Anda di halaman 1dari 47

II PROGRAM

PENDIDIKAN UNTUK
SEMUA DI MALAYSIA
• Program Pendidikan Khas
• Sekolah Dalam hospital
• Sekolah Bimbinan Jalinan Kasih
• Sekolah Kurang Murid
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
• Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang
dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang
mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya.
• Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan
pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan
rumah, hospital dan institusi.
• Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada
kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi
keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai
jenis kecacatan / kurang upaya itu.
• Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mahukan
sistem pendidikan di negara kita yang boleh melahirkan pelajar yang
seimbang;
…."Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara".
OBJEKTIF
• Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid
dengan keperluan khas
• Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid
dengan keperluan khas
• Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid
dengan keperluan khas
• Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang
mencukupi dan terkini
• Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam
bidang Pendidikan Khas
FUNGSI
• Memperluas akses dan ekuiti pendidikan kepada MBK melalui Sekolah Pendidikan Khas,
Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
• Memperkasa strategi pengoperasian Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan
Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
• Membangunkan modal insan MBK mengikut potensi dan meningkatkan
kebolehpasaran dalam pelbagai bidang.
• Membangunkan kapasiti sumber manusia di Bahagian, Sekolah Pendidikan Khas,
Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
• Mempertingkat prasarana mesra orang kurang upaya (OKU) dan persekitaran
pembelajaran yang kondusif di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas
Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
• Memperkasa perkhidmatan sokongan dan bantuan pendidikan khas
• Memantapkan tadbir urus organisasi Bahagian.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN KHAS
• Terdapat berbagai definisi tentang Pendidikan Khas.
• Contohnya seperti Sang (2000) menyatakan bahawa Pendidikan Khas ialah
pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran kerana masalah penglihatan, pertuturan dan pendengaran serta
masalah dalam pembelajaran, atau pun murid-murid yang pintar-cerdas yang
memerlukan pendidikan yang lebih mencabar.
• Berlainan pula pendefinisian oleh Jabatan Pendidikan Johor (1998) yang
menyatakan Pendidikan Khas ialah golongan mereka yang berkeperluan khas
dengan memberi penekanan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran,
perkembangan individu murid dan pelajar terhadap penguasaan dan
pencapaian dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (developmental skills).
• Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan Pendidikan Khas bagi
murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta
bermasalah pembelajaran mulai bulan Julai, 1962.
• Di bawah rancangan percantuman dengan pendekatan Pendidikan
Inklusif, iaitu murid-murid yang bermasalah tersebut belajar bersama
murid-murid normal di dalam kelas yang sama (Sang, 2000).
• Mereka diajar oleh guru yang sama tetapi dibantu oleh guru sumber
yang terlatih dalam program Pendidikan Khas.
• Kategori individu berkeperluan khas adalah seperti
a. bermasalah atau kurang upaya pendengaran (hearing impairment),
b. bermasalah atau kurang upaya penglihatan (visual impairment),
c. bermasalah pembelajaran (learning disabilities),
d. bermasalah kerencatan akal (mental retardation),
e. bermasalah tingkah laku atau emosi (behavioral disorders & emotional
disturbance),
f. bermasalah pertuturan atau bahasa (speech or language impairment),
g. bermasalah pintar-cerdas (gifted & creativity),
h. kurang upaya fizikal (physical disabilities),
i. bermasalah kesihatan (health impairment) dan
j. pelbagai masalah (multi-problem) .
JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
(SPK)
• PRASEKOLAH:
a. Berumur tidak kurang dari 5 tahun.
b. Disahkan oleh pengamal perubatan
c. Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
• PENDIDIKAN RENDAH
a. 6 hingga 14 tahun
b. Tempoh minimum belajar: 6 tahun
c. sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan & pendengaran)
mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan.
d. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti
kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif
• PENDIDIKAN MENENGAH
a. 13 -19 TAHUN
b. Tempoh minimum belajar: 5 tahun
c. Terdapat 2 jenis aliran: Akademik dan Vokasional
d. Masalah Penglihatan dan Pendengaran: ikuti pendidikan menengah aliran
akademik di sekolah menengah yang mempunyai program pendidikan
Khas Integrasi atau di sekolah pendidikan Khas.
e. Masalah Pembelajaran: mengikuti Program Khas Integrasi menengah dan
penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.
• PENDIDIKAN PASCA MENENGAH
• Jabatan Pendidikan Teknikal memberi peluang kepada murid bermasalah
pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik.
• Dalam konteks Malaysia kanak-kanak berkeperluan khas, ia menekankan
kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan
dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran
pengembangan (developmental skills).
• Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan
kecacatan dan ketidakbolehan (medical deficit model).
• Pada masa kini Kementerian Pendidikan (Jabatan Pendidikan Khas, 1998)
menyediakan program-program pendidikan bagi murid-murid dengan
keperluan khas di:
a. Sekolah-sekolah Pendidikan Khas : 31 buah dengan bilangan murid
seramai 2898 orang (Jun 1998).
b. Sekolah-sekolah dengan kelas percantuman dan kelas pendidikan
inklusif : 368 buah dengan bilangan murid seramai 7356 orang (Jun
1998).
• Kementerian Pendidikan dalam usahanya merealisasikan konsep
pendidikan untuk semua telah menyediakan peluang dan perkhidmatan
pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas, iaitu yang
bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah
pembelajaran termasuk kanak-kanak down syndrome dan autistik ringan.
• Pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas adalah sebahagian
daripada perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan negara.
• Murid-murid dengan keperluan khas diberi pendidikan menggunakan
kurikulum yang sama dengan murid-murid normal dan pengubahsuaian
kurikulum dibuat di mana perlu di dalam kelas dan disokong dengan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik agar murid-murid
ini mampu memperolehi pencapaian yang optimum.
• Pendidikan Inklusif telah dimasukkan dalam SKU KP. Rujukan: Bil.6 SKU
Kementerian(m.s. 22) : Sasaran Tahun 2000; 6.1 "Mengintegrasikan
pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa".
• Menurut Jabatan Pendidikan Khas(1998), Kementerian Pendidikan dalam
usaha menyediakan perkhidmatan pendidikan, sentiasa merancang,
melaksana dan menilai segala aspek pengurusan pendidikan supaya apa
yang dilaksanakan dan dihasilkan adalah bernas, mantap dan berkesan.
• Dalam usaha ini dan sehubungan dengan pendidikan bagi murid-murid
dengan keperluan khas, Kementerian Pendidikan sedang berusaha bagi
melaksanakan Pendidikan Inklusif secara meluas dan sepadu
• Pada masa sekarang, sebilangan besar murid-murid khas bermasalah
penglihatan adalah ditempatkan di kelas-kelas normal dengan diberi
bantuan dan sokongan mengikuti pembelajaran dalam kelas oleh guru
resos khas.
• Murid-murid khas bermasalah pendengaran dan bermasalah
pembelajaran yang mampu mengikut kurikulum biasa juga diberi peluang
belajar dalam kelas yang sama dengan rakan sebaya yang normal
mengikuti kesesuaian pencapaian mereka.
• Ada di antara mereka yang ditempatkan dalam inklusif setting secara
total telah membuktikan kejayaan yang amat cemerlang.
• Adalah diakui bahawa untuk melaksanakan sepenuhnya pendidikan
inklusif memerlukan pemikiran yang mendalam, usaha yang gigih,
komitmen yang jitu dan semangat yang kental.
• Bantuan Pelajaran Tahunan dan LPBT adalah berdasarkan Pekeliling
Kewangan Bil. 3/1995 bertarikh 11 Januari 1995 yang berkuatkuasa
mulai 1 Januari 1995 dan sedang digunapakai masa kini - Rancangan
percantuman pendidikan khas bermasalah pembelajaran rendah dan
menengah, program pendidikan inklusif dan program pendidikan
pemulihan di sekolah rendah biasa adalah sama seperti kadar untuk
murid biasa (Jabatan Pendidikan Johor,1998).
• Dalam pengendalian Pendidikan Khas banyak lagi perkara dan isu yang masih
perlu diberi perhatian dan penekanan.
• Jabatan Pendidikan Khas (1998) mengariskan;
a. perlu wujud kerjasama dan usaha sama bagi merancang dan menyediakan
peluang pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas,
b. pihak sekolah, pengurus, pendidik, ibu bapa dan seluruh masyarakat sekolah
perlu bersama berusaha menukar sikap dan menjayakan penerimaan murid-
murid berkeperluan khas dalam sistem persekolahan biasa/normal.
c. Isu-isu seperti intervensi awal bagi menyediakan kanak-kanak berkeperluan
khas supaya bersedia memasuki alam persekolahan adalah amat penting
diberi penekanan.
d. adalah penting bagi ibu bapa dan masyarakat menyambung dan
memperkukuhkan lagi usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah di
rumah bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid-
murid berkeperluan khas.
SEKOLAH DALAM HOSPITAL
• Idea penubuhan SDH dicetuskan oleh Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri
Perdana Menteri.
• Penubuhan telah dilancarkan secara rasmi pada 26 Julai 2011.
• Sekolah Dalam Hospital (SDH) merupakan satu inisiatif bersama antara
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM), Hospital Universiti dan Yayasan Nurul Yacieen (YNY) terhadap
keperluan meneruskan pendidikan kepada murid yang berada di wad hospital
dan mempunyai kesediaan untuk belajar (KPM, 2017).
• Pembelajaran di SDH berorientasikan didik hibur dan fleksibel dalam suasana
persekitaran yang kondusif.
• Pendekatan ini secara tidak langsung merupakan satu terapi yang dapat
membantu proses penyembuhan murid yang berada di hospital.
• Oleh itu, kelangsungan pembangunan modal insan dapat diteruskan
di luar amalan persekolahan yang konvensional.
• Penggunaan nama "Sekolah Dalam Hospital" telah dipersetujui
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sekolah Dalam Hospital
KPM Bil. 4/2011 bertarikh 19 Mei 2011 yang dipengerusikan oleh
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).
• Mesyuarat juga memutuskan bahawa Bahagian Pendidikan Khas
(BPKhas) diberi tanggungjawab sebagai pentadbir dan pengurus
SDH (KPM, 2017) .
• Terdapat lima belas buah Sekolah dalam Hospital di Malaysia
merangkumi Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia.
• Oleh itu, kelangsungan pembangunan modal insan dapat diteruskan
di luar amalan persekolahan yang konvensional.
• Penggunaan nama "Sekolah Dalam Hospital" telah dipersetujui
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sekolah Dalam Hospital
KPM Bil. 4/2011 bertarikh 19 Mei 2011 yang dipengerusikan oleh
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).
• Mesyuarat juga memutuskan bahawa Bahagian Pendidikan Khas
(BPKhas) diberi tanggungjawab sebagai pentadbir dan pengurus
SDH (KPM, 2017) .
• Terdapat lima belas buah Sekolah dalam Hospital di Malaysia
merangkumi Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia.
• SDH Malaysia berpandukan Model Hospital School in Australia
(The Children's Hospital at Westmead. Royal North Shore Hospital
and Sydney Children's Hospital. Randwick) yang telah disesuaikan
mengikut konteks Malaysia (KPM, 2017).
• Guru dan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang asing, jadi adalah
tidak menjadi masalah untuk guru mengajar di hospital selagi
masih lagi menyediakan satu tempat khas untuk dijadikan
sebagai kelas untuk pesakit kanak-kanak di hospital untuk belajar.
• Dengan ada tempat ini, maka privasi pesakit lain yang sedang dalam
rawatan sudah pasti tidak akan terganggu dengan sesi pembelajaran
yang sedang berlangsung.
• Objektif pelaksanaannya adalah bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas ketika
berada di wad, tidak tercicir dalam pelajaran dan terus dipelihara selaras dengan matlamat
Pendidikan Untuk Semua.
• Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memperluas akses dan ekuiti pendidikan serta
meningkatkan kualiti pendidikan negara (BPK, 2014).
• Ayat ini jelas menunjukkkan bahawa setiap murid tanpa mengira peringkat dan latar belakang
termasuk tahap kesihatan layak untuk mendapat pendidikan yang berkualiti.
• Oleh itu, antara objektif utama program SDH adalah untuk memastikan semua kanak-kanak serta
remaja yang mendapat rawatan di hospital berpeluang mendapat akses kepada pendidikan yang
berkualiti.
• Hal ini merupakan tanggungjawab Kementerian Pelajaran dalam memastikan setiap kanak-kanak
di negara ini mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti tidak kira di mana mereka berada.
• Menurut Ornstein dan Hunkins (2004), pembelajaran tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan
seharian kanak-kanak, malah pembelajaran mestilah berdasarkan keperluan dan minat kanak-
kanak.
• Hal ini seiring dengan pelaksanaan program Sekolah Dalam Hospital yang mana memberikan
peluang kepada kanak-kanak untuk menimba ilmu pengetahuan secara berterusan walaupun
berhadapan dengan masalah kesihatan.
