahiran asas 3M; membaca, mengira
dan menulis.

2. Sering berusaha untuk memperoleh dan


mengembangkan ilmu yang benar.

3. Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal


dan reflektif.

4. Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan


persekitaran (menyebarluaskan ilmu).
6.Unsur rohani
1. Menyedari dan percaya kepada Tuhan.

2. Bersyukur dengan pemberian Tuhan.

3. Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai -


nilai murni.
7. Unsur emosi
1. Mempunyai emosi yang matang dan stabil.

2. Memiliki dan memupuk perasaan kasih


sayang.

3. Mempunyai semangat kekitaan dan


perpaduan.
8. Unsur jasmani
1. Menyedari tentang kepentingan kesihatan
fizikal.

2. Mengembangkan bakat dan kemahiran


teknikal, manipulatif dan sosial.

3. Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal


untuk memberikan manfaat kepada
masyarakat.
9. Kepercayan dan kepatuhan
kepada Tuhan
1. Mengakui tentang kewujudan Tuhan.
2. Mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan
alam.
3. Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam
merupakan peraturan yang ditetapkan oleh
Tuhan.
4. Menyedari bahawa individu bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan
tindakannya.
5. Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.
10. Rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan
1. Cintakan ilmu pengetahuan.

2. Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya


membaca.

3. Mempunyai fikiran luas dan terbuka.


11. Rakyat Malaysia yang
berketerampilan
1. Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.

2. Berkebolehan untuk menjalankan tugas


dengan sempurna.

3. Berpandangan jauh dan berinisiatif.

4. Memupuk pembawaan diri yang baik.


12. Rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia
1. Mempunyai perwatakan diri yang baik.

2. Berpegang kepada nilai-nilai murni dan


moral sebagai prinsip hidup.
13. Rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab
1. Boleh dipercayai.

2. Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab


merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik.

3. Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap.

4. Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

5. Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat,


agama, bangsa dan negara.
14. Rakyat Malaysia yang berupaya
mencapai kesejahteraan diri
1. Berfikiran waras dan berjiwa tenang.

2. Mempunyai daya ketahanan yang kuat


untuk menghadapi cabaran hidup.
15. Rakyat Malaysia yang dapat
memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara
1. Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat
melalui sifat toleransi, bertimbang rasa,
kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya.
2. Berusaha untuk memajukan ekonomi negara
berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan.
3. Sering mengamalkan kestabilan politik dan
keamanan negara.
4. Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara.
5. Mempertahankan maruah diri, profesion,
agama, bangsa dan negara.
16. Berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri
1. Mempunyai daya tahan fizikal dan mental
yang tinggi.

2. Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku


hidup.
17. Sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
1. Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan
hidup.

2. Memupuk persefahaman keluarga.

3. Mematuhi norma masyarakat.

4. Cintakan negara.
SEKIAN, WASSALAM..

Anda mungkin juga menyukai