Anda di halaman 1dari 28

KAJIAN KES

KESULTANAN
MELAYU MELAKA
NAMA : NURUL FARHANA BINTI MAT DZAHIR

KELAS : 2 AL-FARABI

SUBJEK : SEJARAH

NAMA GURU : PN. SITI FATIMAH BINTI MAT ISA


PENGENALAN
1. Melaka diasaskan pada tahun 1400
oleh Parameswara yang merupakan 2. Parameswara telah cuba untuk
seorang putera raja berasal dari membebaskan Palembang dari Majapahit
Palembang, Sumatera. Ketika itu, tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara
Palembang berada di bawah naungan telah melarikan diri ke Temasik,iaitu nama
kerajaan MAjapahit lama Singapura bersama kaum keluarga dan
pengikutnya

3. Pada waktu itu, Singapura diperintah


oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani
yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor 4. Akibatnya, Siam telah mengatur
tersebut telah memberikan layanan yang rancangan untuk menyerang Temasik.
baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah bertindak melarikan diri
Parameswara telah membunuh gabenor ke Muar kerana merasakan dirinya tidak
itu beberapa hari kemudian dan selamat. Dari Muar, Parameswara telah
mengisytiharkan diriny sebagai meneruskan perjalannya dan akhirnya telah
Pemerintah Temasik dan pulau sampai di Kuala Sungai Bertam dan
sekelilingnya mendirikan sebuah kerajaan bernama Melaka
5. Melaka mendapat nama sewaktu
Parameswara sedang memburu, tiba-
6. Baginda memerintah supaya
tiba seekor pelanduk putih dengan
sebuah negeri dibuka dan negeri itu
gagahnya menendang anjing baginda
dinamakan Melaka, mengambil
hingga jatuh ke laut. Baginda
sempena nama pokok tempat baginda
terpegun dengan peristiwa ganjil itu
sedang berteduh ketika berlakunya
lantas berpendapat bahawa tempat itu
peristiwa ganjil itu.
sanngat sesuai untuk dijadikan tapak
negeri
FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA

1. KEPIMPINAN RAJA 2. SISTEM PENTADBIRAN

3. SISTEM PERUNDANGAN
KEPIMPINAN RAJA
Raja merupakan ketua pemerintah dan ketua kerajaan
yang mempunyai kuasa tertinggi. Hak kuasa berpunca
daripada beberapa sumber

1.Keturunan Raja Palembang


 Berdasarkan teks Sulalatus Salatin,pemerintah Melaka
berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang
yang dikatakan bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain
 Susur galur ini memberikan taraf kedudukan yang tinggi
kepada Sultan Melaka dalam kalangan kerajaan lain di Alam
Melayu
2. Peranan Yang Unggul
Raja mempunyai pelbagai peranan dalam sistem
pemerintahan :

Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran

Merupakan ketua angkatan tentera


Mengetuai hubungan diplomatik
Menyelaraskan kegiatan ekonomi

Menjadi Ketua Agama Islam


Menegakkan keadilan
3. Daulat Dan Alat Kebesaran

Kepimpinan raja juga dikaitkan dengan konsep daulat dan derhaka serta
pelbagai institusi perajaan seperti adat istiadat istana dan alat kebesaran
diraja
Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin. Rakyat
mengakui kedaulatan raja dengan memberikan taat setia sepenuhnya dan
tidak boleh menderhaka kepada raja
Alat kebesaran diraja termasuklah cap mohor, nobat,keris, lembing dan
mahkota.
Alat kebesaran digunakan semasa upacara istiadat pertabalan, perkahwinan
dan kemangkatan raja
*SISTEM PENTADBIRAN
Sultan berada di puncak sistem pemerintahan dan pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka. Sultan melantik pembesar untuk
membantunya dalam pentadbiran. Hal ini menyebabkan Kesultanan
Melayu Melaka gemilang dengan sistem pentadbiran yang tersusun dan
berkesan
a) SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN
Pembesar ini merupakan pentadbir kerajaan pada peringkat
pusat, jajahan, daerah, ,mukim
SS dan kampung
U
U
L
L
T
T
A
A
PEMBESAR
PEMBESAR
N
N
BEREMPAT
BEREMPAT
PEMBESAR
PEMBESAR
BERLAPAN
BERLAPAN

PEMBESAR
PEMBESAR ENAM
ENAM BELAS
BELAS

PEMBESAR TIGA PULUH DUA


b) TUGAS PEMBESAR
Tugas utama pembesar ialah mewujudkan sistem pentadbiran yang
berkesan seperti :
• Menjaga keamanan kawasan
• Mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah
• Membekalkan tenaga tentera ketika berperang dan menyediakan
tenaga buruh melalui sistem kerah