• Proses pengajaran dan pembelajaran SDH diubahsuai supaya bersesuaian dengan keadaan kanak-
kanak tersebut di samping memenuhi keperluan mereka sebagai pelajar.
• Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam SDH berlaku secara gabungan
pelbagai tahap.
• Murid terdiri daripada pelajar prasekolah hinggalah sekolah menengah.
• Guru pula bertindak sebagai pemudahcara (BPK,2014). Program sekolah
dalam hospital turut memberi penekanan terhadap peranan guru sebagai
pemudahcara kepada murid untuk belajar.
• Hal ini dapat difahami melalui keberkesanan kaedah guru di dalam
menyampaikan ilmu kepada murid dalam bentuk yang mudah serta dapat
difahami oleh murid tersebut.
• Menurut Joyce. B &Weil (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali
mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid –murid untuk belajar dengan
lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan
kemahiran serta penguasaan proses pembelajaran.
• Hal ini bermaksud pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang
lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid.
• Mook Soon Sang (2009) mengatakan bahawa sebagai seorang pemudah cara, tugas
utama seorang guru ialah melicinkan segala proses dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
• Sehubungan itu, guru haruslah menyediakan segala rancangan pengajaran dan
pembelajaran yang sistematik serta alat bantu mengajar yang mencukupi,
memotivasikan murid-murid, menggalakkan murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti
pembelajaran dan mewujudkan suasana pembelajaran yang positif supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar, sistematik dan teratur.
• Sementara itu, Syed Ismail (2010) menyatakan bahawa sebagai seorang guru,
antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang guru adalah kemahiran
pemudah cara.
• Pemudahcara ialah teknik yang digunakan oleh guru untuk membantu murid-murid
mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan
disusun.
• Melalui Program SDH, guru dipilih berdasarkan kriteria tertentu dan telah
menjalani beberapa sesi kursus bagi melayakkan mereka berkhidmat di SDH untuk
mendidik murid-murid bermasalah kesihatan di hospital.
• Cabaran utama guru SDH ialah mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam
persekitaran dan situasi baharu yang ternyata berbeza dengan
persekitaran sekolah tipikal.
• Antara cabaran dalam melaksanakan SDH adalah guru tidak begitu mengenali
murid kerana tempoh mengajar seseorang murid terlalu singkat.
• Ini berikutan terdapat di kalangan kanak-kanak ini hanya memasuki wad
dalam tempoh yang singkat.
• Justeru guru tidak dapat mengenali murid dengan lebih baik. Hanani Hussin,
Aderi Che Noh & Ab. Halim Tamuri (2013) menyatakan bahawa mengenali
kemampuan dan kebolehan murid merupakan satu elemen dalam
pembelajaran dan guru berkesan.
• Guru perlu tahu lima ciri-ciri pelajar iaitu latar belakang, masalah
pembelajaran, ciri-ciri, tahap pendidikan dan motivasi. Pengetahuan guru
tentang murid membantu guru merancang dan melaksanakan proses PdP yang
lebih berkesan (Hanani Hussin, Aderi Che Noh & Ab. Halim Tamuri, 2013).
SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH
• Pendidikan di Malaysia sentiasa dinamik bagi memastikan semua warganegara mendapat
pendidikan seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
bagi memenuhi aspirasi sistem dan aspirasi murid. Keadaan ini selaras dengan konsep yang
digarapkan oleh UNESCO, iaitu Education For All (EFA).
• Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Dasar Pendidikan
Wajib dan surat-surat pekeliling mengenai kemasukan murid ke sekolah.
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2009 bertarikh 11 Mac 2009 telah mengeluarkan arahan
bahawa mana-mana kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dan salah seorang ibu bapa
kanak-kanak tersebut adalah warganegara, boleh didaftarkan sebagai murid di sekolah
kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan setelah mendapat surat pengesahan atau surat
perakuan daripada ketua kampung.
• Dengan dasar ini, KPM telah memberi akses pendidikan formal kepada kanak-kanak yang
berkenaan.
• Menerima murid warganegara Malaysia dalam peringkat persekolahan daripada prasekolah
hingga menengah atas (berumur 5 hingga 17 tahun).
• Kategori kanak-kanak yang diterima masuk ke SBJK adalah :
a. Kanak-kanak jalanan
b. Kanak-kanak terpinggir
c. Kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri
d. Kanak-kanak yatim piatu yang tinggal di bawah pusat jagaan kanak-
kanak yang berdaftar.
• Latar belakang keluarga murid SBJK terdiri daripada anak-anak pekerja
sosial, ibu bapa yang terlibat dalam gejala dadah, perilaku jenayah,
institusi kekeluargaan yang kucar kacir, tidak mempunyai tempat
tinggal tetap (gelandangan) dan golongan miskin tegar.
Objektif
• Menyediakan akses pendidikan formal dalam persekitaran kondusif
bagi kanak-kanak jalanan dan terpinggir
• Mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan penduduk Malaysia
• Memberi peluang membentuk laluan kerjaya kanak-kanak jalanan dan
terpinggir
• Membina insan yang berilmu, berkemahiran dan boleh berdikari
Konsep
• Menyediakan perkhidmatan pendidikan formal dengan modifikasi kurikulum dan
pengoperasian sekolah yang bersesuaian dengan kurikulum setempat, situasi serta
kebajikan kanak-kanak jalanan dan terpinggir.
• Kandungan kurikulum di SBJK disesuaikan dengan minat, tahap kebolehan, sosiobudaya
dan bersifat latar belakang setempat.
• Masa pembelajaran murid adalah fleksibel, terancang dan mengikut keperluan serta
minat murid.
• Kaedah pengajaran adalah secara berpasukan (collaborative teaching) dengan
berpusatkan murid. Kaedah pengajaran ‘memberi perhatian dan teroka ilmu’ (HATI)
dijalankan bagi mewujudkan kasih sayang, minat, kekeluargaan, perhatian dan motivasi
manakala pembelajaran berasaskan aktiviti iaitu bersifat ‘hands on’, multigrades dan
didik hibur.
• Pendidikan yang disediakan di SBJK ialah Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah,
Pendidikan Menengah dan Pendidikan Asas Vokasional.
KUMPULAN SASAR
• Kanak-kanak Menghadapi Masalah Sosial
- Ibu bapa adalah warganegara atau salah seorang ibu bapanya adalah warganegara.
• Kanak-kanak Tanpa Dokumen
- Ibu bapanya adalah warganegara atau salah seorang ibu bapanya adalah
warhganegara
• Kanak-kanak Yatim Piatu
- Tinggal di pusat/ rumah jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat
• Murid Tercicir
- Tercicir dari system persekolahan berpanjangan disebabkan kemiskinan
- Ibu bapanya adalah warganegara atau salah seorang ibu bapanya adalah
warganegara.
SEKOLAH KURANG MURID
• Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti jurang
pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti
dapat ditingkatkan.
• Di antaranya ialah jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar
yang merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan
infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid
(SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.
• KRITERIA SKM
- Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang
dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid, iaitu sekolah yang enrolmennya
kurang daripada 150 orang
- Hampir 90 peratus Sekolah Kurang Murid ini berada dalam keadaan daif dan
menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih.
- Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan Sekolah
Kurang Murid seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan.
- penempatan guru di Sekolah Kurang Murid sukar dilakukan kerana
kebanyakannya berada jauh di pedalaman.
- mengamalkan pengajaran kelas bercantum.
- SKM kurang lengkap dan biasanya merupakan pondok-pondok kecil sahaja.
mempunyai dua atau tiga buah bilik darjah.
- terletak di kawasan-kawasan terpencil yang bilangan penduduknya tidak
ramai
• KAEDAH PELAKSANAAN SKM
- Kelas bercantum merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan
murid dalam tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang
dan bilangan ini tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kelas
biasa
- Perlaksanaan kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu
mengajar sebuah kelas yang terdiri lebih daripada satu tahun
persekolahan.
- Sesebuah kelas bercantum mungkin mengandungi murid-murid
daripada dua atau tiga tahun persekolahan ( iaitu Tahun 1 dan Tahun 2
atau Tahun 1, 2 dan 3 )
- Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun
persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum.
• CIRI-CIRI KELAS BERCANTUM
- Kelas bercantum merupakan kelas yang unik yang mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri.
- umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum berlainan mengikut
tahun persekolahan mereka
- Percantuman murid-murid mengikut umur yang hampir sama ini dilakukan
bagi memudahkan guru melaksanakan proses pengajaran dan pelajaran di
dalam kelas bercantum.
- Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan pula tidak melebihi 14 orang.
- Bilangan kelas bercantum akan ditentukan dengan membuat pertimbangan
berdasarkan bilangan murid dalam setiap tahun persekolahan.
