Anda di halaman 1dari 21

BAB 3: TAMADUN MELAYU

(TERAS TAMADUN MALAYSIA)


ASAS-ASAS TAMADUN
MELAYU
 Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun
yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang
secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang
Melayu yang tertumpu di Asia Tenggara.
 Iaitu satu rumpun bangsa yang berasal daripada satu
punca, mempunyai asas kehidupan yang sama dan
hanya berbeza dari segi pengaruh alam persekitaran.
 Tamadun Melayu juga merujuk kepada masyarakat
yang mempunyai susunan sosial yang kompleks:
Raja

Pembesar dan
Golongan Ulama

Pedagang dan
Petani
 Asas Pembentukan Tamadun Melayu.
› Masyarakat Melayu sudah bertapak di kawasan Asia
Tenggara sekurang-kurangnya 5000 tahun dahulu.
› Asas pembentukan Tamadun Melayu adalah
disebabkan penguasaan teknologi pertanian.
› Mereka dikenali sebagai masyarakat agraria iaitu
masyarakat yang telah mencipta alat-alat atau
teknologi yang lebih baik dengan menggunakan
tenaga binatang (kerbau dan lembu) dan manusia.
› Perubahan teknologi ini berteraskan tempat tinggal
tetap sepanjang tahun dan pertanian tetap untuk
menghasilkan makanan yang mencukupi sepanjang
tahun.
› Dalam masyarakat Melayu desa, amalan bermesyuarah
sering diadakan bagi menyelesaikan segala
permasalahan yang timbul di kalangan masyarakat.
› Amalan ini bersesuaian dengan cara kehidupan
masyarakat Melayu yang menekankan nilai
kesaksamaan antara ahlinya.
› Selain itu, keistimewaan masyarakat Melayu ialah mereka
dapat menyesuaikan nilai-nilai luar dengan nilai-nilai
tempatan.
› Seperti Tamadun Islam, orang Melayu juga bersikap terbuka
dalam menerima idea-idea luar bagi memantapkan lagi
tamadun Melayu. Mereka juga menerima nilai-nilai budaya
baru hasil daripada interaksi dengan tamadun-tamadun luar.
› Contohnya Tamadun India telah mempengaruhi adat resam,
perniagaan, malah termasuk unsur-unsur budaya seperti
kraftangan, seni, muzik, tarian, agama dan sebagainya.
› Buktinya golongan istana telah dipengaruhi oleh agama
Hindu yang dibawa oleh Tamadun India.
 Dengan penghasilan teknologi pertanian, amalan
masyarakat Melayu yang menekankan
kesaksamaan antara ahlinya dan sikap terbuka
dapat membentuk sebuah Tamadun Melayu.
 Hasil Penguasaan Laluan Perdagangan.
› Kemunculan Tamadun Melayu sebenarnya adalah
hasil daripada penguasaan laluan perdagangan.
› Berdasarkan bukti arkeologi, seawal 2,500 tahun
dahulu kerajaan Melayu telah terbentuk di kawasan
Lembah Bujang, Kedah dan di Kuala Selinsing,
Perak.
› Di kawasan ini terdapat pelabuhan-pelabuhan yang
menguruskan aktiviti perdagangan jarak jauh melalui
Selat Melaka.
› Aktiviti ekonomi yang berteraskan perdagangan ini
disebabkan kebolehan masyarakat Melayu yang dapat
berinteraksi dengan masyarakat luar, bersifat terbuka,
menghormati undang-undang tempatan dan
mengambil kira pandangan orang lain.
 Empayar Melayu sebelum kedatangan Islam.
› Tamadun Melayu adalah tamadun yang unik kerana mampu
menguasai teknologi maritim berbanding dengan masyarakat
lain di rantau Asia Tenggara yang lebih tertumpu ke kawasan
pedalaman.
› Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu telah
dipengaruhi oleh pengaruh Hindu-Buddha hasil daripada
interaksi dengan peradaban India.
› Peradaban Melayu telah berubah daripada bercorak mudah
atau sederhana kepada masyarakat yang kompleks.
Masyarakat Melayu sudah mula menjadi pelaut, peniaga,
pedagang, negarawan, pejuang, sarjana dan ahli agama.
› Antara pengaruh India dalam Tamadun Melayu ialah
struktur sosial yang berlapis-lapis seperti sistem kasta.
› Konsep daulat dan derhaka juga dipercayai dipinjam
daripada India. Raja adalah penjelmaan dewa atau
dikenali sebagai devaraja.
› Dari segi kepercayaan, masyarakat Melayu belajar
bahawa hidup bermasyarakat memerlukan
peraturannya yang lebih jauh daripada menjaga