Pemerintah Melaka juga mengurniakan kawasan khas kepada


pembesar untuk ditadbir. Ianya sebagai tanda untuk mendapat
sokongan pembesar bagi mewujudkan pentadbiran yang mantap
Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali
sebagai kawasan pegangan
Pembesar berempat terdiri daripada Bendahara, Penghulu
Bendahara, Temenggung dan Laksamana
Kawasan pembesar jajahan dan daerah pula dikenali sebagai
kawasan pemakanan
c) SISTEM PERUNDANGAN
Kesultanan Melayu Melaka telah memperkenalkan sistem perundangan
yang mantap. Hal ini telah melonjakkan Kesultanan Melayu Melaka ke
arah kegemilangan. Undang-undang yang tersohor kesultnan ini ialah
Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

1. Hukum Kanun Melaka

 Hukum Kanun Melaka ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah


 Undang-undang ini mengandungi 44 fasal yang berkaitan hak
keistimewaan, tanggungjawab raja dan pembesar
 Hukum islam juga terdapat dalam undang-undang ini yang berkaitan
dengan jenayah, urusan jual beli dan kekeluargaan.
 Hukum Kanun Melaka telah mewujudkan keamanan dan keselamatan
rakyat
2. UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

*Undang-undang ini ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah


bertujuan menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan
*Ia mengandungi 25 fasal yang menerangkan peraturan di laut,
tertib berniaga dan tatacara berjual beli
*Kandungannya juga berkaitan tanggungawab nakhoda, anak
kapal, kiwi, dan syahbandar
*Undang-undang ini menjadikan aktiviti perdagangan berjalan
dengan lancar dan adil
3.UNDANG-UNDANG ADAT

Kesultanan Melayu Melaka juga menggunakan undang-undang


adat dalam sistem pemerintahannya. Adat ini dikenali sebagai Adat
Temenggung.

ADAT TEMENGGUNG
Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan
Berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan takhta, perkahwinan,
perwarisan harta, dan perundangan
Berkaitan sistem penggantian sultan, iaitu takhta kerajaan diwarisi oleh
anak lelaki yang sulung
Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
Membolehkan sistem perwarisan takhta berlakU secara teratur
KESINAMBUNGAN WARISAN
KESULTANAN MELAYU MELAKA
DALAM PEMERINTAHAN
KESULTANAN JOHOR RIAU

1. PUSAT
2. PENGURUSAN
PERDAGANGAN
PELABUHAN
YANG UNGGUL
1. PUSAT PERDAGANGAN
YANG UNGGUL
Pada abad ke-16 dan ke-17, Johor muncul sebagai pusat
perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang. Terdapat
beberapa keistimewaan yang menyebabkan Johor muncul
sebagai pusat perdagangan yang unggul.
a) Kedudukan strastegik
b) Tumpuan para pedagang
c) Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barang
dagangan
d) Kesibukan pelabuhan Johor Riau
a) Kedudukan Strategik
 Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah
dimudiki oleh kapal besar kerana Sungai Johor yang lebar dan
dalam

 Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka


membolehkannya mengawal lalu lintas kapal dagang
dari Timur dan Barat

 Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas


maritim yang strategik menjadi tumpuan para pedagang luar
untuk berurus niaga
b) Tumpuan Para Pedagang

Pedagang Jawa
Tumpuan pedagang menjadikan Johor sebagai
dari China,Gujerat, pelabuhan pilihan
Belanda dan disebabkan tidak berminat
pedagang Inggeris berdagang dengan
Portugis di Melaka

Perdagangan Siam Turut menjadi tumpuan


memasarkan hasil pedagang dari tanah
pertanian seperti jajahan dan naungan
beras serta kerajaan lain di
Alam Melayu
c) Pusat Pengumpulan Dan
Pengedaran Pelbagai
Barang Dagangan

Barangan dagangan yang Lada hitam dibawa masuk


dibekalkan oleh tanah jajahan dan dari Klang, Sungai Ujong
naungan Johor ialah lada hitam, dan Bernam sera Pulau
bijih timah dan emas Bangka, Sumatera

Pelabuhan Sawar juga


Johor juga mendapat bekalan
menjadi pusat perdagangan
beras yang diniagakan oleh
untuk barangan yang
pedagang Siam
dibawa dari China
d) Kesibukan Pelabuhan
Johor Riau

Pelbagai bangsa
Terdapat 500 berlabuh di
hingga 600 buah pelabuhan Johor
kapal dagang terutama di
pelabuhan Riau

Antara kapal yang


berlabuh di Riau
ialah kapal
Siam,Portugis,
Inggeris dan
pulau-pulau di
Alam Melayu
2.PENGURUSAN PELABUHAN
Kecekapan pelabuhan Kesultanan Johor Riau
mengendalikan barang dagangan dan
kemampuannya membekalkan semula kapal dengan
cepat dan murah,merupakan antara faktor utama
yang menjadikan pelabuhannya sebagai entrepot. :
a. Kemudahan Pelabuhan
b. Urusan Jual Beli
c. Sistem Naungan
d. Peranan Orang Laut
e. Kemudahan Membaiki Dan Membina Kapal
a) Kemudahan Pelabuhan

 Menyediakan gudang
bawah tanah untuk  Menyediakan pegawai terlatih
menyimpan barangnan untuk mengendalikan urusan
bagi mengelakkan perdagangan
daripada kebakaran

 Membekalkan barang yang


diperlukan oleh pedagang
seperti lada hitam dan
rempah-ratus
b) Urusan Jual Beli
 Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan menggunakan mata wang

 Sultan Alauddin Riayat Shah I memperkenalkan mata wang emas yang dikenali
sebagai mas, wang perak sebagai kupang dan wang timah sebagai katun

 Pada akhir abad ke-18,mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico
dan duit Belanda turut digunakan

 Syahbandar merupakan pembesar yang bertanggungjawab mengurus sistem


jual beli dan kutipan cukai pelabuhan

 Cukai pelabuhan yang dikenakan terhadap pedagang adalah berpatutan.


Syahbandar juga menetapkan ukuran dan berat timbangan barangan
c) Sistem Naungan
 Pedagang luar dan pedagang
tempatan mendapat naungan
daripada Bendahara,
Temenggung, Laksamana dan
Raja Indera Bongsu

 Sebahagian hasil keuntungan


diberikan kepada pihak yang
memberikan naungan dalam bentuk
cukai perdagangan berdasarkan
sistem naungan

 Melalui sistem ini pedagang


mudah mendapat surat kebenaran
daripada Belanda dan dapat
belayar tanpa gangguan di Selat
Melaka
d) Peranan Orang Laut

 Orang Laut ditugaskan


sebagai pengawal pelabuhan,
penunda kapal dagang,
penunjuk arah kepada
pedagang dan pengawal di
perairan Johor dan Selat
Melaka
 Orang Laut juga terlibat
mengawal keselamatan
Kesultanan Johor Riau
dengan menjadi tentera
angkatan laut
e) Kemudahan Membaiki
dan Membina Kapal

 Pelabuhan di Johor juga mempunyai


kemudahan membaiki dan membina
kapal bersaiz kecil

 Orang Laut mahir dalam pembinaan


kapal. Mereka membuat kapal pesisir
pantai seperti kolek, banteng,
penjajap, balok dan pencalang.
Kemahiran ini telah membantu
memajukan Kesultanan Johor Riau
LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENJADIKAN NEGARA KITA
SEBUAH PUSAT PERDAGANGAN
ANTARABANGSA YANG UNGGUL

• Meningkatkan mata wang • Sentiasa mempromosikan


negara. barangan yang bertaraf
• Sentiasa bergiat aktif dalam antarabangsa.
mengeksport dan • Mempelbagaikan barangan
mengimport barang. mengikut ekonomi semasa.
RUMUSAN
Dalam usaha membangunkan Melaka, pelbagai langkah telah dilaksanakan
oleh Parameswara yang merupakan seorang pemimpin yang bijak mengatur
strategi dan berwawasan serta memiliki sifat kepimpinan. Kita sepatutnya
berasa bangga dan bersyukur kerana kejayaan kerajaan Melaka. Semangat
patriotisme perlu ada dalam setiap individu unyuk menghargai usaha pemimpin
terdahulu serta menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara .

Kesimpulannya kejayaan sesebuah negara sama ada dalam bidang


pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagai terletak di bahu pemimpinnya.
Apabila pemimpin kuat, maka negara atau rakyatnya menjadi kuat. Andai
pemimpinnya lemah, maka runtuh dan rosak binasalah sesebuah negara. Oleh
itu, pemimpin yang berilmu pengetahuan , berwibawa, berkarisma serta
memiliki nilai-nilai perlu dilahirkan dalam sesebuah negara untuk memimpin
negara ke arah kemajuan dan kemakmuran. Saya berharap agar negara kita
terus berada dalam keamanan dan keharmonian supaya generasi yang akan
datang dapat hidup dengan baik.
SUMBER RUJUKAN
1. Buku Teks Sejarah, Dr. Sufian bin
Mansor,Dr.Mardiana binti Nordin, Ahmad
Salehee bin Abdul, Ishak bin Saidoo, Dewan
Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur
2. https://www.scribd.com
3. abidputrahacker.blogspot.com
4. gemilangmelaka.blogspot.com
5. empiremelaka.blogspot.com
-TAMAT-
SEKIAN,
TERIMA KASIH