- Jumlah murid dalam tiga tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang murid,
maka tiga tahun persekolahan dicantumkan dalam sebuah kelas bercantum.
- seorang guru ditugaskan mengajar murid-murid daripada dua atau tiga
tahun persekolahan secara serentak dalam sebuah kelas yang sama
- kriteria percantuman kelas juga bergantung kepada bilangan tenaga
pengajar yang sedia ada
- contoh, sebuah sekolah yang mempunyai 3 orang guru boleh
mencantumkan murid-murid daripada tiga tahun persekolahan bagi
membentuk sebuah kelas bercantum.
- Manakala, sebuah sekolah yang mempunyai 4 atau 5 orang guru pula
boleh mencantumkan murid-murid daripada dua tahun persekolahan
dalam sebuah kelas
- Namun, biasanya, bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas
bercantum tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah
mengikut nisbah bilangan kelas yang terdapat disesebuah sekolah
berkenaan
- strategi pengajaran dan pembelajarannya yang tersendiri dan berbeza daripada
kelas biasa
- semasa guru mengajar murid-murid dalam satu tahun persekolahan, murid-
murid dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan
- memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan, guru yang terlibat perlu memilih dan merancang strategi pengajaran
yang sesuai untuk menyelenggarakan bilik darjah
- murid-murid Tahun 1 yang baru masuk sekolah dan memerlukan perhatian dan
layanan perlu diutamakan oleh guru.
- murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR.
- kelas Tahun 1 dan Tahun 6 seeloknya tidak dicantumkan dan dijadikan kelas
biasa
- kriteria ini tidak semestinya dapat dipenuhi oleh sekolah, bergantung kepada
pihak sekolah yang perlu memikirkan kriteria yang sesuai berdasarkan
keutamaan dan keadaan sekolah itu sendiri
- keadaan bangunan dan kemudahan-kemudahan sekolah yang
mempunyai kelas bercantum biasanya kurang lengkap dan biasanya
merupakan pondok-pondok kecil sahaja
- hanya mempunyai dua atau tiga buah bilik darjah.
- Jika sekolah itu hanya mempunyai dua buah bilik darjah, maka kelas
bercantumnya terdiri daripada murid-murid dari tiga tahun
persekolahan
STRATEGI PELAKSANAAN
• membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar
• menyediakan bekalan elektrik 24 jam ke sekolah pedalaman
• merintis penggunaan solar hybrid
• merintis penggunaan empangan mini
• menyediakan bekalan air ke sekolah, menambah baik Sekolah Kurang
Murid
• menilai pelaksanaan Sekolah Pusat bagi tujuan peluasan
• mewujudkan norma baru untuk guru di Sekolah Kurang Murid.
PENDEKATAN DAN STRATEGI
PENGAJARAN KELAS BERCANTUM
• STRATEGI PERTAMA
- penyusunan bilik darjah iaitu melibatkan penyusunan kerusi-meja dan
alatan perlu sesuai dengan jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan.
- Sebagai contoh, sebuah kelas bercantum bagi murid-murid Tahun 1
dan 2, murid-murid Tahun 1 disusun secara berkumpulan, manakala
murid-murid Tahun 2 duduk secara formal.
• Dua papan hitam digunakan dan kedua-duanya terletak di tempat
pengadang yang diletakkan ditengah-tengah kelas sebagai pembahagi
kelas.
• Tempat duduk guru pula diletakkan di tempat yang membolehkan
guru mengawasi kedua-dua tahun persekolahan itu.
• penyusunan jadual waktu kelas bercantum yang disusun berdasarkan
peruntukan masa yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran.
• Sebagai contoh, semasa murid Tahun 1 belajar Matematik, murid-
murid Tahun 2 juga harus disusun jadualnya dengan mata pelajaran
yang sama.
• pengurusan alat bantu mengajar adalah penting bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan.
• guru mestilah memastikan setiap murid mematuhi semua peraturan
yang telah ditetapkan.
• percantuman kemahiran-kemahiran untuk diajarkan dalam waktu
pelajaran yang sama perlu dititikberatkan.
• Kaedah Kumpulan juga boleh digunakan dalam sebuah kelas
bercantum di mana murid-murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan mengikut kebolehan murid dan guru menyampaikan
pelajaran secara bergilir-gilir, kumpulan demi kumpulan.
• kaedah individu juga kadangkala harus digunakan sebagai strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam sesebuah kelas bercantum.
