Anda di halaman 1dari 25

ISU KANAK-KANAK

PENDERAAN KANAK-KANAK
OLEH
IRWAN ASMIN
MOHAMMAD AZRUL HARON
MOHAMAD NOR HAKIM MOHAMAD ALI
DEFINISI KANAK-KANAK

Kanak-kanak ialah golongan di bawah


umur 18 tahun yang memerlukan
jagaan, pemeliharaan, perlindungan
dan pemuliharaan mengikut takrifan
Akta Kanak-kanak 2001
JENIS PENDERAAN KANAK-KANAK

• PENDERAAN FIZIKAL KANAK-


KANAK
• PENDERAAN MENTAL KANAK –
KANAK(EMOSI)
PENDERAAN FIZIKAL KANAK-KANAK

• satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada


golongan kanak-kanak dengan tujuan
mencederakan
• Juga bertujuan untuk menyakiti kanak-kanak
agar kanak-kanak tersebut patuh, atau
pendera tersebut mengalami masalah mental,
ataupun disebabkan bagi memuaskan diri
mereka secara psikologi
PENDERAAN EMOSI KANAK-KANAK

• Penderaan kanak-kanak secara emosi kurang


mendapat perhatian walaupun penderaan
jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan
kanak-kanak.
• Penderaan emosi memberi kesan terhadap
perkembangan fizikal dan mental di kalangan
kanak-kanak.
KATEGORI PENDERAAN EMOSI OLEH IBU
BAPA

• penolakan,
• pengasingan,
• menakutkan,
• sikap tidak peduli
• sikap merasuah fikiran
PENOLAKAN
• Tindakan ibu bapa atau penjaga yang tidak
mahu mengaku dan menerima anak mereka
sebagai anak mereka.
• Memanggil anak mereka dengan kata-kata
yang hina, kesat dan sengaja menjatuhkan air
muka dan harga diri anak itu di khalayak
ramai.
PENGASINGAN
• tindakan ibu bapa atau penjaga yang sengaja
mengasingkan anak dengan menguncikan
anak di dalam almari atau bilik dalam jangka
masa yang panjang.
• tidak membenarkan anak mereka bergaul dan
berinteraksi dengan rakan sebaya atau orang
lain.
MENAKUTKAN
• tindakan mengancam untuk mencedera,
membunuh dan meninggalkan anak (abandon)
sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak
menunjukkan tingkah laku yang diharapkan.
• Termasuk ancaman oleh pendera yang mahu
melakukan sesuatu kepada orang yang
disayangi oleh kanak-kanak tersebut sekiranya
tidak menurut perintah
SIKAP TIDAK PEDULI
• tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang
dengan sengaja tidak mempedulikan usaha
anak untuk mendapat belaian kasih sayang
daripada mereka.
• Ibu bapa tidak berminat untuk menjalinkan
emosi dengan anak.
• Tingkah laku ini sering terjadi pada kanak-
kanak yang dianaktirikan.
SIKAP MERASUAH FIKIRAN
• tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang
menggalakkan, mengajar dan membiarkan
anak melakukan kegiatan antisosial seperti
melakukan maksiat dan jenayah.
• Ibu bapa yang mempunyai tingkah laku buruk
dan tidak bermoral, dan dicontohi oleh anak
mereka.
KEPADA KANAK-
KANAK
KESAN-KESAN PENDERAAN
• Terdapatnya kesan-kesan kecederaan fizikal
pada tubuh kanak-kanak
• kanak-kanak yang sering menjadi mangsa dera
akan mengikut sikap ibu bapa mereka.
• Kanak-kanak ini juga akan lebih bersikap
agresif dan menentang(memberontak)
• mengakibatkan mangsa sukar untuk
mempercayai orang dewasa, menjalin
persahabatan yang tidak mendalam, dan
sering meninggalkan kawan baru jika ia
merasakan bahawa ia tidak diterima.
• Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar
lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.
• Mengalami gangguan mental atau tingkah
laku, termasuk keresahan, kemurungan,
pengasingan diri,
PUNCA-PUNCA
PENDERAAN
OLEH IBU
BAPA
• PERTENGKARAN
• MASALAH KEWANGAN
• MASALAH RUMAH TANGGA
• MASALAH ARAK DAN DADAH
PERTENGKARAN
• ibu bapa yang menghadapi tekanan samada
pertengkaran di tempat kerja, mahupun
pertengkaran suami-isteri,
• Akan menyebabkan anak mereka menjadi
mangsa untuk melepaskan geram.
• kajian saintifik terhadap otak manusia
menunjukkan apabila seseorang itu tertekan,
maka otak mereka tidak akan dapat berfungsi
dengan baik seterusnya bertindak di luar
kawalan.
MASALAH KEWANGAN
• Tekanan masalah ekonomi keluarga atau
beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa juga
merupakan faktor berlakunya penderaan
kanak-kanak.
• Keperluan wang yang semakin bertambah
pada hari ini meningkatkan lagi tekanan ibu
bapa
• Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut
dengan menyakiti atau memukul anak-anak.
MASALAH RUMAH TANGGA
• Penderaan anak-anak lebih kerap ketika ibu
bapa mangsa berada dalam proses
penceraian.
• ibu bapa akan mencari tempat untuk
meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas
dendam.
• Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik
yang sangat sukar dalam hidup mereka untuk
memilih di antara ibu atau bapa.
MASALAH ARAK DAN DADAH
• Ketagihan arak dan dadah akan
menyebabkan manusia hilang pertimbangan
dan perikemanusiaan. Anak-anaklah yang
sering menjadi mangsa mereka

• Kesan dadah atau arak juga menyebabkan si


penagihnya lupa diri dan khayal. Oleh
itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa
kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak
yang tidak berdosa.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

PENDERAAN KANAK-
KANAK
• Kesedaran pada ibu bapa.
        -  Kempen menyayangi anak.
        -  Memberi ceramah keagamaan kepada ibu bapa atau
penjaga.
        -  Kesedaran tentang hak kanak-kanak dilindungi undang-undang.
 
•   Tindakan undang-undang.
        -  Hukuman penjara .
        -  Memisahkan anak daripada jagaan ibu bapa yang dihukum.
 
• Kerjasama daripada semua pihak
-jiran-jiran membuat laporan jika ada berlaku
penderaan di kawasan tempat tinggal.
- guru-guru hendaklah sentiasa perihatin
dengan perubahan sikap kanak-kanak yang
berkemungkinan menjadi mangsa dera.
KESIMPULAN
• Setiap detik gangguan yang berlaku boleh
membawa kepada pelbagai reaksi dan padah
yang berpanjangan sehingga menggangu saat-
saat penting dalam perkembangan sosioemosi
kanak-kanak.
• Jika perkembangan sosioemosi kanak-kanak
sudah terganggu dari awal lagi, pelbagai
masalah mental dan sosial akan timbul apabila
kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa.
SEKIAN

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai