Anda di halaman 1dari 17

PAMERAN

BERTEMA MAYA
Tema : Tahun Baru
Cina
PUSAT SUMBER SEKOLAH
DARUL NAJAH
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu
tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang
bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar
China. Ini membuatkan manusia hidup dalam
ketakutan dan kesengsaraan. 
Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan
makhluk ini. Akhirnya, mereka berjaya
menakutkan makhluk ini dengan melemparkan
reben merah ke udara, meletupkan mercun dan
membakar bunga api siang dan malam.
Tahun Baru Cina disambut secara
besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh
dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru
mengikut kalendar lunar.
Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina
(nama haiwan).
Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina
(nama haiwan).
12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah
tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda,
kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir.
Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri.
ANG PAU
Ang pau atau sampul merah diedarkan
sepanjang Tahun baru Cina oleh pasangan suami
isteri atau orang tua kepada
muda-mudi yang belum berkahwin.

Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa


memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.
MALAM TAHUN
BARU CINA
Pada malam Tahun Baru, kaum keluarga
sama ada dekat atau jauh akan
berkumpul di rumah ibu bapa untuk
upacara makan besar. Ini simbol eratnya
kekeluargaan yang menjadi tunjang
masyarakat harmoni.
YEE SANG
Merupakan menu wajib setiap kali meraikan sambutan
Tahun Baru Cina. Menu ini biasanya disajikan sebagai
hidangan pembuka dan dianggap sebagai Simbol
Penyatuan dan Lambang Kemurahan Rezeki yang akan
diperoleh sepanjang tahun tersebut.
PAKAIAN
Mereka percaya warna merah membawa tuah dan
kecemerlangan dalam hidup mereka. Nasib mereka akan
ditimpa malang sekiranya memakai pakaian yang berwarna
hitam dan warna-warna yang gelap.
Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu dalam
majlis-majlis perayaan kerana dipercayai warna-warna
tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
TARIAN SINGA
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian
tradisional dalam masyarakat Cina. Penari akan
meniru pergerakan singa dengan menggunakan
kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua
penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan
dengan menggerakan kepala kostum, manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian belakang
kostum singa tersebut.
TARIAN SINGA
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian
tradisional dalam masyarakat Cina. Penari akan
meniru pergerakan singa dengan menggunakan
kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua
penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan
dengan menggerakan kepala kostum, manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian belakang
kostum singa tersebut.
TARIAN NAGA
Tarian naga akan dikuasai oleh sekumpulan
penari yang ramai.
Lebih kurang 15 hingga 20 orang penari yang
terlibat dalam persembahan tersebut,
bilanganya bergantung kepada saiz naga yang
berbeza.

Sebiji bola akan diambil dan dimainkan oleh


salah seorang daripada
penari-penari untuk mengarahkan perjalanan
atau pergerakkan naga tersebut.
LIMAU MANDARIN &
LOKAM
Amalan memberi limau mandarin juga simbolik
memberi tuah. Buah limau mandarin yang
dipanggil ‘kam’ dalam bahasa Kantonis bermaksud
emas . Ia merupakan kewajipan setiap Tahun Baru
Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan
kepada masyarakat Tiong Hua.
KUIH BAKUL
Dikenali juga sebagai Nian Goa. Diperbuat daripada
tepung pulut dan berbentuk seperti dodol. Nian Gao
merujuk pada frasa ‘semakin tinggi tahun demi
tahun’. Hidangan Nian Gao semasa jamuan makan
malam adalah cukup penting kerana hidangan ini
menandakan peningkatan dalam kehidupan mereka.
CHAP GOH MEI
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan
pertama Imlek China. Hari itu juga disebut “Pesta
Lampu”, kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah
malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
KAMI WARGA SeBaRa
MENGUCAPKAN SELAMAT
TAHUN BARU CINA
GONG XI FA CAI

Anda mungkin juga menyukai