• Strategi penggabungjalinan, penyerapan dan pemulihan juga boleh
diubahsuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
kelas bercantum.
PROGRAM GEMILANG 7 (G7)
• Program Gemilang 7 merupakan salah satu cara untuk mengatasi kekurangan SKM dalam
aspek-aspek antara lain sumber manusia, kemudahan asas, buku dan sumber rujukan.
• Program ini merupakan perkongsian pintar tujuh buah sekolah yang dikategorikan sebagai
kurang murid di zon kurikulum 1, daerah Segamat.
• SKM yang terlibat adalah:
SK Spang Loi, Batu Anam,
SK Balai Badang, Batu Anam,
SK Tambang, Batu Anam,
SK Mensudut Pindah, Batu Anam.
SK Mensudut Lama, Batu Anam,
SK Kampung Awat, Batu Anam,
SK Kemedak, Batu Anam
OBJEKTIF
• Memupuk semangat kerjasama antara sekolah-sekolah G7 dan
masyarakatnya;
• Melahirkan insan yang gemilang dan seimbang daripada masyarakat
luar bandar;
• Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan G7 di samping dapat
memupuk dan meningkatkan keupayaan jati diri di semua peringkat
G7.
EMPAT PERKARA UTAMA YANG
MENJADI TERAS KEPADA
PEMBENTUKAN G7
• Perkongsian dalam aspek kemudahan fizikal, sumber manusia, bahan
dan peralatan, dan bahan rujukan.
• Keempat-empat perkara ini merupakan perkara yang asas kepada
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
• Perkongsian yang terstruktur membolehkan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih sempurna
KESIMPULAN
• Menurut Hedges, Laine, Greenwalds (1994) dan Tribus (1996), sumber-
sumber sesebuah organisasi seperti sumber kewangan, peralatan
komputer dan kemudahan-kemudahan lain mempunyai pertalian yang
rapat dalam menentukan standard dan pencapaian sesebuah sekolah
dalam akademik mahupun kokurikulum .
• Menurut Atan Long (1988), salah satu sifat penting yang perlu ada pada
seseorang guru ialah menimbulkan minat pelajar terhadap pengajarannya.
• Manakala Crow and Crow (1980), menyatakan guru sepatutnya dapat
membimbing untuk menggerakkan pelajarnya untuk belajar, membantu
pelajar membina sikap yang positif, memperbaiki teknik mengajar dan
memperbaiki diri terhadap mutu pengajaran mereka.
Cabaran Kesamarataan Peluang Pendidikan di Malaysia

• Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah,


kaum, jantina, taraf sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid.
Usaha untuk menangani jurang ni terus mendapat perhatian kerajaan
sejak Rancangan Malaysia Ke-3.
• “…merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan
antara yang kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara
kaum melalui pembahagian sumber- sumber dan kemudahan negara
dengan lebih saksama…” (RMKe-3, 1976-1980).

44
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
• Objektif: Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan
Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan,
meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti),
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta
mengoptimumkan kecekapan system.
• Tenaga pengajar - Guru harus melengkapkan diri dengan pelbagai
kaedah pengajaran serta mempelajari cara berkomunikasi yang efektif
serta mampu mengajar dengan berkesan walauoun ditawarkan untuk
mengajar di pendalaman.

45
• Jantina
• Murid lelaki sukar menguasai kurikulum akademik arus perdana, dan lebih
mendapat manfaat daripada latihan vokasional atau kerja kursus
berbentuk aplikasi.
• Penambahan tempat di sekolah teknik dan vokasional membantu lelaki
yang kurang berminat dalam pembelajaran teori boleh menonjolkan bakat
mereka dengan praktikal.
• Pendalaman - Ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran.
• Segala kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung
menjadi satu halangan kepada mereka untuk memajukan diri.
• Ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran.
• Pendekatan ataupun kaedah yang digunakan oleh guru-guru juga tidak
menarik.
46
• Masalah dalam menguasai 3M, kegagalan mencapai
standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir
dalam Sistem Pendidikan.
• Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk merapatkan
jurang perbezaan tersebut. Sebagai guru, kita
bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan
tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat dalam
Kementerian Pelajaran.
• Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada
penyediaan infrastruktur, penempatan guru terutamanya
di ‘Sekolah Kurang Murid’ (SKM), ‘Sekolah Orang Asli’ dan
‘Sekolah di Pedalaman’.
47

Anda mungkin juga menyukai