keselamatan dengan mempunyai hubungan baik
dengan penunggu alam dan tempat atau dengan nenek
moyang.
› Masyarakat Melayu tradisional tidak memahami
fenomena dan tabii alam lalu membuat tafsiran
mengikut fahaman masing-masing. Mereka percaya
bahawa sesuatu yang terjadi adalah akibat daripada
kuasa sihir ataupun kuasa makhluk halus.
› Justeru itu, mereka mempercayai dan menghormati
manusia yang mempunyai kuasa luar biasa seperti
bomoh, pawang dan sebagainya.
› Pemikiran agama Hindu dan Buddha pula mengajar
tentang kuasa baik berlawanan kuasa jahat yang
kemudiaannya mempengaruhi budaya, hasil seni dan
bangunan.
› Pengaruh Hindu-Buddha ini dapat dilihat daripada
monumen keagamaan seperti candi Lembah Bujang,
candi Borobodur di Jogjakarta dan Angkor Wat.
› Kesenian yang terhasil adalah bukti bahawa
masyarakat Melayu dapat menghasilkan keseniaan
yang tersendiri dan berbeza walaupun pada asasnya
datang daripada Tamadun India.
› Dua empayar Melayu besar sebelum kedatangan
Islam yang merangkumi kawasan yang luas ialah
Empayar Funan dan Empayar Sri Vijaya.
› Kedua-dua empayar ini telah menguasai laluan
perdagangan di kawasan mereka.
› Selain itu, wujud juga kerajaan-kerajaan Melayu awal
yang tercatat di dalam tulisan sarjana India dan Cina
seperti Langkasuka, Beruas, Kedah Tua, Srivijaya,
Majapahit dan Melaka.
 Tamadun Melayu selepas kedatangan Islam.
› Tamadun Melayu mengalami perubahan yang pesat
akibat daripada interaksi antara tamadun Asia seperti
Cina dan India melalui perdagangan, penyebaran agama
dan diplomasi.
› Hasil daripada interaksi kedua-dua belah pihak ini,
Tamadun India lebih dominan sehinggakan ada pihak
yang beranggapan tamadun Melayu telah dihindukan.
› Lebih seribu tahun lamanya proses penghinduan berlaku
dan ciri-ciri kehinduan itu dapat dikesan sehingga
sekarang dalam budaya Melayu.
› Namun menjelang abad ke-13 tamadun Islam mulai
memainkan peranannya di Alam Melayu.
› Agama Islam telah dibawa ke Alam Melayu melalui
tiga laluan iaitu:
 Secara langsung melalui laluan perdagangan laut dari
Tanah Arab dan Parsi.
 Melalui laluan perdagangan darat ke benua kecil India
dahulu, sebelum sampai ke kawasan Asia Tenggara.
 Melalui laluan perdagangan darat (laluan sutera) ke
Tanah Besar China dahulu sebelum mengikuti lalun
perdagangan laut ke kawasan Asia Tenggara.
› Kedatangan Islam membentuk satu tamadun Melayu
yang baru. Tamadun Melayu menjadi pusat intelektual
dan persuratan Melayu.
› Terdapat banyak karya yang dihasilkan, antaranya
termasuk Hukum Kanun Melaka dan Hikayat Hang
Tuah. Tokoh-tokoh alim ulama juga muncul setelah
kedatangan Islam seperti Hamzah Fansuri dan Wali
Songo.
› Seperti mengikut jejak langkah Tamadun Islam, istana
dan masjid juga berfungsi sebagai pusat
pengembangan ilmu dan agama Islam.
› Ilmu telah dikembangkan kepada semua kumpulan
manusia. Sebelum Islam, pendidikan hanya tertumpu
di kalangan golongan atasan seperti golongan
bangsawan dan raja sahaja.
› Kemudian sistem pendidikan beralih ke beberapa
institusi pendidikan Islam seperti sekolah pondok dan
madrasah.
› Dari segi bahasa, perubahan besar berlaku apabila
masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan bahasa
Arab dengan bahasa Melayu. Bahasa yang baru inilah
dikenali sebagai bahasa Melayu Klasik.
› Tulisan arab juga diubahsuai menjadi tulisan jawi
yang digunakan untuk menulis kitab-kitab agama,
hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.
› Sistem perundangan tempatan turut mengalami
perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kanun
Melaka, adat Perpatih dan adat Temenggong.
› Dari segi ekonomi, ketika Kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka, Melaka adalah pusat perdagangan
yang utama dan terpenting di Asia Tenggara.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai