Anda di halaman 1dari 9

SUKAN DAN

AGAMA
PENGENALAN
 Aktiviti sukan dan riadah antara medan dakwah yang dapat menyatukan masyarakat, malah ia
juga berupaya menarik orang bukan Islam untuk melihat keindahan agama ini.
 Apatah lagi sukan dan riadah sebenarnya bukan asing dalam Islam, malah Rasulullah SAW
sendiri bukan sahaja menyarankan umat Islam bersukan, bahkan Baginda sendiri memiliki
kecergasan dan kekuatan hebat.
 Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Orang Muslim diarahkan
supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia.
Dalam Hadith, kita dapati: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah
daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim) Badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua
tugas agama dan dunia.
 Islam menggalakkan bersukan kerana boleh menjadikan seseorang sedar bertapa besar,
fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini, Islam
menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan
fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.
 Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti hindari.
Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam
memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia,
bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa
dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh
cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan
membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabar dan cuba
menambah-baik diri mereka.
PANDUAN BERSUKAN DALAM
AGAMA
 Memelihara bahagian tubuh atau aurat menurut hukum Islam, iaitu antara pusat hingga lutut
bagi lelaki, manakala aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.
 Memastikan jurulatih dan atlet daripada jantina sama. Sekiranya berbeza, batas pergaulan
perlu dijaga selaras tuntutan syarak seperti jurulatih lelaki tidak boleh menyentuh ahli sukan
wanita, begitu juga sebaliknya.
 Pakaian sukan perlu memenuhi etika berpakaian ditetapkan syarak seperti menutup aurat,
sopan dan bersesuaian dengan sukan diceburi, manakala pakaian wanita perlu longgar dan
tidak menampakkan susuk badan.
 Percampuran bebas antara lelaki dan wanita semasa bersukan dilarang. Tempat bersukan
seperti gimnasium dan kolam renang perlu disediakan berasingan atau melaksanakan jadual
masa penggunaan berlainan.
 Tidak boleh bersukan hingga melalaikan kewajipan agama seperti solat.
 Tidak mempedulikan kepentingan orang lain seperti bermain di jalan raya hingga mengganggu
lalu lintas, membuat bising atau menyebabkan kecederaan kepada pihak lawan kecuali
kemalangan atau tidak sengaja.
 Sokongan keterlaluan khususnya penyokong fanatik hingga mencetuskan pergaduhan atau
mengeluarkan kata-kata kesat, bercanggah dengan Islam yang menyeru kepada perpaduan dan
kasih sayang.
 Islam melarang jenis sukan terlalu ekstrim, berisiko tinggi dan boleh mendatangkan
kemudaratan kepada fizikal, mental serta spiritual umpamanya pertandingan makan makanan
eksotik seperti kala jengking dan labah-labah, haram, najis, kotor serta menjijikkan.
 Wanita Muslim dilarang menyertai sukan yang bercanggah dengan fitrah kewanitaan dan
bertentangan adab, adat serta tatasusila.
ADAB DAN TATACARA
BERSUKAN MENGIKUT
KEHENDAK AGAMA
 Fakta Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan
lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini, Islam menekankan
kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan fizikal
supaya mencapai matlamat yang dihajati.
 Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawab layanan
baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah satu sifat munafik yang
Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: “Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang,
dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia
memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan
sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan
jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat
dan perbuatan buruk.)”
PEMAKAIAN DAN
PEMAKANAN DALAM SUKAN
MENGIKUT AGAMA
 PEMAKAIAN
 Seperti maklum, bagi seorang Muslim, bahagian aurat lelaki adalah daripada pusat hinggat ke
lutut manakala perempuan pula segala anggota badan selain muka dan kedua-dua bahagian
pergelangan tangan.
 Mengikut kehendak agama, acara sukan yang dilaksanakan wajib menjalani hukum yang telah
ditetapkan.
 Pakaian yang digunakan mestilah menutupi bahagian aurat, tidak ketat dan tidak mencolok
mata sehingga menimbulkan fitnah.
 PEMAKANAN
 Pengambilan diet seimbang amat penting dalam menjalani sukan dengan lebih efisyen dan
gaya hidup yang lebih sihat.
 Sudah tidak asing lagi kata-kata 'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang' dalam
masyarakat kita. Malah Rasulullah SAW juga menjadikan ia sebagai salah satu sunnah yang
diamalkan Baginda demi menjaga kesihatan diri.
 Bagi seorang atlet yang mementingkan agama, hendaklah mengambil makanan yang sihat
daripada sumber yang bersih dan suci serta halal. Makanan yang bersih juga mendorong
kepada keberkesanan seseorang mendapat tubuh badan yang sihat dan menjalani sukan dengan
lebih baik.
 Selain makanan juga, seseorang atlet itu wajibnya menjauhi pengambilan dadah atau doping
dalam acara sukan. Selain melanggar undang-undang acara, individu tersebut juga telah
melanggar undang-undang agama.
KESIMPULAN
 Bersukan merupakan suatu gaya hidup yang sangat dituntut agama tetapi beringatlah bahawa
terdapat tatacara yang wajib diikuti.
 Bukan sahaja semangat inginkan kemenangan, tetapi sukan juga secara tidak langsung dapat
menjalin ikatan silaturahim antara satu sama lain yang merupakan tuntutan agama yang sangat
dititikberatkan.
 Kesimpulannya, sudah jelas yang semasa membenarkan sesuatu sebagai halal, Islam
meletakkan beberapa syarat yang bertujuan mengekalkan akhlak dan sesuai dengan matlamat
peraturan umum. Sukan hendaklah diamalkan dengan mengikuti syarat-syarat ini supaya boleh
mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Peraturan umum dalam Shari`ah
ialah apa-apa perbuatan yang melampaui batas sama ada dalam makan, minum, berpakaian
atau sebagainya, adalah dilarang. Al-Qur’an mengisytiharkan: “Hai orang yang beriman,
janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan
janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui
batas.”(Al-Ma’idah: 87)”

Anda mungkin juga menyukai