Anda di halaman 1dari 17

1

PELAJARAN 2:
Akidah Menurut Islam
DISEDIAKAH OLEH : ABDUL HAKIM BIN ABD AZIZ
2
Akhlak
(Ihsan)

Din (Cara
hidup)
Islam
Akidah Ibadah
(Iman) (Islam)
Maksud Akidah 3

 Akidah ialah keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah SWT serta sifat-
sifat kesempurnaan-Nya berdasarkan dalil naqli (Quran dan Hadis) dan aqli (akal
yang sejahtera).
 Akidah ialah keyakinan yang teguh terhadap segala yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad y
Konsep Akidah 4

Ilahiyyah
(Ketuhanan)

Nubuwwah
(Kenabian)

Ghaibiyyah
(Perkara Ghaib)
Ketuhanan (Ilahiyyah) 5
 Nama-nama Allah SWT
Allah SWT memiliki nama-nama yang indah (Asma’ al-Husna). Nama yang paling agung
ialah Allah.
 Zat Allah SWT
Setiap mukalaf perlu meyakini Allah SWT itu wujud, tetapi hakikat Zat Allah SWT tidak
dapat diketahui oleh manusia.
 Sifat-sifat Allah SWT
Sifat-sifat Allah SWT banyak dan tidak terbatas jumlahnya. Antara yang wajib diketahui
ialah 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan 1 sifat harus.
 Perbuatan (Af’al) Allah SWT
Perbuatan Allah SWT adalah setiap perlakuan yang dilakukan oleh-Nya dengan penuh
kebijaksanaan dan keadilan berdasarkan kekuasaan-Nya (Qudrat) dan kehendak-Nya
(Iradat).
Kenabian dan Kerasulan (Nubuwwah) 6

 Maksud Nabi
Lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu kepadanya dan tidak diperintahkan
menyampaikannya kepada orang lain.
 Maksud Rasul
Lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu dan diperintahkan menyampaikannya
kepada orang lain.
Ulul Azmi (5
orang) MIMIN 7

Disebutkan dalam
al-Quran (25 orang)

Rasul (313 orang)

Nabi (124,000
orang)
Sifat Wajib vs Sifat Mustahil 8

Bagi Rasul
Sifat Wajib Sifat Mustahil
Benar (As-siddiq) Bohong (Al-kizb)
Melaksakan arahan (Al-amanah) Pecah Amanah (Al-khianat)
Menyampaikan (At-tabligh) Menyembunyikan (Al-kitman)
Bijaksana (Al-fatanah) Bodoh (Al-baladah)
Sifat Harus
Mengalami keadaan seperti manusia yang tidak merendahkan martabat seorang nabi seperti
letih, sakit, lapar dsb
Kitab 9

 Taurat (Nabi Musa AS)


 Zabur (Nabi Daud AS)
 Injil (Nabi Isa AS)
 Al-Quran (Nabi Muhammad SAW)
Tujuan perutusan rasul 10

 Menyeru manusia mentauhidkan dan menyembah Allah SWT.


 Mengajar manusia cara beribadat yang betul.
 Menunjukkan cara hidup yang benar dan lengkap.
Perkara-perkara ghaib (Ghaibiyyah) 11

 Perkara yang tidak dapat dilihat dan tersembunyi serta tidak nampak pada
pandangan mata kasar.
 Hanya diketahui oleh manusia melalui wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah yang
sahih.
 Manusia wajib percaya dan yakin akan kewujudan perkara ghaib yang
dikhabarkan oleh para nabi dan rasul.
 Contoh: malaikat, iblis, jin, syaitan, barzakh, hari kiamat, mahsyar, hisab, sirat
dan syurga.
Pegangan Akidah yang benar 12

 Berasaskan tauhid (mengesakan Allah).


 Bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah.
 Berlandaskan ilmu, iman dan amal.
 Berpegang dengan dalil naqli dan aqli.
Amalan yang amat berkaitan dengan 13

pegangan akidah dalam Islam

 Berdoa kepada Allah SWT.


 Berzikir mengingati Allah SWT.
 Bertawakal (berserah kepada Allah SWT).
 Bertaubat.
 Mujahadah (berusaha bersungguh-sungguh).
 Muhasabah (menilai dan melihat kekurangan diri).
Kepentingan pelaksanaan amalan 14

akidah mengikut syarak


 Syarat utama amalan diterima oleh Allah SWT.
 Benteng daripada perkara syirik, khurafat dan bidaah.
 Tunjang kekuatan umat Islam.
 Beroleh rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
 Membentuk jati diri sebagai Muslim sejati.
 Penentu kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Amalan sebagai pembuktian akidah 15

yang benar
 Memohon perlindungan hanya kepada Allah SWT.
 Bersyukur apabila beroleh kejayaan dalam kehidupan.
 Sentiasa ikhlas dalam amalan.
 Menjauhi fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
 Reda dengan ketentuan Allah SWT.
 Menjauhi amalan tilik nasib atau ramalan bintang kelahiran.
Latihan 16

Situasi Tindakan Akidah Yang Benar Sebab


Farah akan menduduki peperiksaan SPM
Fitri akan menjalani pembedahan jantung
minggu hadapan
Hayati iri hati dengan kenaikan pangkat
Aliya
Zarif terjumpa beg tangan penumpang
yang tercicir
Rozi belum naik pangkat walaupun sudah
lama berkerja
Rafi mengajak Linda berhibur di pusat
karaoke
17

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai