Anda di halaman 1dari 11

Penilaian

• Penilaian merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan


berkenaan dengan kemajuan, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid
dalam pembelajaran.
• Penilaian membawa maksud satu kaedah yang digunakan dalam usaha
menjawabpersoalan sejauh mana ketersampaian maklumat yang telah diberikan
oleh seseorang guruberkesan dan dapat diterapkan dalam diri pelajar.
• Dalam konteks Pengajaran dan Pembelajaran bilik darjah, proses penilaian
sememangnya sangat perlu kerana kejayaan atau kegagalan proses pengajaran
dan pembelajaran boleh dilihat daripadapelbagai sudut dengan hanya melihat
kepada keputusan penilaian yang dilaksanakan dalam suatu sesi pengajaran dan
pembelajaran.
• Penilaian mata pelajaran Sejarah penting bagi tujuan mengekalkan mutu mata
pelajaran tersebut. Tujuan ini juga berkaitan dengan mengekalkan mutu akademik
dan mutu pendidikan. Peningkatan mutu akademik bergantung kepada kualiti
pengetahuan, kemahiran,sikap dan nilai.
Penilaian dalam Mata Pelajaran Sejarah

 Pemahaman tentang idea


- Mengkaji idea di sebalik kewujudan sesuatu peristiwa.
- Pelajar perlu diberi peluang untuk memahami sesuatu
kejadian dalam sejarah.
- Aspek yang diberi penekanan adalah pelajar memahami
proses, sebab dan akibat sesuatu peristiwa sejarah berlaku.
 Konsep fakta
- Elemen konsep fakta adalah berhubungkait dengan subjek Sejarah.
- Subjek Sejarah mengandungi banyak fakta seperti tarikh, individu
dan peristiwa yang telah berlaku.
- Fakta tersebut tidak dapat diubah.

 Nilai dalam subjek Sejarah


- Nilai dalam sesuatu peristiwa sejarah perlu difahami dan dihayati
oleh pelajar.
- Pelajar perlu diberi ruang dan peluang untuk mempelajari nilai di
sebalik sesuatu peristiwa sejarah.
Penyerapan Nilai
Kewarganegaraan dan
Sivik
Dimensi Kewarganegaraan sebagai Penanda Aras untuk
Menerapkan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik dalam
Mata Pelajaran Sejarah
 Perkongsian sejarah

- Melalui perkongsian sejarah, terdapat beberapa elemen yang


diterapkan seperti berbangga dengan sejarah dan asal usul negara,
menghargai kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu
tradisional, mengambil iktibar kesan penjajahan kuasa luar ke atas
negara, menghayati peristiwa kemerdekaan negara dan memelihara
warisan negara.
- Elemen-elemen ini amat penting khasnya dalam mengambil iktibar
peristiwa yang telah berlaku.
- Penerapan elemen ini dapat membantu melahirkan warganegara
yang mengetahui dan memahami sejarah pembentukan negara.
 Perkongsian nilai
- Dalam dimensi ini, tiga elemen kewarganegaraan dan
nilai sivik yang akan diterapkan dalam mata pelajaran
Sejarah. Antaranya ialah menyanjungi prinsip Rukun
Negara, menghormati kepelbagaian agama dan budaya
serta berbangga dengan lambang dan simbol negara.
- Dengan penerapan elemen dan nilai sivik melalui mata
pelajaran Sejarah, ia dapat melahirkan warganegara yang
mengamalkan sikap dan perlakuan yang berhemah.

Perasaan kekitaan
- Dalam dimensi ini, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang
diterapkan ialah menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya
dan agama, berbangga dengan hari kemerdekaan,
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
berbangga dengan pencapaian negara.
- Menurut Ismail Said (2010), mata pelajaran Sejarah
membentangkan pelbagai peristiwa dan fakta berkenaan
permuafakatan pelbagai kaum pada waktu sebelum, semasa dan
selepas merdeka boleh membangkitkan semangat kebersamaan
dalam kalangan setiap warganegara.
- Dengan ini, warganegara yang bersatu padu dan bersemangat
patriotik dapat dilahirkan.
 Perkongsian masa depan
- Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik seperti menghornati
masyarakat pelbagai kaum, memakmurkan ekonomi negara
dan mengekalkan warisan negara dapat diterapkan.
- Menurut Mohd Sohaimi Esa et al. (2011), negara kita tidak
dapat lari daripada menghadapi pelbagai cabaran hubungan
etnik seperti kepentingan etnik dari aspek sosial yang meliputi
aspek pemisahan fizikal, pengasingan pendidikan, popularisasi
kaum dan kontrak sosial.
- Melalui penerapan elemen dan nilai sivik ini, kita dapat
melahirkan masyarakat yang saling bertolak ansur dan
bekerjasama dalam melonjakkan ekonomi negara.
 Kesetiaan
- Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik seperti mematuhi perintah
Tuhan, mentaati Raja dan Negara, menghormati pemimpin negara
serta mematuhi undang-undang dan peraturan negara dapat
diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah.
- Menurut Nadzan Haron dan Rozeman Abu Hassan (2010),
perlembagaan bertindak sebagai garis panduan kepada pembentukan
undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.
- Oleh hal yang demikian, dengan penerapan elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata pelajaran Sejarah, ia
dapat memupuk warganegara yang mempunyai kepercayaan kepada
Tuhan  dan mempunyai perasaan taat dan setia kepada negara.
 Tanggungjawab warganegara
- Dalam dimensi ini, antara elemen dan nilai sivik yang akan
diterapkan ialah mempertahankan identiti negara,
mempertahankan warisan negara serta menerima perbezaan
kaum, budaya dan agama.
- Menurut Omardin Haji Ashaari dan Yunus Muhamad (2002),
sejarah dapat membantu mengembang dan membangkitkan
kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab warganegara itu
kepada negaranya dan mampu menanam rasa bangga menjadi
warganegara.
- Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam mata
pelajaran Sejarah mampu melahirkan warganegara yang
mengetahui dan memahami tanggungjawab sebagai warganegara
dengan sepenuh hati.
Rujukan
 Hasnah Mahli. (2015). Penilaian Dalam Subjek Sejarah.
https://www.scribd.com. Muat turun pada 20 Ogos 2019.
 Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Buku
Penerangan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(Semakan 2017). Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai