Anda di halaman 1dari 21

TERAPI DALAM

KEMAHIRAN LISAN
PEMULIHAN A:
LIM YI MING
NURUL ATIQAH BINTI MUSTAFA
AHMAD MUJAHID
• Kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu
mendengar dan bertutur.

• Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu


perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini.

Kemahiran Lisan
• Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu
diberi perhatian supaya pertuturan menjadi lebih
berkesan.

• Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan aspek


pertuturan seperti berikut:
Sebutan, Tekanan, Mora ( panjang pendek), Jeda
( persendian), Intonasi, Nada, Tatabahasa, Kelancaran,
Kefasihan dan Laras Bahasa

Aspek-aspek Pertuturan
• Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi
didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas
pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit
atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan
mengembalikan kefungsian badan secara normal.

• Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah


untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-
balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.
               

DEFINISI TERAPI
• Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari
dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan
khas.

• Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid


bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau
psikomotor.
•  Melatih murid-murid  bermasalah
pembelajaran menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu yang bersesuaian dan
berkaitan dengan kehidupan seharian.

• Mewujudkan suasana persekitaran yang


menyeronokkan.

KEPERLUAN TERAPI
• Meransang murid untuk bergerak-balas secara
positif terhadap sesuatu kemahiran.

• Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif,


emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah
pembelajaran
•Terapi fisio dan terapi cara kerja.
•Terapi seni.
•Terapi berkuda.
•Terapi pasir.
•Terapi muzik dan nyayian.
•Pergerakan kreatif dan drama.
•Terapi Hidro (Air)
•Terapi alternatif
•Terapi pertuturan

JENIS-JENIS TERAPI
TERAPI YANG SESUAI UNTUK
DIINTEGRASIKAN DALAM
PENGAJARAN
KEMAHIRAN LISAN
• Terapi Muzik dan Nyanyian

• Terapi Drama

• Terapi Pertuturan
• Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana
getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap
berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam
tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga
bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga
dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai
ubat yang memulihkan.

TERAPI MUZIK DAN NYANYIAN


• Muzik memberi interaksi antara sesama individu. 
• Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam
komunikasi secara verbal. 
• Muzik mempunyai nilai estetika dan pengalaman
kreatif. 
• Muzik merupakan sumber Kepada keseronokan. 
• Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi
seperti amalan dalam budaya, biologikal dan
neurogikal. 
Muzik Sebagai Satu Cara
Rawatan
• Nyayian lagu kanak-kanak boleh
melibatkan pergerakan anggota badan,
nyayian bertema, nyayian tanpa muzik,
nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu
nyayian kanak-kanak adalah mudah
difahami, tradisional, jenaka dan
berpendidikan.

NYANYIAN LAGU KANAK-


KANAK
Misalnya, murid-murid diperdengarkan lagu
‘Pencemaran Alam Sekitar’. Murid-murid
dibimbing oleh guru untuk menyanyikan lagu
tersebut bersama-sama. Kemudian, mereka
diminta berbincang dengan rakan-rakan
tentang nilai murni dan isi kandungan penting
yang terkandung dalam seni kata lagu
tersebut.

CONTOH
• Drama ialah sebuah cerita atau paparan
yang diterjemahkan dalam bentuk lakonan
ke atas watak-watak tertentu. Drama
melibatkan lakonan berskrip, pergerakan
tubuh badan dan ekspresi mimik muka.

TERAPI DRAMA
• Murid-murid dibahagikan ke dalam
beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
diberikan satu situasi. Murid-murid
dikehendaki berbincang dengan ahli
kumpulan dan berlakon situasi tersebut
secara kreatif.
• Bahan-bahan dan alat tambahan seperti
boneka boleh digunakan untuk membantu
dalam lakonan.

CONTOH
BONEKA
• Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan
pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu.

• Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental.


Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing.

• Selain itu, ia juga melibatkan aktiviti yang dijalankan untuk


membantu individu yang bermasalah.

• Latihan atau intevensi yang dilaksanakan untuk


meningkatkan semua aspek komunikasi seperti pengunaan
bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.

TERAPI PERTUTURAN
• Terapi pertuturan juga  merupakan kaedah yang
digunakan untuk membantu murid yang mengalami
kesukaran dalam menyebut perkataan dan
berkomunikasi.

• Ia bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi


bunyi bahasa dan  melatih murid-murid yang
menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas
tertentu.

• Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru


boleh memulakan pengajaran dengan melakukan terapi
terlebih dahulu.
• Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh
dilakukan oleh guru ialah latihan lisan, meniup belon,
meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.

CONTOH
SEKIAN, TERIMA KASIH!!

Anda mungkin juga menyukai